Thursday 28 February 2013

Menembak di Tasik Cyberjaya

Best sungguh rasa bila dah kembali sihat, syukur kerana masih lagi bernafas dan kena pulak demam biasa-biasa jer. Kalau demam yang pelik-pelik tu risau jugak, huhu... So, amacam, semua sihat-sihat belaka yer? Sekarang ni asyik petang jer setiap hujan, eh...terbalik pulak ayat, asyik hujan jer setiap petang, tengoklah now ni pun, langit dah start gelap dah, tak lama la tu, jap lagi mesti hujan turun jugak. So, aku yang sihat dan kuat ni pun terkena lah sikit tempias kesan dari hujan hari-hari ni, start dengan selsema pastu bawak ke demam. Kalau zaman sekolah dulu, siap boleh main bola tengah-tengah hujan tu, ok jer, takla kena demam pulak. Nampak sangat taraf kualiti alam sekitar kita ni dah makin kurang kan. Kalau nak diikutkan, aku menembak dekat Tasik Cyberjaya ni dah lama dah, sekarang ni payah sikit lah nak menembak, cuaca tak menentu. Silap-silap haribulan, boleh kena demam balik.

Tasik Cyberjaya
Tasik Cyberjaya
Tengok pokok-pokok buluh ni, teringat kenangan masa pergi Bamboo Grove dekat Arashiyama dulu.

Tasik Cyberjaya

Time aku datang ni dah lewat petang, nak menembak sunset konon. Orang lain sibuk berjogging bersenam bagai, aku sibuk dok usung camera sana sini. Kenal tak dengan bunga ni? Nama manja dia Jejarum, kalau seluar koyak ker, langsir koyak ker, bawak benang jer, hehe... Suasana dekat Tasik Cyberjaya ni dah menarik dah, tapi takde kedai-kedai yang jual-jual minuman. Kalau tak, mesti lagi ramai rasanya orang berkunjung ke sini petang-petang. Bersebelahan dengan Tasik Cyberjaya ni ada tempat orang main golf and go-kart. Aku tak pergi pun, seronok lagi layan perasaan dekat tepi tasik ni.


Bila aku tengok kiri kanan, masa nak menembak sunset ni, ada lagi beberapa photographer lain dok tunggu jugak, eleh...tiru aku le tu, hehe... Takdelah, diorang sebenarnya lagi hebat, tengok lens jer dah sama tinggi dengan aku, siap dengan tripod bagai. So, inilah hasilnya, huhu... Aku teringin nak ambik gambar reflection tu sebenarnya, tapi tak berapa menjadi sangat.


Matahari pun dah makin menurun, tak berapa nampak sangat sebab awan tebal. Yang kelihatan, sinaran cahaya nya sajo. Aku pun termenung...termenung...and termenung lagi. Tetiba wife aku bangun sambil cekak pinggang, "apo kono eh jang, kau monong ajo... orang ke bulan, ekau di mano... muko berpoluh, apo tengosa... carian ubek, penawa duko..." Aku apa lagi, terus masuk part AC Mizal ler, ehehe...

Many people love the sun, and complain about the rain...
But, you can make a rainbow without the two together...
^_^


roger & out.

Sunday 24 February 2013

Get ready for MATTA FAIR 2013

Salam selsema untuk semua, iyer...aku memang kena selsema sekarang ni, sebelah kiri. Pelik betul, boleh kena sebelah pulak kan. Dah 3 hari tu, adey~...lama betul nak hilang. Walaupun hidung sebelah kanan jer yang dapat berfungsi dengan baik, tak sangka, aku dapat hidu jugak ada satu event yang agak gempak lah akan berlaku bulan March nanti. Aku yakin dan pasti, mesti semua orang dah tak sabar-sabar kan menunggu event ni. Event yang aku nak nyatakan tu adalah...jeng jeng jeng!!


