Tuesday, 23 April 2013

Fly to Seoul (Day 4) - Mount Sorak (Last Part) & Myeongdong Night Festival

Turun jer dari puncak Mount Sorak, kitorang luangkan sikit masa untuk melawat sekitar kawasan sini. Dari entrance, selepas jumpa dengan arca Bear yang merangkap ikon  Mount Sorak tu, jalan terus akan jumpa Cable Car Station sebelah kiri, pastu kalau terus lagi akan nampak banyak restoran-restoran dekat sebelah kanan. Aku ada baca, banyak blogger lain yang singgah makan dekat restoran sekitar sini, tapi tak surelah yang mana satu sebab aku tak ambik details. Niat aku nak tengok-tengok jer, tak plan nak makan pun. Lagipun kenyang lagi berkelah dekat puncak Mount Sorak tadi. Tapi, kalau jalan kosong tak mende nak mengunyah pun tak best jugak. Aku ada bawak snickers, tapi langsung tak boleh makan sebab dah keras macam batu. So, aku pun suruhlah wife aku pergi usha dekat kedai-kedai tu tengok ada mende ker yang boleh dibeli, yang ringan-ringan jer. Then, wife aku pun belilah jagung seketoi. Tengok macam sedap, tapi tak dapat makan lagi, panas sangat. Sambil-sambil tu kitorang berjalan cuci mata dulu.

not recommended!

Nampak macam sedap kan jagung ni? Inilah yang dikatakan indah khabar dari rupa. Sekali makan, aku tak boleh buat keputusan lagi, dua kali makan rasa macam nak terkeluar balik pun ada. Rasa macam mana tah, nak kata rasa happy tak jugak, tapi yang pasti tak sedap lah. Disebabkan aku yang rasmi dulu, wife aku tanya, sedap ker? Aku pun toleh tengok dia, hehehe...sedap sangat, rasalah! Ahaha...wife aku pun sama, tak boleh terima jugak. Aku tanya wife aku, jagung tadi ambik perisa apa? Wife aku jawab balik, mana ada perisa, jagung rebus je pun. Tapi tula, awat rasa lagu ni... Nak buang, rasa macam membazir, jadi aku trylah makan sikit setakat yang mampu. Seriously, aku tak recommend jagung ni. Tapi ikutlah, kalau orang lain rasa sedap, taktau la pulak. 


Aku tengok persekitaran sini sangat bersih, sampah or daun-daun tak nampak pun dekat atas jalan. Bagusnya, betul-betul menjaga persekitaran. Dekat sini jugak akan jumpa temple and patung Buddha yang besar tu. Dekat tepi sebelah kiri patung ni, ada tempat untuk tulis wish or something dekat papan kaler itam macam dekat gambar atas. Aku lalu jer sebenarnya, then aku stop and patah balik sebab ada tulisan yang jadi tarikan aku. Ada dalam melayu, hm...tak sure lah dari mana, rasa-rasanya bukan dari M'sia kot. Yang disebelah tu baru betul dari M'sia. Diorang datang 7.3.13, cepat sehari jer dari kitorang. Walaupun aku ada belajar Mandarin, tapi langsung taktau apa yang depa tulis, nampak sangat Mandarin aku lemah kan, huhu...


Perasan kan banyak tempat lagi yang boleh visit dekat sini, ada temple lagi, ada air terjun, and lain-lain. Tapi kitorang tak pergi pun sebab dah tak sempat. Plan nak pusing-pusing kejap jer, pastu nak balik ke guest house untuk ambik bag and terus ke bus station. 

malu-malu kucing pulak adik-adik ni...tak yah malu sangatlah, kita kan sebaya jer, hehe...

puncak Mount Sorak


Tengah dok seronok melayan scenery dekat atas bridge ni, tengok-tengok wife aku dah hilang. Hm...hilang lagi, pastu dari jauh dok melambai-lambai. Cantik view sekitar sini, aku ada try nak ambik gambar air sungai yang macam "dreamy" tu, lepas 5,6 kali setting camera, tak jadi-jadi. Tension dah aku. Kitorang lepak dekat atas bridge ni jer, tak larat nak jalan pergi tempat lain dah. Then, tak lama lepas tu, aku pun decide untuk berangkat pulang.

bye-bye Mount Sorak!


