Sunday, 17 March 2013

Fly to Seoul (Day 2) - Petite France

Sonok betul pagi ni, maklumlah, aku nak merasmikan bag hijau aku beli semalam tu, wife aku pulak nak merasmikan kasut dia, masing-masing dok bergaya depan cermin. Lepas siap packing and bawak apa yang patut, kitorang pun turun ke lobby untuk breakfast. Itinerary untuk hari kedua adalah visit Petite France and Nami Island. Turun dekat lobby, tengok orang lain pun dok menikmati breakfast jugak. Aku macam biasalah, pagi-pagi mesti kena minum milo, baru sihat dan kuat, wife aku jer layan kopi. Breakfast kitorang pagi ni roti gardenia bawak mai dari kampung and tuna mayonis. Aku ada try roti yang guest house sediakan, tapi rasa liat macam manatah. Sedap lagi roti gardenia ni, memang betullah iklan yang depa buat, sedap dimakan begitu saja. Lepas breakfast, kitorang pun bergerak menuju ke Myeongdong Station.

Kenapa aku pergi Petite France and Nami Island serentak? Sebabnya kedua-dua tempat ni berdekatan sajo. Bagi yang first time mai Korea macam aku ni, memang disyorkan sangat untuk visit kedua-dua tempat. On the way ke Myeongdong St. baru nampak rupa sebenar bandar Seoul. Semalam jalan-jalan pun dah waktu malam, dah tua-tua cam gini mata tu tak berapa nak clear tengok. Bila siang, terang lagi bersuluh kan. Sejuk jugak pagi ni, suhu aku check dengan accuwheather sekitar 4 degree, tapi dalam sejuk-sejuk, ada jugak aku tengok dua tiga kerat gadis-gadis Korea dressing tak hingat, pakai skirt lagi, amboi...tak sejuk ke depa ni. Sampai di Myeongdong St., aku pun keluarkan T-Money yang disimpan sejak semalam. Start harini, T-Money akan digunakan habis-habisan. Destinasi yang dituju adalah Cheongpyeong St. Dari Myeongdong St. to Cheongpyeong St., kena tukar train 3 kali, baru boleh sampai. Kalau kira-kira, ada lebih kurang 21 station kena lalu, memang agak jauhlah dari Myeongdong, tapi enjoy jer, nama pun berjalan kan.

 From Myeongdong St. to Cheongpyeong St:
Myeongdong - Dongdaemun - Hoegi - Mangu - Cheongpyeong

suasana di Mangu St., sunyi sepi...

Bila sampai di Cheongpyeong St., transport yang aku guna untuk ke Petite France adalah dengan BUS. Sebabnya, dari info aku baca, kalau dengan TAXI cost dalam 20,000 Won per cab (RM60). Pastu, dari Petite France nak ke Nami Island pulak, kalau dengan TAXI kena bayar lagi 20,000 Won. What!! 40,000 Won (RM120) untuk taxi sajo...Mahal lah bagi aku, sebabnya kitorang bedua jer, kalau ramai-ramai or group, jadi murah balik, tong-tong sorang bayar berapa jer. So, pilihan yang aku ada adalah dengan BUS, menjimatkan and sekali bayar pulak tu, boleh turun naik sesuka hati. Nanti aku citer details part ni :)


Yee...udah sampe! Kalau nak naik BUS ke Petite France, kena keluar dekat Exit 2, and tunggu pulak dekat Bus Stop depan station ni, tak jauh pun. Sebelum keluar, ada jadual bas dekat depan pintu keluar station, tapi dalam Korean. Aku pun pi dekat Bus Stop, sama jugak, jadual semua dalam Korean. 

berkabus, sejuk hokey~...

Itulah Bus Stop yang aku maksudkan, keluar jer dari Exit 2 station ni terus nampak. 

