Tuesday, 17 July 2012

Singapore - Day 2

Mesyuarat tingkap before tido semalam...

"beb, sok macam mana? pukul berapa nak gerak?"
"kita gerak lambat sikit lah, lagipun train kul 11 malam"
"abis tu, bag macam mana?"
"aku dah tanya kaunter, boleh jer letak dekat hostel ni, FOC"
"ok lah tu...penat jugak nak mengangkut bag ke hulu hilir nih..."

Selepas itu, para jemaah telah mencapai kata sepakat di mana masing-masing bersetuju untuk gerak pada pukul10 pagi keesokkan harinya.

Jam 10.30 pagi.

Biasalah, janji melayu, patutnya semalam kena janji kul9.30, baru semua keluar kul10 kot. Ni tak, kul10.30 baru tergedik-gedik nak check out. Tapi takper, plan harini santai sikit, just jalan-jalan tengok orang kampung and pergi shopping souviner untuk bawak balik nanti. Lepas check out, aku dapat balik SGD20 sebab bayaran untuk deposit semalam.

RESTORAN ZAM ZAM


Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, jadi...apa kaitan dengan restoran nih? Disebabkan semalam dah merasa makanan dekat restoran ni and diakui sememangnya superb, maka belangnya telah melekat dekat kitorang semua. Masing-masing dok mengidam nak makan sekali lagi dekat restoran nih, haha~...Berpandukan ingatan semalam, aku pun mengorder murtabak daging besar, kongsi 5 orang. perhh...sekali sampai murtabak ayam pulak. Macam manalah mamat yang ambik order tadi boleh tersalah tulis daging ke ayam pulak pun taktau, jauh bunyi tu...Rasa macam nak tukar jer, tapi selepas makan, hmmm~...sedap sampai tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata, sungguh indah!! Selepas itu, kami pun kenyang :)

Ok, next activity nak pergi Bugis Street. Kitorang jalan kaki jer sebab hostel yang aku stay ni dah memang dekat area Bugis. Jom!


Bugis Street terletak bersebelahan dengan bangunan ni. Jadi, senanglah sikit nak mencari kan. Perjalanan dari Restoran Zam Zam ke Bugis Street, aku agak-agak, makan masa dalam 10 minit lah jugak. Oklah tu kan, dah makan banyak tadi, kenalah buang kalori tu balik, baru sihat.

BUGIS STREET


Apa ada dekat tempat nih? As info, ada 2 tempat untuk shopping murah-murah dekat Singapore. Satu dekat Bugis Street, lagi satu dekat Chinatown. Kalau ada tempat lain, taktau lah pulak aku. Masa aku sampai, crowded giler.

rambang mata aku masuk tempat nih, huhu...

Mula-mula aku pusing-pusing dulu, tengok kedai mana yang jual murah. Besar jugak kawasan sini, tingkat atas pun ada lagi. Kebanyakan baju-baju yang diorang jual dekat sini, mesti follow K-POP nyer artis. Tak mahal sangat pun, rate dalam SGD10-20 jer. Macam baju 'I love Singapore' and seangkatan, kebanyakan kedai jual 3 helai SGD10. Just ada satu kedai jer yang jual 4 helai SGD10. Disebakan dia jual 4 for SGD10, maka kedai dialah paling jam teruk. Aku pun join sekali, haha...maklumlah, untuk anak buah. sahabat handai, adik beradik, ramai beb...

Lepas settle beli belah dekat sini, next activity nak pergi Marina Bay

MARINA BAY

Tak sangka, aku telah buat keputusan yang bijak dengan membawa bag galas. Sekurang-kurangnya barang-barang yang aku borang dekat Bugis Street tadi, boleh letak dalam bag. Bagi yang tak bawak, terpaksalah mengusung jer dengan bag plastic tu, haha~...Tips untuk bijak macam nih, masa kecik-kecik kena minum susu ibu, muahaha...bergurau senda pulak aku yer!

Singgah jap di Starbuck, sebab ada member aku ketagih dengan barang-barang Starbuck nih. Pantang jumpa dekat mana-mana, mesti beli.

On the way, aku terperasan yang semua mende ni adalah kaset. Kreatif giler idea orang yang buat nih. Kebanyakan kaset-kaset nih dari artis yang lama-lama. Oldies gitu!

Adei...hujanlah pulak masa kitorang sampai sini. argh...jauh-jaun datang, setakat hujan macam ni, takkan nak patah balik kan. Kalau api, lain la kot...


