Thursday, 11 April 2013

Fly to Seoul (Day 4) - Mount Sorak (Part 1)

Dari tips yang Mr. Yoo bagi, untuk ke Mount Sorak or Seoraksan, kena naik bus bernombor 7 ataupun 7-1. Before ke bus stop untuk tunggu bas, kitorang singgah dulu dekat mart GS25 untuk beli nasi. Sebabnya, kitorang nak berpicnic dekat atas Mount Sorak nanti. Haritu dah berpicnic dekat Nami Island, kalini Mount Sorak pulak, hehe... Lepas panaskan nasi dalam microwave, terus masukkan dalam tupperware, harap-harap, masa nak makan nanti, nasi masih panaslah. Pengalaman dekat Nami Island, masa buka untuk makan, still rasa suam-suam gitu, okay lah kan. Ahjuma yang jaga mart ni macam nak cakap dengan kitorang, aku agak, soalan dia tu mungkin nak tanya kitorang nak pergi mana kot, so aku pun berlagak macam paham, cakap nak pergi Seoraksan. Pastu nampak ahjuma ni angguk-angguk kepala, haa...betullah tu jawapan aku bagi. Then, dari mart GS25, kitorang pun berjalan menuju ke bus stop yang berhampiran. Tunggu pun tak lama, adalah kot dalam 5 minit gitu, bus no. 7-1 pun sampai. Tambang dari bus stop ni ke Mount Sorak adalah 1,100 Won seorang, kena bayar pakai cash yer, tak boleh guna T-Money rasanya. And perjalanan pulak ambik masa dalam 30 minit untuk sampai dekat entrance Mount Sorak.

cockpit driver bus, baguslah kan, kalau perompak or penjenayah nak merompak pun susah, selamat jer dia bawak bas. 

aku tak sure ni tempat apa, tapi ada orang bertopi didalam. macam tempat kawalan lalu lintas maybe...

tak jauh dah...

time table bus

Lebih kurang 30 minit, kitorang pun sampai dekat bus stop Mount Sorak. Gambar atas adalah time table bus dekat Sokcho, refer bus no 7 or 7-1 jer. Penting ni, sebabnya aku nak tengok last bas pukul berapa dari Mount Sorak turun balik ke pekan Sokcho, kalau dibuatnya last bas pukul 4, kitorang pulak terlepas, habislah. Bila tengok last bas pukul 9 malam at least, lega sikit rasa. Aktiviti aku harini Mount Sorak jer, lewat petang nanti dah nak bertolak balik ke Seoul. Keluar dari bas, waduh~...sejuk ya amat, untuk ke entrance Mount Sorak, kitorang follow jer orang lain. 

Mount Sorak / Seoraksan


kawasan parking agak penuh, mungkin sebab hujung minggu agaknya..

Mount Sorak

Kagum kejap aku dekat sini, punyalah tinggi Mount Sorak sampai tak nampak puncak and kejap lagi kitorang pulak akan naik ke puncak sinun, wah~...lagilah tak sabar rasa. Maklumat yang aku terima, Mount Sorak merupakan gunung tercantik di South Korea, boleh google untuk info yang lebih lanjut. Kalau nak diikutkan, Mount Sorak ni ada nama lain sebenarnya, dalam bahasa Elvish, orang panggil Caradhras, hehe...ada-ada je kan...

kaunter beli tiket


Compare dengan maklumat dalam itinerary aku, admission fee dah tak sama untuk masuk ke Mount Sorak. Sebelum ni, fee adalah 2,500 Won, tapi masa time kitorang, admission fee adalah 3,500 Won. Dah naik 1,000 Won, hm~...lari pulak bajet, 1,000 pun aku berkira tau, 2 orang dah 2,000 Won, boleh beli 2 botol susu pisang okay. Dengan muka tak puas hati, aku pun bayar lah tiket and pastu terus masuk ke dalam.

entrance to Mount Sorak

tak sure ada event apa, tapi kitorang disambut oleh geng-geng renjer disamping tisu sebagai free gift.

icon Mount Sorak, wajib ambik gambar dekat sini. bukan apa, nak tunjuk dekat kak Piah yang anak dia dah sampai Mount Sorak :)

auwww...auwww! lain macam je bunyi....tak reti lah nak buat bunyi beruang...


