Friday, 25 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (Perkampungan Portugis & Masjid Selat)

Aku tau, semua orang seronok harini, yelah...gaji dah masuk, ada yang cuti sampai minggu depan, dapat balik kampung, pastu pulak ada yang ambik kesempatan melancong sana sini, tetapi aku...aku...macam mana dengan aku? Hm~...aku memang rasa takda mood, first sebab cermin depan kereta aku retak, tak puas hati betul, padahal kena batu kecik jer. Keduanya makan tengahari tadi mahal giler, ambik nasi putih, ikan temenung goreng sekor, telur masin sebelah, sayur yang ijau sikit, daun apatah pastu teh o ais, kena RM7. Kalau pinggan dengan cawan tu boleh bawak balik takpe lah jugak dengan reger tu. Ketiganya pendrive aku hilang, dahla macam-macam file ada dalam tu, adey~...so, aku campur semua sekali, jadilah moody sikit rini. Tapi takper, aku sambung jugak cerita pasal ke Melaka tempoh hari. Manatau, sambil bercerita, mood yang happy datang balik...

Perkampungan Portugis


Selepas melawat Kubu St. John, Mr. Sam meneruskan itinerary yang dah ditetapkan untuk Melaka Trip ni, destanasi seterusnya adalah Perkampungan Portugis. Menurut Mr. Sam, sampai sekarang pun, masih wujud lagi masyarakat Portugis dekat perkampungan ni. Aku ingatkan nama Perkampungan Portugis just untuk nak glamor jer, tak sangka betul-betul wujud masyarakat Portugis. Dan diorang memang mendapat kerakyatan untuk menetap di sini, dan tanah di sini jugak adalah kepunyaan diorang. Mr. Sam cakap, dalam banyak-banyak rumah, hanya sebuah rumah sahaja yang masih mengekalkan reka bentuk asal. Bila aku tengok, sama macam rumah orang kampung jer, apa yang bezanya? Reka bentuk rumah Portugis sama macam reka bentuk rumah orang kampung, yang bezanya, rumah yang ikut reka bentuk Portugis kecik tapi memanjang ke belakang. Sebab dibina macam ni, masa zaman Portugis dulu, untuk mengelak bayar cukai. Masa Mr. Sam cerita semua ni, aku angguk-angguk jelah, macam pandai kan, padahal buta sejarah, heheh...

Perkampungan Portugis
Perkampungan Portugis
rumah Portugis

Perkampungan Portugis

Ini pulak adalah Hotel Lisbon, hotel yang bina oleh kerajaan negeri Melaka untuk masyarakat Portugis, supaya diorang boleh memajukan hotel ni and menjurus kepada sektor pelancongan negeri Melaka. Betul ke tak ayat aku guna ni? hehe...tetapi sayang, ada masalah ekonomi dan hotel ni tidak dapat dimajukan, dan sekarang sudah menjadi kepunyaan Limkokwing University.

Perkampungan Portugis

Ini pulak sampan-sampan yang digunakan oleh masyarakat Portugis di sini. Sebabnya, pekerjaan utama diorang adalah nelayan. Mesti diorang pandai tangkap ikan kan... Aku tercari-cari jugak orang yang merangkap kaum Portugis ni, tak jumpa, yang jumpa masa dalam kereta jer. Menurut Mr. Sam, orang Portugis ni berkulit gelap, riak muka pula seakan-akan cina, hm...camne tuh? Untuk destinasi seterusnya, aku memang tak pernah sampai, first dengar pulak dari Mr. Sam. So, tempat yang dituju adalah Masjid Selat Melaka.

Masjid Selat Melaka


Menurut Mr. Sam, masjid ini sekarang merupakan salah satu landmark yang patut dilawati sekiranya berada di Melaka. Melalui kaca mata aku, kawasan masjid ni agak besar, landskap pun cantik, siap ada map tersendiri, pastu ia dibina dekat tengah laut, memang menarik jugaklah.

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka

Cuma ada satu kekurangan jer dengan masjid yang cantik ni, kurangnya makmum setiap kali waktu solat. Yang ramai cuma hari jumaat, tu pun sebab menteri datang solat jumaat di sini. Kalau nak diikutkan, bukan masjid ni jer yang ada masalah ni, hampir kebanyakan masjid pun camtu jugak. Kalau dekat pasar malam ker, jom heboh ker, nak berjalan bukan main payah lagi, sesak sana sini. Tang bab pi masjid, semua takda, taktau hilang mana. Alang-alang masih lagi di awal tahun baru, apakata 2013 ni kita sama-sama berazam untuk selalu ke masjid, amin...


