Friday, 10 May 2013

Fly to Seoul (Day 5) - Namsan Tower

Selepas buat taik mata selama hampir 2 jam, maka aku pun bangun dengan ceria nyer. Penat woo berjalan sehari suntuk, so before ke aktiviti yang seterusnyer, kenalah mengembalikan tenaga yang telah hilang itu. Bangun-bangun terus rasa lapar, tadi masa tidor tak rasa sangat. Menu lunch kitorang hari ni adalah... tadaa~...nasi goreng + telur + perencah mak aji, pastu di makan bersama-sama kurma ayam brahim panas-panas...fuh, gigih tau, siap kuar pergi 7-E lagi semata-mata nak mencari telur ayam. Biasalah, buat nasi goreng kan, tak sah kalau tak ketuk belanga, tak pasal-pasal dapur jadi riuh rendah kan, hehe...


Kalau tengok dalam drama or citer Korea, masa basuh pinggan, mesti diorang pakai glove. Bila dah biasa buat dekat guest house ni, baru tau, pakai glove tu bukan saja-saja nak pakai tau, tapi kena pakai sebab air untuk membasuh sangatlah sejuk. Macam basuh dengan air batu... Tapi, aku tengok orang lain lepas makan letak dalam sinki tu jer pinggan mangkuk yang dah pakai, langsung tak basuh. Disebabkan habitat alam semula jadi aku tiap kali lepas makan kena basuh sendiri, so terbuatlah dekat sini. Cewah...saja nak tunjuk rajin kan...

Hal makan dah setel, perut yang dari tadi dok bising, sekarang dah diam seribu bahasa, sementara tunggu wife aku mengemas, apakata lepas ni kitorang buat site visit dekat atas bumbung guest house ni. Adakah seindah seperti yang diwarwarkan dalam website diorang. Dari kitchen, kitorang pun naik lift ke tingkat paling atas sekali. Aku pun tak fikir, patutnya masa nak lunch tadi, tapau jer naik makan dekat atas ni, sebabnyer tiada orang lain. Kitorang jer yang ada masa naik tadi.


So, kalau ada orang lain yang stay dekat guest house ni, instead dok makan dekat kitchen jer, sekali sekala lepak dekat atas bumbung pun hokey jugak. Lagipun, tak banyak hotel or guest house yang sediakan servis macam ni, sambil makan, sambil layan permandangan and ambik angin.

 boleh nampak Namsan Tower dari sini

View dari depan guest house, boleh nampak Uniqlo and Myeongdong St.

Tengok jam, dah pukul 5 lebih sikit, then kitorang pun turun ke bilik untuk mengenakan pakaian yang sesuai, sebabnya jap lagi nak visit Namsan Tower and lepak dekat sini jer sampai ke malam. 

Namsan Tower



Berbekalkan sedikit ilmu and map ditangan, kitorang pun mula menapak dari guest house menuju ke Namsan Tower. Kalau ikut gambar dekat atas, ambik ke sebelah kanan. Ekceli, untuk ke Namsan Tower ada 2 cara, satunya menapak dengan berjalan kaki, keduanya dengan menaiki cable car. Hasil perbincangan kitorang laki bini, aku plan untuk gunakan khidmat cable car semasa naik, untuk turun pulak, kitorang jalan kaki sahaja. Yela, turun kan tak guna tenaga banyak sangat compare dengan naik, so lebih afdal lah naik guna cable car.

Namsan Tower
Namsan Tower

Jalan punya jalan akhirnya sampai jugak dekat Namsan Cable Car. Hasil pemerhatian aku menggunakan mata kasar, perjalanan dari Namsan Cable car ke Namsan tower tak la lama sangat, tapi yang penting, lebih cepat berbanding dengan berjalan kaki lah. Alang-alang dah sampai dekat cable car station, tunggu apa lagi, terus masuk untuk beli tiket. Macam yang aku cakap dekat atas, tiket cable car aku beli yang one-way saja, berharga 6,000 Won untuk seorang.

Namsan Tower
Namsan Tower
Namsan Tower
harga tiket

Namsan Tower
two tickets ready for departure

Dari cable car station, kitorang di bawa menuju ke puncak, perjalanan pun tak lama, kejap dah sampai. Masa dibawah tak perasan, bila dah naik ke kawasan tinggi, baru nampak, matahari pun dah start nak melabuhkan tirai. Best-best...terfikir dalam hati aku, boleh layan sunset pulak petang ni, cuaca pun elok. 

