Friday, 1 February 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (River Cruise & Kampung Morten)

Salam semua dan selamat hari Jumaat, untuk mereka-mereka yang bekerja di Wilayah, Selamat Bercuti diucapkan. Bagi mereka yang kerja di Selangor, syoklah kan, jalan tak sesak rini, boleh pergi kerja lambat sikit dari biasa. Bagi aku, ada satu masalah jer kalau hal bercuti ni, nasi lemak sedap yang dijual dekat umah aku ni cepat sangat abis, padahal baru kul8 pagi. Adey~...makcik ni pun, dah berbuih mulut aku pesan, kalau time orang cuti tu buatlah lebih sikit. So terpaksalah aku menapak beli kat tempat lain yang kurang kualiti (kedekut ikan bilis, kacang je lebih, pastu ayam kecik, jual pulak sama reger dengan nasik lemak makcik sedap tu, huh!). Apa lah aku ni, pagi-pagi buta dah mengumpat orang.

Hokey, berbalik kepada cerita Jom Pi Melaka ni, sepatutnya hujung minggu ritu aku nak update, tetapi...haa, ada tetapi disitu, disebabkan ada perkara berbangkit yang tidak dapat dielakkan sampai aku terpaksa panggil ahli lembaga pengarah lah untuk settlekan isu ni, so rini baru dapat update. Even petang semalam aku terima email dari Asiahost cakap masalah dot my ni dah settle, disebabkan aku dah bersetuju dengan pandangan Ms. Bulat, terpaksalah aku teruskan menggunakan blogspot jer. Bersambung dari entry Jom Pi Melaka - Day 2, lepas Mr. Sam membawa kitorang melawat Masjid Selat Melaka, next itinerary adalah Melaka River Cruise.

Melaka River Cruise


Dekat dalam kereta, Mr. Sam ada maklum yang next itinerary adalah River Cruise, so aku rasa sikit tak puas hati, aku tanya, sepatutnya aktiviti ni waktu malam kan, baru cantik tengok sungai Melaka ni, dengan lampu bagai. Tapi, Mr. Sam cakap, dia hanya bawak kitorang until 5 pm paling lambat, so dia tanya balik, nak pergi tempat lain dulu ker, petang-petang sikit ker baru layan Melaka River Cruise ni. Lepas kami bincang laki bini, follow jelah itinerary Mr. Sam tu, tak kisah pergi mana-mana pun, kitorang just nak enjoy trip ni jer, heheh...

Melaka River Cruise

Aku dok ingat tak ramai yang join Melaka River Cruise ni, al maklum ler, dah dekat tengahari kan, tak sangka ramai jugak. Masa untuk complete 1 pusingan, bot ni ambik masa lebih kurang 45 minit, lama jugak tu. Nasib baik bawak kopok dengan air, boleh jugak mengunyah sampai habis nanti. Sepanjang perjalanan tu, macam-macam lagu yang driver bot ni pasang, sekali sekala, sempat jugak aku angkat-angkat kening dengan driver bot ni, sporting jer dia, hehe...

Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise

Not bad jugak layan Melaka River Cruise waktu siang, cantik view, pastu kitorang macam mengimbas kenangan balik, pernah makan dekat kedai sini, pastu sini pulak. Kitorang tuju dekat kedai-kedai yang ada tepi sungai ni. Kalau malam maybe payah sikit nak ingat balik sebab gelap. So, samada aku tengok sungai waktu siang or malam, masing-masing ada kelebihan kan...ceh~, ayat cover :)

Melaka River Cruise
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise

Bila bot ni dah patah balik and dari jauh aku nampak LRT yang dekat atas tu, bermaksud Melaka River Cruise kitorang akan tamat pada bila-bila masa sahaja. Menurut Mr. Sam, LRT ni tidak dapat bergerak disebabkan landasan (rail) yang dibina tu tidak ikut piawaian keselamatan, agak kecik, pastu struktur binaan landasan besi sahaja, bukan konkrit. Mungkinlah kot, aku tengok pun memang agak kecik jugak. Aku ingat, LRT ni sebagai hiasan or tarikan, tak sangka, LRT ni memang boleh digunakan. Kalau landasan yang dibuat tu, ok and takda masalah, rasa-rasa now Melaka mesti sudah ada system LRT tersendiri. Disebabkan bersebelahan sungai ni adalah Kampung Morten, maka next itinerary kitorang adalah melawat Kampung Morten. yeay...