Time aku sampai dekat station ni lebih kurang pukul 10.30 pagi. Tengok jadual Bus yang aku ambik dekat forum, waktu Bus yang paling dekat adalah pukul 11.25 pagi, lebih kurang sejam lagi. Taktau nak buat apa, aku pun melilau lah sekitar kawasan ni. Tengok map dalam station ni, rupa-rupanya dekat Exit 1 ada Tourist Information. So, bagi menjelaskan keadaan yang keruh, aku pun pi lah dekat Tourist Information tanya apa yang boleh tanya, and 2 orang gadis yang jaga kaunter ni pun memang fasih berbahasa English. So, inilah sedikit ilmu yang aku dapat...


[Meh aku story sikit pasal map dekat atas. Sebagai pesanan, kalau ada sesiapa yang nak pergi Petite France, and hangpa sampai Cheongpyeong Station sebelum pukul 11 pagi, sila keluar EXIT 1 and singgah dekat Tourist Information dulu untuk ambik infor-info terkini. Cheongpyeong Station ni kecik jer, dari Exit 1 nak ke Exit 2 dekat sajo. Dan kalau yang nak pergi dengan BUS boleh terus pi tunggu dekat Bus Stop lepas tu. Bagi yang berniat untuk ambik TAXI, sila keluar ikut EXIT 1 jugak, kemudian singgah dekat Tourist Information and pastu ikut WALKWAY dan berjalanlah anda beramai-ramai ke Pekan Cheongpyeong.

Pengalaman aku, sepanjang aku dok tunggu Bus dekat Bus Stop ni, takda sebijik pun Taxi yang lalu. Dari info aku baca dengan blogger-blogger lain pun sama, diorang susah dapat Taxi jugak. Sebabnya, masa on the way bus ni bergerak ke Petite France, aku nampak bersepah-sepah taxi dekat Pekan Cheongpyeong ni. Dari Cheongpyeong Station ke Pekan Cheongpyeong, ada Walkway, jarak maybe dalam 15 minit macam tu kalau berjalan.]

inilah rupa pondok Tourist Information yang dimaksudkan

Route Bus untuk first aktiviti aku: Cheongpyeong Station to Petite France.

Route Bus untuk second aktiviti pulak: Petite France to Nami Island.

 time table Bus: first trip dari Cheongpyeong St. adalah pukul 11.25 pagi

ni pulak time table Bus untuk yang plan nak ke Nami Island dulu, then baru singgah Petite France.

Harga tiket Bus, 5,000 Won per pax.

Inilah sebabnya aku pilih BUS sebagai Main Transport untuk aku ke Petite France, sebabnya, kos cuma 5,000 Won sekepala, so untuk aku and wife aku cuma 10,000 Won. Lepas tu pulak, sekali bayar sahaja. Maksudnya, dari Petite France nak ke Nami Island nanti tak perlu bayar dah. And, dari Nami Island nak ke Gapyeong Station pun sama, aku tak perlu bayar jugak, jimat kan, wink-wink~...

So, apa aku buat lepas dapat semua information ni? Apa lagi, aku teruskan aktiviti melilau aku sambil-sambil menunggu Bus. Yang bestnyer, dekat Bus Stop ni, aku dengan wife aku jer. Aku nak bergerak aktif sangat pun tak boleh sebab cuaca sejuk bangat, sampai kecut habis jari-jari aku. 

Masih nampak saki baki salji dekat atas bukit


Tengah dok seronok berkejar-kejaran dengan wife aku, tetiba nampak Bus yang ditunggu tiba dengan hebatnya. Tak sempat ambik gambar waktu naik, sempat waktu turun jer. Perasan kan dekat depan Bus ada Notis tulis, Nami Island, Gapyeong Station and Petite France. Bila pintu buka, aku pun tanya lagi dengan driver bus untuk reconfirm. 


Inilah tiket Bus berharga 5,000 Won, kena simpan, tak boleh bagi hilang. Untuk naik Bus ke Nami Island, tunjuk tiket ni jer. Dalam Bus pulak, aku dengan wife aku sajo. Bus ni pun tunggu tak lama, tak sampai 30 seconds kot, terus gerak. Next stop dia akan berhenti dekat Cheongpyeong Terminal dulu before ke Petite France. Dari Bus Stop Cheongpyeong Station ke Cheongpyeong Terminal yang terletak dekat Pekan Cheongpyeong, tak sampai 5 minit rasa. Dekat Cheongpyeong Terminal, baru ada 3,4 orang lagi yang naik untuk ke Petite France jugak.

