Friday, 31 May 2013

Fly to Seoul (Day 6 & Day 7) - The End

Salam Jumaat untuk semua...

Selepas selesai mengenyangkan perut dekat Yoogane Restaurant, kitorang keluar and pusing-pusing area Myeondong buat kali yang terakhir. Masa tengah berjalan-jalan tu, tetiba nampak pulak orang jual sotong bakar. Pernah aku baca before ni, ramai blogger yang suggest untuk try sotong bakar kalau datang ke sini, so kitorang pun apa lagi, terus berkejaran la ke gerai tu. Sekali tengok harga, 1 cup dalam 5,000 Won. Hm...stop kejap dekat situ, ingatkan dalam seribu or dua ribu Won jer, baru ingat nak tapau banyak-banyak. Dari pemerhatian aku, banyak jugak pilihan yang ada, cuma aku tak pasti yang mana yang sedap. So, kitorang pun bertenggek la area tepi gerai sotong bakar ni, usha-usha orang lain beli dulu. Kalau ramai yang beli type tu jer, so confirm sotong bakar jenis tu mesti sedap kan hihi.


Disebabkan ramai sangat pilihan sotong bakar, nak kata tengok orang lain pun, tak tentu jugak, sebab rata-rata yang beli bukan orang tempatan. Tapi serius, semua nampak sedap dan enak dimakan. Kemudian, aku pun pilih and ambik jenis nipis-nipis ni. Lepas bayar 5,000 Won, ahjussi pun bakarlah sotong yang dah aku pilih tu. Tengok asap yang berterbangan dek bakar sotong kitorang, wah...dalam hati aku, mesti sedap tahap gaban ni.

sotong yang kitorang pilih...

Tak lama sangat pun ahjussi ni bakar, tak sampai 5 minit pun. Pastu dia masukkan balik dalam cup and pass ke kitorang. Aku ambik seketoi and terus masukkan dalam mulut. gulp! mak aii...rasa dah okay dah, yang tak tahan, liat nak mampus! Abis lenguh rahang aku dok mengunyah sotong ni, tak boleh-boleh telan lagi. Wife aku cakap, teknik pemakanan aku salah, patutnya orang makan sikit-sikit. Aku pun cakap, cer tunjuk teknik yang makan sikit-sikit tu, sekali bila wife aku gigit, nak tarik tak putus-putus, macam gigit plastic, aku gelak jelah. Adakah kitorang pilih sotong yang salah? Alang-alang dah beli, aku sesorang jer yang makan, wife aku surrender, macam nak tercabut gigi katanya... Lebih kurang pukul 6 petang gitu, aku decide untuk balik ke guest house and ambik bag. Sebab malam nanti kitorang akan tidur dekat guest house di Incheon. 

Dari Myeongdong, kitorang bergerak ke Incheon menggunakan train. Tambang lebih murah berbanding naik bas, lagipun baki dalam T-Money cukup untuk perjalanan dengan train, tapi kalau dengan bas, kitorang kena pakai cash or topup T-Money. Lepas berbincang dengan wife aku, why not try naik train pulak kan, rasa pengalaman yang lain pulak. Then, dari guest house, kitorang pun menapak ke Myeongdong St. Lepas tengok subway map untuk ke Incehon Int'l Airport, cuma sekali jer transit iaitu dekat Seoul Station. 

Myeongdong St. - Seoul St. - Incheon Int'l Airport.

Tetapi, perjalanan kitorang ke Incheon Int'l Airport tak semudah yang disangka. Masalah tu terjadi masa di Seoul St., untuk pertukaran ke line yang menuju ke Incheon Int'l Airport, tapi kitorang wrongly masuk ke line yang menuju ke Incheon sahaja. Ada beza tau, Incheon Int'l Airport and Incheon sahaja, dua lokasi yang berbeza ni. Sila tengok map bawah:


