Sunday, 17 February 2013

Meatball IKEA, nyum-nyum!!

Ai...baru dua tiga hari lepas AA buat promo 10,000 Free Seats, belum sempat bernafas, malam ni ada lagi promo, AirAsia RM0. Aku tau ni pun sebab blogger Azra (klik untuk details) yang menyampaikan utusan tersebut. Persoalan yang sedang hangat bermain difikiran aku sekarang ni, kenapa AA buat promo ni tengah-tengah bulan, kalau hujung-hujung bulan time dapat gaji ker, baru seronok sikit nak hunting, hm~... Bagi mengisi masa lapang dihujung minggu, apakata aku sharekan 1 hidangan yang menjadi kegemaran ramai, iaitu Meatball IKEA, nyum-nyum!! Serius beb, bukan senang nak dapat menikmati hidangan Meatball IKEA ni, aku terpaksa tempuh pelbagai halangan dan cabaran, onak dan duri, baru dapat menikmati dengan aman dan damai.

Bayangkan ler, aku pergi time hujung minggu, nak sampai ke IKEA tu pun dah satu hal, sesak giler. Tengok meter keter, adalah kot 10-15 km/hr. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak masuk ke dalam IKEA. Lepas tu, ada cabaran pulak nak cari parking. Yela...nama pun hujung minggu kan... Slow motion jer aku drive sambil mata dok mencari parking kosong, orang jalan kaki pun boleh potong kereta aku. Hampir-hampir nak sampai exit, ada 1 kereta baru keluar, apa lagi, terus masuk ler. Lega rasa dapat parking, okay...now pasal kereta dah setel. Kitorang pun berjalan menuju ke kawaasn foodcourt IKEA, bila sampai jer, subhanallah...ramai sungguh umat manusia di sini, tengok orang yang beratur tu, telan air liur jugaklah tiga empat kali. Alang-alang dah sampai, takkan nak patah balik kan, so aku pun masuk line untuk beratur jugak, pastu aku suruh wife aku cari tempat kosong. Dalam 10 minit camtu wife aku datang balik, cakap takde tempat kosong. So, giliran aku pulak pergi cari tempat kosong. 4,5 kali pusing pun sama, kecewa dan hampa sebab still tak dapat lagi tempat kosong. Aku pun join wife aku beratur, takperlah...tunggu sampai dapat makanan nanti baru cari tempat. Selesai jer order and buat bayaran, kitorang pun berjalan-jalan cari tempat kosong, memang takde. Tetiba aku terperasan ada 1 couple ni, ada 2 seat kosong lagi dekat meja diorang. Dengan perasaan rendah diri, aku pun menanya samada seats tu available ke tak. Lega rasa, dapat jugak tempat, view pun best. Kalau keadaan sesak-sesak cam gini, memang kena share lah jawabnya. Jadi, inilah hasil penat lelah yang aku lalui tadi...

Meatball IKEA


meatball ikea
Amacam, menarik lagi tertarik kan...sedap sesangat!!

meatball ikea
Menu lain: mash potato/sweet potato...
aku pun dah lupa dah nama menu ni, maklumlah asyik sangat dok makan meatball, heheh...

meatball ikea
Menu lain: Chocolate Almond Cake
Cake ni pun sedap, kalau datang makan meatball sini, aku mesti ambik.

meatball ikea
 Jemput makan yer...nyum-nyum!!

meatball ikea
huhu...sayang pulak nak makan...

perhh...memang padat, rasa daging jer, kalau rasa ikan, tak panggil meatball lah, mesti panggil fishball..

Aku pergi IKEA semata-mata nak makan meatball jer, tak beli apapun. Dekat tempat lain tercari-cari jugak, tapi tak jumpa lagi yang boleh menandingi kesedapan Meatball dekat IKEA ni. Harga? bagi aku mampu milik lah, tak mahal mana pun. Aku yakin hampir semua orang pernah makan sini kan. Sekali sekala datang okay lah, lepas gian. Kalau hari-hari makan meatball ni jer, muak jugak rasa nanti. Okaylah, sampai sini saja coretan aku, jap lagi nak kuar pergi jogging, pastu malam ni, nak tunggu promo AA tu kuar pulak. Bizi sungguh kan, padahal hujung minggu.

Roger & out.


51 comments:

  1. tak pernah try lagi meatball ni.nampak sgt ketinggalan zaman kan..huhu
    nnt nak kena cuba bila pi ikea

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak datang, jangan datang hujung minggu nik, boleh sakit hati tu...

      Delete
    2. btol. kat ikea tu ramai yg pi weekend kan. mmg bersesak la ngan org. mmg dulu duk kota damansara selalu gak singgah sana. tapi tak pernah pi makan jea :)

      Delete
    3. memang pun nik, sebelum sampai lagi dah tau jam jalan, dari jauh boleh nampak.tapi dah pasang niat awal-awal, tu yang redah jugak..

      Delete
  2. pergh ORGA!! lau urang jawa kata tengok GINI bikin 'Ngences' aaa
    Bila lah aku dapat gi sini erk. SR, yok kita gi sini
    sedap ke Orga? apa perasaan anda bila dapat mencapai impian makan meatBall Ikea NI? Ngehngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko orang jawa ek dila, patutler terer buat karipap, heheh...perasaan dapat makan sedap setelah penat lelah tu, memang lain tau rasa dila. nanti ko trylah pulak dengan SR, sila pergi time hujung minggu :)

      Delete
  3. Perghhhh...terbaekkk la meatball tu! Sy dah bnyk kali ke ikea, tapiiii...tak pernah singgah mkn meatball tu huhuhu...ada jer alasan husband nak balik cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...takper, lepas ni ajak husband akak try, confirm melekat dah lepas tu, hehe...