Ya...event tersebut adalah Matta Fair 2013. Perasan tak bila tarikhnya? Betul tu, 15-17 March 2013. Jadi, memandangkan event Matta Fair ni berlangsung pada tengah-tengah bulan March, alangkah baiknya sekiranya, gaji/elaun/wang saku/fulus yang dapat pada hujung bulan Feb nanti, di simpan sedikit untuk Matta Fair ni. Ini just pesanan dari sahabat untuk sahabat :) Yang duit bersepah-sepah tu, abaikan jer pesanan ni hokey.

Di samping itu juga, cewah...ayat karangan, disebabkan masih awal lagi, bolehlah start planning, mana nak pergi nanti, pakej apa nak ambik, and apa aktiviti yang nak dibuat...Sebelum ni aku pernah grab Pakej Langkawi and Melaka Afamosa Resort, compare dengan harga asal memang lagi banyak murahlah, serius beb! Untuk lagi details, boleh klik dengan gambar atas. So, jangan lupa untuk bookmark dekat calender, nanti sama-sama kita terjah :)

Roger & out.



Thursday 21 February 2013

Burger Bakar Kaw Kaw - Puchong Utama

Sekarang ni, kalau kita tengok di media-media cetak dan elektronik, kecoh sana sini membincangkan kesedapan burger bakar. Hal ini timbul dengan hebatnya apabila banyak pembuat burger ketika ini memilih kaedah membakar daging di mana daging tersebut dikenakan terus kepada api yang sedang menyala-nyala lalu terkeluarlah asap yang banyak. Hasilnya, daging yang dibakar tadi menjadi kehitam-hitaman, setelah ia di makan, sedap pulak rasa. Maka, terciptalah istilah burger bakar diseluruh tanah air kita. Aku yang juga merupakan penggemar burger, tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang hebat ini. Kalau nak diikutkan, aku telah mencuba pelbagai jenis burger bakar, ada yang sedap, ada yang hm~...bolehlah, ada jugak yang "wow...sedap giler burger ni", lebih kurang camtu lah. So, 100 markah aku berikan dekat Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama untuk kesedapan yang mereka tonjolkan.

Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama


Sebelum ini pun aku  pernah makan Burger Bakar Kaw Kaw, tapi di cawangan Ampang. Boleh refer link ni untuk mengulangkaji. Tapi, kalini aku nak bercerita yang dekat Puchong Utama pulak, sebabnya lokasinya yang lebih dekat dengan tempat aku. Jalan nak pergi pun senang, straight jer, sedar-sedar dah sampai. Lokasi burger bakar ni terletak dekat kawasan lepak santai iaitu Lokas Makana. So, faham-faham lah yer, kalau datang hujung minggu boleh agak sendiri macam mana keadaan di sini, melainkan datang seawal mungkin.


Walaupun ramai, tempat duduk meja makan kerusi semua bagai agak banyak, so agak mudahlah nak dapat tempat. Just kena bersabar sikitlah kalau tak dapat tu. Untuk membuat order dekat Burger Bakar Kaw Kaw ni, make sure dapat tempat duduk dulu, and catit nombor meja sekali. Sebabnya, masa order nanti pihak Burger Bakar Kaw Kaw akan mintak nombor meja.

Order boleh dibuat start jam 6.45 petang setiap hari. 

harga Burger Bakar Kaw Kaw


Kalau datang selepas pukul 8 malam, berkemungkinan situasi seperti di atas akan terjadi. Tetapi, tak perlu risau. Walaupun line untuk beratur tu agak panjang, terus masuk beratur jugak, sebabnya tak lama mana pun, dekat kaunter Burger Bakar Kaw Kaw, semua orang hanya membuat order dan membuat bayaran sekali. Bukannya buat order, pastu tunggu burger tu siap, pastu pulak buat bayaran. Sistem yang dilaksanakan oleh pihak Burger Bakar Kaw Kaw agak canggih, so no worry lah :)

sekali lagi, tak perlu risau, tukang masak diorang pun ramai jugak

Setelah menunggu hampir 20 minit (kot), maka tibalah giliran kami untuk membuat order. So, selepas fikir masak-semasaknya, aku decide untuk ambik yang triple and wife aku ambik double, amboi...tak nak kalah tu. Aku ambik Triple Cheezy berharga RM21.50 pastu add-on set-meal yang berharga RM1.50 sahaja. Apa yang ada pada Set Meal adalah 3 ketul sosej ayam berserta cheesy sauce. Wife aku angkat Double Cheezy berharga RM16.00 beserta set-meal jugak.