Keluar dari kawasan Mount Sorak, terus pergi tunggu bas dekat bus stop yang mula-mula turun awal tadi. Tunggu bus no. 7 or 7-1 jer. Tak lama lepas tu, bus no 7 pun sampai. Before naik, aku cakap dekat driver bus "Subok Tap", then driver bus pun angguk kepala. Untuk makluman, bus stop dekat guest house aku stay tu dipanggil Subok Tap. Jangan risau, kalau korang stay dekat The House Hostel, Mr. Yoo akan bagi semua information ni. Kalau tak salah aku, dalam bus takda announcement yang cakap berhenti dekat bus stop tertentu. Masing-masing kena tau turun dekat mana, and kena tekan loceng untuk suruh bus berhenti. Disebabkan aku cakap dekat driver bus Subok Tap, sampai dekat bus stop ni, driver berhenti untuk kitorang. Terasa perasaan menusuk kalbu, baik pulak driver bus ni. Tambang macam biasalah, 1,100 Won seorang, kena bayar masa mula-mula naik tadi.

Sampai dekat guest house, selesaikan semua urusan berbangkit and solat, sebabnya toilet dekat guest house ada air, tempat lain pakai tisu jer. Jadi, sangatlah afdal untuk settlekan awal-awal. Then, jumpa Mr. Yoo untuk ucap selamat tinggal. Baru jumpa sehari dah rasa macam kawan lama, sungguh akrab hubungan kami kan, cewah~...see you again Mr. Yoo. Dari guest house nak ke bus terminal, Mr. Yoo ajar jalan short-cut, lagi cepat. Untuk jalan short-cut tu, biarlah Mr. Yoo sendiri yang explain if korang datang ke Sokcho :)

Sokcho Bus Station


Memang betul, short-cut yang Mr. Yoo cakap, sekejap jer dah sampai dekat bus station. Kecik jer station ni compare dengan Seoul, masa sampai ritu aku tak masuk tengok pun sebab sampai dah lewat petang, so taktau suasana macam mana. Kaunter 1 or 2 adalah kaunter untuk beli tiket ke Seoul. Harga sama dengan aku datang ritu, 17,300 Won seorang. Lepas beli tiket, kitorang stay dalam station jer sebab ada heater, luar sejuk. Lagipun dekat luar takda tempat duduk. Dekat pukul 4, kitorang pun bergerak menuju ke platform seperti yang tertulis dekat atas tiket. Sharp pukul 4.04 petang, bus kitorang pun bergerak keluar dari Sokcho menuju ke Seoul. Sedih pulak rasa nak tinggalkan Sokcho, sebab best sangat stay sini even semalam jer. Bye-bye Sokcho! 

Dalam bas aku tak buat apadah, dari mula sampai lah ke Seoul, buat taik mata jer. Bas berhenti time bila pun tak sedar, giler nyenyak aku tidor. Sampai dekat Dongseoul Bus Terminal, berjalan pulak ke Gangbyeon St., terus ambik train ke Myeongdong St. Dah sampai dekat Myeongdong St., menapak pulak untuk ke Namsan Guest House 3, guest house yang mula-mula kitorang stay. Sampai pun dah malam, ingatkan tak kuar mana dah, nak relax-relax dalam bilik jer. Tetapi, masa check-in, staff guest house ni pulak cakap, malam ni ada konsert dekat area depan Myeongdong Theater. Aku tanya kena bayar ke, staff ni jawab tak, sebab open konsert. Okaylah, relax-relax dulu dekat bilik, sebab konsert start kul10 malam. Lepas dinner, dekat-dekat pukul 10 malam gitu, kitorang pun gerak menuju ke Myeongdong area.

Myeongdong Night Festival


dressing pun simple jer, tapi 3 lapis jugaklah aku pkai.


Memang happening habislah, first time pulak aku attend konsert k-pop, taktaulah artis mana yang buat show. Aku tak rasa Super Junior or Psy akan buat konsert free macam ni, maksud aku artis yang dah ada nama lah, maybe artis-artis yang baru naik ada lah kot.

ramai kan...

Mamat yang ambik gambar tu sangat hebat. Kenapa aku cakap hebat, nanti aku citer di bawah...


