Tuesday, 15 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 1

Amacam? Dapat grab tak promo AirAsia FREE SEATS tu? Tension giler aku, punyalah semangat menunggu semalam, tepat jam12 malam lepas abis citer Merlin terus terpacak depan PC. Dahla aku tengah sedih sebab last sekali Arthur mati, tup-tup nak book tiket pun tak dapat. Hebat sungguh rakyat M'sia yang dapat book semalam, salute lah dekat hangpa semua, pukul1 lebih sikit, aku surrender dah. Asyik masuk waiting room jer, mana tahan, lebih baik tidor. Jadi, bagi mengubati hati aku yang terluka sebab tak dapat book tiket, meh aku story-story percutian tajaan pi Melaka last week.

Lepas memastikan keadaan rumah dah ok and selamat, maka tepat jam 3.30 petang, aku pun gerak menuju ke Melaka. Sehari sebelum bertolak, aku dah make sure dengan travel agent yang uruskan percutian aku nih, diorang cakap penginapan dan aktiviti aku semua dekat Melaka nanti sudah diuruskan. Voucher pun aku dah siap print 2,3 copy lagi takut-takut ada yang terhilang ke nanti. Selama lebih kurang 2 jam perjalanan ke Melaka, aku hiasi aktiviti dalam keta dengan dengar lagu, gurau senda sikit-sikit, pastu selebihnya makan rempeyek yang tak berapa nak sedap, beli dekat Petronas. Dah lapa kan, bedal jer semua. Dekat-dekat kul6 camtu, aku pun sampai dekat Mahkota Hotel yang merupakan tempat penginapan untuk trip kitorang dekat Melaka selama 3 hari 2 malam ni.

Mahkota Hotel, Melaka


Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Masa check in, aku was-was jugak. Takut-takut nama aku takde ker, sia-sia jer aku travel jauh-jauh datang sini. Lepas aku serah voucher yang tertulis nama aku tu, minah ni macam blur pulak. Hah...sudah, ada ke tak booking untuk aku ni? Walaupun aku risau, tapi tetap tunjuk wajah yang cool. Pastu senior staff yang berbaju putih tu keluar, dia pun check voucher aku bagi tu dengan system perkomputeran hotel ni. Tetiba senior staff ni cakap, "so en. Orga, nama encik memang ada dalam sistem kita. Deluxe Room untuk 2 orang, 3 hari 2 malam termasuk dinner and breakfast. Boleh en. Orga bagi IC?" fuhh...lepas dengar ayat ni, lega rasa. Minah ni buat aku cuak jer... Lepas urusan check in settle, aku pun tanya dinner start kul baper. Lapar beb, kitorang bekpes jer pagi ni. Konon-kononnya nak save untuk Dinner dekat hotel ni ler. Tu pasal aku makan jugak rempeyek tak sedap dalam keta masa on the way tadi. Aku dibagitau dinner start kul7 malam sampai 10.30 malam. Tengok jam, ada lebih kurang sejam lagi dinner nak start. So, eloklah tuh. Boleh aku angkut bag and tengok-tengok keadaan dalam bilik dulu, heheh...

Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Untuk pengetahuan, ni memang kali pertama aku stay dekat Mahkota Hotel. Pendapat peribadi aku, dari sudut luaran agak cantik jugak lah. Kolam renang ada 2, pastu kedua-dua pun tak dalam sangat, lebih kurang 0.9 meter jer. Yang tak reti berenang pun rasa-rasa takda masalah untuk mandi kot. Untuk kemudahan yang lain-lain pun agak lengkap macam gym, gelanggang tenis, and etc. Penginapan free kan, nak tengok jugak keadaan bilik macam mana. Tapi sepanjang perjalanan ke bilik, aku tengok takda orang lain pun, kat kolam renang pun takda orang, so aku wat positif assumption, mesti semua orang keluar jalan-jalan.

Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Wow! Bilik besar jugak, cantik pun cantik, siap ada ruang tamu lagi termasuk dapur untuk memasak. Meja makan pun ada, hehe...dah macam kat rumah pulak rasa. Tetiba jer wife aku jerit nak tengok bilik air, aku dapat agak dah apa yang dia nak cari sebenarnya.

Mahkota Hotel Melaka

Kan dah cakap, mesti wife aku nak cari bathtub. Yeay...memang ada, so boleh dikatakan bilik yang dapat ni memang lengkap semualah. Aku ada check harga dengan minah dekat kaunter tadi, harga deluxe untuk semalam termasuk breakfast and dinner lebih kurang RM350. Kalau tak ambik dinner, harga dalam lingkungan RM250 gitu sebab dinner untuk 1 pax lebih kurang RM50++. Kalau nak book murah sikit, mungkin boleh guna promo website macam Booking or Agoda. So sementara menunggu dinner, kitorang settle kan hal-hal berbangkit dulu ler mandi dengan solat semua. Lebih kurang kul7.30, kitorang pun turun ke Cafe Mahkota untuk buffet dinner.