Namsan Tower
sebelah kanan adalah station cable car dekat Namsan Tower. Aku agak, ni lah jalan utama yang digunakan sekiranya nak mendaki sendiri untuk ke Namsan Tower. 

Namsan Tower
Namsan Tower
Namsan Tower
view sunset dari area Namsan Tower

Namsan Tower
Namsan Tower

Besar jugak kawasan legar dekat Namsan Tower ni, orang pun agak ramai. Patutnyer, kalau betul-betul nak melayan sunset, kena naik Namsan Tower ni, tapi lepas tengok harga tiket tak jadi pulak. Untuk naik ke atas, bayaran tiket adalah 9,000 Won seorang. Bila dah hari kelima, setiap sen yang dibelanja memang kena kira betul-betul. Kekonon nak save bajet untuk beli souvenir la, hehe...

Namsan Tower
Namsan Tower

Lepas pusing-pusing sana sini, aku agak sini adalah tempat yang paling sesuai untuk tembak sunset. Aku siap berlari-lari anak lagi sebenarnya, taktau nape, bila tengok matahari, cepat pulak dia turun. Dah jumpa port yang sesuai, aku pun panggil wife aku datang. Layan sunset sesorang mana syok, kena layan berdua baru feel tu sampai. Jom layan sunset!

Namsan Tower
Namsan Tower
Namsan Tower

Kalau awal tadi, cahaya terang tang tang... Bila dah nak turun, cahaya hilang and boleh nampak bentuk matahari yang bulat. huhu~...terharu tengok sunset, nyanyi pulak lagu Tears In Heaven by Eric Clipton, terus nangis guling-guling sambil hentak kaki. Pastu wife aku suruh pergi kedai beli cabai, dah nak abis katanya. hah? apa kaitan sunset dengan cabai? Patutlah...berangan rupanyer... Dah abis layan sunset, kitorang pergi tengok manga or padlock yang ada disekitar area Namsan Tower ni.

Namsan Tower
Namsan Tower

Namsan Tower
setiap sudut kawasan sini penuh dengan padlocks.

Namsan Tower
Namsan Tower
view Seoul City dari Namsan Tower

Namsan Tower
Namsan Tower
Namsan Tower
psst...awak sayang saya tak?
pssst...pssst...mestilah sayang...
pssst...apsal kita bisik-bisik ni...

Aku agak, tulah dialog diorang kot sebab lama sungguh depa diri macam tu. Kerusi depan mata tak nak duduk, last-last kitorang yang pergi duduk dekat kerusi tu baru diorang blah. Banyak kan manga-manga or padlocks dekat sini, jangan terkejut, bahasa melayu pun ada. Semua ni nak membuktikan ataupun simbolik bagi menunjukkan bahawasanya percintaan mereka tu akan kekal selama-lamanya. Kalau yang dah berkahwin mungkin gelak jer, tapi masa zaman bercinta dulu, agak-agak, buat jugak tak macam ni? hehe...eleh tak nak mengaku pulak, buatlah tu... Dekat dalam Namsan Tower ni ada kedai jual padlocks, nanti aku tunjuk gambar. 

Namsan Tower
Namsan Tower
Namsan Tower

Di satu kawasan lagi, padlock dekat sini berbentuk macam pokok gitu. Kalau tengok dari jauh memang cantik, dengan kerusi yang berbentuk V lagi, unik kan. Nak duduk boleh jer dekat kerusi tu, kebetulan masa aku ambik gambar, takda orang yang duduk. Cuma takut tak tahan sejuk jelah, sebab bila nak malam, cuaca bertambah sejuk sebab suhu drop. Kemudian kitorang pun berjalan masuk ke dalam Namsan Tower untuk cuci mata dekat kedai-kedai souvenir. 


Teddy Bear Museum ada dekat kawasan legar Namsan Tower ni, tapi tak boleh masuk macam tu jer even nampak macam kedai biasa. Tiket untuk masuk dalam 8,000 Won rasanya. Bagi aku agak mahal sebab kedai kecik jer, dari luar pun dah boleh nampak semua teddy bear dekat dalam.


