Monday, 4 March 2013

Gulai Batang Pisang - Resepi Turun Temurun

Amacam tajuk aku, gempak tak? Kalau Cristiano Ronaldo dengaq ni, mesti meleleh air liur dia, hehe... Kalini aku nak tunjuk Resepi Turun Temurun Gulai Batang Pisang dari Kak Piah kepada anaknya yang sorang ni, bertuah sungguh kan... Tapi ada cerita sedih sebenarnya masa mak aku turunkan resepi ni, sebabnya, mak aku turunkan separuh jer dengan aku, lagi separuh mak aku cakap belum sampai masa lagi. Mak aku cakap lagi, bila aku dah terer potong bawang laju-laju macam chef dok buat dalam tibi tu, baru dia akan turunkan semua resepi yang dia ada. Tetapi, walaupun separuh resepi jer, hasil gulai batang pisang tu sedapnya tidak terkata. Sampai 3,4 pinggan jugaklah tambah nasi. Tu baru separuh resepi, bayangkan kalau semua resepi kak Piah turunkan, dengan pinggan-pinggan makan sekali. Jadi, disebabkan hasilnya yang luar biasa, maka, entry kalini, aku akan storykan dari A sampai Z macam mana nak menyediakan Gulai Batang Pisang. Baheklah, jom mula (sambil lipat lengan baju)...

Resepi Turun Temurun Gulai Batang Pisang


1. Pastikan anda memakai pakaian sukan. (apron tidak diperlukan pada waktu ini)
2. Sediakan Golok atau Parang.
3. Cari pokok pisang yang sihat. (seperti gambar dibawah)

 Bagi yang belum kenal, ini adalah pokok pisang

4. Sila pastikan pemilihan pokok pisang adalah yang sudah berbuah, kalau masih muda, jangan kacau dia. 


Kalau berjumpa pokok pisang yang sedang berbuah seperti di atas, alangkah beruntungnya, sebabnya boleh terus ambik satu pokok. Batangnya diambik untuk dijadikan bahan untuk membuat gulai nanti, buahnya diambik untuk dimakan, manakala daunya diambik dijadikan pembalut kuih muih atau pelapik nasi lemak. 

Cekodok! Orang kL panggil jemput-jemput...hasil dari buah pisang tadi.

5. Setelah pemilihan dibuat dengan adil dan saksama, maka...tebanglah pokok pisang tersebut dengan golok or parang yang dibawa tu, hatta, jatuhlah ia menyembah bumi.


6. Okay, ini salah satu part yang penting. Dengar baik-baik yer! Make sure, pokok yang ditebang tu adalah pokok pisang dan bahagian dalam dia berwarna putih berseri dan tidak berbau busuk.

nampak tak, putih kan...

Kalau berbau busuk, cari pokok lain, sebabnya dikhuatiri yang berbau busuk tu batangnya sudah buruk dan berkemungkinan dimakan ulat. 

7. Kupas kulit batang patang pisang tersebut.

Proses seterusnya agak rumit sikit, bagi yang sudah berpengalaman, mungkin takda masalah. Sebenarnya, untuk membuat Gulai Batang Pisang, kita perlu kupas kulit batang pisang tersebut untuk mengambil umbutnya yang ditengah-tengah tu, macam aku cakap tadi, yang putih berseri tu. Mungkin ada yang cakap, apsal tak buat tajuk Gulai Umbut Pisang jer. Tak boleh dik oii, sebabnya nama Gulai Batang Pisang ni diguna pakai sejak zaman dulu kala lagi. Jadi, kita yang muda-muda ni, jangan bantah cakap orang tua-tua.  So, ikut betul-betul cara macam mana nak kupas or kopek kulit batang pisang ni. Kalau perhatikan gambar diatas, struktur batang pisang adalah berlapis-lapis. Boleh jer guna parang or golok untuk tetak batang pisang tersebut, tetapi hasilnya nanti tak secantik macam aku dapatlah.

Cara kupas or kopek kulit batang pisang.

7(a). Ambil parang atau golok, toreh batang pisang tersebut dari bawah ke atas atau sebaliknya macam gambar dibawah.