Triple Cheezy + Set Meal, yeay...

Double Cheezy + Set Meal


Nampak tak? Daging burger ini amat besar, sehingga terpaksa menggunakan stick bagi menampan burger tersebut supaya ia dapat berdiri dengan bergayanya. Jangan malu jangan segan untuk mengorder tripple set, sebab orang lain pun mengorder set yang sama. Selepas bayaran di buat, tak sampai 10 minit gitu, order yang dibuat tu dah sampai ke meja makan. Betapa indahnya ketika itu di kala menikmati burger yang tinggi kalori bersama pasangan di saat romantis. Tambah-tambah, di ketika anda sedang menggigit burger, so suddenly...kelihatan cheesy and sauce meleleh di tepi mulut, dan pasangan anda pun mengambil tisu lalu mengelapnya, wah~...senyuman dibalas senyuman, mata bertentang mata, kemudian, pak pong...pak pong..."kompang dipalu, pengantin baru...duduk bersanding tersipu malu...kompang dipalu, pengantin malu...moga bahagia ke anak cucu~"... tetiba je kan, hehehe...

jemput makan yer :)

Jadi, sekiranya korang takde apa-apa aktiviti untuk dibuat hujung minggu ni, bolehlah terjah ke Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama.

www.burgerbakar,com
Alamat:
Lokas Makana Foodcourt
No. 15A, Jalan PU13/2
Taman Puchong Utama
47140 Puchong, Selangor

GPS: 2'59'0'N 101'36'32'E
Google Maps: 2.983333, 101.608889

Roger & out.




Tuesday 19 February 2013

Jom Pi Melaka - Last Day

Pagi yang indah, subuh yang permai, aircond yang sejuk, sambil mengeliat, arhh...cepat sungguh masa berjalan. Rasa macam baru pejam mata jer, sedar-sedar dah masuk waktu subuh. Kalau ikut plan aku, hari last ni nak pergi makan asam pedas dekat area town, tapi disebabkan ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa menamatkan Trip Ke Melaka ni lebih awal. Rasa tak puas sebenarnya berjalan dekat Melaka semalam, sebabnya banyak lagi tempat yang tak dicover. Jadinya, disebabkan terpaksa menamatkan trip ni lebih awal, lepas breakfast nanti, aku akan terus gerak balik ke KL. Aktiviti pertama yang aku mulakan pagi ni adalah bermandi manda di kolam renang. Wife aku pulak tak nak turun, katanya just nak berendam dalam bathtub jer. Mana syok berendam jadi tukun jer, pagi-pagi kena senaman, gym pun ada, tapi aku memilih untuk main air dekat kolam renang jer, syok woo...

Memandangkan hal kecemasan yang aku terima malamnya amatlah mencemaskan, maka aktiviti mandi manda aku dekat kolam renang ni terpaksa diletakkan limit masa. Adalah kot dalam sejam gitu, heheh... Masa aku dok main air dekat kolam renang ni, aku tengok ramai pulak orang pagi-pagi camni. Semalam bukan main payah lagi nak jumpa orang, aku agak, kebanyakan orang yang datang ni mesti bercuti rasanya, maklumlah hujung minggu. Cukup masa aku pun naik ke bilik untuk bersiap and packing. Masa nak bergerak keluar, aku terperasan dekat atas meja ada 2,3 biji buah Melaka yang aku ambik gambar semalam. Pelik jugak, macam mana aku boleh bawak balik, rasa-rasa lepas ambik gambar semalam, aku terus buang. Aku tanya wife aku samada dia ke yang bawak balik, tak jugak.


