Thursday, 4 April 2013

Fly to Seoul (Day 3) - The House Hostel, Sokcho Lighthouse Observatory & Yeonggeumjeong Pavilion

Panjang pulak tajuk entry aku kalini, ingatkan nak buat tajuk asing-asing, tapi semua cerita pendek-pendek, jadi aku pun gabung jela jadikan satu entry. Seperti yang aku maklum dalam entry lepas, dalam entry kalini aku nak review sikit guest house yang aku stay masa berada dekat Sokcho, iaitu The House Hostel. Map untuk ke guest house boleh refer entry yang lepas (klik untuk details). Method yang aku gunakan untuk booking guest house ni adalah melalui website www.hostels.com, and harga untuk satu malam bagi double room just 35,000 Won. Boleh refer link ini untuk pakej bilik yang lain (http://www.thehouse-hostel.com/sub3.html). Jadi, masa aku booking ritu, aku tak lah expect much pasal guest house ni, harga bilik pun murah, so dalam hati aku, maybe ada iras-iras Namsan Guest House jelah kot, small rooms, 2 tilam nipis, bilik air pun sama, that's all. Tetapi aku tersilap, sekali masuk bilik, woohaii~...macam bilik pengantin rasa, cewah...

The House Hostel


 Gambar macam blur sikit, maklumlah waktu malam.

First impression masa masuk ke guest house ni, rasa macam, ini guest house ke muzium? Banyak sangat teddy bear and mainan yang dijadikan hiasan, nampak macam British style gitu, cute! Lepas bayar 35,000 Won untuk check-in, Mr. Yoo pun bagi kunci bilik and sekali dengan Map bandar Sokcho. Mr. Yoo tanya aku, apa aktiviti aku nak buat dekat sini? So aku pun explain pong pang pong pang itinerary aku. Kemudian, Mr. Yoo cakap, dekat Sokcho, bukan Mount Seorak jer yang ada sebagai destinasi tarikan, tapi banyak tempat lain lagi. Dengar Mr. Yoo explain and sambil tengok map, aku rasa menyesal sangat sebab sampai sini lewat petang. Kalau aku tau, nak jer datang awal pagi, and visit tempat-tempat yang ada dekat sini.

klik untuk enlarge

Kalau tengok dalam map, kedudukan guest house ni dekat Sokcho City Hall. And yang paling aku tak puas hati, kebanyakan tempat-tempat menarik dekat sini boleh sampai dengan naik beskal jer. So, aku pun buat penambahan sikit dekat itinerary aku untuk malam ni and esok pagi, pastu tanya pendapat Mr. Yoo, mana yang sempat visit, kitorang pergilah. Selesai semua urusan check-in, kitorang pun dibawa ke bilik.

tadaaa...inilah bilik kitorang, terkejut aku masa masuk bilik, sangat besar okay, siap ada mesin air panas-sejuk lagi dalam bilik, senanglah nak bancuh milo bagai.

Bilik air pun besar, ada bathtub u'olls...


Aku ambik gambar ni dekat depan pintu bilik, ada ruang untuk letak kasut. Sebelah kiri adalah pintu bilik air and pintu hijau tu adalah bilik tidor. So far, inilah bilik kitorang, sangat-sangat puas hati. Kalau dekat M'sia, aku pentingkan aircond, dekat sini aku pentingkan heater. Heater tak function dalam bilik, bangun pagi esok mau jadi ais ketoi ni. Lagi satu yang aku tertarik dekat dalam bilik, design suis-suis yang ada, sangat comel...

suis lampu bilik air

suis lampu bilik and ruang tempat letak kasut...

Comel kan? hehe...bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Disebabkan aku yang kena tanggung bag untuk dua orang punya stock, maka terpaksalah aku ambil masa lama sikit untuk berehat-rehat atas katil yang empuk berlapikkan heater. waduh~...nikmat betul rasa, tambah-tambah masa mengeliat tu, dengar pulak bunyi tulang kruk-krak, perhh...hilang stress. Selesai mandi and solat, lebih kurang kul8 lebih, kitorang pun turun ke kitchen untuk makan malam. Masak sendiri sajo...jom tengok kitchen pulak :)


