Thursday, 21 February 2013

Burger Bakar Kaw Kaw - Puchong Utama

Sekarang ni, kalau kita tengok di media-media cetak dan elektronik, kecoh sana sini membincangkan kesedapan burger bakar. Hal ini timbul dengan hebatnya apabila banyak pembuat burger ketika ini memilih kaedah membakar daging di mana daging tersebut dikenakan terus kepada api yang sedang menyala-nyala lalu terkeluarlah asap yang banyak. Hasilnya, daging yang dibakar tadi menjadi kehitam-hitaman, setelah ia di makan, sedap pulak rasa. Maka, terciptalah istilah burger bakar diseluruh tanah air kita. Aku yang juga merupakan penggemar burger, tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan yang hebat ini. Kalau nak diikutkan, aku telah mencuba pelbagai jenis burger bakar, ada yang sedap, ada yang hm~...bolehlah, ada jugak yang "wow...sedap giler burger ni", lebih kurang camtu lah. So, 100 markah aku berikan dekat Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama untuk kesedapan yang mereka tonjolkan.

Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama


Sebelum ini pun aku  pernah makan Burger Bakar Kaw Kaw, tapi di cawangan Ampang. Boleh refer link ni untuk mengulangkaji. Tapi, kalini aku nak bercerita yang dekat Puchong Utama pulak, sebabnya lokasinya yang lebih dekat dengan tempat aku. Jalan nak pergi pun senang, straight jer, sedar-sedar dah sampai. Lokasi burger bakar ni terletak dekat kawasan lepak santai iaitu Lokas Makana. So, faham-faham lah yer, kalau datang hujung minggu boleh agak sendiri macam mana keadaan di sini, melainkan datang seawal mungkin.


Walaupun ramai, tempat duduk meja makan kerusi semua bagai agak banyak, so agak mudahlah nak dapat tempat. Just kena bersabar sikitlah kalau tak dapat tu. Untuk membuat order dekat Burger Bakar Kaw Kaw ni, make sure dapat tempat duduk dulu, and catit nombor meja sekali. Sebabnya, masa order nanti pihak Burger Bakar Kaw Kaw akan mintak nombor meja.

Order boleh dibuat start jam 6.45 petang setiap hari. 

harga Burger Bakar Kaw Kaw


Kalau datang selepas pukul 8 malam, berkemungkinan situasi seperti di atas akan terjadi. Tetapi, tak perlu risau. Walaupun line untuk beratur tu agak panjang, terus masuk beratur jugak, sebabnya tak lama mana pun, dekat kaunter Burger Bakar Kaw Kaw, semua orang hanya membuat order dan membuat bayaran sekali. Bukannya buat order, pastu tunggu burger tu siap, pastu pulak buat bayaran. Sistem yang dilaksanakan oleh pihak Burger Bakar Kaw Kaw agak canggih, so no worry lah :)

sekali lagi, tak perlu risau, tukang masak diorang pun ramai jugak

Setelah menunggu hampir 20 minit (kot), maka tibalah giliran kami untuk membuat order. So, selepas fikir masak-semasaknya, aku decide untuk ambik yang triple and wife aku ambik double, amboi...tak nak kalah tu. Aku ambik Triple Cheezy berharga RM21.50 pastu add-on set-meal yang berharga RM1.50 sahaja. Apa yang ada pada Set Meal adalah 3 ketul sosej ayam berserta cheesy sauce. Wife aku angkat Double Cheezy berharga RM16.00 beserta set-meal jugak.

Triple Cheezy + Set Meal, yeay...

Double Cheezy + Set Meal


Nampak tak? Daging burger ini amat besar, sehingga terpaksa menggunakan stick bagi menampan burger tersebut supaya ia dapat berdiri dengan bergayanya. Jangan malu jangan segan untuk mengorder tripple set, sebab orang lain pun mengorder set yang sama. Selepas bayaran di buat, tak sampai 10 minit gitu, order yang dibuat tu dah sampai ke meja makan. Betapa indahnya ketika itu di kala menikmati burger yang tinggi kalori bersama pasangan di saat romantis. Tambah-tambah, di ketika anda sedang menggigit burger, so suddenly...kelihatan cheesy and sauce meleleh di tepi mulut, dan pasangan anda pun mengambil tisu lalu mengelapnya, wah~...senyuman dibalas senyuman, mata bertentang mata, kemudian, pak pong...pak pong..."kompang dipalu, pengantin baru...duduk bersanding tersipu malu...kompang dipalu, pengantin malu...moga bahagia ke anak cucu~"... tetiba je kan, hehehe...

jemput makan yer :)

Jadi, sekiranya korang takde apa-apa aktiviti untuk dibuat hujung minggu ni, bolehlah terjah ke Burger Bakar Kaw Kaw Cawangan Puchong Utama.

www.burgerbakar,com
Alamat:
Lokas Makana Foodcourt
No. 15A, Jalan PU13/2
Taman Puchong Utama
47140 Puchong, Selangor

GPS: 2'59'0'N 101'36'32'E
Google Maps: 2.983333, 101.608889

Roger & out.