Lepas masuk ke dalam kawasan legar Mount Sorak, aku ada perasan cable car dok turun naik. Kawasan legar ni pun besar sebenarnya, ambik masa jugak untuk berjalan dari pintu masuk and round-round kawasan sekitar. Ada 2 cara untuk sampai ke puncak, pertamanya hiking and keduanya dengan naik cable car. Lepas difikirkan, cara kedua lebih afdal rasanya, then, kitorang pun berjalan menuju ke tempat untuk naik cable car.

harga tiket Cable Car

Masuk jer dekat dalam bangunan ni, kena naik ke tingkat 1 untuk beli tiket yang berharga 9,000 Won seorang. Lagi mahal dari entrance fee. Kebetulan masa aku sampai, takda orang yang beratur, memang bernasib baiklah. Lepas beli tiket di sini, naik ke tingkat 2 untuk boarding area. Dekat tingkat 1 or tingkat 2, ada disediakan locker jikalau ada yang berniat untuk menyimpan barang. Bayaran dalam 500 Won. Aku tak guna pun sebab takda barang yang nak disimpan, so no idea samada besar or kecik locker yang disediakan ni. 

locker

boarding area


Masa aku beli tiket tadi, staff yang jual tu ada pesan suruh aku keep tiket yang dibeli ni sampai turun balik. Pengalaman aku, masa nak masuk cable car dari bawah ke puncak, ada orang akan check tiket, and dari puncak ke bawah pun ada orang akan check jugak. Maybe untuk bezakan orang yang dah beli tiket dengan geng-geng hiking kot. Kalau hilang, berkemungkinan kena beli semula dekat atas nanti. hm~ berkira jugak yer orang Korea ni...

cable car dah start bergerak ke puncak

view kawasan legar or entrance dari cable car

langsung tak nampak apa-apa dekat depan...dah nak sampai awan agaknya :)

berkabus tapi cantik...

station cable car di puncak Mount Sorak

Perjalanan dari station cable car dibawah ke puncak ambik masa dalam 15 minit rasanya. View bila dah masuk ke kawasan kabus ni agak berbeza dengan view dibawah, memutih jer. Aku dengan wife aku siap berkira lagi masa nak masuk kawasan awan tadi, orang lain pandang kitorang semacam jer. Lantaklah, bukan hari-hari aku nak datang sini. Bila dah sampai, orang agak ramai dekat station ni. Nak berjalan keluar pun payah sebab ruang dekat station ni macam kecik sikit compare dengan station cable car dekat bawah. Ada jugak terjumpa dengan geng melayu lain, so dengan machonya aku pun tanyalah diorang dari mana, rupa2nya geng2 makcik2 dari indonesia, haha, mati-matian ingat dari M'sia. Keluar dari station, first thing yang aku buat, tarik nafas dalam-dalam, lepas~...tarik lagi, lepas~... sejuk and nyaman rasa even view agak terhad sebab dihalang oleh kabus.Wokey lah, sampai sini jer dulu. Apa yang kitorang buat dekat atas, nanti aku story mory dalam next entry.

Roger & out.



64 comments:

  1. Replies
    1. sejuk sangat SM, bila nak berjalan macam nak breakdance rasa...

      Delete
    2. uih mmg tak nampak apa ek? berkabus jer? mmg sejuk gigil2 la jawabnyer...ko bersorak tak? hahaha!

      Delete
    3. menggigil la biqque kalau keadaan dah macam tu...nak bersorak tak cukup geng, kalau pergi ramai-ramai, aku rasa dah riuh rendah dah dalam cable car tu...

      Delete
  2. Amboih kemain berlagak nak tunjuk gambar kat makcik "kak piah" anak dia ni....
    Hehehehheheh.....
    Bunyi bear macam tu ke??? fikir jap..... errrrr.....
    Tingginya cable car...
    Kalau gayat mau tak celik mata dah masa naik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok...aj pun taktau bunyi beruang macam mana...hehe, kak piah suruh update selalu dengan dia, kalau tak dia risau, so kenalah ikut cakap ibu kan :)

      aj gayat ek, takper...bila dah masuk kawasan awan tu dah tak nampak bawah, bolehlah bersuka ria, hehe...

      Delete
    2. Hahhahah..
      Mana nak tau, AJ bela kucing je..
      Tak bela beruang..... Hehhehehehe...
      Betul3.. kene dengar cakap mak... =D

      Alhamdulillah Orga, buat masa ni AJ tak gayat pun.... =D
      Anyway thanks ye.... AJ suka sangat....
      Comel...

      http://ayuejean.blogspot.com/2013/04/terima-kasih-blogger-orga-dan-cik-yaya.html

      Delete
    3. tak kan cik ted takda kat umah aj, mesti kadang-kadang ada dengar dia bunyi jugak, hehe...

      wah~...dah sampai ek, sori lambat sikit, terpaksa tunggu blogger-blogger lain reply jugak, boleh sekali harung jer anta...

