Friday, 21 February 2014

Kuih Koci Yang Lazat Lagi Berkrim

Salam semua...sihat-sihat belaka yer? Biasalah bila dah sampai hari jumaat, mood nak buat keje semua dah kelaut. Dah lepas solat jumaat nanti lagi lah, boleh dikatakan 99.999% semua dah tak buat kerja. Kalau boleh nak menyembang and bergosip sampai waktu balik. Ada pulak bos yang berhati kejam kan, lagi 10 minit nak balik baru nak panggil meeting, mintak report tu report ni. Aku pun pernah kena beb, time nak balik kerja time tu jugak dia panggil buat meeting, sekali kul11 malam baru abis. Terus spoil mood nak berseronok malam minggu. Tapi takper, aku akan cuba sedaya upaya untuk menaikkan mood malam minggu korang, dengan berkongsi sikit satu resepi paling dasyat, iaitu Kuih Koci Yang Lazat Lagi Berkrim, gitu... Tengah-tengah bulan macam ni, mesti ramai yang melepak je kan dekat rumah, daripada melepak tak tentu hala, baiklah masuk dapur kasi berasap sikit, ada jugak faedahnya.

Kejadian membuat kuih koci ni berlaku dalam minggu lepas, tengah syok marathon layan The Blacklist, sekali wife aku tanya, "bro...lu tak rasa nak mengunyah paper ker? kopok ke...jajan ke...takkan nak layan movie teguk air kosong je"... Betul jugak cakap wife aku, mana syok layan movie mulut tak kunyah paper. Paling kurang pun ada lah burger daging double cheese special dengan teh ais. Tak boleh jadi ni, so aku pun membentangkan idea untuk buat kuih, sebab nak lain sikit malam ni. Tak kisah lah kuih pape pun, janji kuih. Wife aku pun balas, "idea lu memang brilliant,  wa suka lah"...jadi, kitorang pun start mengelistkan kuih-kuih yang rasa macam senang nak buat and tapi sedap. 1:donut - boring. 2:karipap - dah makan time breakfast pagi tadi. 3:roti jala - ni macam boleh nak diterima. Sekali cari acuan tak jumpa, dah hilang agaknya, next! 4:?? Masa ni aku cakap nak makan kuih yang dalam daun pisang, pernah makan time kenduri rumah kawan kitorang. Wife aku pun blur, sebab aku bukannya nak ingat sangat nama-nama kuih ni. So wife aku pun tanya mak dia, and dimaklumkan kuih yang aku nak makan tu dikenali sebagai Kuih Koci. So berbekalkan panduan dan pedoman dari mak aku, kitorang pun list kan barang-barang yang patut dibeli.

Pukul 9 malam.
Dah macam masuk Amazing Race pulak rasa, kitorang keluar rumah pergi beli bahan-bahan dalam kul9 malam. Target sebelum kul12 malam semua dah siap. Antara bahan-bahan yang diperlukan:

1. Tepung pulut
2. Tepung pulut hitam
3. Gula pasir
4. Gula melaka
5. Kelapa parut
6. Pati santan
7. Daun pandan
8. Daun pisang

Dalam list dekat atas tu, yang takde cuma tepung pulut hitam, kelapa parut and daun pandan je. Yang lain semua tersedia dekat dapur, so cepat lah sikit sesi shopping menyoping kitorang.

Pukul 9.15 malam
Time ni aku and wife aku dah get ready dekat dapur, bersiap sedia untuk menyatu-padukan bahan-bahan tadi supaya menjadi kuih koci. First sekali kena buat inti dulu, sebab part ni lama, nak kena masak bagai. Tugas aku biasalah, kacau mengacau, hehe...
  • Mula-mula, ambil kuali sambil nyalakan api, cewah... Kalau api tak menyala, tahun depan pun tak siap lagi kuih koci ni. kan...kan...
  • Taruk air beserta secawan gula pasir and beberapa ketul gula melaka.
  • Masukkan jugak daun pandan sekali. Biar semua jiran tetangga bau yang time ni aku tengah masak something.
  • Pastu kacau and kacau sampai semua dah hancur and sebati. 
  • Bila dah nampak macam dah sebati, terus masukkan kelapa parut. 
  • Kacau and kacau lagi sampai lah dah nampak macam kering sikit. 
  • Bila dah nampak kering, tutup api and biar jer sejuk atas dapur tu.