Masuk je dekat dalam, sebelah kiri ada kedai yang jual souvenir and padlocks. Macam-macam design ada, harga pun agak mahal. Kalau rasa tak mampu nak beli padlock, ada cara lain untuk membuktikan kesetiaan cinta terhadap seseorang iaitu dengan membeli Message Tile. Aku tak ingat harga berapa tapi lebih murah berbanding dengan beli padlock. 


Dekat belakang wife aku tulah rupanya Message Tile, sama je bentuk and size. Masa kitorang dok bergambar dekat sini, kebetulan berjumpa dengan 3 orang yang juga berasal dari M'sia. Diorang pun sporting habis, and kitorang lepak jer sembang-sembang. Baru tau yang diorang stay dekat Namsan Guest House 1, kalau dekat Namsan Guest House 3 boleh sambung melepak lagi dekat guest house nanti. Tak lama kemudian, kitorang pun bergerak untuk turun dari Namsan Tower ni. Haa...dekat sinilah terjadinya drama yang menyayat hati. Sebabnya, kitorang sesat. Sebelum turun tu pun dah nampak tanda-tanda nak sesat, tapi aku jer yang tak perasan lagi. 


Masa nak turun mula-mula kitorang ambik jalan ke kanan, lepas tanya orang, diorang cakap jalan ni bukan ke Myeongdong. Kena ikut jalan yang kitorang sampai dengan cable car tu. Then kitorang pun patah balik and turun melalui jalan yang aku cakap tadi. Biasalah, masing-masing happy, so tak perasan yang diri sendiri akan sesat.


Masa nak melalui jalan ni, aku ada tanya lagi dengan orang lain untuk reconfirm, and orang tu pun cakap betul jalan ni turun ke Myeongdong. Lega rasa, then kitorang pun mula join orang lain untuk berjalan turun.

Seoul City waktu malam


Bila dah sampai sini aku macam blur sikit, sebabnya kitorang berdua jer dekat sini, tak nampak orang lain. Kalau ada pun, mesti orang yang parking kereta dekat sini. Tadi rasa macam berjalan ramai-ramai, pastu tah macam mana, boleh tinggal kitorang jer. Aku plan nak naik atas balik, sebab masa turun tadi ada perasan  ada 2 laluan. Tapi wife aku pulak cakap, jalan jer turun bawah sikit, nanti jumpalah. Sebab nak naik atas macam tinggi la pulak. Aku pun oklah, paling kurang pun boleh tanya orang kan. 

Jalan punya jalan, kitorang dah masuk ke kawasan perumahan. Pelik pun ada, seingat aku, masa naik cable car siang tadi, kejap je sampai atas. Patutnya dekat bawah aku dah boleh jumpa dengan cable car station. Tapi tak jumpa, siap masuk ke kawasan perumahan lagi. Ada jumpa orang tanya jalan, bila sebut Myeongdong, dia pun taktau. Masa ni aku was-was, samada nak patah balik or jalan terus jer. kalau patah balik, takkan nak naik sampai Namsan Tower. So aku decide untuk jalan terus jer. Tak lama lepas tu, kitorang jumpa 7-E. Aku masuk dalam and tanya arah dengan cashier. Nasib baik cashier ni tau cakap english. Lepas dengar dia explain, ekceli kitorang dah tersasar jauh dari Myeongdong. Untuk patah balik ke Myeongdong, kitorang kena naik train. And train station yang terdekat adalah Sookmyung Women's Univ. St. Bila aku tanya berapa jauh dari 7-E ni nak ke train station dengan jalan kaki, cashier ni jawab maybe dalam 30 minit. Mak aii~...jauhnyer, pastu aku nampak dia tersenyum. Pastu cashier ni tambah, kalau naik bas tak sampai 10 minit. Amvoi...sempat lagi ko buat lawak yer... Tempat tunggu bas pun dekat 7-E ni jer. 

