Friday, 4 January 2013

Aku dan Cempedak

Pepatah ada menyatakan, "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan..kalau buah cempedak tu bukan kita yang punya, jangan lah ambik"... Jelas lagi ternyata bahawa masyarakat kita sudah cukup sinonim dengan kehebatan buah cempedak yang diluar pagar ini. Dikatakan juga, adik beradik buah cempedak adalah Mentawa, Kluwih, Pintau, Sukun, Selanking, Benda, Nangka, Monkey Jack, Klempatak, Keledang, Tampang, dan Betoh, tetapi kehebatan yang terdapat pada buah cempedak jauh lebih baik dari ke semua buah tu sehinggakan perbezaan begitu ketara sekali.


Jadi, bagi menghargai perjuangan buah cempedak bersama aku selama ini, dengan rasa rendah diri, aku membuat entry khas untuknya. Untuk makluman, dirumah tok aku ada pokok cempedak, rumah aku pun ada, and rumah wife aku pun sama. Masa kecik-kecik dulu, setiap kali sebelum ke sekolah, aku akan perhatikan pokok cempedak ini, tertanya-tanya dalam hati, bilalah dia nak berbuah, sebabnya kami membesar bersama. Di sekolah pulak, semasa di dalam kelas, bila cikgu bertanya, A untuk Ayam, B untuk Bola and C untuk apa? Dengan pantas dan tangkas aku segera menjawab C untuk Cempedak cikgu! Pastu, satu kelas telah memberikan tepukan paling gemuruh untuk aku, and bila balik dari sekolah, terus aku ceritakan kejadian yang berlaku dekat pokok cempedak. Aku cakap, aku sebut namanya masa dalam kelas and aku lihat pokok cempedak ni malu-malu siput sedut pulak.

Bila diingatkan, sungguh banyak kenangan manis aku bersama buah cempedak ni. Paling latest adalah hujung minggu lepas. Kronologi kejadian adalah seperti berikut.

Kronologi sebelum hari kejadian

Aku mendapat info dari seorang sahabat aku di mana terdapat sebuah kedai yang menjual buah cempedak murah giler. Lebih murah berbanding di pasar malam and pasar borong. Pada mulanya aku macam susah nak percaya, macam tak logik jer harga yang kedai ni bagi, so bagi mendapat jawapan yang pasti, pada hujung minggu lepas, aku and wife aku membawa diri untuk mencari kedai ini.

Kronologi di hari kejadian


Berpandukan MAP di atas, aku bergerak menuju ke tempat dinyatakan iaitu Kedai Buah, No. Lot BD-G-18, Seri Kembangan. Lokasi kedai ini cukup strategik sebab terletak di sebelah kedai runcit dan car wash. Alangkah terkejutnya aku bila tengok harga yang kedai ni tawarkan, bukan setakat buah cempedak, buah-buah yang lain pun murah. So far, kedai ini cuma menjual 3 jenis buah iaitu buah cempedak, pisang and jambu batu.

Harga yang ditawarkan:

Cempedak - 1 kg = RM3.00
Pisang - 1 kg = RM2.50
Jambu batu - 1 kg = RM2.00

Terus-terang aku cakap, harga untuk buah cempedak ni memang tak akan dapat ditandingi dekat tempat lain, kalau tak silap aku, di pasar malam, 1 kg = RM6 - RM9. Selepas bersoal jawab dengan tuan kedai, aku mengambil dua biji sahaja, saja nak mengetest dulu kononnya. Tuan kedai pulak adalah seorang yang baik hati, rata-rata pelanggan yang datang, mesti dia memberikan senyuman sambil mengangkat bulu kening. Sebelum timbang, bagi menjamin kualiti, tuan kedai kopek sikit buah cempedak aku ambik tu, and suruh aku and wife aku merasa. Aku ambik seulas, wife aku ambik 2 ulas. Nyum~...manisnya! Kata sepertujuan dicapai iaitu sedap, so lepas itu, proses penimbangan dilakukan. Tiba-tiba tuan kedai cakap, cincai kira RM5.00 sudah.