Buffet Dinner at Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka


Masa sampai dekat Cafe Mahkota yang terletak dekat lobby hotel, ingatkan kitorang yang terawal, ada lagi yang lagi awal rupanya. So nampaklah meriah sikit, taklah perasan sangat dengan muka aku nanti kalau asyik dok ulang alik ambik makanan jer, heheh... Lepas serahkun kupon dinner, kitorang dibawa ke meja, sebelum duduk, staff yang bawak tadi tarik kerusi dulu untuk aku and wife aku duduk. Amboi, lain pulak rasa bila orang layan baik-baik camni. Ingatkan kitorang dapat layanan istimewa, bila tengok orang lain pun dibuat camtu jugak, aiseh~...apa dah, baru nak berangan. So, sebelum ambik makanan, aku pusing-pusing dulu tengok menu apa yang disediakan. Memang banyak sangat menu, sampai aku nak makan pun taktau nak ambik yang mana.

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka

Lepas 4,5 kali dok pusing-pusing, akhirnya aku decide nak makan nasi. Hm...nasi jugak yang jadi pilihan hati, padahal banyak lagi menu lain. Biasalah orang melayu sejati, kenalah makan nasi. Tapi aku tak mau makan ayam or daging, nak cari lauk pauk yang lain daripada yang lain, kalau dekat luar tu, memang aku tak kan order lah lauk-lauk cam gini. So, untuk first round, inilah menu aku pilih.

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka
nasi beserta kari kepala ikan, lobster, kepah berempah and fillet ikan apatah

aku taktau apa nama seafood ni, tapi kerang bersos merah dibelakang memang sangat sedap

ikan pari bakar and otak-otak

Inilah menu kitorang and semuanya sedap-sedap. Kalau sesaper nak berdinner di sini memang disyorkan sesangat. Lepas merasa menu first round ni, untuk second round aku dah tau apa lauk pauk yang patut aku ambik. Jeng...jeng...jeng...

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka
Wife aku ambik kuey teow tomyam

Aku ambik bihun goreng seafood, lobster lagi and kerang bersos merah yang sedap ni lagi..

Kalau nak diikutkan, lobster yang paling banyak aku ambik, heheh...lauk sedap kan, kenalah ambik berulang kali. Lobster ni nampak jer besar, tapi isi ciput jer. Dah habis makan menu-menu utama, time untuk desert pulak. 

buah-buahan tempatan beserta kek coklat

ABC Special - sendiri bikin nih, hehe....

Ada lebih kurang 10 jenis bahan sampingan untuk letak dalam ABC ni, tapi pilihan aku 2 jenis jer, jagung and kacang kaler itam tu. Masa bawak ke meja, tetiba wife aku cakap dekat area buah-buahan ada ais krim, kalau taruk ais krim lagi mengamcam rasa ABC ni. Apa lagi, terus aku bangun pergi taruk ais krim, perhh...nikmat betul, memang sedap! Even awal jugak kitorang datang untuk dinner, kul10.30 camtu baru kitorang keluar dari cafe. Kalau makan jer memang kejap, tapi bila tambah part menyembang, gosip sikit-sikit, lamalah jadinyer. Macam aku cakap before ni, aku datang untuk trip Melaka ni memang tak ada itinerary. Lepas makan, kitorang lepak jer dekat area lobby hotel.


Dok melepak layan perut yang kenyang ni pun boring jugak. So aku pun tanya dengan receptionist hotel, apa yang best dekat bandar Melaka lewat-lewat malam cam gini. Minah tu pun bagi cadangan, dekat area Jalan Pahlawan ada night market, pukul2 pagi baru tutup. Ok jugak cadangan tu, so kitorang pun keluar menuju ke tempat ni. Dekat jer, nak jalan kaki pun boleh, tapi risau pasal keselamatan sebab nak kena cross jalan bagai, lagipun dah lewat malam, so aku decide better drive jer ke situ.

Night Market at Jalan Pahlawan


Night Market at Jalan Pahlawan
Night Market at Jalan Pahlawan

Tak sampai 5 minit drive, dah sampai night market dekat Jalan Pahlawan ni. Sebenarnya aku tak suka ambik gambar waktu malam, payah sebab nak kena setting lain dekat camera. Flash pulak takda and aku memang tak suka guna built-in flash. So pilihan yang aku ada terpaksa guna shutter speed yang slow giler and iso tinggi. Bila pakai slow shutter speed, aku terpaksa berdiri macam patung, tangan keras pegang camera, baru boleh snap. Dats why gambar waktu malam aku banyak yang tak sharp and blur. Senang citer buruk lah...