Lagi sekali aku, woww...aku dekat Korea ke Wisteria Lane ni? Cantiknya, harap one day, aku pun nak buat kitchen macam ni jugak dekat rumah. Bayangkan, kitorang nak guna perkakas dapur pun confius, yang ni boleh guna ke or hiasan dekat dapur? Dengan pinggan mangkuk nya yang warna warni, terpaksa tanya Mr. Yoo dulu untuk dapatkan advise. Sekali Mr. Yoo cakap, apa yang ada dekat dapur tu, semua boleh pakai, tapi lepas guna kena cuci baliklah. Okaylah macam tu. Dinner kitorang malam ni adalah dinner paling digemari oleh sekian rakyat M'sia, apa lagi kalau bukan...maggi, ahaha... Sementara wife aku prepare untuk masak, aku keluar ke Mart GS25 untuk beli telur. Takda telur, mana mari makan maggi kan. Lagipun Mart GS25 sekangkang kera jer dari guest house. 

harga dalam 1,500 Won rasanya, ada 4 ketoi...


Kalau tengok gambar yang first, rating dari Tripadvisor cuma 4.5/5. Now aku tau, apa yang kurangnya 0.5 tu. Jawapan dia adalah wifi dalam bilik, kemut sangat. Kena turun ke kitchen or ruang tamu baru laju sikit. Kalau nak lagi laju, boleh guna available PC yang tersedia ada ni. Kalau tak silap, dekat kitchen saja ada 5 PC yang boleh diguna pakai. Kalau Mr. Yoo upgrade setiap bilik boleh guna wifi, mesti dapat full rating 5/5 dari Tripadvisor. Tengah dok syok main tenet dekat PC ni, wife aku panggil untuk dinner, nyum-nyum!

jom makan...


Selesai makan, kitorang tengok balik map. Seperti yang dirancang, malam ni nak pergi visit Sokcho Lighthouse Observatory and Yeonggeumjeong Pavilion, sebabnya, dua tempat ni antara yang paling dekat dengan guest house. Lebih kurang 10 minit gitu dengan berbasikal. Yang conteng-conteng dekat map tu kerja Mr. Yoo, punyalah gigih dia explain sampai aku betul-betul faham.


Hm~ ada pulak orang tu problem nak naik beskal, sebabnya dah lama sangat tak naik katanya. So, kena practice kejap, bagi feel tu datang balik. Apa susah, naik beskal sama jugak macam naik kereta, cuma kereta 4 tayar, beskal 2 tayar jer, ahaha... Ada banyak beskal dekat dalam bangsal, boleh ambik sesuka hati, tak perlu tulis nama pun, maksudnya, buat macam harta sendiri lah. Lepas wife aku confirm dia dah ready, kitorang pun gerak, weehuuuu...

Sokcho Lighthouse Observatory


 ada laluan untuk penunggang beskal

apa??! berani tuan hamba memotong beta, dengan tongkat beskal tak angkat...nak kena nih!

sekejap jer dah sampai...

Masa sampai dekat pintu masuk lighthouse ni, aku was-was kejap samada nak masuk ke dalam or tak. Kalau nak masuk, kena panjat naik atas bukit sinun, tapi tu bukan masalah utama. Yang jadi masalahnya adalah kawasan dia gelap sangat, tengok dari jauh, laluan anak tangga tu, kalau takda touch light, bahaya jugak. Dari pemerhatian aku, orang yang naik turun tu kebanyakan bawa touch light sendiri. Takpelah, kitorang tengok dari bawah jer, cantik sebab lighthouse ni bertukar-tukar color lampu. Lain kali memang kena sentiasa prepare touch light jugaklah, salah aku jugak, dah tau keluar malam-malam tak bawak. Next, kitorang terus gerak ke Yeonggeumjeong Pavilion, dekat sangat, sebabnya lokasi kedua-dua tempat ni bersebelahan saja.

Yeonggeumjeong Pavilion



Pavilion ni ada dua bahagian, satu dekat bawah di tengah-tengah laut tu, lagi satu dekat atas bukit, bersebelahan dengan lighthouse. And kitorang pergi yang dekat atas bukit, sebab berdekatan dengan lighthouse. Sepatutnya, pavilion ni orang datang waktu pagi untuk tengok sunrise, and kalau ikut Map Sokcho, nama penuh pavilion ni adalah Yeonggeumjeong Sunrise Pavilion. Alang-alang dah sampai kan, singgah jelah waktu bila pun.