 Buat satu line sahaja supaya nampak berseni sikit.

7(b). Kemudian, dengan menggunakan jari jemari anda, pada bahagian ditoreh tu, lakukan seperti anda sedang memecahkan sebiji telur. 

Amat mudah bukan.

7(c). Asingkan lapisan demi lapisan sehinggalah bertemu dengan bahagian yang amat lembut dan berwarna putih. Jari anda pasti boleh merasa sendiri perbezaan kulit batang pisang dengan umbutnya.

tadaa...ini lah hasilnya.

umbut batang pisang

8. Masukkan dalam guni atau karung.


9. Ohh...jangan balik lagi, macam mana dengan sampah yang terhasil tu?

 how? how?

ambil troli dan buanglah ditempat pembuangan sampah yang sah.

10. Potong senget setiap umbut batang pisang tersebut kemudian bersihkan sampai bersih. Dekat sini aku tak berapa nak faham sangat, apa motif untuk potong senget sebenarnya. hm~...


11. Gulai Batang Pisang secara amnya sedap dikombinasikan atau digabungkan dengan daging lembu atau kambing. Kalau dengan daging ayam, tekak rasa macam tak berapa nak kena jer, jarang orang gunakan daging ayam dalam resepi ini. So, bagi mendapatkan hasil yang optimum sedapnya, aku gunakan daging kambing yang segar.


12. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar (ni lah maksud aku belajar separuh jer sebab aku taktau apa yang Kak Piah kisarkan) sekali dengan daun kari dan kulit kayu manis bagai.

13. Next, tuangkan santan dan kacau or gaul supaya sebati. Kelapa yang dijadikan santan pun diambik dari pokok sendiri tau, jarang mak aku beli dekat kedai.


14. Kacau dan gaul lagi sehinggalah daging kambing dan batang pisang tersebut lembut. Macam mana nak tau daging kambing dan batang pisang tersebut lembut? Merasalah caranya. Kalau tak cukup satu sudu, ambik semangkuk. Kalau terkurang garam ker, tambah sampai secukup rasa. Bila dah puas hati, biarkan mendidih selama 5 hingga 10 tahun, eh silap, 5 hingga 10 minit jer :)

15. Padamkan api dan hidangkan.

Jemput makan yer...

Puas hati betul makan Gulai Batang Pisang kalini, sebabnya dari A sampai Z semua bahan-bahan aku prepare sendiri. So, apa rasa batang pisang ni setelah dibuat gulai? Hm~...nak cakap macam mana yer, kalau based dekat deria rasa yang ada pada lidah manusia, batang pisang ni rasanya tak pahit dan tak masin. Tapi lebih kepada manis sikit dan masam sikit. Pesanan aku, jangan takut untuk menikmati Gulai Batang Pisang, sebabnya, ia selamat dan banyak khasiat, tinggi kandungan vitamin dan garam mineral, dan yang paling penting, sedap dinikmati bersama nasi putih yang panas-panas.

 Roger and out.


45 comments:

  1. AJ penah makan kat kampung dulu....
    Tpai kat Kl macam susah nak dapat batang pisang......
    Mak pun tak penah masak...
    Serious baca entri ni tergelak2 AJ dari intro nya tu.....
    Hehhehe.....
    Orga boleh buat buku resepi ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan aj, tak pernah jumpa lagi dekat pasar malam or pasar borong orang jual batang pisang, kalau terhingin, memang kena cari sendiri jelah...

      Delete
  2. PERGH! ANAK CIK PIAH sungguh beruntung
    aku merasakan macham mashuk kat BLOG CHEF WAN lah Fullak ni Orga!!!
    |Cayalah....gulai batang Fisang ni memang Fofular dari tangan urang lama lama macaem CIK PIAH ni
    lepas ni apa lagi jamulah aku ngan SR makan batang Fisang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mana boleh lawan chef wan dila, tengok dia potong sayur dengan bawang semua, pejam mata jer. aku ni, selalu pengacau jer dekat dapur, hehe...takpa, nanti aku terer, aku buat untuk ang dengan SR hokey :)

