Monday, 10 December 2012

Hadiah dari Tourism Malaysia

Alhamdulillah...Pertamanya, syukur sesangat sebab dalam tak disangka-sangka, ada berita mengembirakan yang berlaku hari ini. Ya...seperti yang tertulis dalam tajuk dekat atas, aku telah menang hadiah dari Tourism Malaysia untuk Cuti-Cuti 1 Malaysia Photo Contest. Sebenarnya, aku pun tak ingat dah tarikh yang sebenar aku masuk, cuma terkejut sekejap bila dapat panggilan tepon dari pihak Tourism Malaysia hari jumaat lepas. Depa habaq mai yang aku merupakan salah seorang pemenang untuk pertandingan ni. Mula-mula rasa macam tak percaya, ingatkan kena Panggilan Hangit Hot Fm ker, lepas confirm betul-betul, baru aku percaya. So, aku diminta untuk datang collect hadiah pada hari ini. Sehubungan itu, cewah...lebih kurang pukul 2 petang tadi, aku pun bertolak ke tempat yang dinyatakan iaitu Pusat Dagangan Phileo, Damansara.

first time sampai sini...


Apa Hadiah yang aku menang tu? Inilah dia...Aku telah memenangi Consolation Prize untuk pertandingan ni. Bawah adalah details pasal hadiah yang lain, tapi taktaulah pulak siapakah gerangan yang dah menang...

Tempat Pertama : Mac Book + Travel Package
Tempat Kedua : iPhone 4s + Travel Package
Tempat Ketiga : iPad3 + Travel Package
Consolation Prize : Travel Package x 5


Sebenarnya, takder pun upacara penyampaian hadiah, aku jer yang request untuk wat cam gini, nasib baik diorang pun sporting jer, hehe...So, hadiah yang aku menang tu adalah Malacca Tour Travel Package for 2 Person, 3 Days 2 Nights at Mahkota Hotel including breakfast and dinner, activity Malacca River Cruise and Half Day Malacca Tour. Best sangat rasa, buat pertama kalinya percutian aku di sponsor sepenuhnya, yeay!!

Lepas semua hal berbangkit selesai, aku pun bertolak balik. Kalau takder aral melintang, bulan Januari 2013 kitorang akan terjah Melaka!! JOM PAKAT-PAKAT SUPPORT TOURISM MALAYSIA.

Roger and out.


39 comments:

  1. Cayalah! X sia2 aku berniat dengki dgn senjata ko. Sure mmg zass gmbr tu. share la gmbr mne? Bak dtg tgk!

    Btw kongratulasi!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beb...masa aku tanya,diorang cakap gambar Perlis, aku taktau yang mana satu sebab aku hantar banyak giler.

      Tema pertandingan gambar ni Subur Menghijau, so semua gambar aku yang kale hijau semua aku hantar, hehe...

      Delete
  2. Congrats Orga, mungkin boleh buat satu post foto2 yang kau hantar utk pertandingan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mie...foto-foto yang hantar tu, hang boleh tengok dekat entry Perlis & Cameron Highland. Tapi yang menang tu pic dari enrty Perlis, tak pun, klik jer link bawah ni mie:

      http://skampung.blogspot.com/search/label/Perlis

      Delete
  3. Weh orga... camne kau masuk photo contest tu... awat aku tak tau haa... kalau tak boleh sama2 aku terjah melaka kan... kot ye aku menang... ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. shidah, hang kena follow tourism m'sia punya website sekali dengan pesbok depa, baru tau apa current aktiviti yang dianjurkan :)

      http://www.tourism.gov.my

      Delete
    2. Okey... TQ sharing... nanti aku follow

      Delete
  4. Tahniah la Orga...Untung dapat cuti2 sponsor gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thanks!mudah-mudahan, orang lain pun dapat peluang yang sama...

      Delete
  5. congrats babe! hahahaha....seeee akhirnya percutian ko disponsor! muahahahha.... anyway gambar2 ko buat aku gigit jari tau....grrrrrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rayyan!dari ko jugak aku belajar banyak mende, hehe...kalau tak, memang aku taktau wujudnya peluang cam gini :)

      Delete
  6. tahniah weh..best nye dapat menang hadiah..travel package lak tu...selamat ke Melaka..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks aza...mestila sonok menang adiah,first time dapat adiah percutian cam gini, hehe...

      Delete
  7. Congrats, Mahkota Hotel tu tempat yg akak dok baru2 nih. Okaylah tempat tu, buffet dia pun boleh tahan dan kalau nak pi shopping pun menyebrang jalan jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy memang tak pernah stay hotel ni lagi akak, banyak review cakap ok termasuk dari akak.saya okay jer mana-mana pun, yang penting pree :)

      Delete
  8. tahniahhhh!!! best tu dpt percutian yg percuma~ hehehe. boleh honeymoon lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks john! of coz ler honeymoon lagi, rindu pulak dengan asam pedas and cendol melaka, ahaha...

      Delete
  9. tahniah.. ^_^. best woo dapat bercuti

    ReplyDelete
  10. tahniha ye, KA singgah baca dlm cuti2 mesia ni

    ReplyDelete
  11. tahniah..seronokny dapat percutian free tu.

    ReplyDelete
  12. Salam Orga,
    TAHNIAH!!!!!! Jangan lupa cari gulai asam pedas, cencalok dan belacan kat Melaka ye..:)

    ReplyDelete
  13. Wah! Best giler! Ni lah namanya rezeki datang bergolek.. Tahniah2! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time menang adiah cam gini, memang best mieza...thanks :)

      Delete
  14. Ape??? Menang lagik??!!!! Mmg your lucky year la thn ni orga ... Keep it coming!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...rezeki azra and of coz apa-apa contest yang free and mudah, mesti aku masuk :)

      Delete
  15. Tahniah.. baru nak berjinak-jinak dgn travel blog. Kalau nak dapat hadiah RM 300 sebagai pemenang bolehlah join contest CutiMalaysia.my




    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! Insyaallah, saya akan join jugak nanti :)

      Delete