Macam pavilion ni ok sikit, sebab laluan and kawasan sekitarnya penuh dengan lampu-lampu. Tak la risau sangat kalau nak naik tangga. Sampai dekat atas, ramai jugak orang and dekat ruang legar pavilion ni pulak ada satu group tengah dok celebrate apatah.


Seriously, sangat cantik and sangat sejuk. Aku dah pakai 3 lapis kot termasuk jacket, tapi still menggigil lagi. Dari sini boleh tengok permandangan sekitar pantai and sebahagian bandar Sokcho. Jambatan warna-warni macam dekat Putrajaya pun ada. Kawasan pantai sini sangat luas, sejauh-jauh mata memandaing boleh tengok, jadi aku pun tanam azam, esok pagi nak bangun awal untuk datang tengok sunrise dekat sini. wajib!!

view Sokcho Lighthouse Observatory dari Yeonggeumjeong Pavilion.

view sekitar pantai and sebahagian bandar Sokcho

Selepas melayan permandangan dan perasaan di sini, tibalah masanya untuk kitorang balik ke guest house sebab macam dah lewat rasa. Dalam perjalanan balik tu, boleh pulak aku ajak wife aku pergi melepak dekat jambatan ala-ala Putrajaya tu, sebab dah tak jauh sangat dari guest house. Dia pun on jer, tapi dengan syarat kena singgah mart dulu beli susu pisang, then, lepas tu baru teruskan perjalanan. On the way nak ke jambatan tu, banyak sangat restoran-restoran seafood yang aku jumpa, mostly dekat depan restoran mesti ada ketam yang besar-besar diletakkan dalam aquarium. Maksud aku, sangat-sangat-sangat besar, rasa-rasa 5,6 kali ganda dengan saiz ketam yang dok jual dekat pasar borong kita ni. 


Ketam-ketam merah ni antara yang paling kecik di sini, tapi still besar lagi compare dengan dekat M'sia. hai~...aku dah terbayang-bayang dah masak lomak cili api bila tengok ketam-ketam ni, kalau boleh taknak makan dengan nasi, nak ratah macam tu jer, hehe...kebanyakan ketam yang besar-besar gedabak tu kaler hitam.


Kitorang lepak dekat sini jer, jalanraya pun dah kosong sebab dah lewat malam. Ini jambatan pertama, and jambatan yang berlampu oren tu adalah jambatan kedua. Bawah jambatan pertama ni adalah Abai Village. Kalau datang waktu siang, bolehlah singgah, tapi malam-malam cam gini dah takda apa sebab kebanyakan dah tutup. 

view jambatan kedua

Annyong haseyo Sokcho!

view lighthouse dari jambatan pulak

Lebih kurang pukul11.15 macam tu, kitorang pun berangkat pulang ke guest house. Kalini betul-betul balik, tak singgah mana-mana dah, penat siang tadi naik bus pun tak hilang lagi, so kenalah balik berehat kan. Puas hati sangat, sebab dapat jugak menikmati permandangan dan suasana dekat Sokcho waktu malam. Maklumlah, esok petang dah nak gerak balik ke Seoul, so malam ni jelah masa yang ada pun kalau nak jalan-jalan.


Sampai guest house, simpan balik beskal and terus masuk bilik. Sebelum tidor saja bukak tibi, ada Spongebob pulak, favorite nih, so layanlah kejap. Ting tong ting tong, kitorang pun dah hanyut dibuai mimpi, yang ada hanyalah Spongebob and Patrick bersama rakan-rakan sampailah ke pagi. So, citer pasal Day 3 iaitu dari Seoul ke Sokcho tamat di sini. Next citer pasal Day 4 pulak :)

Roger and out.


54 comments:

  1. aku suka interior dalam guesthouse tu, cuma bila lama-lama nmpk mcm terlalu semak dgn hiasan dan pokok-pokokkan. hahahah tp kreatif jugakla owner dia.

    tgk bilik dia mcm bilik umah org kampung. siap ade kerusi rotan tuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu aku cakap macam bilik pengantin henry, color old skool sikit, ahaha...tapi ok jer, yang penting bilik dia besar, kalau bergerak tu, takla berlaga bontot :)

      Delete
    2. eh menarik la interior hostel tu! terasa mcm bleh main aci nyorok hahaha! rajin sungguh depa lap, mest tak berhabuk kan?

      haih sedap plak aku tgk ketam tu...gambar ko lawa2 ah! puas nengok!