      Delete
  4. Perghhhh...terbaekkk la meatball tu! Sy dah bnyk kali ke ikea, tapiiii...tak pernah singgah mkn meatball tu huhuhu...ada jer alasan husband nak balik cepat

    ReplyDelete
  5. kawan aku pun cakap meatball tu sedap.... aku lum cuba sebab tiap kali gi ikea org ramai giler. biasanya aku beratur beli karipap dia jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa...kalini hang kena try shidah, terangkat habislah makan. pastu lama-lama sekali mesti terasa macam nak pergi lagi...

      Delete
  6. Drolling! Ugh! ramai sgt dah kata meatball ikea ni best..entah bila nak pergi. Bpe hinggit sepinggan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga ikut berapa biji meatball tu kita ambik kimi (ikut menu), macam aku ambik 15 ketul, kena lah rm14.50 sepinggan (lebih kurang rm1 seketul)...

      Delete
  7. Dah beberapa kali ke Ikea, tapi tak pernah cuba makan di situ, sebab lebih seronok shopping daripada makan di sini. Nampak gaya kena cubalah meatball ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang patut cuba sangat, sebab harga dia tak la mahal mana...

      Delete
  8. Makan hati sgt tgk meatbol itu difokus jarak dekat...brapa kali dh p tak dapat nk makan sbb manusia punya lah ramai...bila la nk dapat merasainya lagi... #sentap...hahaha tetiba kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sengaja ambik dari jarak dekat pun, ahaha...takper, nanti pi kena paksa diri jugak beratur even ramai orang...

      Delete
  9. Meatball ni mmg sedap .... tapi perjalanan nak pegi Ikea tu, aduusss ... mmg tak sanggup nak pegi time weekend

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler azra...dari awal lagi dah agak dah keadaan akan jadi macam gini, tapi kalau dok rumah jer, lagi stress tak buat apa...

      Delete
  10. Wowwwww meleleh air liur tgk meatball ngan kuahnyer nyum nyum. Aper AA buat promo lagik arghhh tention nyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila slurrrp air liur tu balik, cepat!! hehe...entah lah jm, tetiba harini ada lagi promo, tak puas hati, kenapalah masa ni, huh~...

      Delete
  11. tak pernah rasa lagi.. baru berazam nak diet ni, tergugat!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak per norh, lepas makan, pusing-pusing dalam ikea tu dah abis kalori makan meatball tu..masih lagi boleh diet, hehe...

      Delete
  12. Nampak gaya kena try juga menu ini di Ikea

    ReplyDelete
  13. wak pon dh lama X gi ikea jugakk.,ahhKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama wak...jauh di damansara sinun...sebab teringin nak makan meatball jer...

      Delete
  14. Ekekeke menarik tertarik meatball ikea memang the bomb!!

    Teringinnyaaaaaaa dah la duk tgk tgh2 malam nih... BTW memang slalu la berkuntum kat area the curve and makan meatball ni sbb dekat area opis sajork. Huwa...

    Esok macam nak pi makannn... Sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana aci macam ni berry, saje menambah duka kepada orang ramai yer...kami rakyat jelata yang dok jauh ni, bukan men payah lagi nak sampai, jeles dengan orang yang dok dekat, huh~...

      Delete
  15. Dah lama tak makan meatball kat IKEA. Tgk gambar yg Orga amek nie...buat sy terliur je pepagi... adussss teringinnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kiter cik kamoo...sebab teringin la gigih pergi jugak hujung-hujung minggu..even penuh pancaroba, dapat jugak makan, hehe...

      Delete
  16. Replies
    1. memang sedap, bila cik anis singgah ikea, jangan lupa try...

      Delete
  17. he he he, antara feveret KA Ni !

    ReplyDelete
  18. I stayed nearby so selalu pergi Ikea weekdays jek. Tak pernah nak ngadap Ikea tue kalau weekend. Tension gile. :D Btw, my all time favourite is definitely the poached salmon! Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. poached salmon? ermm..nyum-nyum jugak, semua sedaplah makan dekat cafe IKEA ni...terpaksa pergi weekend zara, hari biasa jauh sangat nak pergi nyer...

      Delete
  19. dengan rendah diri.... waaaaaa xpernah makan lagi!!! teringinnye... ye lah kalau balik semenanjung pun bnyak sngat plan, mmg xsempat nak g IKEA nak pekene benda ni *logik ke nak turun KL sekadar nak makan bende ni kri...krik....krik.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ai..bunyi cengkerik pulak, heheh...tu lah kan, macam tak logik jer, datang kl semata-mata nak makan meatball ikea. apa...ko kan pandai masak wan, apakata ko buat resepi sendiri, manatau lagi sedap...chaiyo! hehe..

      Delete
  20. Fuhhh nmpak menyelerakn dan menggoda...bila la dpt merasa tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal ena, kalau tak, takkan lah sanggup meredah jam dihujung minggu. takper, nanti datang sini, singgah-singgah lah ikea :)

      Delete
  21. kami org kg tak pernah sampe ikea...><"

    ReplyDelete
  22. huhuhu..saje je buat ibu mengandung ni terliur tau. dah la mmg jarang ke ikea. aritu pegi, tgk ramai giler org beratur, mmg cancel terus. ngamok pulak si bambam tu kang. bkn reti dok diam dah skang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...suruhlah abang nyer beratur, ibunya duduk diam jer dekat meja, tapi kalau pergi weekend memang teramatlah ramai umat di situ. yang single mingle ni ok lah kot, macam sue, better cari tempat lain jer. nanti tak pasal-pasal mengamuk. maklum ler, orang pregnant kan sensitif, hehe...

      Delete