      Delete
  3. Replies
    1. adalah sikit zila, dari entrance straight jer ke station cable car. pastu dekat atas nanti yang banyak berjalan. tak nak berjalan pun takpe, stay je dekat station...

      Delete
  4. tgk pic pun dah rasa seronok hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kA, ahaha...kalau merasa sendiri, lagi seronok kA...

      Delete
  5. Rugila tak nampak pemandangan dari atas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tengok kawasan bawah sampai entrance tu memang tak nampak langsung mie, kabus tebal sangat...kalau musim lain maybe nampak kot...

      Delete
  6. tgk gambar mcm tinggi giler..sampai tak nampak tali
    gayat la pulak..tak nampak tali sebab kabus tebal kot

    kim salam kat kak piah ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berdiri dekat tengah-tengah cable car tu, tak nampak bawah maybe tak gayat akak...ala, sekali sekala gayat pun apa salahnya, bukan selalu nak datang sini, hehe...

      Delete
    2. Orga..
      dah sampai pun keychain tu
      tq banyak2 ye ;)

      Delete
  7. Mount Sorak plak! Phew! Best gile!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! kalau dah datang sokcho, wajib ke mount sorak zara...

      Delete
  8. cuaca ko pegi ni sebijik mcm aku pegi dulu. berkabus dan hujan renyai2 dulu. huhuh frust gakla sbb dtg dari jauh kan. tak naik kabel car tu sbb time tu ramai giler orang time tuh! nk kene beratur lagi..

    maybe ade peluang nak ripit lagi nih! muahahah kalo ade rejeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan lah henry, time kitorang datang tak hujan, cuma berkabus tebal jela. nak naik cable pun relax jer orang tak ramai, hehe...

      Delete
  9. sedangkan naik cable car kt genting pun sue dah gayat, apatah lg yg ni.
    tp bila tgk pemandangan, subhanallah...cantik gilos!
    terus hilang gayat...
    eh jap jap..camne bunyi bear ye. lupa sudah..
    bambam sorang tu pandai la buat bunyi2 binatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi beruang bambam? biar betul sue, lain macam jer, pitching dah lari dah tu, hehe...

      kalau dah seronok, dah tak rasa gayat dah, masa nak naik tu maybe lah ada rasa sikit kot...

      Delete
  10. mesti sgt sejukkan. berkabus jea tgk nyer.
    dalam cable car tu brapa org blh masuk. mcm besar jea cable car nyer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar jugak cable car ni nik, roughly dalam 20+ kot...berhimpit jugaklah, tapi tak lama, sekejap jer dah sampai atas. cuma yang dok berdiri dekat tengah-tengah tu tak boleh tengok view dekat bawah, hehe...rugi sikit...

      Delete
    2. uishh..sampai 20 org. ramai tu. mmg tak best sgt kalau berhimpit2 kan. tapi tak lama kira ok la.

      Delete
    3. agak sesak jugaklah nik...depa buat konsep selagi boleh sumbat, dipersilakan masuk, hehe...

      Delete
  11. HI SALAM PERKENALAN..BARU JUMPA BLOG NI..HIHI.
    NICE N BYK INFO..BANNER TU CANTIK BANGAET ..TULISAN SKAMPUNG TU..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai ciku, salam perkenalan jugak...hah, cantik ke banner tu, baru niat nak tukar yang baru, tak jadilah camni, hehe...

      Delete
  12. Cantiknya mount seorak ni..! Best giler ah dapat gi sana.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah cantik mieza, untuk rekod, gunung tercantik di south korea ni, hehe...

      Delete
  13. Salam Yeop

    Wow...panjat gunung dengan cable car....best oooo....tak perlu tertonggek2 memanjat ngan lutut ketat yang dah kehabisan greeser...hehe....

    terbayang gunung kinabalu ada cable car...Yong adalah orang pertama yang akan merasmikannyer....hiiihaaaaaaaaaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah, kalau kinabalu pun ada cable car, saya pun join kak yong jugak, hehe...kalau nak panjat, mau setahun dua dulu kena build stamina balik. naik broga pun dah setengah mati, ni nak panjat gunung...

      Delete
  14. walaupun aku tak nak gi lagi
    aku terhibur sungguh dengan pengalaman crita ang ni ORGA
    rasa macam aku cakap selalu macam nak gi sekarank jugaknya
    Tq for sharing de story ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain orang, lain pengalaman dila, hehe...tunggu hang pi pulak dila, dengar citer hang mesti lagi menarik...