Dekat hujung jalan ni terletaknya patung singa yang keluar air tu, salah satu landmark kena pergi kalau datang Singapore. Tapi, apakan daya, hujan makin mencurah-curah, payung pun takder. Lepas tu, ada member aku cakap, ada orang bagitau dia tadi, patung singa yang keluar air tu tengah sakit, maintenance. Aiseh...takperlah, maybe bukan rezeki kitorang kot untuk visit tempat tu.


Teringin jugak nak naik tempat tu, view Singapore dari atas. Mesti menarik giler! Untuk masuk, bayaran dalam SGD20/pax. Tapi, disebabkan hujan yang turun mencurah-curah, maka keinginan aku tu dipendamkan. Next activity, plan nak pergi Mustafa Centre. Kononnya, dekat tempat nih, ada jual minyak wangi yang murah-murah. Aku pun no idea, so follow jelah...

MUSTAFA CENTRE


Masuk balik dalam station, naik MRT and turun dekat Farrer Park untuk ke Mustafa Centre. Menarik jugak keadaan jalan dekat sini, sempat lagi singgah untuk snap pic depan kedai MU nih. Aku pun heran, pompuan pun minat bola jugak ker, hmm?


Dah sampai! Pasaraya rupanya Mustafa Centre nih. Untuk masuk ke dalam tempat nih, peraturan dia macam nak masuk Pasaraya Mydin. Semua bag yang berkaitan akan diikat dengan tali. Leceh la sikit, tapi orang tetap ramai. Sekitar kawasan nih, suasana macam dekat Jalan Masjid India.

Mula-mula aku excited nak masuk, bila dah masuk, rasa macam masuk pasaraya Mydin. Suasana pun memang sejibik. Kebanyakan barang-barang macam set sudu, set pinggan mangkuk, towel, jam tangan, macam-macam lagi lah, Pastu ada satu section, memang khas untuk jual perfume. Compare dengan harga asal, memang murahlah sikit tapi bagi aku tetap mahal lagi. Kalau dalam hengget, maybe akan dipertimbangkan kot. On the way masa datang tadi, akan lalu sebuah masjid, tepi jalan jer. So, sementara menunggu ahli jemaah lain dok beli belah, bolehlah pergi masjid untuk solat dulu.

Lepas selesai beli belah, kitorang lepak-lepak and makan dekat area sini jer. Just nak hilangkan penat, dari pagi asyik berjalan sana sini. Next plan, nak pergi Chinatown untuk shopping yang terakhir dekat Singapore nih, pastu patah balik ambik bag dekat Bugis, pastu dari Bugis, naik MRT ke Orchard untuk ambik deposit Singapore Pass nih, pastu lagi dari Orchard ke Woodland pulak, and last dari Woodland, naik bas ke Woodland check point.

CHINATOWN

Chinatown just 4 station jer dari Farrer Park, Mustafa Centre.

Kawasan untuk shopping dekat Chinatown ni memang dekat giler, depan station MRT jer. Keluar dari station terus dapat view nih...

perrgh...penuh dengan manusia...

Compare dengan Bugis Street, Chinatown lagi murah barang-barang dia. Kalau dekat Bugis Street, paling tinggi offer untuk keychain 18 pcs for SGD10. Tapi dekat Chinatown, diorang boleh offer 30 pcs for SGD10. Sekali lagi mata semua blink...blink!!

Untuk t-shirt, harga sama jer dekat Bugis Street, still 3 pcs for SGD10.

Memang borong sakanlah dekat sini, lepas tu aku yang menjadi mangsa, ceh~...ada 2,3 makhluk tu mintak tolong letak barang dalam bag.


"cukup, cukup sudah...cukuplah sampai di sini saja~"...aku tau sampai situ jer lagu ni, tatau pun saper penyanyi dia. Baheklah, lepas semua orang abis menshopping dekat Chinatown nih, macam aku cakap tadi, terus patah balik ke Bugis untuk ambik bag. Alhamdulillah, bag kitorang di jaga rapi, semua ada and selamat. Tak sangka, aku bawak SGD200 jer (100 untuk aku, lg 100 untuk wife aku), still ada baki dalam SGD50++. Nanti lepas pulangkan Singapore pass nih, dapat balik duit deposit SGD20. 

Dari Bugis, kitorang terus shoot ke Orchard st. Lepas dapatkan balik deposit, kena beli tiket sendiri untuk ke Woodland kos dalam SGD2.10 termasuk SGD1 deposit. Lepas pulangkan kad MRT, dapat return balik SGD1 tu. Leceh sikit kan, asyik kena deposit jer sana sini. Dari Woodland st., naik bus ke Woodland Check Point. Jadi, perjalanan aku and the gang dekat Singapore berakhir sebaik saje kitorang melangkah masuk ke dalam Woodland Check Point. Lepas pemeriksaan kastam and imigration, terus masuk ke cabin kitorang. 

