Wednesday, 22 May 2013

Fly to Seoul (Day 6) - Yoogane, Myeongdong

"Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya tengahari lagi panas..."

Begitulah keadaan yang aku lalui semenjak dua menjak ni, siang malam panas. Aircond dengan kipas macam tak berfungsi rasa, baru lepas mandi, konon-kononnya sejuk lah, sudah pakai baju berpeluh balik. Macam mana nak avoid Global Warming ni yer? Sekarang pun dah tak tahan, 3,4 tahun lagi taktaulah macam mana pulak keadaan kita. Wokey, jom sambung story pasal Korea balik...

Balik dari Itaewon, kitorang pergi sekali lagi ke Namdaemun. Sebabnya tak lain tak bukan adalah untuk membeli souvenir and seangkatan dengannya. Ekceli, harini merupakan hari terakhir kitorang bershopping di sini, jadi kenalah manfaat masa yang ada kan. Esoknya pulak dah nak berangkat pulang ke kampung halaman. Sampai di Namdaemun, macam biasa, orang tersangatlah ramai. Disebabkan 2nd day dah datang sini, so dah tau kedai mana patut diterjah. 

Namdaemun Market


Jalan punya jalan, jumpa balik dengan kedai yang jual 1,000 masa 2nd day tu, tapi kalini harga dia dah naik jadi 2,000 won sudah. Nasib baik sempat beli jugak ritu, cewah...padahal 1,000 won je pun naik. Dekat sini, kitorang beli FM lagi, tambah lagi beli t-shirt, pastu adalah beli souvenir lain yang murah-murah. Sesudah shopping, kitorang decide untuk berjalan balik ke Myeongdong untuk lunch dekat sana. Perut dah macam-macam bunyi dah ni, maklumlah dah kul2 lebih, asyik dok makan strawberry jer, mana tahan...


On the way keluar dari Namdaemun Market, terjumpa pulak dengan gerai yang jual camca and garfu Korea. Tanya wife aku nak beli ke tak? Confius pulak dia, so aku pun cakap, kalau makan laksa dengan camca and garfu Korea ni, mesti lagi selera. Terus angkat 2 set tanpa banyak soal. Serius beb, makan laksa and bihun sup dekat rumah guna camca and garfu Korea ni, lain macam rasa. Berselera lebih, cewah~...

Myeongdong

 
Lebih kurang 15 minit berjalan, sampai lah kitorang dekat Myeongdong area. Ekceli, tempat yang kitorang nak pergi makan ni, direcommended oleh blogger Azra. Berpusing-pusing jugaklah dekat area Myeongdong dok cari restoran ni, padahal dekat jer sebenarnya. Tapi kitorang yang pergi direction yang salah, aku ingat, kalau tak jumpa, nak makan dekat Lotteria jer. Nasib baik jumpa, tapi confius pulak. Sebab blogger Azra guna word Yukaney, tapi restoran yang kitorang jumpa adalah Yoogane. Kitorang lepak kejap depan restoran ni, tengok keadaan sekeliling, study dulu takut-takut silap. Dekat logo Yoogane ada gambar ayam, ok sama dah. Pastu tengok menu pun sama, so aku buat rumusan, memang sah sah, ni lah restoran yang dicari-cari. Then, kitorang pun masuk dalam.

gigih ok pergi tengok menu satu-satu...


Dalam banyak-banyak menu, hanya satu jer yang boleh order, iaitu Marinated Seafood Fried Rice. Yela, ayam dengan daging mana boleh makan kan, sea food jelah yang jadi pilihan. Aku order 2 set menu seafood ni, so kenalah dalam 11,000 Won. Air tak order pun, sebab air kosong memang dah disediakan, percuma. Lepas order, tak sampai 5 minit,  dah sampai. Memanglah cepat, sebab dekat restoran ni, diorang akan masak depan mata kita. Nak masak sendiri pun boleh, alah~...macam buat nasi goreng lah... Kalau tak reti, meh aku ajar...


First, bahan-bahan yang dikasi tu, letak semua dalam belanga/kuali/periuk yang disediakan kecuali nasi. Aku tak sure panggil apa, so taruk semua nama. Pastu kacaulah lah slow sampai bahan-bahan termasuk seafood tu sedikit masak. Gitu...dah macam chef pulak rasa...


Nampak tak? Sotong udang and segala seafood dah nampak macam masak kan. Bawang pun dah naik bau, hurm...sedap pulak bau bawang. Belanga/kuali/ periuk yang disediakan sangatlah bagus sebab tak melekit/melekat. Eh...jangan berhenti, kacau dan terus kacau...


Kemudian, masukkan nasi. So, jadilah nasi goreng! Bila dah masukkan nasi tu, kacau and kacau lagi. Yer...tugas orang yang pegang senduk, tak lain tak bukan, kacau and kacau sampai lah semua sebati dan bersatu padu. Wah~...dah tak sabar-sabar nak makan ni. Tapi make sure last produk adalah seperti dibawah.

Marinated Seafood Fried Rice

jemput makan yer...nyum-nyum !!


Bila dah masak tunggu apa lagi, terus makan lah. Memang sedap, patutlah ramai blogger lain yang recommended restoran ni. Dari segi rasa, masin and pedas nyer, kena jugaklah dengan tekak aku. Teknik kacau mengacau tu yang penting, kalau tak sebati and bersatu padu, masih nampak lagi nasi yang kaler putih, mungkin rasa tu tak sampai. 2 set order yang kitorang ambik, macam agak banyak sebenarnya, tak habis pun makan.

Tengok, tak habis pun makan...