      Delete
    3. ahaha...gambar waktu malam banyak yang blur la biqque...umah kalau design macam ni kena rajin lap selalu la, kalau tak, mau bersin setiap kali masuk dapur...

      Delete
  2. bestnya makan ketam besar tu!nyumnyum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat dj, tak moh share dengan orang lain, makan sesorang, hehe...

      Delete
    2. pnah makan king crab kat korea dulu...makan kaki je dah kenyang!hehehe sedappp....

      Delete
    3. huh? tak aci lah macam ni kak, kami dapat tengok jer...lain kali kalau pergi, nak kena bawak bajet lebih lah :)

      Delete
  3. Wisteria Lane sangatssss guesthouse nih... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. interior dalam jer azra, luar nyer masih lagi di sokcho, hehe...

      Delete
  4. walaweh guesthouse tu..serabut jer letak mcm2..hahaha. Lawak la bini hang..tongkat pun x tarik naik..memnonong jer kayuh baskal..kahkahkah. Cepat2 skit update..nak tgk view siang pulak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni design style omputih zila, memang kena macam tu...tu lah, suka-suka hati dia jer tak tarik tongkat, nasib bek aku somi misali, hehe...

      Delete
  5. Cantiknya guesthouse tu... Rasa macam Alice in wonderland pulak hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam biqque cakap lah janggel, seronok kalau boleh main sorok-sorok, hehe...

      Delete
  6. Memang nampak sangat meriah suasana The House Hostel ni. Bolehlah nanti saya ikut itinerary Orga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended lah mie kalau datang sokcho and stay sini, dekat dengan bus terminal, bus stop untuk ke mount seorak, and banyak tempat menarik lagi...

      Delete
  7. Wahhhhhhh... cantiknya pavilion tu.....
    Suka la yang lampu2 camtu......
    Waaaaaaaa....... Nak pegi KOREA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. datanglah time sakura aj, lagi cantik view dekat situ, hehe...

      Delete
  8. Eh eh eh....
    Lupa nak puji....
    Wahhhh guesthouse tu cantiklah.......
    Siap ada bear2 besar lagi depan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyambut tetamu katanya, encik ted :)

      Delete
    2. Insyaallah ada rezeki AJ nak kesana lah.....
      Hehehheh..
      Comel beno penyambut tetamu.... =D

      Delete
  9. Memang best lah nampak guesthouse tu. Lokasi dia yg dekat ngan banyak tempat menarik memang bonuslah untuk tourist. Boleh ikut itinerary orga ni in future kalau nak datang sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu akak, lokasi guest house bagus kalau plan nak round-round sekitar sokcho, boleh pergi abai village, sokcho beach and mount seorak jugak...

      Delete
  10. Dapur dia macam serabut sket la,tapi yang CV sukeeee sangat part suiz lampu tu,comel gilerrr kot..rasa macam nak pasang kat rumah lak..
    best naik beskal tu memalam..feeling cite full house..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah, nampak macam serabut, tapi cantik jer CV, dengan pokok-pokoknya, macam dalam garden gitu style dia, hehe...syok pulak malam tu boleh naik beskal round-round tepi pantai, tapi yang tahan, sejuk jelah...

      Delete
  11. ikhlas cakap dh tak tahu nak komen part mana
    sbb semuanya comel2 je

    okey,,part naik beskal tongkat tak angkat tu akak x tahan nak gelak
    hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..thanks akak...tu lah, saya pun terkejut jugak, macam mana boleh tak perasan masa gerak dari guest house tu...

      Delete
  12. kuat pengaruh desprate housewives ko ni..hahah

    yang suis lampu tu comel sangattt...apsal ko tak cabut,bawak balik malaysia....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah aza, citer best, mestilah layan, heheh..

      nak cabut? mau kena saman dengan mr. yoo nanti, hehe...nak try cari lah design suis tu dekat sini :)

      Delete
  13. masak maggie ala-ala dalam taman gitu.... cute jer guest house dia, macam dalam cerita kartun jer nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kalau hang yang ambik gambar shidah, mesti lagi cantik. gambar aku banyak yang blur, tak puas hati bila tengok balik, hm~...