      Delete
  15. masa kami nak panjat mount sorak, hujan. tak dapat tengok view yang lawa camtu *nanges

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dengan henry senasib la ni pm, pergi time hujan, hehe...takpa, tahun depan nak merepeat kan, mesti lagi cantik :)

      Delete
  16. Pesal jm ni asyik org yg paling lsmbat komen ni tp x kira nk komen jgk heee
    Pesal mount sorat tu d sambut ngan statute bear ek musykil gak. Amboi kak kiah, muda laik anok dh besor ye heee
    Tak best kan klau naik mount sorak time winter :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jm tengok kungfu panda, dekat sini lah po and the furious five dok berlatih satu ketika dulu. bagi memperingati perjuangan po, so kementerian pelancongan dan kepenggunaan south korea pun buat lah statue bear ni...gurau jer jm, hehe...terus terang, memang no idea jugak pasal statue bear ni, huhu~...

      kalau tengah winter maybe lah kot jm, macam kitorang datang dah penghujung, so tak best adalah dalam 20% sebab kabus, lagi 80% best jer, hehe...

      Delete
  17. salam bro ORga skampung, cenderahati korea wak dh terima yee.. timekaseh byk2.. ehhHHEe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak aci..Wak dpt...JM nyer maner..ada ke...hihihih

      Delete
    2. wak pun sama, udah sampe jugak...

      jm nak jugak? bukan dah bagi ker...sila check mail box sekarang!!

      Delete
  18. Orga...
    Mana aci naik gunung dengan gondola.... ingatkan daki ... macam naik Kinabalu.... kalau gitu aku pun nak naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak macam hang shidah, relax jer panjat kinabalu kan...dah tua-tua macam ni, terpaksa guna teknologi yang ada, ahaha...

      Delete
  19. Haruslah naik 1000W, sbab die bagi tisu mase mule2 tadi.. hahaha, wow cable car die tak boleh tinggi lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut lah~...silap pergi terima tisu, kalau tau, awal-awal lagi tolak wan...

      dah paling tinggi la cable car tu, sampai di awan nano dah...

      Delete
  20. wahh tmpat2 dia menariknya..xterkata tgk mampu berangan ja..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan dulu hery, pastu biarkan jadi kenyataan. macam kitorang jugak, dulu berangan jer, huhu~...

      Delete
  21. Cantiknya view kat mt. seorak tu. Walaupun berkabus tapi cantikkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jer akak...tengok dekat google, kalau tak berkabus lagi cantik, seluas mata memandang boleh nampak...

      Delete
  22. Hmmm rasanya mount sorak ni best kalo ada bunga2an berwarna warni atau dedaunan kemerahan kan....
    Ooooo camtu rupanya mt. Sorak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa pertengah winter pun cantik jugak janggel, putih jer semua...dah hujung-hujung winter ni kureng sikit lah view dia...

      Delete
  23. Tgk kan cuaca mcm ni, teringat masa pi jepun dulu, semua pokok togel2.. Aku nk trjah mt sorak time autumn/spring nanti kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti gambar ko cun melecun kan na, hehe...time sakura dengan bunga tukat color, memang cantik. aku pun sebab AA offer sampai bulan 3 jer, kalau tak, mau jugak nak tengok sakura...

      Delete
    2. weh bapa jam dari Seoul ke Sorak ni? aku dah beli tiket ke kuria bln 10 nih..katanya nk autumn in my heart ngeh ngeh ngeh...

      Delete
    3. dari seoul ke mount sorak dalam 3 jam jugaklah perjalanan na...sonok lah ko nanti, boleh tembak daun warna warni, hehe...

      Delete
  24. Verapa ketinggian gunung ni? Menarik.

    mati2 aku ingat hiking semata2 sampai kata tak sabar nak ke puncak. Rupa2nya ada cable car

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi dalam 2 km TP, lebih kurang 6 ribu kaki...kalau hiking sampai ke puncak, tak balik m'sia lah kitorang, huhu...penat punya pasal, hehe...

      Delete
  25. Part 2 pleaseeeeeee.... Hehe! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tunggu sat mieza, tengah dok nak buat la ni :)

      Delete
    2. pergh! terbaek! hda memang suka korea. omoooo ~

      Delete
  26. salam, nak tanya , klu pergi mt sorak date around 20.3 .. agak2 time tu sejuk lagi tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau info dari blogger lain, diorang pergi hujung march pun salji still turun lagi, nampak macam masih sejuk lah. tapi safuaria, kalau nak lagi best, better pergi bulan feb or awal march, baru dapat tengok lantai memutih jer penuh dengan salji, view lagi cantik :)

      Delete