Friday, 26 April 2013

Fly to Seoul (Day 5) - Gyeongbokgung Palace & Royal Guard Changing Ceremonies

Cepat betul masa berlalu kan, dah masuk entry hari kelima. Rasa macam baru minggu lepas balik dari Korea, tengok kalender, dah dekat 2 bulan dah rupanya. Seriusli, penangan pergi Korea memang best! Jadi, tanpa membuang masa, meh la aku sambung citer hari kelima pulak. Aktiviti hari kelima ni kitorang mulakan dengan bangun pagi. Pastu macam biasalah, gosok gigi, mandi, pakai baju and breakfast. Lepas dah setel semua ni, kitorang pun menapak menuju ke Myeongdong St. Apa yang aku plan, untuk hari kelima ni, aktitivi kitorang just nak visit tempat-tempat menarik sekitar Seoul. Untuk makluman, tempat-tempat menarik sekitar Seoul sangat lah banyak, and dalam banyak-banyak tu, aku pilih 4 tempat utama sahaja and masing-masing adalah berdekatan. Sebabnya, cuma sekali kitorang naik train untuk visit tempat yang pertama iaitu Gyeongbokgung Palace, then lepas tu, untuk next visit kitorang jalan kaki sampai lah balik semula ke guest house. Boleh dikatakan, aktiviti untuk hari kelima ni banyak berjalan kaki. Dari Myeongdong St. terus kitorang shoot ke Gyeongbokgung St., dengan sekali transit dekat Chungmuro. Sampai dekat Gyeongbokgung St., keluar ikut exit 5.

Myeongdong St.  -  Chungmuro St.  -  Gyeongbokgung St. (exit 5)

Gyeongbokgung Palace


Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Inilah view yang akan nampak bila keluar dari Gyeongbokgung St. Kalau dekat Sokcho, suasana berkabus memanjang, bila balik ke Seoul, tak sangka cuaca sangat clear. Kalau macam ni, nak berjalan sepanjang hari pun ok kot, sejuk and nyaman. Kemudian, kitorang pun melangkah masuk ke perkarangan Gyeongbokgung Palace. Setiap kali aku baca citer orang yang pergi ke Korea, tak sah kalau takda gambar dekat Gyeongbokgung Palace, tempat yang memang wajib dilawati!

Gyeongbokgung Palace
sejarah Gyeongbokgung Palace

admission ticket: 3,000 Won seorang

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Kawasan Gyeongbokgung Palace ni sangatlah luas, macam masuk padang bola rasa, besar... Senibina and rekabentuk istana ni memang cantik, especeli design tiang and bumbung. Kalau tengok gambar atas, hujung bumbung tu macam ada rupa kepala kura-kura, pastu dekat atas tu pulak seolah-olah macam orang tengah duduk. Rasa-rasanya lah... Kebanyakan orang aku tengok, ramai yang lepak dekat area perkarangan depan istana ni jer, tak masuk ke dalam pun. Sebabnya, untuk masuk ke dalam kena bayar admission ticket, tapi kalau stay dekat luar tak perlu. Then, kitorang pun decide untuk pusing-pusing kawasan luar sahaja, save budget, hehe... Tengah dok syok ambik gambar, tetiba ada announcement yang maklumkan, kejap lagi ada Royal Guard Changing Ceremonies dekat depan entrance gate. Baru aku tau, yang Royal Guard semua ada dekat depan pintu utama, aku ingat Royal Guard Changing Ceremonies ni dekat dalam perkarangan istana. Pastu, gigihlah kitorang jalan cepat-cepat pergi dekat kawasan pintu utama.

Gyeongbokgung Palace
dihadapan pintu utama

Gyeongbokgung Palace

Giler serius muka diorang, buatlah lawak macam mana pun, diorang takkan gelak punya. Aku saja tangkap gambar dekat, konon-kononnya nak cari bukti yang misai and janggut diorang tu dilekatkan jer, bukan asli. Kalau betul asli, memang diorang betul-betul Royal Guard lah. Walaupun bukan asli, cara diorang pakai sangat kemas, tak nampak cacat cela. Yang paling aku respect, muka diorang yang serius tu. Kalau jadi cikgu disiplin dekat sekolah, konpem student takut, hehe...

sama tak? hehe...