Bila train start berjalan, aku tengok next station adalah Namyeong St., so aku agak kitorang dah dalam train yang betul iaitu menuju ke Incheon. Padahal bukan Incheon Int'l Airport. So, masa dalam train tu, aku perhatikan sekeliling, time ni pulak orang balik keje, memang macam tin sardin keadaan dalam train tu, tapi yang aku hairan, kenapa kitorang jer yang bawak bag besar. Then, aku bukak balik map subway, rasa macam tak wat salah dah, kebetulan masa tu, map yang aku pegang memang aku lipat-lipat, supaya senang letak dalam poket seluar. Bila aku buka besar-besar map ni, baru rasa macam semua darah naik ke muka, even keadaan sejuk, aku dah start berpeluh dah, kitorang naik train yang salah rupanya. Kalau tengok map dekat atas, kitorang menuju ke Incheon St. yang aku dah tanda dengan anak panah merah tu, tetapi destinasi kitorang yang sebenar adalah yang ditunjuk dengan anak panah hitam. Ya ampun...patutlah rasa macam orang asyik dok pandang-pandang jeling-jeling...

Nasib baik jugaklah aku detect awal-awal, so sempat lagi untuk tukar train dekat Bupyeong St. nanti. Rasa macam citer suspen pun ada time ni, hari last pun boleh tersesat lagi. Sampai dekat Bupyeong St., kitorang pun keluar and tukar ke line yang betul iaitu ke Incheon Int'l Airport. Sepatutnya ada dalam 13 station je yang kena tempuh untuk sampai ke Incheon Int'l Airport and perjalanan pun lebih kurang 50 minit jer, tapi perjalanan kitorang terpaksa tempuh hampir 35 station and ambik masa almost sejam setengah plus terpaksa berdiri sepanjang dalam train sebab padat dengan orang, drama sangat. Sampai dekat Incheon Int'l Airport, sepatutnya aku boleh call guest house aku stay untuk datang pick up. Malas fikir and penat punya pasal, aku pilih untuk naik teksi jer.


Dekat kaunter ni, aku tunjuk alamat and nama guest house yang aku akan pergi dalam Korean, sebab bila aku cakap, diorang tak dapat tangkap nama guest house yang aku sebut. Tak lama kemudian, kitorang disuruh masuk dekat dalam sebuah teksi, jenis Sonata u'olls. Masuk je dalam, ternampak kecanggihan disitu, sekali lagi aku tunjuk nama guest house aku stay dekat driver teksi, then dia pun key-in dekat dalam gps, aku risau dah takut tak jumpa. Tak sangka ada guest house aku nak pergi dalam gps diorang, lega rasa. Dari Incheon Int'l Airport ke guest house aku stay ni dalam 5 minit jer perjalanan dengan teksi, and tambang yang dikenakan cuma 3,000 Won. Untuk Makluman, guest house aku stay adalah World of Guesthouse.

World of Guesthouse, Incheon Int'l Airport.


Dari review yang baca dekat Tripadvisor, World of Guesthouse antara yang direcommened kalau nak stay untuk jangkamasa pendek or sebagai persinggahan di Incheon Int'l Airport. Ada 3 sebab bagi menyokong hujah-hujah yang aku cakap ni, pertamanya dekat sangat dengan airport, keduanya guest house ni agak murah, aku booking guna Agoda.com, dapat RM130 untuk semalam, and ketiganya, bilik pun ok, dan jugak ada penghataran dari guest house ke Airport, free.


Untuk makluman, World of Guesthouse dekat dalam bangunan ni. Kena naik ke Tingkat 11, and turn ke sebelah kiri, jalan terus sampai jumpa bilik bernombor 1105 yang merangkap office diorang.


Selepas aku tunjuk voucher yang dah aku booking by Agoda.com, kitorang dibawa turun ke 1st Floor and diberikan kunci bilik. Macam biasa, staff diorang akan explain dulu apa yang ada dalam bilik and macam mana nak guna alat-alat yang ada, then lepas tu, dia pun tanya, flight kitorang esok pukul berapa. Kemudian aku jawab, pukul 9.30 pagi, so staff ni cakap, dia akan datang jemput dalam pukul7 pagi dekat depan bilik untuk dihantar ke airport. Oklah, walaupun nampak macam awal sangat, tapi dah orang nak hantarkan, aku ok jer. So, inilah view dalam bilik kitorang...


Pendapat aku, ok lah jugak guest house ni, besar pun besar, ada kitchen lagi, harga pun tak mahal sangat. Kalau masuk sorang dua lagi pun okay, still ada sofa untuk tidor. Bilik mandi pun not bad, ada mesin basuh dekat dalam. Selesai berehat and membersihkan diri, even petang tadi kenyang makan Yoogane, malamnya dah start lapar balik. Mungkin sebab sesat masa on the way datang sini kot, so aku pun kuar ke 7-E yang terletak dekat luar bangunan ni. Takde mende lain dah yang aku beli, susu pisang and nasi, balik makan dengan kari ayam. Lepas makan terus tidor sampai lah pagi esoknya...