Orang tengah dok syok melayan konsert dekat depan, suddenly budak ni buat tarian robotik. Then orang start bagi ruang dekat dia. Pastu mulalah dia tunjuk skill sambil ikut melodi and irama yang berkumandang dari stage. Hebat betul, yang aku tak sangka, 2 orang budak yang pakai topi depan ni pun join jugak pastu, tapi tak buat tarian robot, diorang break-dance shuffle kaki jer, ceh~...nenek aku pun reti...


Tang buat moon walk tu macam tak berapa jadi sangat. Tak per, berlatih lagi kalau nak tiru Micheal Jackson. Lepas budak ni menari, baru mamat yang ambik gambar tadi tunjuk skill dia. Perhh...giler hebat, skill ni aku tak rasa nenek aku boleh buat.

ko mampu? hehe...

Menari sebelah tangan tu, giler kuat tangan dia, boleh tanggung berat seluruh badan. Yang buat aku tertarik, diorang bukan kenalan or orang bayar ker, tengok macam masyarakat biasa, tapi masing-masing ada skill tersendiri. Semua disebabkan mamat yang mula-mula buat robotdance tu. Ni baru orang biasa, patutlah artis-artis Korea hebat-hebat tarian diorang. 

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kitorang pun gerak balik ke guest house. Satu hari penuh dengan aktiviti, pagi-pagi tengok sunrise dekat Sokcho Beach, pastu naik Mount Sorak, kemudian naik bas balik ke Seoul, then layan pulak konsert dekat Myeongdong. Sampai dekat bilik, ambik masa kejap untuk tengok balik itinerary untuk esoknya, pastu baru tidor dengan aman damai. So, tamat sudah untuk aktiviti hari keempat. Hari kelima aku pergi mana pulak? Nanti aku citer dalam next entry yer...

Roger & out.



34 comments:

  1. Amboihhh.....
    Bukan main lagi sebaya kan...
    Hehehheheheh........
    Tengok tulisan yang lagi 1 tu macam dari Indonesia...
    Orga ada tulis2 ke??? Puji2 Malaysia ke...... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang memang sebaya pun aj,hehe...mana boleh tulis dekat tempat macam ni,non-muslim jer yang buat...yang tulis ni pun rasanya semua non-muslim...

      Delete
  2. Salam Yeop

    Penat nyer berjalan seharian...nasib baik sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kak yong...kalau panas,tepek dekat guest house jer rasanya,hehe..

      Delete
  3. BEst nye dapat hiking di rantau orang..
    btw, gambar snap jagung tu cantek la... terus terliuq... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...jagung tu luaran je nampak sedap,dalaman dia tak boleh terima.sedap lagi jagung dekat tempat kita :)

      Delete
  4. Bersih sungguh... kawasan dia... boleh guling-guling.

    Orga.... aku rasakan jagung tu kalau perisa vanila mungkin sedap... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke shidah...nanti kalau tak sedap aku tuntut ganti rugi dengan hang :)

      Delete
  5. Walaupun kebanyakan pokok masih gondol tapi pemandangan tetap cantik.

    Kalau ke Sokcho balik hari Orga rasa OK tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer mie, tapi agak penat sikit lah...kena pandai bajet masa,sebab perjalanan dari Seoul ke Sokcho ambik masa dalam 3 jam, pastu dari Sokcho Bus Terminal nak ke Mount Sorak, dalam 30 minit lagi...mungkin boleh bertolak awal pagi and balik lewat petang...

      Delete
  6. kalau tak silap tu jagung pulut.
    rupa memang lawo... tapi rasa tawar dan isinya liat macam pulut.
    memang kureng sedap. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke pm? jagung pulut ek...taktau pulak, makan ritu serius tak sedap. alang-alang dah beli, telan jugaklah :(

      Delete
  7. aku rasa aku tau apa rasa jagung tu sbb aku penah beli skali, tak sedap! tatau rasa camne tah, tapi tak sedap la.

    wah best la dpt tgk street dancers, masa kat vietnam (hoi an) ada skali aku tgk street dancers, boleh la, jenis2 b-boy ni...tapi tak brapa nak menjadi, cumanya diorang ni sporting kalo org tgk. aku suka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut kata pm, tu jagung pulut biqque, tu pasal lain macam rasa...

      terer giler diorang menari, masa tu aku semua orang menari sambil angkat tangan, suddenly budak ni wat robot dance.pastu orang start bersorak and bagi space dekat dia, then yang lain-lain pun turut join. setuju tu...sporting jer diorang...