      Delete
  14. selepas 3 thn deco the house hostel sama jugak. Err.. Jumpa x note rm1 tergantung kat pokok orga? Hehe
    Tapi duk situ memang best, murah, selesa dan dekat dgn st bas. Senang nk ke mana2. Kalu ada rezeki ke korwa lg, nk repeat sokcho lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak jumpa pun PM, banyak sangat orang letak note dekat situ, tah-tah mr. yoo dah alihkan yang korang punya, hehe...memang patut korang repeat pun PM, ritu pergi hujan kan. syok woo jalan-jalan sokcho :)

      Delete
  15. Wah..cntiknya hostel ni...esp dapor...berdaun2 bagai... memang plan nak dudok sini nanti... tp lah kan.. agak2 kalau 2 hari 1 malam, blh habis cover ke tmpt2 ni..? nampak mcm bnyk tempat ja kat dalam peta mr yeoh tu... ada p teddy bear house x..? kat sokcho kan..? beza dari teddy bear muzium yg kat seoul tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang tak pergi pun teddy bear house tu farikica, tak sempat. nak diikutkan, kitorang pun macam pergi 2hari/1mlm jugak, tapi tak sempat cover semua. kalau nak cover banyak tempat, 1st day masa sampai tu kena naik bas awal pagi...

      Delete
  16. Woooo! Guest house nih sangatlah ohsem hokay! Terasa macam iols pulak yang tengah makan angin kat sana.. Hikhik! So nice view kat sini waktu malam.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...nice and sejuk mieza, tak tahan, huhu~...

      Delete
  17. wahhh....seronoknya tgk guest house tu. dapur dia pun cantik jea.
    cuma serabut skit bila ada pokok tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan nak support green environment nik, kenalah letak pokok-pokok dekat dapur. baru nampak ceria :)

      Delete
    2. kat toilet ada letak tak? lagi bagus letak kat situ. terus boleh siram.hahaha

      Delete
  18. GuestHousee die over gile... sweet nak mampoih, tapi kitchen die kurang berkenan macam serabut sikit. tapi memang cute... dari first entry sebut susu pisang, mohon PENCERAHAN tentang rasa dia, macam sedap jer. *nak tanye internet korea laju ke?? takde buffer???

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa susu pisang? hehe...mana boleh bagitau, rahsia wan. kalau nak tau, kena rasa sendiri lah, hehe...serius, sangat sedap hokey :)

      kalau nak diikutkan, korea antar negara yang paling laju internet, tapi masa main-main dekat guest house so-so jela.taktaulah kot ada limitation ker...

      Delete
    2. kat korea tu, aku download citer korea yg satu siri size 700mb, berdesup download, tak sampai 5 minit dah abis download ... mmg terbaekkkk....

      Delete
    3. aku tak experience lagi download dekat korea, tapi dekat japan pernah lah.kalau nak diikutkan, korea lagi laju dari japan, tapi tu pun dah puas hati dah...kalaulah m'sia macam tu jugak kan best...

      Delete
  19. Amboi sungguh tak menahan le tengok The House Hotel tu.
    Suka gila interior camgitu. Kalu la buleh buat umah macam tu heheh!

    And... ketam tu sangat le mengerikan hmmm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apsal mengerikan pulak dekda...sedap tu, nanti buat masak lemak, tah-tah dekda yang sapu dulu, hehe...

      Delete
  20. pergggghhhhh!!!! interior design guesthouse tu sgt sgt sgt menarik, gorgeous, superb!!!! kalau la saya dan anak2 ada rumah camtu, confirm x bole tido sbb dah dipenuhi dgn mcm2. tp syiok!!!
    alamak...ur wife x angkat tongkat basikal, tu sah sah lama sungguh x bawak basikal tu. kihkihkih.
    jalan2 di waktu malam bersama dgn org tersyg mmg agak romantik. siyes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sue, saya pun tak perasan masa gerak dari guest house, bila dia potong ke depan baru perasan, hm~...nasib baik reti bawak lagi kan, kalau tak, nak kena mengusung dekat belakang lah jawabnyer...

      Delete
  21. Tk komen panjang2 heeee

    Guesthouse tu murah mmg bebaloi. Kt msia ada x yg mcm tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah jm...separuh reger dari Namsan GH3, tidor pulak atas katil...ok lah, not bad...

      Delete
  22. Sori la parking soalan kat sini, ni pegi bulan berapa ek?

    ReplyDelete
  23. salam, tumpang tnya, macam mane nk book hostel ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aqilah, boleh book thru www.hostels.com

      Delete