Serius, aku memang langsung takda idea macam mana buah Melaka ni boleh ada atas meja, samada aku bawak balik and kemudian letak atas meja, or aku masukkan dalam poket seluar aku and masa sampai bilik aku letak atas meja. Tapi rasa macam tak logik pulak sebab buah ni bukannya keras, kalau letak dalam seluar aku mesti pecah and berair. Samada wife aku sengaja nak kenakan aku taktaulah, tapi berkali-kali jugak aku tanya, jawapan tetap tak. Aku malas nak fikir lagi, mesti ada cara tertentu macam mana buah Melaka ni boleh ada dekat atas  meja.

Lepas siap berkemas, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast. Kan aku dah cakap, memang ramai orang punya pagi ni, sampai tempat nak duduk pun aku terpaksa cari. Nasib baik staff hotel ni prihatin, maybe dia perasan aku dok cari tempat kosong, so dia pun bawak aku meja yang available. Dah dapat tempat, aku suruh wife aku ambik makanan dulu. Sambil-sambil tu aku masih lagi dok fikir, macam mana buah Melaka tu boleh ada atas meja, hm~...tadi tak nak fikir, tapi bila dok sorang-sorang, terfikir pulak. Stress!!

see...takda tempat kosong tu..

Lama jugak wife aku pergi ambik makanan, taktaulah kot ada special menu ke rini. Disebabkan aku stress dengan hal kecemasan aku terima semalam, ditambah lagi dengan kes buah Melaka ada atas meja, so aku terpaksa makan banyak pagi ni untuk menghilangkan stress aku. Lepas aku pusing 5,6 kali area makanan ni, aku just ambik dua menu jer, entahlah...tak rasa nak makan mende lain. So, ni jelah, breakfast yang kitorang ambik pagi ni. 

Pembuka hidangan untuk menghilangkan stress aku

wife aku ambik bubur nasi...konon-kononnya nak diet ler tu, ceh~..

nasi lemak lagi...

Menu utama breakfast kitorang, wife aku makan sepinggan jer, aku yang stress terpaksa tambah lagi sepinggan. Semalam pun nasi lemak jugak, pagi ni pun sama. Sambal dia memang terbaik lah, kalau tak, takkan ambik lagi kan pagi ni. Kalau aku jadi tukang masak yang buat nasi lemak ni, dah lama aku buka kedai sendiri. Aku just reti masak nasi jer, lemaknya tak pandai lagi. Lepas breakfast, aku terus check-out. Sedih pun ada, dalam hati teringin nak berjalan lagi sebenarnya. On the way jalan ke kereta, aku terserempak dengan binatang yang menjadi tulang belakang negeri Melaka ni. Mereka adalah...jeng jeng jeng!!

Sang Kancil dan kawan-kawan.

Aku: ah..encik, tumpang tanya sikit boleh?
Sang Kancil: boleh-boleh, ada apa tu?
Aku: Boleh encik ceritakan sikit peristiwa kenapa moyang encik menendang anjing buruan Parameswara?
Sang Kancil: Sebenarnya ini kisah lama, spesis kami pun dah berbaik semula dengan golongan anjing tu, jadi tak elok lah peristiwa yang lepas di kenang kembali.
Aku: encik..cerita la sikit, kami rakyat jelata nak mengetahui kisah sebenarnya.
Sang Kancil: maaf...no komen!
Aku: (pergi dengan perasaan hampa)
Kawan Sang Kancil: (berbisik) eh...ko tau ke kenapa moyang kita tendang anjing Parameswara tu?
Sang Kancil: manalah aku tau, sebab tu aku cakap no komen, janganlah ada orang tanya lagi lepas ni.

encik orga..encik orga, tak nak tahu ke kisah saya menang lumba lari dengan sang arnab?