Kronologi di rumah

kami adalah cempedak

Inilah rupanya 2 biji cempedak bertuah yang telah aku pilih. Proses seterusnya adalah pengasingan kulit dan isi buah untuk dibuat Cucur Cempedak. Ya...inilah tujuan entry kalini, panjang sungguh mukadimah sebelum sampai isi penting, hehe... Bukan apa, diluar sana, harga cucur cempedak mahal sungguh, satu ulas jer 50 sen tu. Bagi kitorang yang penggemar cucur cempedak ni, mana puas makan sikit-sikit, beli banyak cost pulak.


Selepas membuat pengiraan, semua sekali ada 68 ulas isi buah cempedak ini, banyak kan? Kalau aku darab dengan 50 sen (68 x 0.50 sen), RM34 tau. Nampak tak, kalau dekat luar, aku kena belanjakan RM34 untuk beli 68 ulas cucur cempedak. Tapi bila beli sendiri, modal RM5 jer... Aku pun dah confirmkan dengan mak aku dekat kampung, mak aku pun cakap murah. Tengok...kak Piah pun bagi jawapan yang sama. Aku agak, orang yang jual cucur cempedak, mesti diorang beli dekat sini jugak, untung 5,6 kali ganda tu. 

Baheklah, selepas proses pengasingan dan pengiraan dilakukan, tugas seterusnya aku serahkan bulat-bulat dekat wife aku. Yelah, aku reti makan jer, mana reti buat cucur cempedak. Bagi menjamin tugasan sama rata, aku pun memasak air and buat air teh. 

final product: cucur cempedak

Tadaa...inilah hasilnya! Time ni, masa nak makan, hujan pulak turun mencurah-curah. Biasalah, pantang petang sikit, mesti hujan. Tapi bagus jugak, hujan yang turun ni dapat menambah lagi saat romantis sambil menikmati cucur cempedak berserta teh O panas ni. 

Pendapat aku, bagi penggemar cucur cempedak di luar sana, anda patut terjah kedai ini. Aku pun, kalau takda aral melintang, hujung minggu ni nak pergi angkut lagi 3,4 biji. Kalau tak buat cucur cempedak, makan camtu jer pun dah sedap dah. Tau kan khasiat buah cempedak, dari kajian, buah cempedak mempunyai kandungan energy, vitamin A dan C yang cukup tinggi di samping ia adalah antitumor. So, buah cempedak ni bukan setakat sedap, tapi penuh berkhasiat, bagus untuk kesihatan gitu. Okaylah, sampai sini jer citer aku pasal cempedak.

Roger & out.


24 comments:

  1. ko sengal ko sengal ko sengal!!!!!!!!!!!!!!! bencikkkkkkkkkkkkk! hakikat nye ko nak goreng cempedak je kan ngengs?

    sila cite kronologi pisang nangka skarang! karipap sardin pon bole!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya beb...hakikatnya, memang aku nak bercerita pasal cucur cempedak jer, heheh...pisang nangka and karipap sardin nanti lah dulu, tak da idea nih...tak pun, hang yang wat kronologi pasal tu pulak :)

      Delete
  2. giler panjang mukadimah...heheh yang tak menahan,siap ada gambar khas utk entri ni,design sendiri lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sebenarnya aza, entry ni siap semalam lagi. tapi bila baca balik, macam pendek sangatlah pulak. tu arini olah bagi panjang sikit, pastu tepek gambar...

      Delete
  3. Dah beberapa blog cerita cempedak ni...mulut dah berair terliur...nak kena pi beli ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ada blog lain citer pasal cempedak kak mah? hm~...nak kena tubuh persatuan cempedak ni...kalau teringin tu, cepat-cepat beli kak mah :)

      Delete
  4. haha pnjg gila ayat pasal cempedak abis dibaca smpai ahkir..haha...byk untungkan klo org jual..smlm beli kat pasar mlm teringin nk mkn 6 ketul 2 inggit..mhl sgt kot kn...tp kan kat kg family ada kebun tnm cempedak jga..hehe...jual secra kecil2 :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...mahal cempedak dekat sini, 6 ketul dah 2 ringgit. kalau beli sendiri, 68 ketul baru 5 ringgit. wah~...tak aci la camni hairi, ada kebun sendiri pulak, mesti kalau tengok buah tu, bau jer dah tau masak ke tak...