Menurut Mr. Sam jugak, bersebelahan masjid ni sepatutnya ada Arabian City. Nampak tak bangunan yang masih lagi dalam pembinaan depan tu, sepatutnya Arabian City ni dah lama siap, tapi sebab bajet takder, terpaksa ditangguhkan, taktau tahun bila pulak nak siap. Sedih jugak, terbengkalai jer aku tengok. Kalau tak, pekena nasi arab pun layan jugak ni, hehe...

Sampai sini jer penceritaan kalini, rasa macam pendek la pulak. Maklumlah, orang tengah moody kan, gini jelah yang mampu, huhu~... Bagi mereka-mereka yang moody macam aku jugak, apakata kita amalkan tips ni, gerenti hilang ^_^

if you really want to SLAP someone, 
do it and yell MOSQUITO!!

roger and out.


21 comments:

  1. Best juga kan gi Melaka ada tourist guide ni..... habis ceruk kampung masuk. Kalau gi sendiri confirm tak habis terjah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah shidah, aku memang taktau langsung wujudnya masjid ni, arabian city lagilah...

      Delete
  2. cantik2nya gmbr bro..hebat amik gmbr terbaik lah.melaka plak tmpat best..hehe..msa g melaka artu xsmpat g msjid tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada hebat hairy, semua balajar dengan utube jer, uhuks! takper, lain kali boleh singgah lagi, harap-harap kerajaan negeri Melaka bagi bajet lebih sikitlah untuk siapkan Arabian city tu, hehe...

      Delete
  3. masjid selat melaka tu cantik sgt. nnt bila pi melaka boleh singgah dan solat kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu memang wajib nik, masa dekat sini, baru dekat kul11...kalau masuk waktu zohor, mungkin boleh berjemaah :)

      Delete
  4. menarik...
    xberkesempatan nak singgah sana haritu...
    nampaknya, kena pergi melaka lagi la..
    ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut pun mie, melaka ni tak rugi nak pergi banyak kali pun :)

      Delete
  5. selalu pegi bandar hilir jek..tak pernah plak pegi perkampungan portugis dll tu. btw, masjid selat melaka tu dh mcm masjid terapung kat kuala ibai trg

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke sama macam masjid kuala ibai? samalah jugak, tak pernah lagi sampai sana...

      Delete
  6. Bila lah dapat merasa percutian ala big boss ni... Kat kg Portugis tu dulu, kalau sebelah malam ada medan selera rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...biasa-biasa je mie :)

      kalau tak silap, mr sam ni ada cakap jugak, memang ada medan selera dekat kg portugis ni, tapi halal haram diragui, sebab rata-rata agama masyarakat portugis bukan Islam. kalau ada pilihan, mr sam tu suruh makan dekat tempat lain...

      Delete
  7. Sy juga bersimpati dgn peristiwa yg berlaku pd 'en orga' tu sabar yer msybe ada hikmah d sebaliknya nyer tu mari kita muhasabah diri yer termasuklah sy ni. mari amalkan zikir robbi yassir wala tuassir robbi taman bilkhoir. Bab masjid kurang jemaah tu mmg sy x heran, kt tempat sy pun surau kt depan umah je tp jemaah entah ke mana, beginilah dunia akhir zaman kan. Huhuhu terpanjang lah pulak komen nye ye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jer jarimanis, komen panjang-panjang pun takper, hehe...insyaallah, zikir tu akan senantiasa diamalkan...seronok-seronok jugak kan, ibadat jangan lupa :)

      Delete
  8. pernah ka buat tips yg last tu? he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah pernah...dah berapa orang jadi mangsa nih...

      Delete
  9. serius aku tak pernah terfikir nak g tempat-tempat yang ko g ni...kalau slalu g pun mesti kampung morten...celah mana kg portugis ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. di celah-celah bandaraya melaka la ni aza, heheh...lebih kurang kampung morten jugak, tapi suasana lain sikit ler.rasa-rasa kampung morten lagi cantik gitu...

      Delete
  10. teringin nak tgok orang portugis celup... dulu berpeleseran kat melaka xpergi plak kat kempung portugis ni... *mesti tngkap ikan tetengah laut cakap omputih #curlassss haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala wan, ko bayangkan orang kulit itam chinese look, ok?tips ni ms sam yang bagi aku :)

      Delete