54 comments:

  1. Replies
    1. memang sangat meriah AJ, tambah-tambah hujung minggu..semua nak mai, hm~...

      Delete
  2. hohohoho..terliur saya dibuatnye!
    dah la ngah preggy ni, lg la bertambah2 ngidam.
    x pernah try lagi sebenarnya.
    ramai member ckp burger bakar kt puchong utama ni sedap gilos!
    tapi nk perginya xtau le bile. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap bangat sue, tak cukup makan 1, kena triple baru puas hati, hehe...

      Delete
  3. ya Allah ko amik triple??? abis ke?! hahahaha...kitorang amik single jer, berdarah idung nak abiskan. tapi mmg sedap la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, jelas sangat ke aku makan banyak? huhu...licin biqque, cheezy yang atas pinggan tu pun licin, hehe...wife aku jer tapau, tak larat nak habis katanya...

      Delete
    2. huh kalo camtu mmg kompem2 la ko hebat sbb bleh abiskan...*gulp*

      Delete
    3. ahaha...tu pasal aku gagahkan diri jugak pergi jogging hujung-hujung minggu, kalau tak, jadi jack black dah aku...

      Delete
  4. ORGA
    ang punya entry kali ni bikin aku ngences aaa
    aku selalu dengar Burn berger berger terbakaq
    pnh beli kat fasa satu je tapi biasa2
    yang ni marvelless....terliuq nengoknya
    Sedap mbangget ke? nak gi jugaklah nanti
    tapi tang Q tu cam lama ja ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja untuk buat ang ngences pun dila, hehe...ada pernah makan yang dekat kajang, tapi kurang enak sikit, kedekut sos and mayonis, huh~...

      Q memang agak lama dila, kalau berdiri tegak tu memang lah terasa, tapi kalau bersembang tak rasa sangat pun...

      Delete
  5. Romatiknya makan cheezy burger ni...meleleh..tapi partner pun mesti yang amat 'memahami' dan mesti minat makan burger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. of coz tu prof, kalau partner tak minat, kurang sikit perasaan romantis disitu, hehe...

      Delete
  6. Meriahnye burger tu... tapi lepas makan yg triple cheezy, harus aku kene jogging 50km utk turunkan buang balik segala lemak2 cheese itu T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...itu semestinya azra, lepas makan, terus nampak spare part kiri kanan dengan jelas, tapi sekali sekala makan ok kot...

      Delete
  7. pernah dah mkn burger ni kat sini...dekat ngan rumah...eh,rumah mak aku laa...tp mmg ramai orang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...ramai sangat orang aza, aku pergi lepas maghrib, masih ok lagi...on the way balik, aku tengok line bukan men panjang lagi...

      Delete
  8. Fuyooo..leh abis meh?? Burger lg..hotdog lg..fries lg..byk tu!!!
    statement yg nak dekat2 nk last tu..ai nk komen "camtupun boleh noh" hahaahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku jelah yang abis zila, tapi bergenang air matalah, ahaha...statement yang last tu, kalau kena gaya, boleh tu...

      Delete
  9. sesekali oklah kot sebab harga dier pun kaw kaw tu hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah KA, boleh order snack plate KFC 2 set kalau ambik yang triple tu, sekali sekala oklah...

      Delete
  10. Lokas Makana..Ingatkan 'lekas makan'..eheeh..burger kaw-kaw...memang sesuai dengan namanya..KAW juga harganya dan kalau JM mkn sorang yang double cheezy tu mmg tak habis..nak lagi romantik..JM mkn kongsi ngan 'pasangan' sambil ada aksi suap menyuap...ahahaha...nak kasi Orga bertambah jeles....ngeeeee...Bagus info ni...boleh hajak member dtg mkn kat sini nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah jm, masa cari tempat ni dulu, ingatkan lekas makan jugak rupanya lokas makana...amboi, tiru lah tu, nak buat aksi suap menyuap pulak, heheh...