Day 7

 
Tepat jam pukul 7 pagi, aku dengar ada orang ketuk pintu bilik. Sharp sungguh mamat ni, lepas check and pastikan takda barang yang tertinggal dalam bilik, then kitorang dibawa ke kereta untuk dihantar ke airport. Sampai di airport, kitorang pergi ke kaunter AA and check in, nasib baik dah buka. Bukan apa, malas aku nak usung bag sana sini. Lepas check in, kitorang pusing-pusing tengok suasana dekat airport. Ramai aku tengok yang tidor dekat airport, pada mulanya, before aku booking World of Guesthouse, ingatkan nak tidor dekat airport jugak. Tapi sebab ada pilihan lain, and guest house pun tak mahal sangat, so better aku pilih guest house, selesa pun selesa.


Tak lama kemudian, kitorang pun bergerak menuju ke gate untuk pulang ke Malaysia tanah tumpah darahku ewahhh..patriotik sikit hehe. 6 hari masih tak cukup untuk explore South Korea, In sha Allah harap diberi peluang kembali lagi ke sini, amin. Negara yang cantik, makanan sedap, sejuk yang amat, strawaberi manis, hmm apa lagi, banyak sangat benda best termasuk pengalaman sesat barat ahaha.. Overall puas hati and saat ni rasa rindu pulak ke sini semula. South Korea, till we meet again...dengan ini aku akhiri dengan gurindam melayu yang berbunyi..

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan

Bye-bye Korea !!

Roger & out.



Monday, 27 May 2013

Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

Salam semua...

Lately, aku telah terlibat dengan satu hobi baru and sangat-sangat best. Aku tak tau nak cerita macam mana, tapi masa aku buat aktiviti ni, fuhh~...rasa macam nak melompat pun ada, nak lempang orang pun ada. Korang pun mesti pernah buat kan, letak bonjela dekat ulser, macam mana rasa? Best kan... Tapi, orang tua-tua cakap, kalau nak lagi best, taruk garam. Time-time panas cam gini, rugi sangat kalau sesiapa tak cuba aktiviti nih, hehe... Nanti dah masuk musim hujan, dah tak dapat main lagi :)

Berbalik kepada tajuk asal entry ni, menurut riwayat, pada tiga hari yang lepas, aku bersama-sama rakan-rakanku, telah berikrar dan berjanji, akan mengadakan sesi makan malam bersama-sama. Sebenarnya, telah berhari-hari aku merancang untuk sesi makan malam ni, sebabnya, tiga empat minggu lepas, aku telah dihujani oleh cerita-cerita geng-geng travel yang melancong ke China and masing-masing menayangkan yang mereka telah memakan Mee Tarik. Ini tak boleh jadi, aku pun nak makan jugak! Tanya wife aku, dia pun nak makan jugak. Pastu aku tanya member-member aku, mereka semua pun nak makan mee tarik jugak. Jadi, semua orang nak makan Mee Tarik, tapi masalahnya, kami semua tidak berada di China. Berpandukan Google, aku mula menelaah setiap info yang ada berkaitan Mee Tarik disekitar kawasan sini. Hatta, terjumpalah aku dengan Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi. Dari review yang dibagi oleh blogger lain, diorang recommended kan restoran ni. So, pada hari yang dinanti-nanti, kitorang pun terjah ke restoran yang dinyatakan.

Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi



Dari info yang aku dapat, silap haribulan, memang takda tempat untuk duduk sebab orang sangat ramai. Tapi semasa aku and the geng datang, keadaan takdalah seperti yang diwarwarkan. Berkemungkinan kitorang datang agak lambat, dekat pukul 10 malam baru sampai, tu yang mendorong wujudnya meja-meja kosong. Lagipun malam jumaat pulak kan, jeng...jeng...jeng !! Lepas perhatikan sekeliling, aku decide untuk duduk dekat dalam, bukan apa, dalam ada kipas and aircond, luar takda. Lepas duduk, kitorang diberi menu. Banyak jugak pilihan yang ada, sampai aku pun taktau nak order yang mana satu. Semua nampak sedap jer...tapi, harga pun sedap jugak, huhu~... Jom tengok apa yang kitorang order.