Aku memang tabik hormat lah dengan cashier ni, sebab baik sangat. Sebabnya, dia siap suruh kawan dia jaga cashier and bawak kitorang ke tempat tunggu bas. Bila bas sampai, dia masuk dalam and cakap dengan driver bas untuk kitorang. Then, dia bagitau kitorang yang dia dah bercakap dengan driver bas, nanti bila sampai dekat Sookmyung Women's Univ. St, driver akan berhenti dekat situ. Dalam bas nanti takda announcement nak berhenti di mana, so kena pandai-pandai sendiri untuk tekan loceng. Aku agak, maybe sebab ni lah dia jumpa driver bas. Lepas ucap terima kasih, then kitorang pun naik bas. Lebih kurang 10 minit gitu, driver bas berhenti dekat bas stop and pandang kitorang bagi hint suruh turun. Kemudian, kitorang masuk ke train station and ambik route ke Myeongdong St.

 rupa orang sesat...

Sookmyung Women's Univ. St. - Seoul St. - Hoehyeon St. - Myeongdong St.

Pesanan aku, kalau nak naik or turun ke Namsan Tower dengan berjalan kaki, better comfirm betul-betul jalan mana yang kena ambik. Kalau tak nanti tak pasal-pasal terjadi drama macam kitorang. Kalau rasa susah, better naik cable car and ambik tiket round-trip, cost dalam 8,000 Won seorang. Kalau difikirkan balik, even kitorang sesat, its not a bad thing. Sebabnya, disebabkan sesat ni lah kitorang berpeluang merasai suasana masyarakat Korea dengan lebih dekat. Masuk ke kawasan perumahan, tengok aktiviti masyarakat setempat waktu malam, pastu jumpa pulak dengan cashier yang baik hati. Bagi aku ia satu pengalaman yang lain and bila teringat balik, mesti kitorang senyum sama-sama. 

Sampai dekat guest house, tukar pakaian and turun supper dekat kitchen. Sambil supper sambil cerita balik kejadian yang berlaku tadi. Selesai supper, balik bilik and tidor. Wokey, tamat sudah aktiviti untuk hari kelima kitorang di Seoul. Antara aktiviti yang kitorang buat hari kelima ni adalah visit Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Insadong and Namsan Tower. Sampai sini dulu, nanti aku sambung untuk Day 6 pulak.

Roger and out.



50 comments:

  1. Huyooo.....gigihnya hampa berjalan kaki..hahaha. Suasana sejuk maybe tak penat sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sejuk zila...masa berjalan tu tangan asyik seluk poket jer...

      Delete
  2. Kalau balik waktu siang mungkin lain ceritanya kot. Sesat sesekali pun ok, banyak sikit dramanya... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu mie, kalau waktu siang, mungkin dari jauh dah boleh nampak cable car dekat mana...senang sikit nak berjalan...sempatlah jugak berdrama seround dua, hehe...

      Delete
  3. hehe bestla...teringat dulu kami duk Namsan 1, pastu dr situ nakpi N Tower ni dkt sgt dah..tak smpai 10 min pun...sekali kuar je dr geusthouse kami belok ke kanan turun bukit..patut ke kiri naik bukit...skali jln la smpai dkt ngn station myeongdong...jauh okeh tp sib baik turun bukit...dah le dlm renyai hujan...tp plg sadis, org bg direction dr situ, naik balik bukit tp belah kiri dr jalan yg kita turun tu...punya la sangap naik tinggi2...siap lalu bukit tak bertar n tangga, kena pandai2 la panjat dlm hujan tu...skali dah jumpa jalan betul, nak dkt smpai cable car, nampak tngga yg dkt ngn geusthouse kami..rasa nak nanges je...huhuhu penat.....pengalam sungguh!hehe tp semua tu pengalaman best bila ingt balik...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun sama, pernah sesat jugak dekat sini, hehe...senasib lah kita kan...kalau saya jadi akak mesti tak puas hati, pusing balik boleh jumpa guest house sendiri, hehe...tapi tu la pengalaman yang tak boleh lupa, boleh senyum sorang-sorang kalau ingat balik...

      Delete
  4. waduh.. hebat ko turun guna cable car.. tapi mmg kami jalan kaki ke cable car ke Namsan melalui Myeongdong.. Sgt cantik gambar ko! heeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada turun zette, naik jer dengan cable car, turun jalan kaki, tu yang sampai sesat bagai...dah la sejuk, huhu...peristiwa yang menyayat hati kan :)

      Delete
  5. aku bencikkkkk sgtttttt entri niii...sobbbssss...