Kampung Morten


Kampung Morten

Sebenarnya, Kampung Morten ni dah beberapa kali aku datang, so aku maklumkan dekat Mr. Sam. Dia tanya balik dengan aku, dalam beberapa kali datang tu, pernah masuk dalam rumah-rumah dekat sini tak? Aku jawab, setiap rumah ada penghuni lagi, macam mana nak masuk. So Mr. Sam khabo, dalam Kampung Morten ni, hanya ada sebuah rumah sahaja yang orang luar/pengunjung boleh masuk and Mr. Sam akan bawak kitorang masuk rumah tu.

Kampung Morten
Kampung Morten

Aku rasa semua orang tau kan info ni, setiap tahun kerajaan Melaka akan memberi peruntukan kepada setiap penghuni di Kampung Morten ni, untuk diorang baik pulih or mencantikkan lagi rumah-rumah diorang, and segala bil air/letrik setiap bulan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Melaka. Best kan, kalau ada rumah dekat sini, takyah keje pun takper. Tapi aku tengok, rumah-rumah dekat Kampung Morten ni, kebanyakannya dijadikan homestay.


Inilah rumah yang kitorang masuk, ada seorang makcik tua yang tinggal di sini. Terpaksa masuk ikut pintu belakang, sebab makcik ni cakap, kunci pintu pagar depan hilang tah kemana. Memang old skool giler lah rumah ni, banyak barang-barang antik, besar pun besar. Tapi kesian pulak aku dengan makcik ni, sebab dia tinggal sesorang jer. Tapi bila aku tanya, tak sunyi ke tinggal sesorang, makcik ni jawab ayat cover, dia cakap tak pun sebab orang selalu keluar masuk rumah dia. Lagipun sekali sekala anak-anak balik jugak. Seronok borak-borak dengan makcik ni, kecoh orangnya. Makcik ni cakap keturunan dia tinggal di rumah ni sejak tahun 1925 lagi, maybe lebih lama kot. Kagum aku dengar hikayat-hikayat keluarga makcik ni. Tengah dok borak-borak, tetiba ada satu group lain dok bagi salam dekat depan rumah. Aku pun dengan baik hatinya, tolonglah makcik ni, bawak diorang ikut pintu belakang, cewah~... Semenatara makcik layan group tu, kitorang pusing-pusing dalam rumah ambik gambar. Untuk pengetahuan, hampir semua mende dalam rumah di label dengan nama masing-masing.

Kampung Morten
even lantai and tiang seri pun dilabel yer

sterika besi

Kampung Morten
Acuan pembuat kuih. Aku memang tertarik dengan mende ni, first time tengok, memang unik. Bayangkan time raya, mesti guna acuan ni untuk buat kuih raya, hehe...

Papan kukur kelapa. Hehe...dulu mak aku pun ada tau, tapi tah hilang mana. Kalau sesaper yang dilabel perempuan melayu terakhir, mesti kena tau guna mende ni,hehe... Unik kan, lepas guna boleh lipat and simpan.

Kampung Morten
Almari Solek


Buku rekod untuk pengunjung yang hadir, kena tulis nama. Tengok, betapa banyaknya buku rekod ni, bayangkan, seorang datang tulis nama ambik satu baris jer dalam buku ni, kiralah sendiri, satu muka surat ada berapa baris, pastu satu buku ada berapa muka surat pulak, aku tengok memang banyak buku rekod yang makcik ni ada. Nampak sangat rumah ni memang glamor and sesaper yang datang ke Kampung Morten, wajib singgah rumah ni yer. Ada banyak lagi barang-barang antik, macam kamera, radio, pinggan mangkuk, alat-alat muzik, set sudu, macam-macam lagi lah.