Tak lama kemudian, kitorang semua diarahkan untuk memberi ruang kepada upacara yang bakal diadakan kejap lagi. Ada 3,4 orang lelaki berkot hitam yang aku rasa petugas untuk mengawal Royal Guard Changing Ceremonies ni. Sebagai peringataan, kalau sesiapa yang berada dekat perkarangan istana, perlu cepat-cepat keluar untuk tengok upacara ni sekiranya sudah ada pengumuman dibuat. Kalau upacara ni dah start, petugas yang berkot hitam tu takkan benarkan untuk keluar dah, so kena tunggu next time pulak untuk tengok upacara ni balik. Okaylah, jom layan Royal Guard Changing Ceremonies :)

Royal Guard Changing Ceremonies


Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
Royal Guard Changing Ceremonies dimulakan

Gyeongbokgung Palace
Pengawal berbaju biru dibelakang Ketua yang berbaju kuning keluar memberi tunduk hormat disamping semua pengawal yang lain mengadap ke arah Ketua tersebut.

Gyeongbokgung Palace
Pengawal berbaju biru ni kemudian memberi arahan supaya pengawal yang lain follow dia. 

Gyeongbokgung Palace
Sampai dipersimpangan, pengawal berbaju biru membuat lap and u-turn menuju ke arah Ketua tadi.

Gyeongbokgung Palace
Shif pertama and kedua bertemu untuk proses pertukaran shif.

Gyeongbokgung Palace
memohon kebenaran untuk pertukaran.

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace
setelah mendapat perkenan untuk pertukaran. pengawal pun mula mengambil tempat.

Gyeongbokgung Palace
 Pertukaran sudah dilakukan, and sekarang masa untuk Ketua memeriksa barisan. Pengawal yang tunjuk belakang badan tu adalah shif awal tadi, and pengawal yang mengadap depan tu adalah shif yang baru. 

Gyeongbokgung Palace
Pemeriksaan barisan oleh Ketua.

Gyeongbokgung Palace
Memohon kebenaran untuk keluar baris.

Gyeongbokgung Palace
Setelah mendapat perkenan untuk keluar baris, pengawal berbaju biru berjalan masuk ke dalam perkarangan istana diikuti oleh pengawal-pengawal bawahan.

Jadi, inilah rupanya Royal Guard Changing Ceremonies. Untung jugak kitorang sebabnya baru je sampai ke Gyeongbokgung Palace, tak lama lepas tu dah dapat tengok acara ni. Aku recommend sesangat untuk sesaper yang visit ke Gyeongbokgung Palace, jangan lepaskan peluang untuk saksi sendiri upacara Royal Guard Changing Ceremonies. Lepas selesai melayan upacara guard ni, dari depan  entrance gate, aku pergi pulak untuk aktiviti memakai pakaian rasmi royal guard. 

Sumunjang Costume Experience


Ni je design yang ada? First aku macam malas nak try, tapi lepas fikir balik, alang-alang dah sampai ke Gyeongbokgung Palace, try jelah. Lagipun free, bila lagi kan nak ada pengalaman camni. Then, aku pun join orang beratur untuk merasai sendiri memakai pakaian royal guard. Untuk memakai pakaian royal guard ni, ada 4 orang perempuan yang uruskan, and dekat dalam bilik persalinan, tidak dibenarkan menggunakan camera. Cuma seorang yang dibenarkan untuk masuk ke bilik persalinan dalam sesuatu masa. Wife aku pergi dulu, then tak lama lepas tu giliran aku pulak. Masuk dalam bilik persalinan, aku nak buang jacket, tapi diorang cakap tak payah. Pastu depa suruh aku buka tangan luas sambil sarungkan seluar and baju. Aku siap gelak lagi masa diorang sarungkan seluar, pastu ada seorang tu tanya kenapa aku gelak. Yela...dah tua-tua macam ni, ada orang pakaikan seluar, mestila rasa kelakar. Lepas siap pakai pakaian guard ni, aku pun keluar dari bilik persalinan untuk join wife aku dekat luar. 

see...aku dah buat gaya lain, tak buat gaya tangan seluk poket dah...

wife aku pilih pakaian Ketua, aku pulak pilih pengawal bawahan saja. barulah nampak macam hero sikit, hehe...

aku pun tak pasti apa aku cuba buat sebenarnya...