Suasana di pagi raya dekat Cheongpyeong Terminal

Even dah penghujung winter, tapi masih lagi kelihatan lapisan air tasik yang membeku.

Selepas 20 minit...

Petite France



Sebab depa ni lah, wife aku paksa aku cari jalan bagai untuk ke sini, yennadey~...Tapi bila sampai, aku pulak yang lebih-lebih kan, hehe...serius, tempat ni memang cantik. Kalau shooting untuk wedding, memang gempaklah album kahwin nanti. Apa yang aku tau, tempat ni glamor sebab Secret Garden buat drama dekat sini. Decoration pulak ala-ala macam duduk dekat France. 


Lepas tengok map, besar jugak kawasan Petite France ni, ada teater bagai, tapi kitorang plan tak masuk semua tempat. Aku plan untuk spend dalam sejam setengah jer dekat sini, sebab next Bus dari Petite France ke Nami Island adalah pukul 1.50 petang. Pukul 12.50 pun ada, tapi rasa macam rush sangat pulak. Tiket untuk masuk ke Petite France adalah 8,000 Won seorang. Lepas bayar tiket, dapat 2 batang pen sebagai souviner dari Petite France. Dekat dalam nanti aku taktau nak explain apa, sebabnya, aktiviti kitorang just jalan-jalan menghayati suasana dekat sini sambil-sambil ambik gambar. 

 

So, layan jelah moment yang aku capture sepanjang berada di sini sambil dengar lagu ni hokey, baru ada feel romantik sikit, cewah~...jom masuk :)

souviner dari Petite France

Secret Garden Versi Konerang

It's time to say good bye to Petite France...huhu~


Cukup masa, kitorang pun berjalan menuju ke bus stop. So far, first aktiviti dah selesai, proceed untuk 2nd pulak. Bus memang sharp betul, tepat jam 1.50 petang dah sampai. Untuk ke Nami Island dari Petite France, kena naik Bus dekat tempat mula-mula turun tadi. Memang cantik sangat tempat ni, tak sia-sia aku travel melepasi 21 station subway, pastu kena naik bas pulak, dengan sejuk bagai, baru dapat sampai. Next aktivity, aku akan ke Nami Island pulak untuk Sonata di Musim Salju...

Roger & out.


82 comments:

  1. Cantik la gambar pemandangan tu orga....kalau pergi masa salji tebal mesti lg cantik kot...tiba2 terbayang2 cerita winter sinata la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nak datang tempat-tempat cam gini kena jiwang sikit ena, of coz la lagi cantik, putih jer lantai kan...

      Delete
  2. mesti excited kan pakai baju baru kat sana tambah2 beli kat sana pulak tu. terus bergaya sakan. petite france dlu tak sempat nak pegi. mybe this upcoming trip boleh selit skit2 utk ke sana... awan tebal tu... ade hujan x bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...itu sudah semestinya henry, bila lagi nak bergaya sakan kan. itu lah, aku baca ko punya trip, tapi ko memang tak visit sini. takper, next visit dengar citer ko pulak :)

      awan memang macam tu jer sepanjang aku duduk koya ni, nampak macam berkabus gitu, tak hujan pun, tapi sejuk ya amat..

      Delete
  3. best....

    mcm dekat bukit tinggi eh konsep dia. tapi sini lebih menarik nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang macam tu lah TP...sini lagi menarik, bernafas keluaq wap, hehe...kawasan lagi besar rasanya...

      Delete
  4. wah..lengkap semua info.
    kalau mcm ni, mmg bagus la naik bas. bas sampai ikut masa. tambang pun murah.

    kwsan Petite France ni cantik sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik bas pun ok nik, tu bajet yang pergi single or berdua lah, kalau ramai-ramai naik teksi la kot, cepat pun cepat...

      Delete
  5. Waaahhhh.... untung la kau gi hani madu ke korea untuk kali ke berapa ntah... cantik giler tempat ni.. bila la aku nak sampai sini agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. beru kali pertama shidah, hehe...takpa, nanti turn hang dengan dila pulak :)

      Delete
  6. Amboi ayat 1st lagi kasi kitorang pulak excited dgn pakaian baru hihi.

