Tuesday, 1 May 2012

Burger Bakar Kaw Kaw

Sebelum nak mula mengarang ayat pape, terlebih dulu aku nak wish Selamat Menyambut Hari Buruh. Even aku tak bekerja macam orang lain, tetapi tetap meraikan bersama-sama dengan orang yang bekerja. Padahal nak cuti jer sebenarnya, hehe...Occay, semalam salah sorang member aku ada mengajak untuk pergi makan Burger Kaw Kaw, plan asal nak gerak lepas maghrib. Aku yang kaki makan nie, dengar member aku cakap memang sedap giler burger nie, sampai pernah dia kena beratur selama 3 jam semata-mata nak makan burger nie, buatkan hati aku berkobar-kobar nak la rasa jugak. Sedap tang mana sampai orang sanggup beratur sampai macam tu sekali. Dari maklumat member aku, burger ni ada banyak cawangan, kat Puchong ada, Wangsa Maju pun ada...tapi yang paling sedap, kat Ampang. Pelik juga rasa, even burger yang sama, lain cawangan, lain rasa ker...tataulah, maybe lain tangan yang masak kot. Kalau kat McD, semua masuk mesin jer, tu pasal rasa sama jer...

So, lepas maghrib, kitorang pun gerak ramai-ramai, 4 biji kete semua. Masing-masing tak pernah rasa burger nie, melainkan member aku yang sorang nie. Ni alamat tempat Burger Kaw Kaw cawangan Ampang:

Dagang Avenue Food Court
Jalan Dagang, B/3A, Taman Dagang
68000 Ampang.

Senang jer nak pergi tempat nie, dekat dengan Balai Polis Ampang, pastu cari kawasan foodcourt. Bersebelahan dengan Wong Solo. Kitorang gerak dalam kul8.30, dalam kul9.30 baru sampai. Jam sket kat MRR2. Risau jugak, yela sampai agak lambat, nanti tak pasal-pasal kena beratur panjang. Alhamdulillah, takla panjang sangat orang yang beratur malam nie. Tatau nape...mungkin kitorang datang awal sangat or orang balik kampung sebab cuti hari buruh.

Ni la gerai Burger Kaw Kaw tue, hmm...biasa jer, tapi takpe...tak rasa burger lagi. So aku pun order yang double cheese (RM14.00) and wife aku order single cheese (RM8.50). Harga pun boleh tahan jugak...

 
Sebagai lelaki sejati, mana cukup makan single jer, hehe...Yang aku tak puas hati, wife aku order aku nyer burger double cheese SAHAJA, untuk dia sendiri amik SET single cheese. If amik SET, kena tambah lagi RM1.50, so akan dapat 3 ketul sosej yang tak kurang sedap nya...Disebabkan aku tak puas hati, so aku pun pau la dia punya, haha...

Memang besar beb...bau pun dah tau macam sedap. Bila burger sampai jer, semua macam terkejut. Pastu, masing-masing tak makan, sibuk ambik gambar jer, termasuklah aku...

Amacam...menarik?

Tanpa membuang masa lagi, aku pun start menjamah burger tu...perrhh, nikmat betul rasa! Dengan panas-panas lagi, bau grill tu..daging pun rasa tebal semacam jer, memang sedap. Betul cakap member aku...tak sia-sia beratur tadi. Even harga macam agak mahal, tapi memang berbaloi...hmm,patutlah sedap, daging burger ni tak jual kat mana-mana kedai, buat sendiri. So kalau nak makan, memang kena datang gerai diorang la...

Tengoklah tu, semua happy lepas dapat makan burger nie. Sedap and kenyang! So, lepas dah rasa burger ni, Insyaallah, maybe next time datang lagi. Manatau, tetiba mengidam ker...

Malam masih muda, maklumlah esok cuti hari buruh. Apa aktiviti kitorang pasni? Apa lagi...shoot to Alamanda untuk tengok The Avengers lah. Tiket kul12.45...biasalah pompuan, dalam kete tu asyik citer pasal burger tadi jer. Padahal sama-sama makan, haha....

Aku agak, tak perlu la kot aku komen pasal citer The Avengers nie. Mesti semua dah pergi tengok kan...

Roger and out!

No comments:

Post a Comment