Selesai mencuba pakai royal guard, kitorang gerak menuju ke entrance untuk masuk ke dalam Gyeongbokgung Palace, tapi tak masuk pun sebab tak beli tiket. Aku just nak ambik gambar jer dari luar. View dekat dalam hampir sampir sama dengan kawasan perkarangan palace ni, tapi kalau ke dalam lagi, maybe dah lain. Kalau tengok map palace ni, ada berapa gate yang kena lalu baru boleh sampai ke Gyeongbokgung Palace dekat tengah-tengah tu. Untuk aku, cukuplah sekadar tengok dari luar jer.

view dekat dalam dari entrance

Gyeongbokgung Palace
Gyeongbokgung Palace

Aku cukup puas hati dengan aktiviti yang pertama untuk hari kelima ni, Royal Guard Changing Ceremonies dah tengok, pakaian royal guard pun dah try, kawasan sekitar Gyeongbokgung Palace ni pun dah merata aku lawat, then tiba masa untuk move ke aktiviti yang kedua. Untuk cerita aktiviti kedua bagi hari kelima, nanti aku sambung dalam next entry yer. Tak sempatlah nak tulis sekarang sebab nak prepare untuk pergi solat jumaat. Bersambung...

Roger and out.


Tuesday, 23 April 2013

Fly to Seoul (Day 4) - Mount Sorak (Last Part) & Myeongdong Night Festival

Turun jer dari puncak Mount Sorak, kitorang luangkan sikit masa untuk melawat sekitar kawasan sini. Dari entrance, selepas jumpa dengan arca Bear yang merangkap ikon  Mount Sorak tu, jalan terus akan jumpa Cable Car Station sebelah kiri, pastu kalau terus lagi akan nampak banyak restoran-restoran dekat sebelah kanan. Aku ada baca, banyak blogger lain yang singgah makan dekat restoran sekitar sini, tapi tak surelah yang mana satu sebab aku tak ambik details. Niat aku nak tengok-tengok jer, tak plan nak makan pun. Lagipun kenyang lagi berkelah dekat puncak Mount Sorak tadi. Tapi, kalau jalan kosong tak mende nak mengunyah pun tak best jugak. Aku ada bawak snickers, tapi langsung tak boleh makan sebab dah keras macam batu. So, aku pun suruhlah wife aku pergi usha dekat kedai-kedai tu tengok ada mende ker yang boleh dibeli, yang ringan-ringan jer. Then, wife aku pun belilah jagung seketoi. Tengok macam sedap, tapi tak dapat makan lagi, panas sangat. Sambil-sambil tu kitorang berjalan cuci mata dulu.

not recommended!

Nampak macam sedap kan jagung ni? Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Sekali makan, aku tak boleh buat keputusan lagi, dua kali makan rasa macam nak terkeluar balik pun ada. Rasa macam mana tah, nak kata rasa happy tak jugak, tapi yang pasti tak sedap lah. Disebabkan aku yang rasmi dulu, wife aku tanya, sedap ker? Aku pun toleh tengok dia, hehehe...sedap sangat, rasalah! Ahaha...wife aku pun sama, tak boleh terima jugak. Aku tanya wife aku, jagung tadi ambik perisa apa? Wife aku jawab balik, mana ada perisa, jagung rebus je pun. Tapi tula, awat rasa lagu ni... Nak buang, rasa macam membazir, jadi aku trylah makan sikit setakat yang mampu. Seriously, aku tak recommend jagung ni. Tapi ikutlah, kalau orang lain rasa sedap, taktau la pulak. 