Toothpick Lamb (RM24.00 sepinggan)

Kalau nak diikutkan, memang taktau nak order mende dekat sini, aku ingat-ingat, ramai yang order Toothpick Lamb ni, harga memang agak mahal, tapi kalau tong-tong ramai-ramai jadi murah balik. Kalau aku datang sesorang, memang takde nyer nak order. Rasa dia, hm...nak kata macam sate kambing pun ada, tapi sedaplah. Toothpick Lamb ni boleh dianggap sebagai pembuka selera gitu, sebabnya, lepas order dibuat, menu ni sampai dulu berbanding menu lain.

Mushroom Meat with Noodles (RM8.00)

Beef Laman (RM6.00)

Bean Beef Noodles (RM8.00)

So far, inilah 3 jenis menu Mee Tarik yang kitorang order even 4 orang makan, sebabnya member aku pun order sepesen macam aku jugak, Beef Laman. Wife aku ambik Mushroom Meat with Noodles, and member aku sorang lagi ambik Bean Beef Noodles. Pendapat peribadi aku, semuanya sedap-sedap, especeli mee dia, compare dengan mee kuning yang selalu makan tu, memang jauh beza lah. 

saje nak tunjuk skill pakai chopstik, cewah...

ishh malu pulak nak makan, no camera please
"senangnya dalam hati lala.."

Rata-rata orang cakap rasa mee tarik di sini hampir serupa dengan di China. Tang ni, aku tak dapat nak bagi komen, sebabnya aku belum jejak kaki lagi ke China. Yang pasti, mee tarik dia memang sedap. Walaupun mulut aku ada ulser, tapi deria rasa aku masih lagi berfungsi dengan baik and mampu untuk membezakan yang mana sedap and tak sedap. Kalau teringin, mungkin akan repeat lagi dua tiga kali, try menu lain pulak. Di samping tu, aku pun recommended untuk korang jugak. Kalau nak tau, bukan aku jer yang pernah datang makan di sini, JJCR TV3 pun pernah. Direction untuk ke sini pun senang jer, boleh follow alamat dibawah.


Alamat:

Mee Tarik Warisan Asli
51A, Jalan Tasik Utama 3
Medan Niaga Tasik Damai
57000 Sungai Besi, KL.

Roger & out.


Wednesday, 22 May 2013

Fly to Seoul (Day 6) - Yoogane, Myeongdong

"Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya tengahari lagi panas..."

Begitulah keadaan yang aku lalui semenjak dua menjak ni, siang malam panas. Aircond dengan kipas macam tak berfungsi rasa, baru lepas mandi, konon-kononnya sejuk lah, sudah pakai baju berpeluh balik. Macam mana nak avoid Global Warming ni yer? Sekarang pun dah tak tahan, 3,4 tahun lagi taktaulah macam mana pulak keadaan kita. Wokey, jom sambung story pasal Korea balik...

Balik dari Itaewon, kitorang pergi sekali lagi ke Namdaemun. Sebabnya tak lain tak bukan adalah untuk membeli souvenir and seangkatan dengannya. Ekceli, harini merupakan hari terakhir kitorang bershopping di sini, jadi kenalah manfaat masa yang ada kan. Esoknya pulak dah nak berangkat pulang ke kampung halaman. Sampai di Namdaemun, macam biasa, orang tersangatlah ramai. Disebabkan 2nd day dah datang sini, so dah tau kedai mana patut diterjah. 

Namdaemun Market


Jalan punya jalan, jumpa balik dengan kedai yang jual 1,000 masa 2nd day tu, tapi kalini harga dia dah naik jadi 2,000 won sudah. Nasib baik sempat beli jugak ritu, cewah...padahal 1,000 won je pun naik. Dekat sini, kitorang beli FM lagi, tambah lagi beli t-shirt, pastu adalah beli souvenir lain yang murah-murah. Sesudah shopping, kitorang decide untuk berjalan balik ke Myeongdong untuk lunch dekat sana. Perut dah macam-macam bunyi dah ni, maklumlah dah kul2 lebih, asyik dok makan strawberry jer, mana tahan...