Occay, part inti dah setel. Now untuk buat kulit luar pulak or nama glamor dia Doh. Kalau nak diikutkan, time aku dok kacau mengacau gula tu, wife aku dah prepare buat doh, so dapat jimat banyak masa.

Untuk buat doh senang jer, campurkan tepung pulut and tepung pulut hitam sambilkan masukkan air ciput-ciput biar sampai sebati macam gambar bawah. Resepi orang tua-tua kan, kebanyakannya senang-senang jer nak buat.


Bukannya complicated pun, tepung pulut, tepung pulut hitam, air, tu je. Mula-mula aku ingat nak lah tolong wife kan, nak tunjuk sikit aku ni seorang yang romantik gitu. Sekali kena halau, wife aku suruh setelkan pasal daun pisang sebab belum potong lagi. So aku pun ambik pembaris, ukur dalam 10 cm x 10 cm, gunting. Lepas gunting kena layur dulu, kalau tak layur, nanti susah nak lipat sebab keras. 


Pukul 10 malam
Lebih kurang time ni, aku dah duduk bersila depan tibi untuk part menguli buat kuih koci ni. Kuali yang ada inti tadi pun aku bawak sekali, sebab kiri kanan tangan aku main dengan minyak, so tak dapatlah nak ambik gambar. Untuk uli doh untuk masukkan inti, tangan kena ada minyak tak mo bagi melekat/melekit. Setengah orang pakai plastik, tapi aku pakai tangan je, baru syok sikit. Feel tu penting, hehe...

Hasil kiraan aku, dapatlah dalam 30 biji. Terer jugak aku uli, make sure jangan letak banyak sangat inti, takut nanti tak jadi kuih koci. Macam mana aku nak explain pun taktau, kalau korang buat, mesti faham maksud aku ni.

Lepas siap uli masukkan inti semua, dah nampak bentuk kuih koci dah, then aku rendamkan dalam air panas kejap. Tak sampai 10 saat pun, nampak terapung jer terus angkat masukkan dalam pati santan pulak. Pati santan ni wife aku prepare adalah masukkan sikit garam, biar ada rasa sikit.

nampak tak...nampak tak...

Lepas masukkan dalam pati santan, ambil daun pisang yang dah siap layur tadi, taruk sebiji kuih koci and taruk jugak satu sudu pati santan tu, biar lagi berlemak masa masak nanti. Then balut macam bungkus nasi lemak. Ni arahan dari mak aku, so kitorang pun ikut jelah. 


Lepas dah balut semua, nak buat apa lagi, terus kukus lah. Nak menjimatkan masa, masa tengah dok sibuk menyibuk tadi, aku dah panaskan siap-siap air untuk kukus ni. Apa susah, ambil periuk kukus, taruk air and panaskan api. Bila dah sampai part ni, aku rasa lega sangat, sebab tak lama lagi dah boleh makan. Kukus pun tak lama, dalam 15 minit jer.

get ready untuk kukus...

Selepas 15 minit

tadaa...!!

Pukul 11 malam lebih sikit
Tak sangka betul, dalam 2 jam jer untuk siapkan 30 biji Koci Yang Lazat Lagi Berkrim ni. Hasilnya amatlah memuaskan, sebab even 30 biji, aku rasa macam tak cukup, ahaha... Bila dah siap semua, baru sambung balik layan The Blacklist sambil mulut mengunyah kuih koci. Disaat lidah bersentuh dengan inti, serius wa cakap beb, sangat sedap! Tak percaya...kenalah buat sendiri, hehe....

Wassalam.



Friday, 7 February 2014

Best Place Ever!