      Delete
  11. perghh rmainya...xpa nnti try burger kukus lak...nnti hery wat entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu hery, burger kukus tak pernah try lagi...macam lagi best jer, hehe..

      Delete
  12. Aku dah 2 kali tapau kat situ. First time ramadhan (lepas berbuka) tahun lepas, 2nd hujung tahun 2012. 2 kali tapau, 2 kali dapat daging yang sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa...sedihnya, kitorang nasib baik jugak, masa sampai tu still panas lagi. tapi kalau lapar, sejuk-sejuk pun bedal jugak, haha..

      Delete
  13. dekat sgt dah ni ngan umah. nnt kena pi la. tapi kalau saiz mcm ni.nik dan hubby order 1 burger jea la. tak abis kalau order dua..huhu
    siap ada sosej lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak jadi badang, sebab tu makan yang triple, hehe...sosej tu pilihan nik, kalau tak ambik pun takper, nak ambik sosej tu kena cas lagi rm1.50...

      Delete
  14. wak pon rasa nk tryla jugakk.., ahhHks

    ReplyDelete
  15. Dah pernah makan kat sini. Sedap makan panas-panas, kalau dah sejuk ... mual la sket.


    Jeles tahu tengok gambar2 kat sini. Cantik2 sangat. Pandai snap picture. Guna camera apa ye? Boleh share tak kalau tak kisah. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan kata burger bakar, yang burger biasa pun kalau sejuk-sejuk memang dah tak sedap.

      camera? oh...guna Canon 600D kit lens 18-55. tak mampu lagi nak upgrade lens, huhu...jeles tengok orang lain yang dah upgrade, pastu ada macam-macam lens pulak...

      Delete
  16. Weweeetttt!!!!...so sweeet!...pengantin baru menikmati burger bertingkat2...

    Huh...kalau sy yg oder tu mmg sampai esok tak abis mkn...punye la tinggi burger tuh!

    ramai org suka mkn kat sini....sampai kena beratur..mesti sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada pengantin baru ena, tu just bibik-bibik romantik terkenang waktu ketika dulu, cewah...jiwang pulak, ahaha...

      kalau nak try, order yang single jer, tu pun dah menarik lagi tertarik :)

      Delete
  17. ahhhh ni faktor kegumukkan!!! ahhhh ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka-mereka yang dah kahwin dikecualikan, ahaha...cuma yang bujang je terjejas. nanti tak muat baju kahwin pulak :)

      Delete
  18. takdelah jauh mana dari rumah aku kat equine, seri kembangan. leh try ni bila balik nnt..

    btw, triple tu ko mkn sorg ke? kagum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan sorang lah kimi, baru nampak ganas, ahaha...makan single jer nanti orang cakap anak manja, cewah...

      Delete
  19. Gilerrr...... ramai orang, sanggup kau Q ye Orga. Nasib baik aku bukan penggemar burger....... so tak la jelez sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ang tak rasa lagi shidah, sekali rasa, mesti tercari-cari nanti bila terhingin...

      Delete
  20. Saya pernah makan burger bakar abang burn jer, tu pon ambik yang single jer....sedap tapi selalunya memang tak larat nak abiskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah makan akak, yang dekat kajang area sg. ramal tu, tapi kurang menyengat sikit berbanding kaw kaw...wife saya order double akak, jangan main-main, hehe...tapi tula, makan satu jer kat situ, lagi satu tapau balik umah...

      Delete
  21. pergh!!! tengok gambar dah kecur air liur. dekat aje tempat ni. boleh terjah ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang puchong mesti selalu pergi makan area sini kan...tak sah kalau tak terjah, hehe...

      Delete
  22. salam bro, thanks...ok, no hal punya :)

    ReplyDelete
  23. geram plak gua tengok beger tu. haha

    ReplyDelete
  24. Mak oiiiii, gini rupanya burger bakar.
    Sedap sehingga menjilat sudu garpu ke ni? Heheheh.
    Tengok tu memang tempting tapi bab2 nak abiskan tu fuhhhh... kompim tak abis!
    Kalori oooo kalori! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan dulu dekda, abis tak abis tu belakang kira, kalau sedap tu, sedar-sedar je dah abis, hehe...

      Delete
  25. Tetiba terus rasa lapar yg teramat neh... sungguh mengiurkan esp gmbr melted cheese tu... lapornyerr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu, kena pergi try la ni, hehe...

      Delete
  26. x sabar nak balik semennjung !!!! *tibe2 terpikir nak berniaga burger bakar kat sini.. boley??????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi wan, buat ler...mesti laku tahap gaban lah nanti, chaiyo!

      Delete