      Delete
  3. mang ai.. ko ni dah jadi chef plak ni weh.. sodap nampak eh daging2 lomak nu haaa..kambing plak tuh.. ade mari! xle pandang sll. kang pitam! ahaks.. weh dap dap! bab2 pisang2 ni aku tak mkn la. dr jantung nye, btg nye, pisang2 nye skali mak n nenek aku lyn smpi skrg. klu dpt dibeli nye kat pasar tuh jadi 1 kemenangan pada dorang. sbb susah nak carik.. klu kat kg senang je la kn? ni kat seremban, xla kg sgt dah jadi nye. tapi pada aku belum la lagikkk.. cuma kalau2 btg keladi ke, rebung ke aku lyn laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..chef separuh resepi beb, mana laku...dekat kampung memang senang nak dapat barang-barang cam gini, kat area bandar, payah sikit la. tapi banyak pilihan lain lg yang lebih sedap. keladi aku kurang sikit, tapi kalau rebung, jeling menjeling jelah dengan periuk nasi, haha...

      Delete
  4. Ya Allah En Orga telah buat saya terliur ni. Lama giler tak pekena. Serious memang sedap gulai batang pisang ni. Sapa tak cuba rugi^^. Tak silap gulai ni famous dekat Kedah especially kat Baling. Tapi nak siang batang pisang ni kena ada skill sebab kadang2 bila dah masak serat dia tu bole terbelit kat anak tekak, tapi dek sedap punya pasal hantam saje hehehe^^

    GOODLICIOUS ENTRY^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kalini en orga jadi chef kejap, pastu ajar orang resepi tak lengkap, hehe..betul tu anak mama, siapa tak try memang rugi, dap woo...bukan setakat baling jer anak mama, kodiang, konerang pun glamor jugak tau. pasal siang tu lah yang kak Piah ajar betul-betul, kalau salah nanti, jadi 2 keja pulak nak kena siang sekali lagi masa basuh nanti...

      Delete
  5. apasal la aku baca entry ni pagi-pagi buta aa??

    * lambat lagi waktu berbuka ni. adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala PM, ko puasa ker? sorry sesangat, aku tak berniat untuk melukakan hatimu, cewah~...sabo jelah :)

      Delete
  6. pergh da mcm chef ar..
    tak pernah makan pun Gulai Batang Pisang nih..
    tapi tgok pada gambar nih..mcm sedap..lagi sedap kalau Orga yang buat..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ena (sambil kembang hidung)...kalau saya ditunjukkan jalan yang lurus, mesti menjadi kalau nak bab masak-masak ni, hehe...

      Delete
  7. Kah kah kah...lawak le...yang tolak troli tu lagi lawak. Memang berkesanlah kempen kebersihan itu.

    Gulai batang pisang masak dengan kerbau meriah di utara pada musim kenduri kawin!

    Kalau di Perak umbut nyor adalah menu utama pada hari kenduri kawin.

    Apasal resepi ni separuh je? Secret resepi ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bawak troli pun kena ada style akak, kempen pun kempen jugak, hehe...

      daging kerbau saya lebih suka masa itam, tapi batang pisang pun kalau sedap, layan jer.

      ops...terjadi secret resepi pulak kak, maybe tulah gamaknya kak Piah tak bagitau kot, hehe...

      Delete
  8. Tak pernah makan..selalu dengar, ingat gulai batang pisang ni saja je di reka namanya, tapi tak boleh makan..ishish..kesian betu. Boleh lah cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waduh~...rugi tau aini tak merasa gulai batang pisang, asyik makan kentang jer, sekali sekala bertukar arah angin apa salahnya kan..

      Delete
  9. owhhh mcam kari2 ek.. saya pernah makan die buat gulai lemak cili api.. tapi ni memang utara punye dish kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulai lemak cili api dengan masak lemak cili api sama kan...tak pernah lagi merasa yang masak lemak punya, bolehlah suruh kak Piah buat nanti, kekeke...

      Delete
  10. Pernah makan gulai umbut pisang...sedap !!!. Sama ek dgn gulai batang pisang ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tu akak...batang pisang yang saya kopek tu tak boleh makan, umbutnya saja yang dibuat gulai, sedap kan :)

      Delete
  11. terlioqnya tengok gulai ni...
    kalau balik pedu baru buleh rasa...
    masa kenuri kawen, depa selalu buat gulai batang pisang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...itu semestinya ms arween, sama jer dengan kiter, ehehh...