Ada jugak yang nak kena lempang ni! Nasib baik wife aku menarik aku ke kereta, dah lah aku tengah stress. Setakat cerita dia menang lumba lari dengan arnab, 1 dunia dah tau. Masuk jer highway, maka tamatlah sudah percutian tajaan aku ke Melaka dari Tourism Malaysia hasil hadiah saguhati Photo Contest yang aku menang tahun lepas. Syukur sesangat, walaupun cuma 3 hari 2 malam, pengalaman berada di Melaka sangatlah best. Harap sangat, tahun ni Tourism Malaysia akan anjurkan lebih banyak pertandingan sebegini and boleh kita pakat-pakat masuk. Menang kalah tu lain cerita, yang penting masuk dulu. Insyaallah, one day akan datang lagi Melaka, bukannya jauh mana pun. So, Jom Pi Melaka! :)

Roger & out.




Sunday 17 February 2013

Meatball IKEA, nyum-nyum!!

Ai...baru dua tiga hari lepas AA buat promo 10,000 Free Seats, belum sempat bernafas, malam ni ada lagi promo, AirAsia RM0. Aku tau ni pun sebab blogger Azra (klik untuk details) yang menyampaikan utusan tersebut. Persoalan yang sedang hangat bermain difikiran aku sekarang ni, kenapa AA buat promo ni tengah-tengah bulan, kalau hujung-hujung bulan time dapat gaji ker, baru seronok sikit nak hunting, hm~... Bagi mengisi masa lapang dihujung minggu, apakata aku sharekan 1 hidangan yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Meatball IKEA, nyum-nyum!! Serius beb, bukan senang nak dapat menikmati hidangan Meatball IKEA ni, aku terpaksa tempuh pelbagai halangan dan cabaran, onak dan duri, baru dapat menikmati dengan aman dan damai.

Bayangkan ler, aku pergi time hujung minggu, nak sampai ke IKEA tu pun dah satu hal, sesak giler. Tengok meter keter, adalah kot 10-15 km/hr. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak masuk ke dalam IKEA. Lepas tu, ada cabaran pulak nak cari parking. Yela...nama pun hujung minggu kan... Slow motion jer aku drive sambil mata dok mencari parking kosong, orang jalan kaki pun boleh potong kereta aku. Hampir-hampir nak sampai exit, ada 1 kereta baru keluar, apa lagi, terus masuk ler. Lega rasa dapat parking, okay...now pasal kereta dah setel. Kitorang pun berjalan menuju ke kawaasn foodcourt IKEA, bila sampai jer, subhanallah...ramai sungguh umat manusia di sini, tengok orang yang beratur tu, telan air liur jugaklah tiga empat kali. Alang-alang dah sampai, takkan nak patah balik kan, so aku pun masuk line untuk beratur jugak, pastu aku suruh wife aku cari tempat kosong. Dalam 10 minit camtu wife aku datang balik, cakap takde tempat kosong. So, giliran aku pulak pergi cari tempat kosong. 4,5 kali pusing pun sama, kecewa dan hampa sebab still tak dapat lagi tempat kosong. Aku pun join wife aku beratur, takperlah...tunggu sampai dapat makanan nanti baru cari tempat. Selesai jer order and buat bayaran, kitorang pun berjalan-jalan cari tempat kosong, memang takde. Tetiba aku terperasan ada 1 couple ni, ada 2 seat kosong lagi dekat meja diorang. Dengan perasaan rendah diri, aku pun menanya samada seats tu available ke tak. Lega rasa, dapat jugak tempat, view pun best. Kalau keadaan sesak-sesak cam gini, memang kena share lah jawabnya. Jadi, inilah hasil penat lelah yang aku lalui tadi...

