Friday, 6 July 2012

Singapore USS - Day 1 (Part 1)

Ding dong!!Dah tengok ker The Amazing of Spiderman? Aku lepas abis presentation rabu ritu, malamnyer terus raya sakan, layan premier spiderman pulak tue. So, minggu yang busy dah lepas, now aku bolehlah relax sikit tulis pasal trip ke USS yang aku pergi last week. Nak dijadikan cerita, trip ke USS kalini disertai oleh 8 orang peserta and pengajurnya bukan aku, kawan aku yang tetiba plan nak pergi. Cabaran bagi aku dengan trip kalini adalah naik train KTM dari Kajang terus shoot sampai Woodlands, harga return tiket RM90. Mahal sikit sebabnya aku pilih tempat berkatil, sebelah bawah. Kalau pilih katil atas, harga return tiket RM60. Bukan apa, pilih katil bawah, senang nak pergi toilet, lagipun perjalanan ambik masa dalam 6-7 jam.

janji kul11.31 malam, kul12 baru sampai, hm~..


Mula-mula rasa macam tak boleh tido, dengan bunyi bising train, pastu orang dok berborak lagi kat luar, lama-lama lena jugak aku. Macam tak percaya jer aku boleh tidor, ajaib betul rasa, hehe..


Tanggal 29hb, jam lebih kurang kul7 macam tu, aku and the gang pun menjejak kaki ke Singapore. Alhamdulillah, selamat jer sampai, train pun boleh tahan. Check imigresen and kastam pun cepat jer. Lepas keluar dari Woodland train station, terus kitorang cari bas sebab  murah sikit. Kalau naik cab mahal. Sebelum naik bas, refer route bas dulu dekat bas stop, cari bas mana akan pergi ke Woodland MRT. Kenapa nak pergi MRT station? Sebabnya nak beli Singapore Tourist Pass. Adanya pass ni,naik MRT, LRT and Bus dah tak kena bayar. Lepas confirmkan lagi dengan driver bus 856, kitorang pun naik ke MRT Woodlands. 

Sampai dekat Woodland MRT st., terus cari tiket office. Adoyaii...tak jual la pulak tourist pass tu. As info, tourist pass tu just jual dekat certain station jer, seperti Orchard and City Hall station. Pulak dah, nak kena menapak pergi ke station lain, frust sikit sebabnya nak kena kuar duit lagi untuk beli train tiket ke Orchard. Before pergi, cari tempat breakfast dulu. Lapar beb, sebelum buat aktiviti, kenalah isi tank dulu, haha..


Aku breakfast dekat McD sebenarnya, lupa pulak snap gambar. Tapi bertentangan dengan kedai roti ni jer. Sebelum masuk, check dulu halal ke tak. Lega rasa, ada tanda halal dekat dalam, tapi dari Majlis Agama Islam Singapore.


Lepas siap breakfast, terus shoot ke Orchard station. Belakang aku tu, tempat untuk beli Singapore Tourist Pass, cost untuk 2 hari SGD16. Tapi kena bayar SGD26, sebabnya lagi SGD10 adalah deposit. Nanti pulangkan kad touris pass ni, dapatlah balik SGD10 tu. Kedekut betul kan, bagi jelah kad tu, boleh buat kenangan, adei~..

 dila, jeles tak? haha..

Dari Orchard st. terus ke Bugis st., sebabnya nak pergi letak bag dekat Hotel.


Stay dekat hotel ni, sebabnya murah and dari review pun banyak cakap ok. Aku ambik private room, cost SGD60/night, ada bilik air. Member aku ambik bilik untuk 6 orang kos SGD20/pax. Tapi bilik air dekat luar. Oklah kan, tidor dalam 1 bilik dengan orang yang dikenali, setakat toilet kat luar, macam tak biasa jer, hehe...

Tadaa...ni la bilik aku.


Kononnya nak pergi balik ke MRT Bugis st., tetapi on the way tu, kitorang di sapa oleh seorang auntie. Tanya kitorang nak pergi mana ramai-ramai? Member aku jawab nak pergi Bugis st. untuk ke USS. Dia cakap, better pergi dengan bus, lagi cepat. Aku dah was-was dah, betul ke dengan bus lagi cepat. Untuk menyokong idea dia tu, auntie tu cakap, "i live here, i know lah"..Baiklah auntie, kitorang pun follow jer cakap auntie tu. Tetapi, indah khabar dari rupa. Nama pun bus, memanglah rasa dekat, tapi dengan traffic light bersepah-sepah, berhenti setiap bus stop lagi, tolak pi tolak mai, rasa-rasa aku macam lagi cepat jer kalau naik train. Tapi tak per, yang penting...