Night Market at Jalan Pahlawan

Ni la suasana night market dekat Jalan Pahlawan, ada jual t-shirt, souviner, makanan, macam-macam lagi lah. Besar jugak kawasan night market ni, even dah kenyang dinner tadi, tengok orang jual makanan dekat sini, boleh beli pulak. Aku beli apam balik yang kecik rangup tu, saja sambil-sambil jalan sambil mengunyah. Sebelum balik, adalah angkut 2 helai t-shirt and 1 suar pendek. Sebab aku datang sini terlupa bawak suar pendek untuk mandi kolam, so terpaksalah beli dekat sini.

So far, untuk hari pertama memang best sangat rasa. Perasaan tu lain sebab first time dapat pengalaman sponsor trip cam gini. Seronok pun ada, risau pun ada masa awal-awal sampai petang tadi, macam-macam. Now yang risau tu dah hilang, tinggal seronok jer. Yelah, bilik pun ok, makan pun ok, apa lagi kan, bersyukur jelah. Kak Piah dari kampung 3,4 kali jugak tepon tanya keadaan macam mana, puas jugaklah aku nak explain cakap semua ok. So, lepas sampai bilik, tidor and prepare untuk aktiviti hari kedua. Seriously, aktiviti hari kedua paling best, nanti aku story-story dalam next entry hokey :)

Roger and out.

42 comments:

  1. Mak aii lobster.. dan2 rase lapo ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh...of coz la azra, lobster tu jer aku don balun masa dinner...

      Delete
  2. mmg best kat melaka ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat KA, banyak tempat menarik :)

      Delete
  3. Uiiii...bertuah badan ye orga, fully sponsored tu. Sedap betul nampak lobster tu...
    Saya pun give up asik kat waiting room ajer..lepas setengah jam, terus masuk tidurrrr, tak larat dah nak grab free seats AA tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap pun kak rozita, wife saya sampai geleng kepala tengok saya makan, hehe...

      samalah kita, saya kul1 tahan, pastu frust terus masuk tidor.

      Delete
  4. Hehehehe yeay!! so kiranya ai antara org yg berjaya grab tiket kah.. huhuh... fenat sampai kul 330 duk melangut...

    Last pergi mlaka masa christmas last 2 years... gile lama.. tapi makanan hotel tu dapnye... teringin plak tomyam kuteaw tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuyoo...sampai 3.30 sanggup tunggu, memang bertuahlah u berry, lain kali nak buat macam ni jugaklah, kul3-4 pagi baru start book, mesti gerenti dapat kan...

      tomyam kuteaw tu kat kedai biasa pun ada berry, lobster tu penting...lobster!

      Delete
  5. dinner tu buffet kan?? berapa erk sorg??

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah zila, buffet...kalau hujung minggu mahal sikit, kos dalam RM50++ sorang, hari biasa maybe dalam RM40++ jer.

      Delete
    2. murahnya...leh mkn lobster bagai...

      Delete
    3. boleh tahanlah zila, kalau luar, mahal jugak reger si lobster tu...

      Delete
  6. Pasal AA tu sy syg kt rakyat mesia smua...so sy ngalah la xrebut2...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan zila...tak perlah, kita dahulukan rakyat jelata, hehe...

      Delete
  7. Orga pun minat Merlin jugak macam anak saya rupanya. Yang penting Morgana pun mati juga... heheh.

    Pagi ni senang je dapat masuk AA tu, dapat juga satu destinasi yg dekat2 .. jadilah.

    Memang best kalau cuti disponsor ni, cuma bawak body je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takla minat sangat citer Merlin tu mie, citer orang pompuan, dah bini layan, temanlah dia tengok jugak, heheh..

      a'ah best, bawak body jer, abis semua diorang cover, stay, makan minum, aktiviti, mana yang tak best...

      Delete
  8. cantiknya bilik dia...blh duduk ramai2 dlm ni..haha..xpnh lg stay hotel2 mhl dkt melaka..klo g pn hotel murah ja kdg2 blik hari..hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat cantik hairy, besar pun besar. ramai-ramai sewa sebilik pun hokey ni, pastu tong-tong bayar, lagi jimat kan...

      Delete
  9. wah bestnya free trip macam ni
    kite ni kerap bebenornya pegi melaka ni
    tapi tak penahla duduk hotel best makan best cenggini.huhu
    pendek kata..jeles sungguhla.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah gitu cik muis, len kali kalau datang melaka, try dok hotel ni pulak ambik dinner sekali. berbaloi rasanya...nak pergi jonker street ker, dataran pahlawan ker, jalan kaki jer...

      Delete
  10. sedapnyyaaaa makanan tu...lobster..lobsterrrr...bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...ada jugak yang sekepala, lobster...lobster!!!