      Delete
  8. mmg bersih sungguh tempat diorg kan. bagus la diorg didik penduduknya mcm tu.
    erkkk..jagung tu nampak cam best je kan, indah khabar dari rupanya. hehehe
    jagung kt cameron super duper sedap!
    kalau sue la kan, x sanggup nak stay kt konsert ramai2 cenggitu. rimas pulak rasanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sue, jagung dekat cameron memang sangat sedap, siap ada yang tak payah rebus, boleh makan mentah-mentah gitu jer. tapi kalau rebus, lagi lah sedap, hehe...

      sekali sekala join konsert k-pop sue, free event pulak, nak harap beli tiket, memang tak ler...

      Delete
  9. Pekata explain juga cemana rasa jagung tu.. tawar hebeq ke, masin ke, payau ke? huhu.

    Meriah gila.. eh chup, apsal tak join je mamat tu dancing sekali? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tawaq hebeq tu dah betul dah dekdaa...pastu ada rasa lain, kalau makan tu rasa macam nak terkeluar balik...

      nak join? tau tarian kuda kepang jer, nanti tak pasal-pasal kena gelak, huhu~...

      Delete
  10. bestnya! dpt tgk ja lah skrg ni..haha

    ReplyDelete
  11. wah nak kena pergi la mount sorak ni wpun jauhhh dr seoul...kena susun itinerary dah ni...hehuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau datang banyak hari, boleh lah kot tambah dalam itinerary DJ, hehe...

      Delete
  12. JM makan jagung di Shenzen pun rupa mcm ni..dan rasa tawar..liat mcm pulut bak kata PM..jagung Msia jgk sedap dan manis...

    Lawak..ada lak perkataan semoga semua hidup berbahagia dan harmoNIS tu..

    Mana gambar retis tu..frust JM tau heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jm pun pernah makan jugak ek, tak sedap kan...sokong tu, jagung dekat sini jugak sedap, hehe...

      artis tak tau yang mana satu jm, ramai sangat atas stage tu...lagipun kitorang tembak dari jauh jer, huhu...

      Delete
  13. Pergh! Full schedule.. Kena pandai arrange itinerary kalau nak berholiday macam ni kan? Kalau tak, rugi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itinerary kena wat betul-betul mieza, pastu kena alert dengan cuaca or keadaan sekeliling. kalau boleh prepare 2,3 itinerary lain, kalau ada perubahan nanti senang, tak bazir masa dok fikir nak buat apa pulak lepas ni...

      Delete
  14. wah...boleh tgk konsert k pop live yea.tak join skali buat show..hehehe
    tempat diorang ni mmg btol2 jaga kan. bersih jea tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. suara tak sedap nik, buat malu jer kalau menyanyi nanti. tapi, kalau dalam bilik air, nyanyi tak hingat, hehe...

      Delete
  15. mesti penat seharian tu brjalan kan orga..tu tido tak hingat ek! tapi xpe...penat tapi puas kan!
    Nape orga x join skali nari nari tu..kata nenek tau nari...mesti cucu pun hebat sama kot! hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal ena, dah naik bas baru rasa penat satu badan. masa berjalan-jalan tu tak rasa pun...nenek je reti, cucu nya tak reti pun, tau tepuk tangan jer, hehe...

      Delete
  16. boleh tak share kan map ringkas kawasan cable car dan kawasan temple Seungsha tu supaya boleh dapat gambaran lebih jelas kawansan sana. or, tempat2 menarik tu within walking distant daripada cable car? I akan kesana bulan Nov 2013. :) thanks ya

    btw: I minat tgk website you. very informative.

    ReplyDelete
  17. Hi,nk tya..cne nk book the house tu...ad emel x?

    ReplyDelete
  18. Salam..

    best giler baca blog pak cik nih!! hhaaha berguna jugaklah news pasal korea yg abg dok citer mmg best ayat sempoi gitu..:) ktorg pu nak g korea jugak tahun nie..'winter time' so mari membeku..hihihi

    ReplyDelete
  19. SALAM...

    HA AH JAGUNG TU MEMANG SAYA ADA RASA... BILA RASA SEKALI TAK NAK RASA LAGI...
    RASA PULUT JANGUNG TU... LEMAK TAWAR

    ReplyDelete