Sampai di sini!!

Nampak jer menatang ni, semua pulun nak bergambar, termasuklah aku, muahaha..

Wahh...seronok jer, semua orang excited. Maklumlah, pergi Japan ritu tak masuk USJ pun, uhuks!Lepas gian kat USS lah :)

Blur jap masa dekat sini, sebabnya map takde and tatau arah tujuan. Lepas tengok signboard, kitorang ikut arah kiri, pegi Madagascar dulu. Orang pun boleh tahan ramai...

Kenal tak watak-watak ini adik-adik?? :)

who said penguin cannot fly??

line dekat belakang aku, kosong jer kan...macam takde orang jer. Tapi, sila lihat depan...

tengoklah, buka setakat budak-budak...makcik, pakcik, tok wan, tok ngah semua ada, haha...

Untuk enjoy show madagascar, kena naik rakit ni and no camera dekat dalam.


Occay lah, boleh tahan jugak show. Next place, nak pergi jumpa Shrek. Sebabnya, bersebelahan dengan madagascar jer. So, ayuhlah rakan-rakanku!!

Rumah Shrek, kitorang try nak buka pintu, tak boleh lah pulak. Ambik gambar depan-depan jelah. So, where's Princess Fiona??

Selamat datang ke istana Princess Fiona!

 aiseh~..ada orang pandang aku rupanya, tak perasan pulak

Lepas penat berjalan, kena isi tank balik. Haus beb jalan tengah panas camni..

Lepas puas ambik gambar dekat luar, kitorang pun masuk dalam untuk layan Shrek 4D

Memang best layan Shrek 4D, penuh action & funny!

Donkey dengan anak-anaknya...comel jer :)

Lepas puas menatap istana Princess Fiona, tibalah masa untuk ke tempat lain pula. Before pergi, singgah dulu di kedai souviner Shrek tengok paper yang patut.


Aku tak beli apapun dekat sini, saja usha-usha jer. Tapi member aku ada yang beli, budget lebih kot, hehe...So, sampai sini saja post aku untuk USS part 1 ni. Alhamdulillah, masa kitorang dekat sini, cuaca pun ok, seronok jer berjalan even panas sikit. Nasib  baik ada banyak tempat untuk refill air sejuk, segar balik rasa.

Occay lah, roger and out!!

15 comments:

  1. besar kan castle tu?? sampai xmuat camera..hahaha
    duduk hostel..then wifepun dok lain bilik lah ek?? Selesa ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah zila,besar sangat..wife dok sekali,sebab dah ambik private room.selesa jer, haha..

      Delete
  2. YUHUUUUUUUUuuuuuuuu aku datang
    tu dia.....amVOIII kan main na ang x hempas pulus USS singapore lak
    Cayyo lah. Tgok keadaan damai ja tak macam USS japan yg ramai umat tu
    ang tak pi Amazing spiderman tu ka? mesti syok kan spiderman nak pi selamatkan hang (dok capai2 tangan lagi)
    eh card tu shuntek lah. Bikin jealous kat aku jaaa dia ni
    *suka tgok wifey ang, shummel

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat USS takde Spiderman la dila,tapi ada transformers. best sampai masuk 2,3 kali la, muahaha...suka tgk wife aku?mana aci macam ni, cameraman camne??sian dia, uhuks..

      Delete
  3. Replies
    1. a'ah,memang best sangat...silalah datang :)

      Delete
  4. serius jeles.hihihii bestnya..nk ikott.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. camne nak ikut zaxx,dah balik dah pun...kena pergi sendiri ni, hehe

      Delete
  5. subhanallah..cantik2nya..bestnye jenjalan..

    salam kenal dan folo..^_^

    http://permataperjuangan.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. wahhh..ada org dah sampai USS nih..he..he.. best kan..? pengalaman naik night train pon seronok baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2nd time naik train ktm and 1st time ambik tempat berkatil,seronok la jugak...

      Delete
  7. salam nak tnya tiket train dr kajang tu pergi blk ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak...tiket dari kajang ke woodland ke? masa kitorang beli ritu, RM90 return, ambik jenis berkatil.

      boleh refer link ni untuk kos-kos lain :)

      http://skampung.blogspot.com/2012/07/overall-budget-singapore.html

      Delete
  8. Assalam. Kalau harga tiket seat ktm dari kajang ke woodlands berapa ye?

    ReplyDelete