    Ok apa salahnya jalan 15menit cari teksi.. ilang sikit sejuk tu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakaian baru, test masa winter kan, lain rasa dekda, hehe...tu lah, on the ke pekan cheongpyeong tu pun banyak kedai kopi, boleh jer singgah untuk layan seround dua...

      Delete
  7. Amat lengkap infonya. Senanglah bila kami nak ke sana nanti. Seperti biasa, fotonya cantik banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi tourist information tu, semua ada mie, hehe...

      Delete
  8. Very informative! Siap direction semua! Ni mcm kena carik ticket gi Korea jugak nie!

    ReplyDelete
  9. Canteknya petite french tu! Teringin nak duduk situ , pepagi bangun minum kopi luwak sambil tengok pelancong dtang jenguk2 rumah kite.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam suasana kampun morten melaka pulak kan, hehe...tapi sini banyak studio janggel. kalau betul, memang fefeeling habis lah...

      Delete
  10. salam,,,

    besnya p korea,,,,,, very detail noh,,, boleh la jadi panduan kami plak nanti,,, tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat best suhaz...tempat cantik, shopping pun murah :)

      Delete
  11. wahh..explain dgn penuh detail..senang nak paham..hehe. Awat mcm hampa 2org ja kat situ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasai zila, dekat cheongpyeong st. tu memang kami berdua sajo, tapi dekat cheongpyeong terminal baru ada orang lain naik jugak. maklumlah bukan hari minggu kami pi...

      Delete
  12. mmg lawa sgt tempatnya
    kalau gitu setiap sudut harus di ambik gambar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu irfa, kalau terer ambik gambar, mesti lagi mengancam kan...

      Delete
  13. Orga, bus schedule dari Gapyeong Terminal to Morning Calm Arboretum ade tak? Mintak jasa baik anda utk share2 ... coz aku nye route nanti Petite France --> Morning Calm ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jer azra...nanti sat cek nak tepek kay, hehe...

      Delete
    2. hihihih..nomu nomu kamsahamnida ....

      Delete
  14. Terasa macam ada kat sana je bila baca..
    Hehhehehe..
    Mak aih, banyak nya station dia..
    Mau AJ sesat kalau pegi... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesatlah aj, saya pun first time jugak pergi korea, ada instruction dalam train nak berhenti dekat mana, so senang sikit...

      Delete
  15. Cantik betul petite france tu, berbaloi pergi orga....Saya tak ke sini pun masa gi korea tahun lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi akak, cantik tempat ni..saya pun mula-mula takda dalam itinerary, tapi wife saya yang suggest kan...

      Delete
  16. Perghhh... jeles2

    ReplyDelete
  17. ahhh..rindunya petite france..hahah kekdahnye,semua tempat aku rindu kott..
    cantik boots bini ko...niceeeee...keke
    eh,beg ko pun cantek jugaaakk...
    gambar pun cantek...
    orga,buat la FB skampung..boleh layan gambar-gambar travel ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..aku baca ko punya citerlah aza yang susah dapat teksi tu, tapi best kan.cantik sangat tempat ni. tengoklah, ada orang tu sampai boleh mengidam susu pisang lagi, hehe...

      FB skampung? huhu~...blog aku pun tunggang langgang lagi aza, nanti dah terer sikit, mungkin la kot...

      Delete
    2. sebenarnya teringin nak nengok semua gambar2 ko kat jepun dulu..

      aah memang susah betul tunggu teksi,dr subway ke petite france tu ok lagi,tapi dari petite france ke nami tu,ya ampun..kemain lama aku tunggu..menyumpah je...huhu

      Delete
    3. yeke aza...ala~, dekat page jepun kan ado, takper...nanti sampai seru aku buat kay :)

      tu lah pasal, tengok gambar korang semua tunggu cab nak tergelak rasa, masing-masing muka tak puas hati. hehe..siap menyumpah lagi tu...