Malam tu dalam train, aku rasa, semua orang tido macam baby termasuklah aku. Sedar-sedar jer dah sampai Kajang sebab wife aku yang kejut. Nak tidor dalam train dari Woodland ke Kajang kena set alarm, kalau terbabas nanti, silap-silap boleh sampai KL Sentral. Satu hal pulak nak naik train patah balik. Kononnya masa sampai Kajang nanti, masing-masing nak pergi breakfast. ceh, haram~...semua tak jadik, terus balik umah and sambung balik mimpi yang tak abis dalam train tadi, muahaha...

Jadi, sampai dekat sini sajer post aku pasal pergi Singapore. Memang enjoy!Nanti, aku akan try buat post pasal budget pergi Singapore pulak, chaiyo!!

Roger and out!

20 comments:

  1. perjalanan yang smart!!!
    aku suka iternary perjalanan ang ni
    menyusun perjalanan utk ke stiap destinasi tu penting. penyusunan yang rapi membolehkan kita semua dapat yang sebaiknya. CAYYO lah ORGA...sronok aku baca entry ang kali ni. PADAT MEDAT NYATA.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik ati aku dila, itinerary aku yang lain-lain tak best ker?uhuks...

      Delete
  2. wah best nyer !

    ReplyDelete
  3. gambar semua cantik2! mmg murah la kt chinatown tu kan. geram je tgk. huhuhu

    Jom vote for me! http://m.facebook.com/photo.php?fbid=470409726303119%26id=294357500575010%26set=a.470077823002976.115444.294357500575010%26refid=8%26_ft_=qid.5764545462290944014:mf_story_key.-4214720707673601770

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut rege situ, memang murah bangat. berbag-bag beli ritu, cewah~..

      Delete
  4. Ha, bagus! Nanti jangan lupa buat post pasal bajet tu tau..Kalau boleh termasuk kos nak buat passport skali.. Ngeee..~~ Teringin gak nak ke Singapore.. Nak ke Korea jauh sangat, dapat gi jalan2 ke Singapore pun jadilah.. Janji dapat makan angin.. Hehe..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Now AA tengah wat promosi sampai 22 July, usha-ushalah tic pegi mana-mana. baheklah, nanti post pasal budget pergi Singapore akan masuk sekali kos buat passport.

      Delete
  5. sonoknyerr uoolsss.. ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonok macam budak-budak rasa, hehe...

      Delete
    2. Ni itenary perjalanan aku and Kak Dila Bangi next time. Best best best!!! Masa gi USS arituh sehari jer kat s'pore..... tak sempat pun nak gi marina bay so lain kali nak g singapore nak gi kat pulau sentosa bugis street chinatown n orchid road ni. Paling teringin nak naik cable car yg merentas laut tu

      Delete
    3. cable car merentas laut?kat mana tu?yang tau pun, marina bay ni jelah...

      Delete
    4. Ada.. kawan ckp cable car tu nak ke Pulau Sentosa ada pantai buatan. Ari tu masa on the way balik nampak cable car tu.... tapi tak pasti kat mana tempat naiknya...

      Delete
    5. yeke?rasa rugi pulak tak pergi beach sentosa tu. masa dekat uss,ingatkan petang baru nak pergi beach,sekali main dekat uss sampai ke malam pulak...

      Delete
  6. Wah Orga jalan-jalan ke Singapore ek. Best, tapi tak tahan dg kosnya yg tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat jalan-jalan sari dua occay kot..

      Delete
  7. Kalau nak naik train kul 11.30pm balik ke KL, agak2 kul brape kene bertolak semula ke Woodland station tu yer? lame tak tunggu bas kat situ nak ke checkpoint? Naik bas yg same macam mula2 sampai tu yer? Sorry banyak tanye lak... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pukul9.30 camtu dah boleh bertolak ke woodland station tu, sempat jer. masa kitorang balik ritu, tak naik bas yang sama pun. kebetulan masa bas sampai, kitorang tanya driver bas, pergi woodland check point ker, driver bas tu cakap yes, terus kitorang naik. oh...takper, tanya jer, kalau boleh bantu, aku jawab lah, heheh...

      Delete
  8. kat mane kedai manchester united tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya dekat ferra park station, sebab time kitorang on the way ke Mustapa Center...

      Delete