    *dramaqueen*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...janganlah camtu aza, ko tak kesian dengan aku ker...make sure ko repeat tau nanti :)

      Delete
  6. Sesat tu biasalah orga...asam garam org mengembara..he..he... x sah kalu x sesat.. kenapalah mereka ni suka sngat dngn padlock..? kat tembok besar china pon berpadlock2.. penjual2 padlock kat kaw ni mesti laku perniagaan.. kat dapor tu, kalau x basoh pinggan, sapa yg akan basuhkan? pekerja mereka ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau semua manis tak best pulak kan, sekali sekala bersusah payah sikit, ok jugak...entahlah, bila dah ada orang yang start, pastu nampak menarik, mesti yang lain-lain ikut.

      kalau tak salah, lewat malam nanti, ada sorang makcik yang datang untuk cuci semua ni, buang sampah, and pastu dia kemas lah semua meja kerusi susun leklok...rasanya, pekerje diorang jugak tu...

      Delete
  7. hehehe..mesti menggelabahkan bila sesat kat negara orang. Comel la padlock tu, siap pakej beli padlock dapat pen.. =). Tak ambik ke gambar kat kerusi patah tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun CV, maklumlah...awal-awal tu bila jumpa orang, tanya pulak tak faham bahasa, cuak jugak.nasib baik jumpa dengan mamat jaga 7E tu...

      gambar dekat kerusi patah tu ada ambik jugak, tapi tak letak pun, cukup sekadar untuk tontonan diri sendiri, hehe...

      Delete
  8. Untung lah..dapat org umah yang rajin heee dan aktiviti membasuh pinggan tu JM puji coz susah nak cari suami tlg isteri cuci pinggan ..ader ke kalau ada JM nk hahahah

    kekadang sesat pun best jugak tapi bila dah sesat perasaan gelabah tu mesti ada..jauh betul sesatnya. Dulu JM naik tangga turun dengan cable car..sama jugak sesat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai je jm, mesti jm salah cari tempat ni, hehe...

      tu lah pasal, sebab kitorang dah masuk ke kawasan perumahan, pastu ada sesetengah jalan lampu pun takda, risau jugak. pastu kitorang main jalan jer, arah tuju takda...nasib baik ada orang sanggup tolon...

      Delete
  9. makin baca cerita hampa berdua, makin geram rasa.... hikhikhik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...kalau dah geram, kena cepat-cepat terjah sini saffuan :)

      Delete
    2. in sha Allah dalam bulan november ni akan ku terjah bumi korea.... Teruskan menulis, nanti leh masuk dalam travel itinerary.... :)

      Delete
    3. wah~...awal winter time tu kan, bolehlah merasa salji turun, hehe...

      Delete
    4. Kalau boleh tak nak la winter... harap lambat la winter tahun ni...

      Delete
  10. Pehhh...... giler cantik gambar sunset tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi cantik kalau tengok dengan mata sendiri shidah, gigil-gigil sejuk pun best, hehe...

      Delete
  11. Ayu ms nk pi namsan tower jln kaki...nk smpai puncak tu mashaallah lemah jtung nk naik bukit..yg sakit htinya last day blh plak naik namsan tower sbb br taw ade cable car..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...sebab tu kitorang naik pakai cable car ayu, kalau tak, mau terkeluar jantung dekat situ. turunnyer yang sesat sikit...

      Delete
  12. wahhhh gigihnya siap masak nasik goreng lagi! untungla dh ade isteri boleh tlg masakkan mknn sedap2. ;p

    sunset tu cntik! bulat elok je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu, ko pun kena cepat-cepat cari calon jugak lah henry, ahaha...

      Delete
  13. tetiba aku rasa hibalah ORGA
    aku terasa seronoknya duk korea ni wpun lima hari je
    powerfull perjalanan
    powerfull view yang manarik yg dapat ang kongsikan ngan kami kat sini
    Beautiful scenary lah wei syioknyaaa
    Tq orga

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan aku pergi sekejap jer, kenalah plan betul-betul tempat mana yang patut pergi, ekceli ada lagi tempat lain yang cantik dila, tapi masa tak cukup, huhu...

      next time dengar citer hang dengan shidah pulak :)

      Delete
  14. Sekali sekala sesat apa salahnya kan.. tak traveller la kalau tak sesat..giteww...
    Aku jeles tgk gambar sunset kau..meletop bah!!! mengigil2 dah aku nk pegi korea nih ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal, make sure ko pun sesat jugak pergi korea nanti, tapi kena waktu sianglah...baru soronok sikit nak ambik gambar...jangan waktu malam pulak, sian dengan aqilah nanti...