      Delete
  18. Argg..dulu pegi tak sempat pegi Petite France ni..ni yang buat JM nak kena ulang ke Korea ni..
    Pastu lak..Petite France ni salah satu lokasi pengambaran RUNNING MAN...oh my god cantiknya tempat nih dan ada pasangan romantik kat sini..jeleszzzz ..ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh~...ada citer lain ek selain secret garden jm, dok layan anime banyak, citer korea wife jer layan, tu tak berapa nak tau sangat. pasangan romantik? kami..kami..(sambil angkat tangan)

      Delete
  19. Agak pening nak paham direction ke tempat2 ni... *almaklum kene praktikal baru paham.. kalau tutorial je mmg lembab skit. Actualy view die cantik gile, eh silap bukan cantik tapi manis n Cute !

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun wan, kalau yang fisrt time tengok map subway dekat seoul ni, boleh pitam kot, berseliarat betoi...tapi lama-lama, ok ja.rasa seronok pulak sebab tetiba jadi pandai tengok map kan :)

      Delete
  20. best...., cerita banyak2 lagi dan detail..., boleh buat rujukan nanti....

    ReplyDelete
  21. Salam Orga...

    bila Yong nengok dan baca n3 Yeop ni, tetiba menggigil2 badan dan sejuk idung...hehe....tak larat dah rasa nak mengharung musim sejuk ni....seksa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yong, even dah penghujung winter, sejuk sangat saya rasa, kecut habis jari-jari, pastu kulit jadi kering. seb bek lah kedai skin care banyak dekat sini...memang tak sanggup lah repeat time winter lagi...

      Delete
  22. Salam Orga,
    Sebenarnya saya dah banyak kali klik entri ni. Dah scroll down and scroll up banyak kali. Tapi tak tahu nak ulas apa :P

    Tapi ulasan umum: entri ini detail, tak kedekut ilmu dan menggambarkan kerajinan bloggernya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks akak, sekadar singgah baca pun saya dah rasa berbesar hati, cewah~...ayat skema, hehe...ilmu cam gini bagi saya tak perlu nak kedekut kan, dapat share and tengok orang lain pergi jugak, pastu baca pulak kisah diorang, saya lagi enjoy, hehe...

      Delete
  23. singgah pagi sambil cubit2 nuff hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kA, tak lama lagi penuh la tabung saya nih :)

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. giler besttt!!! bila nak penuh tabung nih..

      Delete
    2. takpar cik viva, slow-slow kayuh, kami pun ambik masa dekat setahun plan nih...

      Delete
  25. BINTANG LIMA AKU RATE entry ang ni ORGA
    boleh jadi BLOG INFORMASI yang terbaik
    sapa nak gi korea mmg rugi lau tak refer blog ang ni
    termasuk lah aku....
    macam nak fly skarank je hah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..hang kena terjah korea dila, kalau pi mesti macam tak moh balik dah rasa, view pun cantik, pastu barang and make-up bagai semua murah-murah...

      Delete
  26. sonoknyerr uolss..,ammvoiii abam orga tuuu

    ReplyDelete
  27. serius rasa teruja sgt2 smpai nk menitis airmata..haha...mmg impikan tmpat ni tuk holiday tp apakah daya xmampu lagi baca amik mood ja skrg ni..haha...klo da instgram nak follow...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana boleh ambik mood je hery, kena pergi sana baru betul nak ambik mood, hehe...instagram? tak wat lagi account hery, nanti dah buat roger kay :)

      Delete
  28. aku tgk post2 ko ni aku nk tnya, sape plan itenery? bini ke ko? sape byk study kat net? ko ke bini ko?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ler...saper lagi, biasalah student, banyak masa lapang, ahaha...nak harap bini aku, tengok map subway dah pening kepala dah, haha...

      Delete
  29. tak taw pon sal petite france...nmpk gya kn pi sna ag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? taktau...glamor woo tempat ni, memang sah-sahla kena terjah lagi ayu :)

      Delete
    2. Huhu...pas tgk runningman ngan snsd br taw lorr..sadis la cmni

      Delete
    3. ahaha...janganlah gitu, takper, nanti try repeat autumn pulak ayu, mesti lagi cantik :)

      Delete
  30. salam kenal Orga..masya allah cantiknya..hari tu pergi pakai camera muraah...tak jadik camni...oo kna pergi semula lah ye.....kna beli camera dulu lah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak nekcik...wah~, akak lagi awal sampai dari saya, takper akak...camera murah pun ok,yang penting dapat merakam pengalaman kita dekat sana.tapi, kalau nak merepeat balik pun ok aja, hehe...

