Monday, 13 August 2012

Mission: Mencari Persiapan Raya

Salam Ramadhan al-Mubarak...

Cepat-cepat kira, tinggal berapa hari aje lagi nak sampai hari raya? Persiapan raya korang dah siap semua? Aku punya last weekend boleh dikatakan dah settle lah. Seronok dan penat! Maklumlah...Shah Alam - Kajang - Bangi - Cyberjaya...

Hari Sabtu
Nak dijadikan citer, pada mulanya aku plan nak pergi mencari baju raya dekat area Masjid India or Sogo or Jalan TAR camtu jer. Before pergi, aku roger member-member aku, tanya ada saper-saper masuk KL ker rini. Kebetulan, ada 2,3 kerat yang memang plan macam aku jugak, just diorang awal-awal lagi dah gerak masuk KL. Maklumat yang aku dapat, memang JAM tahap gaban. Tu baru jalan nak masuk KL, belum keadaan dekat area Jalan TAR tu lagi. Hah...sudah, macam mana nak pergi nih? Pilihan aku, samada naik LRT or merempit naik moto. Lepas fikir masak-masak sampai dah berlemak pong, aku pun decide nak pergi cari dekat Shah Alam jer, area PKNS camtu. Aku pun roger member aku yang dok Shah Alam. Jawapan yang aku dapat, "ok kot...semalam aku pergi ok jer". Betul-betul tak meyakinkan langsung, yang dia pergi tu semalam, aku pulak nak pergi rini, adoyai...

Try and error jelah. Aku pun bergerak menuju ke Shah Alam. On the way tu, aku asyik dengar radio jer, manatau tetiba kuar info pasal keadaan dekat PKNS tu ker. Bila aku sampai jalan nak ke PKNS, Alhamdulillah...jalan tak jam sangat, just parking jer penuh. Ramai parking tepi jalan jer, termasuklah aku, hehe...

tips untuk shopping: make sure dah kuarkan duit awal-awal lagi, jangan dekat sini baru nak buat. tak pasal-pasal kena beratur panjang semata-mata untuk keluarkan duit dari atm.

keadaan dalam PKNS, penuh dengan homo sapiens

blink-blink! RM150 jer sepasang...

Dekat dalam SACC, kalau dah penat berjalan, rehat jer dekat sini sambil tengok persembahan

Lepas PKNS and SACC, Plaza Alam Sentral pulak dahh...


Sehari suntuk aku dengan wife aku dekat sini. Lepas penat survey dekat PKNS, masuk pulak ke SACC. Rasa macam takde yang menarik, keluar balik masuk PKNS. Bila masuk PKNS, rasa macam mahal la pulak. Pergi Plaza Alam Sentral pulak survey paper yang patut. Lepas penat menelaah hampir semua baju-baju dekat area sini, akhirnya terjumpa jugak yang berkenan di hati. Rege pun boleh tahan. Aku angkat 2 pasang + sampin + songkok. Wife aku pulak just angkat sepasang jer, dia cakap, takde sangat yang berkenan. Kalau berkenan pun, rege mahal giler. Lepas dah dapat baju raya, sampin raya and songkok raya, nak cari pulak kasut raya. Tak sempat nak survey sepenuhnya, sebab nak kejar masa balik berbuka dekat rumah. 

Tamat sudah episod penuh drama hari Sabtu, uhuks~..

Hari Ahad
Wife aku cakap, baju raya yang dia beli semalam dekat Plaza Alam Sentral tu untuk hari raya ke-2. Untuk hari raya pertama, ketiga, keempat, belum ada lagi. Aku pun hah??!! Bagi memenuhi impian wife aku dengan baju raya dia and aku pun nak cari jugak kasut raya, dalam kul10 pagi camtu dah gerak ke Metro Kajang. Plan harini just nak survey area Kajang and Bangi jer...

Dalam Metro Kajang...banyak jugak yang menarik, just wife aku jer memilih sangat...


Tengah dok survey, tetiba terjumpa dengan kedai ni. Butik De' Alfa ni ada 2, satu tingkat bawah and yang kitorang masuk ni tingkat 1. Bagi yang belum beli baju raya or yang nak menambah koleksi baju raya, aku SYORKAN butik ni. Tapi, kena beli waktu "HAPPY HOUR".