      Delete
  5. Kita orang panggil cempedak goreng je, cucur lain kot, nak kena blend bagai. Tapi saya lebih suka nangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah mie, kat sini panggil cempedak goreng, aku dah terbiasa guna cucuq cempedak, so bila tulis tu pakai perkataan yang sama. samalah macam perkataan biskut and roti, dekat kampung aku, perkataan biskut jarang dipakai, tetap panggil roti jugak :)

      Delete
  6. aku pun suka cempedak!!!!! sgt!!!

    ReplyDelete
  7. memang murah giller tu orga
    bykan kalau kita beli 10 5 HINGGIT
    baper banyak sdh rugi lau leh tgok cempedak yg murah ghini
    GOOD INFO< olga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau setakat teringin sikit-sikit, ok jer nak beli. tapi kalau jenis makan tak puas macam aku, memang tak cukup dila, kena beli yang mentah, buat sendiri, baru puas makan, heheh...

      Delete
  8. Salam Yeop

    hahaha....tergelak Yong bace....
    tapi memang mahal cempedak goreng ni...kalau lalu tepi dia..fuhhh...semerbak sungguh...
    tapi bagi Yong yang manis ni tak leh makan cempedak dan yg seangkatan dengannye...Nikmat tu dah ditarik balik...hehe...kang bertambah manis jadinyer Yong ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu pernah bawak yang dari kampung, tak berapa nak masak, so kena peram dulu. bila dah masuk tu, dari luar rumah boleh bau, sampai jiran tanya lah, hehe...ala, takpa kak yong, banyak lagi pilihan buah yang sedap-sedap :)

      Delete
  9. aku memang suka giler ngan buah cempedak.... tapi aku jarang beli sebabnya.... kalau nak potong kulitnya kena mengharungi getah.... tak sukaaaaaa
    bab makan aku sukaaaa

    banyak2 nama buah yang kau sebut kat atas tu aku kenal cempedak ngan nangka je.... yg lain tu tak kenal pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah camtu shidah, selalunya, buah yang sedap-sedap memang payah nak makan, pastu kulit tebal-tebal, cempedak ni termasuk sekali dalam golongan ni. tips dia, sebelum kopek tu, taruk minyak masak banyak-banyak dekat tangan and pisau sekali. lepas dah setel semua, basuh dengan sabun and air jer, dah boleh hilang...

      aku pun tak kenal jugak yang lain-lain tu, mr. wikipedia yang bagitau, heheh...

      Delete
  10. ya ALLAH!!! SEDAPNYA BROOO! aritu baru beli tepi jalan. 3 ulas rm2. pitammmm terus. nk kene beli yg mentah baru puas hati makan. still xtau nape org duk jual mahal2 cempedak ni. kaut untuk atas angin betol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 ulas 2 ringgit, mahal sangat tu henry...memang nak kena ketuk la saper yang jual tu, cekik darah betul lah...aku kadang-kadang hampir beli jugak, sebab teringin, masa tu dekat param putrajaya, tapi bila tau seulas berapa, terus tak jadi beli..geram!!

      Delete
  11. murah nyer. cempedak goreang ni mmg sedap la.feveret nik.
    banyak untung diorang dapat hanya dengan jual cempedak jea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ramai jugak peminat cempedak goreng ni, tapi kalau nak boikot yang jual mahal ni pun, payah jugak sebab depa pun cari rezeki. alang-alang untung berlipat ganda ni, bolehlah buat bisnes pulak kot :)

      Delete
  12. Tiket ajl tu free ja..tidak dijual .gpn dpt ni sebab blogger :-) ..xtau nk komen kat mn..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...takper, kat sini pun ok. yeke free? wah...memang bertuah la ko and the gang, ramai-ramai pulak tu boleh pergi, sampai 8 orang. jeles meh~...kalau ada lubang or apa-apa contest lagi yng free cam gini, roger la kengkawan :)

      Delete