      Delete
  31. Owh Petite France nama tempat ni.. Running Man pernah rakam show dorang kat sini.. Memang cantik.. Arghhh! Tekanan nak pergi jugak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow...kaki citer korea jugak ek mieza, hehe...banyak jugak movie yang buat scene dekat sini, tapi taktau sangat. setuju tu, memang cantik tempat ni...

      Delete
  32. salam...kalau kita ambik taxi ke petite french n nami island tu, bayar 40000 won untuk pergi balik atau yang tu sehala sahaja???? lagi satu taxi boleh memuatkan berapa org??? kalau 7 ke 8 orang muat x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak andika...perjalanan tu sehala untuk sebuah teksi, kira macam ni:

      cheongpyeong St. to petite france = 20,000 won
      petite france to nami island = 20,000 won

      saya dapat info ni dari rakan blogger lain, maybe harga +/- la...

      lagi satu, kalau 7,8 orang, rasanya kena ambik 2 teksi.

      Delete
  33. cantik2..gambar ms saya pegi salji bnyk lagi...tgk kucing gemuk x kat situ..comel sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing gemuk? ala...tak nampak pun kat situ, rugi nyer...

      Delete
  34. Assalam...tiket bus ke petite france tu bli kt mana? Dlm bus je ke atau ada kaunter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak...boleh beli dengan driver bas ha hani...

      Delete
  35. Salam a'laik,

    nak tanye, kalau saya turun kat gapyeon station (subway), then pergi nami island dulu lepas tu pergi petite france boleh kan? means saya boleh naik pukul 9pagi or 9.15 camtu la kan?

    actually, saya agak confused antara "gapyeong station" dan "gapyeong station terminal". mana satu subway mana satu terminal bas? ke saya salah dua2? HAHAHA adeh.

    Thanks for the reply. sangat appreciate kalau dapat jawab soalan saya. sebab nak pergi sana Jan depan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je capyqa, setengah orang ada yang pergi nami island dulu, pastu baru pergi petite france. "Gapyeong station terminal" untuk tunggu train, dekat jer dengan entrance nami island. "Gapyeong terminal" tu pulak station bas.

      Delete
  36. salam encik orga, nak tanya. Petit France punya tempat tu bukak tak hari isnin.cadangnya nak pergi petit france dengan nami hari isnin. lagi satu dari namsan 3 ada tak train yg straight ke gapyeong station. thanks yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak yusaniah...dalam pamplets xde plak tulis tutup isnin, rasanya bukak jer. boleh je wat one day trip untuk petite france ngn nami island. pasal train dari namsan 3, tak perlu risau sebab semua train connected, boleh pegi mana-mana sekitar seoul tu and of coz gapyeong jugak...

      Delete
  37. waaa..macam best..dulu sempat pergi nami island jer.. http://thefunnjoy.blogspot.com

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum.

    En Orga nak minta advice. Sy pergi end of this sept. travel dgn makcik2 n ada baby. Petite France ni tempat dia mcm bukit tinggi pahang ke?? Igt nak buat jg mcm u. afta petite france then trus ke Nami Island. Tapi klu just limit view mls plak rasa nak pergi coz nak jimat kos n masa. U rasa we shud go ke or klu tak pergi mnyesal?? hehehh.. hop can hear frm u soon. thnx

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak..pendapat saya, petite france ni memang lebih kurang mcm bukit tinggi je, kalau cik bawak makcik and baby, maybe terus pegi nami island la.besar kawasan nami island, lepak sana lagi best sebenarnya.kalau pegi bujang, elok jugak singgah petite france sebab one way...

      Delete
  39. Cadang bln 3 ni nk repeat lg ke seoul..x puas g thn lpas.jom sape nk hekut akk...kita g sesama jom

    ReplyDelete