      Delete
  12. soalan, satu batang yg kecik tu adalah hasil dari sebatang pokok kah? kiranya berbatang2 pokok la kena tebang??

    gambar ko nampak sungguh sedap sampai menceceh2 air liur aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu biqque, satu batang yang kecik tu hasil dari sebatang pokok jer. so, memang banyak jugaklah yang aku tebang. kebanyakan pokok pisang yang tak berbuah...kan sekali jer diorang berbuah, pastu biar tumbuh anak, dah ada anak pokok, tebang jelah..

      ahaha...takper, nanti boleh try kalau ke utara sinun :)

      Delete
  13. amboi sedapnya tgk gulai tu. nasib baik baru lepas makan jea ni.
    boleh pulak ajar separuh2 yea.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...setakat tu jer tau nik, nak buat macam mana. nanti dah terer, ajar lagi separuh :)

      Delete
  14. Salam Yeop

    Aish....akak merasa bila ada kenduri di kampung2 jer....memang sodap....
    rasa nak tebang pisang jer hujung minggu ni, tapi resepi tak dak.....
    apa no hp kak piah..anak kak piah tu tak leh pakai langsung.....tahu menunjuk jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan macam tu kak yong, sian saya tau, tebang pokok pisang sayalah, buang sampah saya juga, kopek buah kelapa nak buat santan pun saya jugak, semua keje yang susah-susah mesti kak Piah suruh saya buat. kasihani lah daku, huhu~...

      takper akak, tunggu time cuti umum banyak sikit, mesti ada orang buat kenduri lauk gulai batang pisang nanti, hehe...

      Delete
  15. amboiii pandainya Orga....... eh betul ke kau yg buat semua ni... Orga, nak percaya ke tidak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada aku buat semua shidah, part aku sediakan batang pisang, daging and santan, yang lain-lain tu kak Piah yang buat, maklumlah...nak turunkan ilmu konon :)

      Delete
    2. Orga

      aku ada email kat kau.... nanti tengok eh...

      Delete
    3. thanks shidah, jasamu dikenang hokey :)

      Delete
  16. pergh serius terliur tgk bnda ni..haha...klo kndri kat area2 kedah byk ni..

    ReplyDelete
  17. Kat tempat KA panggil Gulai umbut pisang, mmg feveret bila ada kenduri kendara. KA kalau makan nasik tolak tepi tapi umbut pisang tu leh makan semangkuk hehehe. Dan ada juga yag buat dgn daging ayam. not badlah mmg sedap !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kA...memang terbalik pulak dengan style orang sebelah utara kedah sinun, kitorang memang panggil gulai batang pisang. ada jugak yang buat dengan ayam, tapi bagi saya rasa kurang kaw sikit ler, hehe...

      Delete
  18. kampung saya pun masak daging dgn batang pisang bila time kenduri kendara. Maklumlah org utara

    ReplyDelete
  19. perghhh....nampak sedap tak terkata!menarik dan memang tertarik nafsu nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper cik kamoo...lepas ni, bolehlah cuba buat sendiri nanti :)

      Delete
  20. rasanya pernah makan mase kecik2 dulu kot sbb tinggal ngan arwah atok nenek. tapi kt KL ni mane la nk dpt. org zaman skang ni mmg x mkn lauk2 kampung camni. tapi sedap kan! nak try la soh abah g amik batang pisang kt kebun dia nnt. thanks sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun sue, dekat kL ni memang tak dapatlah, susah nak jumpa. tapi ok jugak camtu, balik kampung baru dapat merasa, baru feel sikit balik kampung tu, hehe...sedap kan :)

      Delete
  21. Santapan wajib kenduri kat Baling. :)

    ReplyDelete
  22. saya baru makan semalam...buat di rumah..untuk jamuan makan2...eh saya link entry awak nie ke entry saya ye...

    memang sedap gulai batang pisang nie..saya lebih suka makan saja..hehhee

    ReplyDelete