Lepas bersalaman dengan makcik yang merangkap tuan rumah, kitorang pun melepaskan permandangan terakhir dalam rumah ni, and pastu gerak menuju ke kereta. Berjalan-jalan dalam rumah yang semua menggunakan barang-barang antik, rasa macam zaman dulu pulak. Makcik ni pulak tak sombong, suka jer orang datang rumah dia. Seronok and memang pengalaman yang lain sangat rasa. Sebelum ni just datang tengok-tengok kawasan or persekitaran rumah jer di Kampung Morten ni, kalini berpeluang masuk dalam. 

Disebabkan dah menjangkau waktu tengahari, maka next itinerary kitorang adalah makan tengahari. Yang ni pun aku terkejut jugak, punyalah kitorang breakfast berat pagi tadi, tak sangka, menurut Mr. Sam, private trip kitorang ni termasuk sekali dengan lunch. Kitorang pun hah~...ok! And Mr. Sam bawak kitorang ke satu restoran yang best and sedap. Untuk ini, aku akan sambung next entry ok.

Roger and out.

27 comments:

  1. aku pernah masuk kat rumah tu.. masa pi melaka, kami terjah jer, tau-tau rumah tu boleh masuk, tapi memang ada tuan rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang pun pernah singgah ke shidah, aku baru pertama kali, besar kan rumah dia, siap ada loteng lagi dekat atas. terasa betul suasana kampung, hehe...

      Delete
    2. aku pun teringin nak naik jugak, tapi memikirkan pasal berat badan, terpaksa dilupakan, hohoho...

      Delete
  2. Kerap juga ke Melaka, tapi belum sekali pun naik river cruise tu... Camna bau air sungai tu, ada harum semerbak ke... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena naik malam baru cantik mie, tengok lampu-lampu...bau air sungai? hehe...boleh tahan jugak, ijau je kaler...tapi ok jer nak layan permandangan :)

      Delete
  3. nice pics..segar bijik mata.hehe
    neway, mana gambar makciknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar makcik tu memang ada muis, tapi lepas fikir dua tiga kali, tak jadi nak letak sebab pemakaian dia macam tak sesuai untuk tontonan umum...takperlah, tengok rumah dia pun dah ok :)

      Delete
  4. bestnye weh.... ada lunchie... orang tua kalo dok sensorang mesti aku pun rasa hiba... mana tah anak dia... *sobs*

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak sangka zette, termasuk sekali dengan lunch, kalau tau, tak la pulun makan masa bekpes pagi tu, hehe...

      anak-anak makcik ni ada, mungkin tak sampai lagi kot zette, keluarga makcik ni besar, kalau tak, takkanlah berpuluh-puluh keturunan tinggal dekat sini kan. lagipun aku tengok makcik ni sihat jer, senyum memanjang, yang penting dia happy kan :)

      Delete
  5. dah pernah naik river cruise waktu malam dan jugak siang ni.mmg cantik la pemandangan malam. tapi kena tahan skit ngan bau air sungai tu. time waktu malam air sungai tu lagi berbau.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal nik, masa dekat atas bot tu dok tengah-tengah, tak moh kena air sungai percik kena muka, bakteria!bakteria! hehe...

      Delete
  6. Seronok juga layan entri ni...Dulu sungai ni keruh...sekarang nampak bersih. Dulu saya lalu lalang di Kampong Morten ni, tapi tak pernahlah masuk rumah di situ. Tetapi rumah Melaka yang lain tu selalulah tidur baring. Bagus juga idea makcik tu, letakkan barang-barang antik tu.