Meatball IKEA


meatball ikea
Amacam, menarik lagi tertarik kan...sedap sesangat!!

meatball ikea
Menu lain: mash potato/sweet potato...
aku pun dah lupa dah nama menu ni, maklumlah asyik sangat dok makan meatball, heheh...

meatball ikea
Menu lain: Chocolate Almond Cake
Cake ni pun sedap, kalau datang makan meatball sini, aku mesti ambik.

meatball ikea
 Jemput makan yer...nyum-nyum!!

meatball ikea
huhu...sayang pulak nak makan...

perhh...memang padat, rasa daging jer, kalau rasa ikan, tak panggil meatball lah, mesti panggil fishball..

Aku pergi IKEA semata-mata nak makan meatball jer, tak beli apapun. Dekat tempat lain tercari-cari jugak, tapi tak jumpa lagi yang boleh menandingi kesedapan Meatball dekat IKEA ni. Harga? bagi aku mampu milik lah, tak mahal mana pun. Aku yakin hampir semua orang pernah makan sini kan. Sekali sekala datang okay lah, lepas gian. Kalau hari-hari makan meatball ni jer, muak jugak rasa nanti. Okaylah, sampai sini saja coretan aku, jap lagi nak kuar pergi jogging, pastu malam ni, nak tunggu promo AA tu kuar pulak. Bizi sungguh kan, padahal hujung minggu.

Roger & out.


Thursday 14 February 2013

AirAsia 10,000 Free Seats TONIGHT!!


Arrhhh...another free seats?? yang bulan Januari ritu aku tak sempat nak grab, taktaulah yang malam pulak macam mana, huhu...sampai dekat payment jer tak lepas, tension aku! Untuk promo AA kalini aku tak nak la pulun sangat, tengok-tengok jer dulu, kalau ada yang sesuai baru beli kot.

So, kepada rakan-rakan, happy hunting yer :)

klik sini:

Roger & out.



Wednesday 13 February 2013

Sepetang di Kuala Perlis

Sementara masih lagi segar di ingatan, bahek aku buat entry cepat-cepat. Kejadian ni berlaku masa aku hampir-hampir tidor petang, sempena cuti raya Cina ritu, aku pun taktau nak buat apa, dengan panasnyer, so buat taik mata jelah. Untuk pengetahuan, di kawasan utara masa ni tengah musim kemarau. Memang panaslah, kipas angin set dekat nombor 5 pun masih tak termampu untuk bagi sejuk. Kalau set ke nombor 10 kang terbang pulak umah mak aku nih, hehe... Tengah landing baik punyer, baru tepuk bantal tiga empat kali, konon-kononnya nak tidor lah, tetiba wife aku terjaga lalu menyuarakan isi hati dia, "jom pergi Kuala Perlis pekena laksa". Aku pun , "hah...sekarang ker?"...fikir jugak dalam hati (tadi aku tepuk bantal tu kuat sangat ker sampai boleh terjaga nih), lepas mengeliat 4,5 kali, aku pun menyetujui idea yang amat bernas dari wife aku tu.

Plan asalnya nak pergi pekena Laksa Kak Su (aku pernah buat entry pasal Laksa Kak Su, boleh KLIK sini untuk mengulangkaji), tapi last-last minit tukar plan. Tak nak pergi pekan Kuala Perlis, tapi nak pergi pekena laksa dekat gerai-gerai sekitar tepi pantai dekat Kuala Perlis. Alang-alang dah petang camni, boleh layan sunset sekali, cewah... Kalau ikut signboard, tempat aku pergi ni dipanggil, Dataran Persisir Pantai Kuala Perlis. Disebabkan masa aku sampai ni hujung minggu, ditambah pulak public holiday, memang agak sesak sikit kawasan sini. Kawasan sini tak besar sangat, so nampak jer ada space untuk parking keta, terus masuk. Ambik hang, depan-depan kedai aku parking, orang kat sini pun dah biasa, tu pasal diorang buat tak reti jer. Tengok matahari, masih lagi tinggi, so kitorang pun cari port untuk makan laksa and lepak-lepak.

Kuala Perlis
kedudukan matahari yang masih lagi tinggi.