Aku tengok persekitaran sini sangat bersih, sampah or daun-daun tak nampak pun dekat atas jalan. Bagusnya, betul-betul menjaga persekitaran. Dekat sini jugak akan jumpa temple and patung Buddha yang besar tu. Dekat tepi sebelah kiri patung ni, ada tempat untuk tulis wish or something dekat papan kaler itam macam dekat gambar atas. Aku lalu jer sebenarnya, then aku stop and patah balik sebab ada tulisan yang jadi tarikan aku. Ada dalam melayu, hm...tak sure lah dari mana, rasa-rasanya bukan dari M'sia kot. Yang disebelah tu baru betul dari M'sia. Diorang datang 7.3.13, cepat sehari jer dari kitorang. Walaupun aku ada belajar Mandarin, tapi langsung taktau apa yang depa tulis, nampak sangat Mandarin aku lemah kan, huhu...


Perasan kan banyak tempat lagi yang boleh visit dekat sini, ada temple lagi, ada air terjun, and lain-lain. Tapi kitorang tak pergi pun sebab dah tak sempat. Plan nak pusing-pusing kejap jer, pastu nak balik ke guest house untuk ambik bag and terus ke bus station. 

malu-malu kucing pulak adik-adik ni...tak yah malu sangatlah, kita kan sebaya jer, hehe...

puncak Mount Sorak


Tengah dok seronok melayan scenery dekat atas bridge ni, tengok-tengok wife aku dah hilang. Hm...hilang lagi, pastu dari jauh dok melambai-lambai. Cantik view sekitar sini, aku ada try nak ambik gambar air sungai yang macam "dreamy" tu, lepas 5,6 kali setting camera, tak jadi-jadi. Tension dah aku. Kitorang lepak dekat atas bridge ni jer, tak larat nak jalan pergi tempat lain dah. Then, tak lama lepas tu, aku pun decide untuk berangkat pulang.

bye-bye Mount Sorak!


Keluar dari kawasan Mount Sorak, terus pergi tunggu bas dekat bus stop yang mula-mula turun awal tadi. Tunggu bus no. 7 or 7-1 jer. Tak lama lepas tu, bus no 7 pun sampai. Before naik, aku cakap dekat driver bus "Subok Tap", then driver bus pun angguk kepala. Untuk makluman, bus stop dekat guest house aku stay tu dipanggil Subok Tap. Jangan risau, kalau korang stay dekat The House Hostel, Mr. Yoo akan bagi semua information ni. Kalau tak salah aku, dalam bus takda announcement yang cakap berhenti dekat bus stop tertentu. Masing-masing kena tau turun dekat mana, and kena tekan loceng untuk suruh bus berhenti. Disebabkan aku cakap dekat driver bus Subok Tap, sampai dekat bus stop ni, driver berhenti untuk kitorang. Terasa perasaan menusuk kalbu, baik pulak driver bus ni. Tambang macam biasalah, 1,100 Won seorang, kena bayar masa mula-mula naik tadi.

Sampai dekat guest house, selesaikan semua urusan berbangkit and solat, sebabnya toilet dekat guest house ada air, tempat lain pakai tisu jer. Jadi, sangatlah afdal untuk settlekan awal-awal. Then, jumpa Mr. Yoo untuk ucap selamat tinggal. Baru jumpa sehari dah rasa macam kawan lama, sungguh akrab hubungan kami kan, cewah~...see you again Mr. Yoo. Dari guest house nak ke bus terminal, Mr. Yoo ajar jalan short-cut, lagi cepat. Untuk jalan short-cut tu, biarlah Mr. Yoo sendiri yang explain if korang datang ke Sokcho :)

