Tuesday, 27 March 2012

Jalan-Jalan Borneo - Sibu

Alhamdulillah...masuk post pasal Sarawakian pulak. Apa kata aku start dengan Sibu dulu, pastu Bintulu and last sekali Miri. Sonok sebenarnya dapat jalan-jalan tengok tempat orang, kenali budaya orang lain, tambah-tambah ada tempat makan yang best, macam dekat Penang, aku dah rasa Nasi Kandar Beratur and Nasi Kandar Kampung Melayu. Tetapi yang menjadi pilihan aku, Nasi Kandar Kg. Melayu jugak. Kalau pergi Penang, memang akan pegi tempat nie. Eh, terciter pasal Penang pulak, padahal nak citer pasal Sibu.


Saper-saper yang nak pegi Sibu, mai masuk mai...

Dah nak turun dah...
Lepas letak barang-barang dekat hotel, kitorang terus bergerak. Tak tau nak pergi mana sebenarnya, pusing-pusing kawasan sekitar jer tengk suasana sini.

 
Ni la suasana kat Pekan Sibu. Hmm...lebih kurang macam kat Kangar jer...

Pekan Sibu terletak dekat jugak degan sungai. Tak ingat pulak nama sungai ni, kalau datang sini, location sebelah town aje. Pastu akan nampak banyak bot-bot, ada bot nelayan, ada bot untuk ke kawasan pendalaman, macam-macam lagi la.


Arca berkuda ni terletak dekat area town. Kat tempat nie, ada padang yang luas, ada track untuk jogging, and tempat bersukan. Apsal skema semacam jer ayat aku nih?hm~...


Bukan setakat kuda and itik jer, macam-macam lagi ada...


Off dari kawasan arca-arca tu, sambil-sambil pusing tatau nak pegi mana, terjumpa dengan night market kat sini. Selepas bertanya dan kaji selidik, mostly muslim jarang lepak sini coz ada beberapa kedai yang jual tuttt**, so sekadar cuci mata jela...


Yeahh...macam biasa, lepas tanya sana sini, diorang syorkan makan kat tempat ni best. Lupa pulak nama kedai apa, tapi tepi jalan jer. Macam mana nak tau tempat makan ni best, bila datang sini, tengok parking dah tau dah, penuh beb! So, memang sahla tempat nie best. Udang sotong tak yah cakap la. Yang aku nak tekan kan kat sini ikan terubuk goreng tu, memang sedap. Terubuk tu, tulang bersepah-sepah...tapi bila diorang goreng rangup macam tu, makan terus jer semua tulang-tulang, langsung tak terasa. Air pulak aku balun ayaq nyoq ler...Lepas settle makan semua, terus shoot ke karaoke, hahaha...


Bila sampai hotel lepas karok, bukannya nak tido lagi. Sambung pulang perjuagan berdarah dengan member aku, kononnya nak balas  dendam ler  tuh. Enjoy beb! Zasss...

No comments:

Post a Comment