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari, cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru sangat je celebrate new year, dah sebulan dah rupanya. Ke aku sorang je yang perasan macam ni? Seronok tengok kengkawan kita berjalan sana sini, Pak Lang Mie terjah Nagoya, JM pi Kemboja, Dilabangi pi umrah, Wak Gelas naik turun Batu Caves 4 kali (kagum dengan stamina beliau, cayalah Wak!), pehtu geng-geng Travelholicawesome menaiki menduduki menunggangi gajah, Azra and Zilla pulak bagi info terbaru pasal Korea, baru wa tau boleh pakai T-Money untuk shopping and makan-makan, and ramai lagi lah blogger-blogger lain yang sewaktu denganya. Aku pulak, kuar masuk kuar masuk library upm semata-mata nak siapkan thesis. Nampak macam rajin kan, tapi baca jurnal kejap je, main game yang lebih. Aku tahun ni, takdelah ke mana-mana sangat. Nak heavy travel pun mungkin start bulan Oktober ke atas. Tips dari Chawanna, kalau nak layan best autumn dekat Japan, sila pergi hujung bulan November or awal bulan Disember. Mungkin aku boleh consider date-date ni untuk repeat ke Japan. Bukan apa, meleleh air liur gua layan gambar-gambar autumn entry beliau. Ada dua sebab utama aku tak boleh heavy travel, pertamanya aku rahsiakan dulu lah yer, nanti sampai masa aku announce, muahaha... Keduanya, aku kena abiskan study aku ni, dah tua-tua macam ni rasa macam tepu dah otak nak baca buku bagai. Walau macammana pun, aku dah berjanji dengan supervisor aku nak abiskan tahun ni, and dia pun ada buat kontrak jugak dengan aku, abis je viva nanti, dia akan bagi credit card dia dekat aku untuk 1 day. So, makanlah apa yang aku nak makan, shooping la apa nak shopping. Wah...dengar supervisor aku cakap macam tu, terus berkobar-kobar semangat nak abiskan study aku ni, chaiyo!

Wokey, jom sambung pasal entry aku ni. Kalau nak dibuat perbandingan, dalam banyak-banyak tempat aku pegi, ni lah tempat yang paling best bagi aku. Enam tahun sebelumnya macam kurang sikit bestnya sebab ingatan aku baru nak membentuk time tu, so tak berapa nak ingat sangat. Tapi lima tahun selepasnya, serius wa cakap lu, adalah the best time ever! Tempat yang aku nak war-war kan tu tak lain tak bukan adalah SEKOLAH. Ye abang-abang kakak-kakak, tempat and pengalaman yang paling beharga aku adalah dekat sekolah. Syok woo... Sape-sape tak enjoy time sekolah memang lah dia ni jenis skema, tak pun ulat buku sampai tak sosial langsung.


Inilah rupa sekolah aku, masuk-masuk dari pintu pagar, jumpa bangunan pentadbiran and sebelah kirinya adalah kantin. Masa rehat confirm makan bihun sup, jarang sangat nak makan nasi lemak. Harga pulak murah giler, bihun sup biasa baru 30 sen, special 50 sen. Pengalaman dekat makan tak best sangat, dekat minum yang terpahat dalam hati sampai harini. 1 cawan air yang dah tinggal separuh, tak kisahlah air sirap or teh, still boleh share lagi sampai 9 ke 10 orang. Setiap orang minum seteguk je. Taktau lah budak-budak sekolah sekarang ada lagi tak buat macam ni. Tapi seingat aku, kitorang dah siap turunkan legasi dekat junior, hm...

On the way ke kelas, skodeng asrama pompuan dulu. Adakah si dia masih lagi di asrama or dah ke kelas...cewah cinta monyet, hehe...marah pulak bini aku nanti :)


Walaupun dah berkurun aku tak datang sekolah, sekali datang, tengok-tengok bangunan masih lagi sama, susun atur pun sama, yang beza cuma cat. Time aku dulu ada sorang cikgu disiplin yang garang giler, nampak dari jauh, kalau dia tak perasan memang aku akan pusing ke tempat lain. Bukan apa, cikgu disiplin aku ni dah mewajibkan semua student ada buku nota kecik dekat dalam poket. Wajib tau bukan sunat. So, kalau terserempak dengan dia tengah jalan, 1st sekali dia akan tanya, mana buku nota kecik? Takda! pukk!! Kena ketuk kepala sekali, orang Kedah cakap luku. Ok, buka nota kecik ada, rasa macam dah selamat kan, sorry sikit. Bila cakap buku nota kecik ada, cikgu disiplin aku tu akan tengok pulak buku nota tu. Kenapa kosong tak tulis apa-apa? pukk!! kena ketuk kepala lagi. Bintang tu tak yah cakap lah, sampai ke planet pluto aku boleh kira kalau kena ketuk kepala macam tu. So faham kan apa aku cakap, kalau boleh elak, sila elak. Kalau tak boleh elak, make sure buku nota kecik tu penuh dengan nota-nota ilmiah.