Sokcho Bus Station


Memang betul, short-cut yang Mr. Yoo cakap, sekejap jer dah sampai dekat bus station. Kecik jer station ni compare dengan Seoul, masa sampai ritu aku tak masuk tengok pun sebab sampai dah lewat petang, so taktau suasana macam mana. Kaunter 1 or 2 adalah kaunter untuk beli tiket ke Seoul. Harga sama dengan aku datang ritu, 17,300 Won seorang. Lepas beli tiket, kitorang stay dalam station jer sebab ada heater, luar sejuk. Lagipun dekat luar takda tempat duduk. Dekat pukul 4, kitorang pun bergerak menuju ke platform seperti yang tertulis dekat atas tiket. Sharp pukul 4.04 petang, bus kitorang pun bergerak keluar dari Sokcho menuju ke Seoul. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Sokcho, sebab best sangat stay sini even semalam jer. Bye-bye Sokcho! 

Dalam bas aku tak buat apadah, dari mula sampai lah ke Seoul, buat taik mata jer. Bas berhenti time bila pun tak sedar, giler nyenyak aku tidor. Sampai dekat Dongseoul Bus Terminal, berjalan pulak ke Gangbyeon St., terus ambik train ke Myeongdong St. Dah sampai dekat Myeongdong St., menapak pulak untuk ke Namsan Guest House 3, guest house yang mula-mula kitorang stay. Sampai pun dah malam, ingatkan tak kuar mana dah, nak relax-relax dalam bilik jer. Tetapi, masa check-in, staff guest house ni pulak cakap, malam ni ada konsert dekat area depan Myeongdong Theater. Aku tanya kena bayar ke, staff ni jawab tak, sebab open konsert. Okaylah, relax-relax dulu dekat bilik, sebab konsert start kul10 malam. Lepas dinner, dekat-dekat pukul 10 malam gitu, kitorang pun gerak menuju ke Myeongdong area.

Myeongdong Night Festival


dressing pun simple jer, tapi 3 lapis jugaklah aku pkai.


Memang happening habislah, first time pulak aku attend konsert k-pop, taktaulah artis mana yang buat show. Aku tak rasa Super Junior or Psy akan buat konsert free macam ni, maksud aku artis yang dah ada nama lah, maybe artis-artis yang baru naik ada lah kot.

ramai kan...

Mamat yang ambik gambar tu sangat hebat. Kenapa aku cakap hebat, nanti aku citer di bawah...


Orang tengah dok syok melayan konsert dekat depan, suddenly budak ni buat tarian robotik. Then orang start bagi ruang dekat dia. Pastu mulalah dia tunjuk skill sambil ikut melodi and irama yang berkumandang dari stage. Hebat betul, yang aku tak sangka, 2 orang budak yang pakai topi depan ni pun join jugak pastu, tapi tak buat tarian robot, diorang break-dance shuffle kaki jer, ceh~...nenek aku pun reti...


Tang buat moon walk tu macam tak berapa jadi sangat. Tak per, berlatih lagi kalau nak tiru Micheal Jackson. Lepas budak ni menari, baru mamat yang ambik gambar tadi tunjuk skill dia. Perhh...giler hebat, skill ni aku tak rasa nenek aku boleh buat.

ko mampu? hehe...

Menari sebelah tangan tu, giler kuat tangan dia, boleh tanggung berat seluruh badan. Yang buat aku tertarik, diorang bukan kenalan or orang bayar ker, tengok macam masyarakat biasa, tapi masing-masing ada skill tersendiri. Semua disebabkan mamat yang mula-mula buat robotdance tu. Ni baru orang biasa, patutlah artis-artis Korea hebat-hebat tarian diorang. 

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kitorang pun gerak balik ke guest house. Satu hari penuh dengan aktiviti, pagi-pagi tengok sunrise dekat Sokcho Beach, pastu naik Mount Sorak, kemudian naik bas balik ke Seoul, then layan pulak konsert dekat Myeongdong. Sampai dekat bilik, ambik masa kejap untuk tengok balik itinerary untuk esoknya, pastu baru tidor dengan aman damai. So, tamat sudah untuk aktiviti hari keempat. Hari kelima aku pergi mana pulak? Nanti aku citer dalam next entry yer...

Roger & out.