On the way keluar dari Namdaemun Market, terjumpa pulak dengan gerai yang jual camca and garfu Korea. Tanya wife aku nak beli ke tak? Confius pulak dia, so aku pun cakap, kalau makan laksa dengan camca and garfu Korea ni, mesti lagi selera. Terus angkat 2 set tanpa banyak soal. Serius beb, makan laksa and bihun sup dekat rumah guna camca and garfu Korea ni, lain macam rasa. Berselera lebih, cewah~...

Myeongdong

 
Lebih kurang 15 minit berjalan, sampai lah kitorang dekat Myeongdong area. Ekceli, tempat yang kitorang nak pergi makan ni, direcommended oleh blogger Azra. Berpusing-pusing jugaklah dekat area Myeongdong dok cari restoran ni, padahal dekat jer sebenarnya. Tapi kitorang yang pergi direction yang salah, aku ingat, kalau tak jumpa, nak makan dekat Lotteria jer. Nasib baik jumpa, tapi confius pulak. Sebab blogger Azra guna word Yukaney, tapi restoran yang kitorang jumpa adalah Yoogane. Kitorang lepak kejap depan restoran ni, tengok keadaan sekeliling, study dulu takut-takut silap. Dekat logo Yoogane ada gambar ayam, ok sama dah. Pastu tengok menu pun sama, so aku buat rumusan, memang sah sah, ni lah restoran yang dicari-cari. Then, kitorang pun masuk dalam.

gigih ok pergi tengok menu satu-satu...


Dalam banyak-banyak menu, hanya satu jer yang boleh order, iaitu Marinated Seafood Fried Rice. Yela, ayam dengan daging mana boleh makan kan, sea food jelah yang jadi pilihan. Aku order 2 set menu seafood ni, so kenalah dalam 11,000 Won. Air tak order pun, sebab air kosong memang dah disediakan, percuma. Lepas order, tak sampai 5 minit,  dah sampai. Memanglah cepat, sebab dekat restoran ni, diorang akan masak depan mata kita. Nak masak sendiri pun boleh, alah~...macam buat nasi goreng lah... Kalau tak reti, meh aku ajar...


First, bahan-bahan yang dikasi tu, letak semua dalam belanga/kuali/periuk yang disediakan kecuali nasi. Aku tak sure panggil apa, so taruk semua nama. Pastu kacaulah lah slow sampai bahan-bahan termasuk seafood tu sedikit masak. Gitu...dah macam chef pulak rasa...


Nampak tak? Sotong udang and segala seafood dah nampak macam masak kan. Bawang pun dah naik bau, hurm...sedap pulak bau bawang. Belanga/kuali/ periuk yang disediakan sangatlah bagus sebab tak melekit/melekat. Eh...jangan berhenti, kacau dan terus kacau...


Kemudian, masukkan nasi. So, jadilah nasi goreng! Bila dah masukkan nasi tu, kacau and kacau lagi. Yer...tugas orang yang pegang senduk, tak lain tak bukan, kacau and kacau sampai lah semua sebati dan bersatu padu. Wah~...dah tak sabar-sabar nak makan ni. Tapi make sure last produk adalah seperti dibawah.

Marinated Seafood Fried Rice

jemput makan yer...nyum-nyum !!


Bila dah masak tunggu apa lagi, terus makan lah. Memang sedap, patutlah ramai blogger lain yang recommended restoran ni. Dari segi rasa, masin and pedas nyer, kena jugaklah dengan tekak aku. Teknik kacau mengacau tu yang penting, kalau tak sebati and bersatu padu, masih nampak lagi nasi yang kaler putih, mungkin rasa tu tak sampai. 2 set order yang kitorang ambik, macam agak banyak sebenarnya, tak habis pun makan.

Tengok, tak habis pun makan...

Kan...tak habis sebenarnya kitorang makan, tapi licin lah, hehe... Yoogane Restaurant ni aku recommended jugak macam lain-lain blogger, tapi ingat, untuk mereka yang tak allergic seafood lah. Kalau allergic, sila cari alternatif lain sebagai juadah makan minum anda. Direction untuk ke restoran ni senang jer, keluar dari Myeongdong St., akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Kemudian ambik ke kanan and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri, tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan. Okaylah, sampai sini jer dulu. Nanti aku sambung pulak yer untuk last part Day 6.

Roger and out.