      Delete
  11. terase hati aku tgk lobster ko! waduh!! senthap. eh dialog dgn encik orga tuh x le belah.. hahahahhaahhahahahahaha name ko mcm betol2 orga la. kekekekkeke..

    aku pnh stay sini dlu dgn whole famly.. lama sgt dah. 10thn lpas mgkin. aku mude remaji lagik. tp spoil sbb mse kami chk in ptg tuh plak ank buah aku meragam nampk tuyol gamaknye. baru 4tthn kot die mse tuh. melalak2 nmpk mcm2. sampai mlm! nk x nk kami pulang dan burn 2mlm.. aisey. tp xpe la.. demi kselamatan masing2. misteri nusantara x cte aku?! ahaks

    NEXT pls

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ko ni, tak caya ke nama aku orga, kena percaya tau sebab semua member aku panggil gelaran tu :)

      berhantu ke tempat ni? wah, seramnyer...taktaua pulak aku, tapi so far sepanjang dekat sana takda la terasa pape pn. sian ko, tak pasal-pasal rugi 2 malam...

      Delete
  12. free lagi.... memang best giler la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada free lagi shidah, yang haritu punyer ler...

      Delete
  13. 'en orga' katanya ekekeke. ..pasal tiket promo tu bersekang mata jgk nunggu masalah yg sama asyik waiting room jer mcm nk tggu checkup dr doctor tp dh katanya ada rezeki seawal jam 7.30 pg dpt grab 3 destinasi :-) ....mak aihhhh menarik dan tertariknya menu2 tu untung nya bdn dpt sponsor bercuti wlpun kt melaka. Mode : jeles hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh korang ni...comel per nama orga tu, hehe...tu ler jari manis, kalau promo-promo cam gini, kalau hebat sangat jer dapat grab tengah malam. kalau tak dapat tu, tidor jer dulu, nanti bangun awal pagi booking, mesti dapat. dah serik dah...memang menarik dan tertarik sesangat menu-menu dekat situ, nasib baik tak boleh bungkus bawak balik, hehe...

      Delete
  14. Wah! Seronok betul dapat cuti sponsor cani kan ? Selesa giler kot bilik hotel dia.. Bilalah kitorang nak dapat percutian sponsor macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik besar mieza, 5,6 orang boleh masuk lagi, hehe...ala, kalau ada contest apa-apa, masuk jer, manatau ada rezeki. sama-sama boleh melancong lagi...

      Delete
  15. Tak grab apa2 pun from that FREE SEATS offer. Nak nampak bayang FREE SEATS tue pun susah. So, redha je lar. Been trying a few times sampai fed up.

    * Was in Melaka way back in 2011. Lama dah. That lobster looks super tempting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloo...ciannyer dengan u zara, ai adalah grab jugak, tapi pergi dekat-dekat jer, hehe...

      dah lama tu pergi melaka, 2011 lagi, now dah 2013, bolehlah kot terjah pulak tahun ni :)

      Delete
  16. cantik betul hotel nih...x penah duduk tp slalu dengar.. x sangka cantik mcm ni... makanan tu pon, rasa nak masok dlm gmbr dan makan semua makanan tu..ha..ha...overall, sngtlah pandai ko menangkap gambar2 ni semua... x ada yg cacat langsung... i'm so impressed...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farikica, ala...samalah kiter, selalu dengar jer. kalau nak stay hotel pun, cari yang murah-murah, yang mahal-mahal memang awal-awal lagi tolak tepi. tapi landskap dekat dalam memang cantik, syok jer layan angin sepoi-sepoi tak reti bahasa ni, heheh...

      Delete
  17. untungla dpt trip free kanns.,, ehHHee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersangatlah untung nyer wak...kalau ada contest lagi tahun ni, sama-sama kita try :)

      Delete
  18. untungnya la . hotel best..bilik pun besar , makanan sedap.
    gambar yg u ambik semua cantik2. jeles tgk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tahun lepas nik, mudah-mudahan tahun ni adalah peluang lagi..sama-sama kita cuba nanti :)

      Delete
  19. Wah wah angpa. SR ngan PANGKoq ang lak ngan Melaka. Memang enjoy jolly indiana Jolly tol na. aku je duduk melepap depan PC ni Hahhahahaahha
    Tq ORGA berkongsi INFO. Kut mana tahun satu ari nanti tersesat kat sini...;eh intai intai kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan pulak kami keluar sama-sama, arah tuju jer lain...tapi shidah lebih best, boleh main ayaq laut, hehe...

      Delete
  20. cuti je kannnn.... Jeles sungguh!

    Oh Em Gi.. Night Market Tu Heaven OK!!!! *pernah pergi sekali jer, tapi mmg best membeli brang2 pelik2 kat situ ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti jelah wan..ada orang tu kena abiskan cuti yang tahun lepas punya, heheh...memang pun, best jejalan dekat night market tu cuci mata :)

      Delete