Tuesday, 25 June 2013

HooHA!

Anda rasa anda gemuk? Perut anda buncit tapi tiada kena mengena dengan mengandung? Lemak di sana sini tiada tandingannya? Cuma ada satu cara sahaja untuk menghilangkan semua ni, iaitu dengan berlari lagi dan lagi. Tapi kalau berlari sesorang macam tak seronok pulak kan rasa, so cara terbaik adalah berlari ramai-ramai dengan menjoinkan diri dengan aktiviti seperti marathon or triathlon. Apa yang aku nak share dekat sini adalah laman sesawang HooHA. Mungkin ada yang dah tau and mungkin tidak, so sama-sama kita ceduk info yang ada kan.


Sebelum ini, aku tengok ada dua tiga orang member aku asyik join aktiviti macam ni, sampai aku pun naik heran, mana diorang semua dapat info. Yela, aku pun suka berlari jugak, tapi kalau dapat join aktiviti larian yang macam ni, lagi seronok. Aku target tak la nak menang pun, just seronok-seronok berlari untuk menyihatkan badan, sambil-sambil tu dapat tshirt free. Lepas membuat siasatan, baru tau diorang banyak refer dekat website HooHA.


Kalau tengok dekat section EVENTS, website HooHA telah menglistkan events-events yang akan berlangsung. Next events yang paling dekat adalah NTV7 Feel Good RUN - 7 July 2013. Patut join ni, manatau kot-kot ada peluang masuk NTV7, hehe...



Mungkin disebabkan jerebu yang tengah melanda sekarang ni, tak dapat nak join NTV7 Feel Good Run yang akan diadakan pada 7 July tu nanti. It's occay, maybe boleh join yang bulan September punya pulak macam dalam gambar atas. Yang penting, aku dah nak start involve dengan aktiviti macam ni, bukan setakat boleh menyihatkan badan, tapi boleh jugak menambah kenalan. So, free-free bolehlah visit HooHA :)


Roger and out.



Wednesday, 19 June 2013

Promo: Cuti-Cuti Ringan

Salam semua...

Rasa macam dah lama sangat tak menghupdate blog, bukan sebab malas or bizi, tapi sebab camera aku ada orang pinjam. Aku pulak bukan jenis pandai mengarang, kalau nak menulis tu kena ada gambar dulu, pastu baru boleh mengarang dengan jayanya. Kalau aku terer mengarang, time sekolah dulu, masa subjek BM, takdelah nak kena berdiri luar kelas kan, muahaha... Yang pinjam camera aku pulak merangkap member sehidup semati, mulanya cakap seminggu jer, now dah sebulan kot. Takperlah, yang penting dia happy. So, bagi memeriahkan blog aku yang sunyi tahap 27 petala langit ni, aku nak share beberapa promo from MyDeal. So far, promo ni pun not bad, mampu dimiliki oleh segenap lapisan masyarakat secara umumnya, and mereka-mereka yang taktau nak buat apa dekat rumah secara khususnya. Jom kita tengok!

Promo No. 1 : Gold Coast Morib


klik untuk details

source: mydeal

Ok la kan, takla jauh sangat kalau nak pergi. Musim-musim panas cam gini, keje pulak berlambak, so eloklah pergi tempat-tempat yang berair, boleh main sepuas-puasnya. Saper yang tak suka air kan...

Promo No 2 : Tiara Beach Resort

klik gambar untuk details

source: mydeal

Tengok tu...wuhaiii, ramai sungguh orang dok main air, mak, ayah, tok wan, tok cik, semua ada. Pakej pun tak mahal sangat, below RM100. Yang best nyer dekat sini, kalau tak puas hati lagi mandi kolam, boleh terjah mandi laut pulak :)

Promo No. 3 : The Legend Cherating Beach Resort

klik gambar untuk details

source: mydeal

Kalau rasa, balik-balik Morib, balik-balik Port Dickson, so boleh ubah haluan ke Pahang pulak, iaitu dekat The Legend Cherating Beach Resort. So far, ini lah antara 3 promo dekat MyDeal yang aku rasa ok, ada lagi yang lain-lain, tapi bagi aku tak berapa nak berkenan sangat. Sekali sekala entertain diri sendiri apa salahnya kan, diri sendiri jugak yang untung. Tambahan pulak kalau dapat berkongsi dengan orang tersayang kan...eh, jiwang la fulak. Okaylah, sampai sini je dulu. Cau!


Roger n out.



Tuesday, 11 June 2013

Harumanis - Perlis

"kita kahwin..."!  =))

Haha..saspen tak? Ni bukan aku nak kawen lagi, jangan buat kontroversi, tak mo tak mo. Ni sebenarnya aku copy paste status terkini kat fesbuk jap tadi, ramai kawan aku yang hupdate. Punya la aku duk fikir pasai apa, rupanya wife aku cakap depa duk layan cita Teduhan Kasih, haha...patutla, sebab tu kul 9 jer wife aku bukak tonton, semata-mata nak tengok cerita ni, dia kata kat tibi iklan panjang sangat..hm, layankan je laaa dia duk citer panjang lebar kat aku.