Kenapa perlu beli waktu Happy Hour? Sebabnya, masa nilah rege baju turun murah giler. Dekat dalam butik ni ada 3 kaler penanda harga, putih, hijau and oren. Bagi penanda harga kaler putih, semua baju dalam RM89. Untuk hijau, RM119 and untuk oren RM189. Masa Happy Hour, untuk penanda harga kaler putih, butik ni offer 4 pasang RM100 jer. Untuk penanda harga hijau, buy 1 free 1 and untuk penanda harga kaler oren, harga turun RM100 sepasang. Happy hour diorang bagi sejam sahaja. Nasib baik betullah wife aku nih, kebetulan masa kitorang lalu depan butik nih, diorang tengah announce offer ni. Apa lagi wife aku, mata terus blink-blink lah...Design pun kebanyakan boleh tahan. Tengah dok pegang semua baju yang wife aku nak try, nak jer aku tanya, ni nak beli baju raya untuk sebulan ker? Belum sempat aku tanya, wife aku dah jawab, kalau tak pakai masa raya pun, boleh pakai pergi office...

Lepas puas try semua baju yang menjadi idaman hati, akhirnya, wife aku pilih sepasang baju dari penanda oren and 2 pasang dari penanda hijau. Lepas tu, pergi cari pulak kasut raya. Nak beli sandal jer pun, tapi takda pulak yang berkenan di hati. Lepas Metro Kajang, pergi pulak PKNS Bangi, sama jer, takder jugak. Lepas tu, pergi Warta pulak. hmm...kecewa lagik. Last-last aku angkatlah butang baju rege RM10 sekotak. Tetiba wife aku cakap, nak tempah spek mata barulah. Kononnya, spek mata yang tengah pakai ni dah tak best. Yelah tu, mentang-mentang nak raya, semua nak baru, hm~...Esok lusa, maybe aku pergi cari dekat Alamanda or Mines or Jusco Cheras Selatan, tu pun kalau rajin. Harap-harap jumpalah sandal raya ku, huhu...

Belum sempat melepas batuk di tangga, nak kena pergi Cyberjaya pulak sebab ada Iftar bersama-sama sahabat handai dekat Nasi Arab Saba Restaurant. Harga buffet dalam RM35/pax. Semua menu adalah makanan arab, kambing, ayam, daging, kebab, macam-macam lagi, memang puas hati lah.


Setelah aku buat kajian dan analysis, nampak gaya, persiapan raya aku hanya settle dalam 90% jer sebab kasut raya takde lagi. Takper, masih ada seminggu sebelum hari raya kan...Jadi, tamatlah sudah episod penuh drama hari Ahad. ~ Selamat, hari raya..hari untuk...~ aii, tak sabar rasa :)

Roger and out!


4 comments:

  1. tU DIA Orga beraya sakan tahun ni erk (kehkehkeh)
    aku satu apa pun x beli lagi. Jumaat ni baru nak cari kebetulan company shutdown. boleh aku jalan sakan hihihi
    aku x lah gi kl tapi dekat2 si ni je
    lawo aa baju merah tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada raya sakan dila..baju melayu aku murah jer,ingatkan nak beli sepasang jer, tengok ada lagi yang cantik, angkat jelah. tahun ni je aku beli macam-macam, tahun-tahun lepas tak macam ni pun, hehe..

      jumaat ni baru ang nak cari? mungkin tak sesak dah kot, semua orang dah pakat balik kampung..ang bila bertolak balik kampung?

      Delete
  2. SELAMAT HARI RAYA orGA... ni aku raya sakan ke kau yg raya sakan ni??? aku cuti jer lebih.. persiapannya tak seberapa, kasut raya pun tak der..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sandal aku memang dah rosak lah, siap berlubang lagi tu. nak tak nak, kenalah beli baru. sekali aku beli kasut, 3-4 tahun baru tukar balik.ni lah lelaki...kalu perempuan, lain kot, rasa-rasa, tiap-tiap bulan kasut baru, hehe..

      Delete