Kan...tak habis sebenarnya kitorang makan, tapi licin lah, hehe... Yoogane Restaurant ni aku recommended jugak macam lain-lain blogger, tapi ingat, untuk mereka yang tak allergic seafood lah. Kalau allergic, sila cari alternatif lain sebagai juadah makan minum anda. Direction untuk ke restoran ni senang jer, keluar dari Myeongdong St., akan nampak Uniqlo sebelah kanan and Nature Republic sebelah kiri. Kemudian ambik ke kanan and jalan terus sampai nampak Yoogane Restaurant sebelah kiri, tak jauh pun, tak sampai 5 minit kot berjalan. Okaylah, sampai sini jer dulu. Nanti aku sambung pulak yer untuk last part Day 6.

Roger and out.


24 comments:

  1. mmg best nasi goreng tu...hahaha..memula ingat kena goreng sendiri sebab tukang goreng tu tinggal cmtu jer..so akak sy tolong la kacau2kan..sekali si pengacau tu rampas cedok tu dengan ganas..amboi!! pengacau2 ada la bertukar2 4-5 org sementara nk tunggu masak tu..hahaha..menarik tui kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...sama jugak dengan kitorang zila, kekonon nak kaco sendiri lah, sekali tukang masak tu yang buatkan, pastu bila dia blah, kitorang wat sendiri balik. memang dah macam tu kot zila, kaco-kaco tinggal, hehe...

      Delete
  2. restoran yg ni la aku tak jumpa carik dulu nak makan. teringin lak rasa tekak ni nk try. ada rasa mcm nasik goreng biasa x? kalo tgk warna tu, lebih kurang je aku tengok. hiks.

    eh, dah nak balik ke? kejap je rasakan... kenela dtg balik ni. byk lagi yg tak diteroka. ;) aku beli sudu panjang tu. bestttt bila time makan megi! ala-ala korean skit. kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada sikit beza, rasa sambal dia tu macam manatah, tak rasa pedas sangat, tapi oklah nak makan. kitorang pun mula-mula sesat jugak nak cari, tapi sebab banyak masa, pusing-pusing, jumpa jugak...

      a'ah henry, kejap pulak rasa, tak sampai seminggu pun datang sini. next time kalau nak datang lagi, kena stay lama sikit, baru seronok nak jalan-jalan...

      Delete
  3. wah mmg menarik ni..harus cuba if pegi lg korea..aritu tka jumpa la plak kedai ni masa pi...heheheh terbaiklah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah nak try akak, asyik masak sendiri jer, sekali sekala pekena jugak makan dekat luar kan, hehe...

      Delete
  4. Ala Orga kau lambatlah post tempat makan ni, sampai aku dah balik... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala mie...sori-sori, tak dan nak wat entry, terlambat sudah...

      Delete
  5. Mkn guna camca dan garfu from korea lain rasa nya ahahahaha gelak JM sensorang

    Mesti puas hati dan sedap bila nk mkn masak sendiri kan. Lapar ke sedap yg licin tu hikssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua-dua jm, ahaha...lapar dengan sedap la yang boleh sampai licin tu...

      Delete
  6. amboi nasi gorng seafood dia nampak sedap jea. sengaja la tu fokus dekat2. rasa lapar pulak tgk mknan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang senang sangat pun nik, tumis-tumis, pastu taruk nasi, kan senang tu...cuma perencah dia la yang susah nak prepare kot...

      Delete
  7. orga, aku geram ngan aksesori IPONG tu
    geramnyaaaaa aduiiiii (sebab kat sini tarek)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku tengok-tengok ritu, harga dalam lingkungan 8000 Won - 18,000 (RM24 - RM54). Ni harga yang diorang tepek lah, belum mintak diskaun lagi. compare dekat sini, yang cikai jer dah Rm60, huhu...

      Delete
  8. Waaaa...akak tak try tempat ni dulu. Nampak macam sedap tu, kalau tak sedap surelah tak licin macam tu kot. Next time pergi, mesti nak kena carik tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...boleh lah kak, saje merasa nasi goreng korean style gitu...nasib baik okay kan :)

      Delete
  9. bestnya dpt masak masak sendiri camtu. ye la orga, ala ala chef gitu penerangannya. hehehehe. semlm tgk rancangan jetlag, diorg ke seoul korea. terus teringat kt orga. bnyk jugak tempat yg diorg shooting tu sama dgn tempat yg orga pergi. best best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala~...tak sempat pulak tengok rancangan jetlog ni...pergi korea memang best sue, dengan masyarakat dia yang baik, view pun cantik, pastu dapat main salji pulak, sue pun kena terjah sana jugak one day :)

      Delete
  10. Salam, so, kalu nak belik souvenir kat namdaemon ya? (noted, masok dlm cpu)..he..he. Kedai yoogane tu mmg kena masak sendiri ya caranya..? Nmpak mcm nk try test nanti, kalau jumpalah kedainya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lain pun ada farikica, tapi namdaemun saja dah cukup kalau nak beli souvenir FM bagai...dekat kedai yoogane tu, sebenarnya staff di situ yang masakkan, so bila diorang tinggalkan senduk, baru kitorang gigih kacau nasi jugak, hehe...ambik feel gitu...senang je nak cari kedai ni, nanti jalan-jalan dekat myeongdong, mesti jumpa punya, hehe...

      Delete
  11. Okay, lapar tengok marinated seafood fried rice tu.. -.-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...buat sendiri pun boleh miza :)

      Delete
  12. dasyat la jugak korang mkn kat kedai sedap2 plak tu...kitorang mkn tuna jer nyampah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...mana tahan makan tuna je memanjang, tu pasal makan dekat sini jugak...

      Delete