Wokeylah, entry kalini aku nak bawak korang semua kembali ke utara tanahair kita. Sebenarnya, aku nak kontiniu dengan entry 7 Wonders of Perlis yang tak habis tahun lepas. Dalam 7 wonders tu, just sempat cover 3 sahaja. So tahun ni aku tambah lagi satu, untuk 7 Wonders of Perlis yang keempat iaitu Harumanis. Before tu, aku nak rewind balik apa itu 7 Wonder of Perlis. Untuk Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh and Laksa Kuala Perlis, aku dah buat entry before ni. Boleh klik untuk mengulangkaji :)

7 Wonder of Perlis
1. Ladang Tebu Chuping (Klik)
2. Empangan Timah Tasoh (Klik)
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis (Klik)
6. Makanan Laut
7. Padang Besar.

Harumanis

Kronologi aku beli buah Harumanis ni aku tak berapa nak ingat sangat, sebab banyak kejadian yang berlaku time ni, tapi lebih kurang macam ni la. Pada hari tersebut, iaitu bersamaan 2 hari selepas hari mengundi, aku and family menuju ke Pekan Nat (malay moden = pasar hari) untuk beli barang-barang basah sikit untuk buat makan tengahari. Pastu rata-rata aku tengok orang dok jual buah Harumanis. Nak ambik hati orang tua aku punya pasal, aku pun nak beli lah. Tapi ayah aku tak bagi beli pulak, dia cakap mahal and kurang kualiti kalau beli dekat Pekan Nat. Ayah aku tambah, kalau nak yang betul-betul kualiti, kena pergi beli dekat kebun Harumanis ni sendiri. So, siap beli barang-barang semua, terus gerak. 

Dalam kete, ayah aku roger kengkawan dia tanya dekat mana yang jual murah. Hasil penyiasatan yang jitu, kebanyakan dekat kawasan Batu Pahat. Aku pun hah?!! Batu Pahat, awat jauh sangat sampai ke Johor sinun... Rupa-rupanya dekat Perlis pun ada nama tempat Batu Pahat. Aku taktau sangat jalan mana, ayah aku suruh masuk aku masuk, last-last sampai. Kebun harumanis pertama yang kitorang pergi adalah Perusahan Abdullah Sekeluarga (PAS). Alamat seperti dibawah:

Perusahaan Abdullah Sekeluarga (PAS)
2787, KM 3.6, Jalan Santan
01000 Kangar Perlis
Tel: 012-581 6038 / 04-976 1889

Masa masuk tu, aku tengok banyak sangat buah harumanis. Sekali masa nak beli, diorang cakap dah abis. Yang banyak-banyak tengah bungkus tu, orang dah tempah awal-awal lagi. Serius aku tak sangka, buah yang mahal gini pun boleh abis. Dekat sini, harga termurah aku tengok, sekilo RM17. Then, ayah aku ajak pergi tempat lain pulak. Tapi tak jauh sangat dari kebun Perusahaan Abdullah Sekeluarga ni. Sama jugak, semua abis. Kebun yang ketiga kitorang pergi pun sama, habis. Kebun kedua and ketiga aku tak masuk pun, ayah aku sorang turun tanya samada ada lagi ke tidak harumanis. Rasa macam takda harapan lagi, kitorang pun gerak untuk balik ke rumah sambil buat muka sedih. Ayah mana yang sanggup tengok anak diorang sedih kan, so ayah aku pun roger kengkawan dia sekali lagi. And, lastly, dapat info dekat Paya Kelubi masih ada lagi orang jual harumanis. Apa lagi, terus terjah lah. So, inilah hasil rembatan kitorang. 

2 kilo

Nampak tak gambar atas? 2 kilo baru 5 biji. Dekat sini, diorang offer sekilo RM15. Kebun ni takda nama, sebab usaha sendiri. Tuan rumah yang jual ni nama En. Ishak (hp: 012-4912191). Boleh contact kalau nak buat tempahan. Oklah kan, harga pun murah sikit dari kebun-kebun yang kitorang singgah tadi. Tapi jalan nak ke sini macam susah sikit, sampai kitorang sendiri pun sesat. Aku beli tak banyak mana pun, adalah kot dalam 17 kilo, ahaha... Lebih kurang RM255 total. 


Setahun sekali melabur untuk harumanis, oklah kan. Untuk pengetahuan, buah manga Harumanis berbuah sekali je setahun, dalam 2 minggu gitu, lebih kurang bulan April hingga Mei, and hanya ada di Perlis. Sebab tu, banyak kebun-kebun yang terletak tepi jalan-jalan utama cepat abis. Orang lain dah siap tempah 2,3 bulan awal. Semua buah yang kitorang beli ni dah hampir masak, peram pun tak lama, sehari dua dah boleh makan. 17 kilo yang aku beli tu bukan untuk aku sorang, ada kengkawan aku yang pesan, adik beradik aku lagi, sanak saudara, ramai tau. Selepas dua hari, bau pun dah naik, so ni dah tanda-tanda harumanis dah masak and boleh dimakan. 


Syahdu betul masa makan, buah mahal ni, nasib baik sedap and takda yang buruk. Rasa macam mana? Nama buah mangga ni sendiri dah membayangkan macam mana rasa buah ni. Control makan sikit-sikit takut cepat habis, last-last habis jugak. Nak kena tunggu tahun depan pulak untuk dapat peluang makan Harumanis lagi.

Okaylah, sampai sini jer dulu. Untuk entry pasal 7 Wonders of Perlis yang lain, kena tunggu balik kampung, baru dapat hupdate. So, apa lagi, Jom Pakat Pakat Pi Perlis :)


Roger and out.