    Sayalah perempuan Melayu terakhir tu sebab saya tahu kukur kelapa he he he. Acuan putu kacang tu.. teringat saya pada arwah mak saya hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memanglah prof, barang-barang antik macam semua tu susah nak cari dah, kalau ada orang juga pun mesti mahal. kalau nak diikutkan, semua orang ada barang-barang antik, tapi disebabkan tak fikir pasal value barang tu, bila rosak sikit, terus buang macam tu jer.macam makcik ni semua dia simpan even dah rosak...

      haha...cayalah prof, sekarang ni payah nak cari yang reti guna menda ni, pi beli dekat kedai lagi senang, hehe...

      Delete
  7. xpernah lagi msuk rumah tu...tp kan lusa nk g melaka hope blh pegi situ..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...kalau singgah rumah tu nanti hairy, jangan lupa pukul gong, hehe...

      Delete
  8. menara yang pusing2 tu naik tak?? yang bape hengget tak ingat dah... *sumpah x best haha ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak naik pun menara tu wan, sebab dah pernah dulu, serius memang tak best sebab rendah sangat. kalau buat lagi tinggi maybe boleh diconsider, hehe...

      Delete
  9. lah.. ye ke? aku pnah borak ngn pakcik empunya rumah tuh. pakcik hashim rasanya.. dia kate semua initiative sendiri nak cantikkan rumah tuh. cuma bil api air je gomen kaber! aku mse tuh rase betul2 tak patut. sbb rumah pakcik tuh ko tgk la.. betul2 effort dia collect semua brg2 tuh. and sanggop plak rumah dia dilawat hari2 oleh outsider. dah tak de privacy pon ade. aku taksub la dgn pakcik tuh. sbb tuh kat rumah tuh ada tong duit utk kita derma, tlg2 gitu! ahaks

    aku ade gak sign kat buku tuh. poyo2 je. mse tuh page aku nak sign smua dari canada la, japan la, tibe2 aku laki bini dr Seremban. #rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha nak tambah ketaksuban aku. HAHAHAHHAA aku taksub tgk rumah ni tgh2 dia tak de atap. nampak langit terus. so dalam rumah kalau hujan sgt cuns habis. kan kan kan?

      dah.

      Delete
    2. hah? makcik tu ada suami ker? masa time kitorang pergi tu, dia tak sebut pun pasal suami dia, agaknya...makcik ni ada orang lain kot, ceh~...gosip! maaplah makcik yer, anak cucu bergurau senda, hehe...serius beb, masa sembang-sembang tu, rasa kesian pun ado, yela ingat dia tinggal sesorang dengan kucing dia nama tupai tu, dah la rumah besar. pastu dia asyik cerita hikayat family dia jer.

      betul tu, aku pun sokong cakap ko, dia memang takde privacy dah, semua orang datang, semua dia jemput masuk. pasal derma tu pun, kalau sesape singgah, tolong-tolonglah yer.makcik ni buat semua ni, jemput orang datang, citer pasal sejarah, mana ada kenakan bayaran pape.

      a'ah beb...design umah ni memang cun habislah, first time jumpe rumah orang kampung tengah-tengah takda atap, menarik and kreatif...macam nak design umah aku macam ni jer, hehe...

      Delete
  10. Salam kenalan..
    Wahhh awak datang negeri saya lah...Selamat datang ke Melaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ena? ala...rugi lah, kalau tak boleh layan cendol melaka sama2 ritu :)

      Delete
  11. Macam menarik jer kampung Morten tu.. Nanti kalau gi sana wajib oegi nih.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun rosmiza, kampung morten masih lagi mengekalkan design rumah lama-lama, kalau nak merasa macam dok zaman dulu-dulu, bolehlah singgah :)

      Delete
  12. Singgah menikmati gambar-gambar yg dipaparkan sangat menarik dan membuat mata kakak terpaku. Cantik, unik dan sangat menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...thanks akak, silalah ke melaka yer :)

      Delete