Kuala Perlis
"di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri...suasana~ sepi..."
malunya, mesti korang kutuk suara aku kan...

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Ini lah yang aku maksudkan tadi, nampak jer space untuk parking, terus masuk.

Kuala Perlis
Ini lah kedai yang kitorang lepak-lepak, disyorkan sangat kedai ni :)

Kuala Perlis
cucur udang

Kuala Perlis
laksa

Kuala Perlis
Pasembor

Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, wife aku ambik laksa, aku ambik pasembor and tambahan cucur udang. Cucur udang tu kurang sikit rasa kuah dia, masa nak order, aku ada tanya samada kuah sos or kacang. Mamat yang ambik order tu cakap kuah kacang, so dengan yakinnya aku pun order. Bila sampai, dari mata kasar aku, nampak macam kuah kacang + sos jer. Aku agak maybe sebab dah petang, mende nak habis kan, tu pasal diorang wat cam gini. So bila makan tu feel tak sampai, heheh... Laksa pulak bagi aku sedap lah, recommended untuk peminat laksa yang datang ke Kuala Perlis. Tapi, rasa-rasa aku, menu yang paling istimewa, ni haa...PASEMBOR! Memang terbaiklah, sedap sampai menjilat kaki tuh. Aku ingatkan kuah kacang, tapi bukan, tak sure kuah apatah diorang letak. Yang aku tau sedap. 

Apa yang ada dekat Pasembor ni? Ada mee, daging yang dihiris nipis-nipis, telur sebelah, udang 4,5 ketul, sengkuang, timun, pastu mende macam keropok yang selalu diguna pakai dalam Pasembor (orang selatan panggil rojak). Banyak pun banyak! Memang recommended sangat-sangat kalau sesaper singgah makan sini. Masa bayar, aku tak tanya harga lain, tanya harga pasembor ni jer. Bagi aku murah jugaklah, harga Pasembor ni just RM4 sahaja. Selesai makan, tengok matahari dah makin menurun, aku pun berjalan menuju ke tepi pantai.

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Aku tak sure sangat apa nama binatang ni, jadi perhatian aku bila nampak dia berjalan. Dengan kaki dia color biru, pastu slow motion jer.

Kuala Perlis
kulit kerang

Lupa pulak, harini adalah Rabu, ramai aku tengok blogger post pasal Wordless Wednesday. Maksudnya tepek gambar jer, tapi aku...aku...dah tak ikut rules ni. Bukan apa, alang-alang dah tulis, takkan nak padam pulak kan, so aku pun post jugaklah. Takper, lain kali aku akan cuba ikut rules ni, huhu... Cepat-cepat, matahari dah nak terbenam, so layan jelah gambar-gambar sunset aku ni yer :)

Kuala Perlis
Kuala Perlis
ni lah gambar sunset terbaik aku dapat, huhu~...terharu!

Kuala Perlis
Awan agak tebal, patutnya nak tengok matahari terbenam dekat celah-celah bukit.

Kuala Perlis
Gambar last sebelum matahari menyembunyikan diri di sebalik awan

Kuala Perlis
matahari dah takda, tapi puas hati even kena menunggu lama sampai matahari terbenam. view memang sangat-sangat cantik. 

Kuala Perlis
burung bersama-sama dengan member-membernya

Dah lewat dah pun, tengok jam dah 7.30 malam dah, burung pun tau balik ke rumah diorang, apatah lagi aku insan yang biasa ni, kenalah balik jugak. Dekat jalan pun kereta dah makin kurang, kedai-kedai pun dah start tutup, patutlah...rasa-rasa kitorang pelanggan yang last kot tadi. So, kitorang pun berjalan menuju ke kereta and membawa diri balik ke rumah jugak. Ada hikmah kenapa aku tak dapat tidor petang, kalau tak, mesti aku terlepas untuk melihat keindahan matahari menurunkan dirinya di ufuk barat. 

"hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang...
itulah lukisan alam..."

Roger & out.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...