      Delete
  15. cantiknyer gambar sunset tu, ko tak rasa nak pegi africa ke amik gambar kat safari ha...mesti nangis natgeo nyer photog tgk ok :)

    aah orga, kena sesat skali-skala baru best, tu tak kira gaduh manja laki bini lagi hehehe...

    lamanya aku dgn laki aku tak jalan...sigh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asia pun tak khatam lagi biqque, mana boleh terus terjah afrika...

      lamanya tak jalan? ko tu tengah pantang, dok jer berehat dekat umah. nanti dah sihat baru seronok nak pergi mana-mana...

      Delete
  16. hurm setiap kali baca entry pasal trip ke korea nie mesti rindu sana, and yes orang korea sangat baik hati menolong pelancong2 yang sesat mcm kita nie.
    Gambar sangat superb!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...macam pernah sesat jugak jer dengan sana mrs. smile...tapi syukurlah, walaupun sesat, ada jugak orang sudi membantu kita kan, takda kejadian tak diingini terjadi...

      Delete
  17. Cantik sungguh pokok2 tu waima tiada daun. Gambar lawa! Nasik goreng? Wow siap masak tu! Baguslaaaa hehehe.

    Sesat2 tu biasa la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boring janggel, asyik dok makan nasi putih jer, sekali sekala wat nasi goreng apa salahnya kan. lagipun perkakas semua ada dekat kitchen guest house...

      Delete
  18. cantik sgt gambar sunsetnyer
    untung jugak sesat yea. boleh jln2 tgk kwsan korea.cantik sgt suasana malamnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan jer nik, plan nak naik ke namsan tower jer, sampai atas baru perasan boleh view sunset dari sini...apa lagi, terus gigih cari port yang sesuai...

      Delete
  19. Cantiknya sunset! Nasib baik betullah naik2 Namsan Tower berpeluang pulak tengok sunset.. Tapi sadis jugak tang sesat tu.. Uhuhu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mieza, nasib baik lah dapat balik ke pangkal jalan. tapi jugah jugak tu nak patah balik ke myeongdong...kena lebih hati-hati lain kali :)

      Delete
  20. Subhanaallah...
    Cantiknya sunset kat situ......
    Unik ek mende2 kat Namsam Tower ni...
    AJ suka love besar tu........
    Hehehheehh...
    Barulah betul mengembara sampai sesat2...
    Hehheheheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aj datang sini, confirm kena beli padlock tu, hehe...

      ekceli, before ni pun pernah sesat, tapi yang ni bukan paling teruk tau, ari last ada lagi sesat, ahaha...

      Delete
    2. Padlock AJ import dari KL....
      Beli solex terus... Hehehhehehehe......
      Lor yeke???? Ok2.... Nak tunggu entri tu pulak..... =D

      Delete
  21. pic2 yg cantik2 ni , tq share, even jauh di korea tekak masih tekak mesia yer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah kA, pergi kejap jer, kalau stay sebulan, mau dah tukar citarasa, hehe...

      Delete
  22. Sunset tu cantik sangat. Orang yang ambil gambar tu pun pandai ambil.

    Kenapa tak nyanyi lagu "Kau kunci cintaku di dalam hatimu..." semasa tengok manga kunci tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takdalah kak, hehe...

      lagu tu saya tak sempat nyanyi, sejuk sangat time tu, hehe...gigil abis satu badan, asyik ulang alik masuk dalam tower je duduk dekat heater...

      Delete
  23. mmg seronok bila tgk sunset tu kan, cantik je.
    tapi dlm hati terdetik, dptkah ku lihat keindahan cahaya matahari pd esok hari?

    semua gambar adalah sgt awesome!
    membuatkan semua org teruja nak ke sana tau.
    tgk tix tu, teringat kt lagu, one way ticket.
    dulu2 hubby selalu main angklung lagu tu. kikiki

    ReplyDelete
  24. Message Tile saya lekat kat area situ..tak tahu lah ade lagi ke tidak..kalau still ada, memang bertuah habis lah..hihi

    ReplyDelete