Laluan keramat. Dekat laluan ni banyak peristiwa yang berlaku, ada yang baik and ada jugak yang buruk. Antara peristiwa yang baik, dekat area sinilah aku and the geng lepak and berbincang pasal masa depan. Sambil-sambil tu merancang macam mana nak tangkap ikan dekat kolam sekolah, macam mana nak kenakan budak tu, budak ni. Kerja sekolah? Tak perlu bimbang, serahkan dekat yang the best, sok awal pagi or time rehat, sama-sama copy and paste. Antara pengalaman buruk aku dekat sini, pernah sekali time tu, aku tengah rush nak masuk ke kelas lepas rehat. So aku pun adalah berlari-lari anak sikit, sekali terlanggar ustaz yang merangkap cikgu pendidikan islam. Dua-dua jatuh, tapi ustaz bangun dulu sebab aku pura-pura jatuh teruk kekonon nak dapatkan belas kasihan. Bila tengok ustaz hulur tangan nak tarik aku bangun sambil senyum-senyum, aku pun gelak dalam hati sebab nampak macam plan aku nak dapatkan bela kasihan menjadi. Sekali gua tersilap beb, lepas bangun je, aku kena cubit dekat perut sampai rasa macam nak terkeluar pusat usus-usus semua. Lesson learned, lepas tu tobat aku dah tak berlari dah dekat kawasan sini.

di hadapan kelas


Yup, dis is my class! Even susun atur beza sikit, but ni lah kelas aku masa form 4 and form 5. Rasa syahdu je masa aku datang singgah sini, even aku gila-gila sikit masa sekolah, tapi takdelah sampai kena gantung or buang sekolah. Paling hebat pun hukuman aku terima kebanyakannya sebab tak siap kerja sekolah. So, aktiviti kena berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi, ketuk ketampi, adalah aktiviti harian aku tiap kali masuk kelas. Adakah aku trauma dengan denda-denda or hukuman yang macam ni? Nope, but ni lah antara pengalaman yang berharga aku ada. Kesian dengan budak-budak sekarang, kalau tak silap aku, antara hukuman berdiri di luar kelas, berdiri atas kerusi or ketuk ketampi, diharamkan kepada cikgu-cikgu untuk laksana dekat murid-murid diorang. Apalah peraturan ni, nampak gaya, generasi lepas ni, mesti jenis manja-manja or anak emak. 

court tennis, hoki and bola tampar. kekadang, jadi padang kawat :)


Sini tak lain tak bukan adalah dataran perhimpunan. Setiap hari ahad pagi jam 7.45 mesti dah kena berbaris di sini. Lepas nyanyi lagu Negaraku, Negeri Kedah, lagu sekolah, and bacaan doa, pastu baru ada ucapan dari cikgu-cikgu tercinta. Masa dekat perhimpunan ni, make sure jadi perfect student and paling penting, penampilan kena tip top. Kalau kena tangkap dengan pengawas sebab rambut panjang, ingat lagi pasal cikgu disiplin yang aku sebut dekat atas tadi, bila pengawas serahkan pesalah-pesalah rambut panjang ni dekat cikgu disiplin tadi, make sure wish mood dia baik, tak kisahlah samada dia dapat bonus or dapat duit kutu ke apa. Kalau tak, say bye-bye lah dekat rambut tu. Nanti, cikgu disiplin ni ambik mesin rambut, pakai 1 size je, pastu dia main tolak dari depan ke belakang and belakang ke depan. So, 1 fashion je, semua botak lah dalam seminggu dua ni.

Antara hari-hari yang paling aku tunggu adalah Hari Guru. Sebab apa, cuma harini saja yang kitorang ada untuk kenakan cikgu-cikgu balik. Nasib baik semua cikgu-cikgu sporting abis, termasuklah cikgu disiplin aku yang garang giler tu. Bila aku teringat balik semua ni, aku gerenti abis, SEKOLAH adalah tempat yang paling best. Masa aku and kawan-kawan aku kumpul or lepak, mesti banyak cerita masa zaman sekolah. Legend betul, cerita berkali-kali pun masih lagi seronok. Wokeylah, sampai sini je entry aku kalini. Aku yakin, masing-masing ada pengalaman tersendiri masa zaman sekolah dulu, baik or buruk, tu adalah pengalaman yang paling berharga.


Wassalam.