Tuesday, 11 June 2013

Harumanis - Perlis

"kita kahwin..."!  =))

Haha..saspen tak? Ni bukan aku nak kawen lagi, jangan buat kontroversi, tak mo tak mo. Ni sebenarnya aku copy paste status terkini kat fesbuk jap tadi, ramai kawan aku yang hupdate. Punya la aku duk fikir pasai apa, rupanya wife aku cakap depa duk layan cita Teduhan Kasih, haha...patutla, sebab tu kul 9 jer wife aku bukak tonton, semata-mata nak tengok cerita ni, dia kata kat tibi iklan panjang sangat..hm, layankan je laaa dia duk citer panjang lebar kat aku.

Wokeylah, entry kalini aku nak bawak korang semua kembali ke utara tanahair kita. Sebenarnya, aku nak kontiniu dengan entry 7 Wonders of Perlis yang tak habis tahun lepas. Dalam 7 wonders tu, just sempat cover 3 sahaja. So tahun ni aku tambah lagi satu, untuk 7 Wonders of Perlis yang keempat iaitu Harumanis. Before tu, aku nak rewind balik apa itu 7 Wonder of Perlis. Untuk Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh and Laksa Kuala Perlis, aku dah buat entry before ni. Boleh klik untuk mengulangkaji :)

7 Wonder of Perlis
1. Ladang Tebu Chuping (Klik)
2. Empangan Timah Tasoh (Klik)
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis (Klik)
6. Makanan Laut
7. Padang Besar.

Harumanis

Kronologi aku beli buah Harumanis ni aku tak berapa nak ingat sangat, sebab banyak kejadian yang berlaku time ni, tapi lebih kurang macam ni la. Pada hari tersebut, iaitu bersamaan 2 hari selepas hari mengundi, aku and family menuju ke Pekan Nat (malay moden = pasar hari) untuk beli barang-barang basah sikit untuk buat makan tengahari. Pastu rata-rata aku tengok orang dok jual buah Harumanis. Nak ambik hati orang tua aku punya pasal, aku pun nak beli lah. Tapi ayah aku tak bagi beli pulak, dia cakap mahal and kurang kualiti kalau beli dekat Pekan Nat. Ayah aku tambah, kalau nak yang betul-betul kualiti, kena pergi beli dekat kebun Harumanis ni sendiri. So, siap beli barang-barang semua, terus gerak. 

Dalam kete, ayah aku roger kengkawan dia tanya dekat mana yang jual murah. Hasil penyiasatan yang jitu, kebanyakan dekat kawasan Batu Pahat. Aku pun hah?!! Batu Pahat, awat jauh sangat sampai ke Johor sinun... Rupa-rupanya dekat Perlis pun ada nama tempat Batu Pahat. Aku taktau sangat jalan mana, ayah aku suruh masuk aku masuk, last-last sampai. Kebun harumanis pertama yang kitorang pergi adalah Perusahan Abdullah Sekeluarga (PAS). Alamat seperti dibawah:

Perusahaan Abdullah Sekeluarga (PAS)
2787, KM 3.6, Jalan Santan
01000 Kangar Perlis
Tel: 012-581 6038 / 04-976 1889

Masa masuk tu, aku tengok banyak sangat buah harumanis. Sekali masa nak beli, diorang cakap dah abis. Yang banyak-banyak tengah bungkus tu, orang dah tempah awal-awal lagi. Serius aku tak sangka, buah yang mahal gini pun boleh abis. Dekat sini, harga termurah aku tengok, sekilo RM17. Then, ayah aku ajak pergi tempat lain pulak. Tapi tak jauh sangat dari kebun Perusahaan Abdullah Sekeluarga ni. Sama jugak, semua abis. Kebun yang ketiga kitorang pergi pun sama, habis. Kebun kedua and ketiga aku tak masuk pun, ayah aku sorang turun tanya samada ada lagi ke tidak harumanis. Rasa macam takda harapan lagi, kitorang pun gerak untuk balik ke rumah sambil buat muka sedih. Ayah mana yang sanggup tengok anak diorang sedih kan, so ayah aku pun roger kengkawan dia sekali lagi. And, lastly, dapat info dekat Paya Kelubi masih ada lagi orang jual harumanis. Apa lagi, terus terjah lah. So, inilah hasil rembatan kitorang. 

2 kilo

Nampak tak gambar atas? 2 kilo baru 5 biji. Dekat sini, diorang offer sekilo RM15. Kebun ni takda nama, sebab usaha sendiri. Tuan rumah yang jual ni nama En. Ishak (hp: 012-4912191). Boleh contact kalau nak buat tempahan. Oklah kan, harga pun murah sikit dari kebun-kebun yang kitorang singgah tadi. Tapi jalan nak ke sini macam susah sikit, sampai kitorang sendiri pun sesat. Aku beli tak banyak mana pun, adalah kot dalam 17 kilo, ahaha... Lebih kurang RM255 total. 


Setahun sekali melabur untuk harumanis, oklah kan. Untuk pengetahuan, buah manga Harumanis berbuah sekali je setahun, dalam 2 minggu gitu, lebih kurang bulan April hingga Mei, and hanya ada di Perlis. Sebab tu, banyak kebun-kebun yang terletak tepi jalan-jalan utama cepat abis. Orang lain dah siap tempah 2,3 bulan awal. Semua buah yang kitorang beli ni dah hampir masak, peram pun tak lama, sehari dua dah boleh makan. 17 kilo yang aku beli tu bukan untuk aku sorang, ada kengkawan aku yang pesan, adik beradik aku lagi, sanak saudara, ramai tau. Selepas dua hari, bau pun dah naik, so ni dah tanda-tanda harumanis dah masak and boleh dimakan. 


Syahdu betul masa makan, buah mahal ni, nasib baik sedap and takda yang buruk. Rasa macam mana? Nama buah mangga ni sendiri dah membayangkan macam mana rasa buah ni. Control makan sikit-sikit takut cepat habis, last-last habis jugak. Nak kena tunggu tahun depan pulak untuk dapat peluang makan Harumanis lagi.

Okaylah, sampai sini jer dulu. Untuk entry pasal 7 Wonders of Perlis yang lain, kena tunggu balik kampung, baru dapat hupdate. So, apa lagi, Jom Pakat Pakat Pi Perlis :)


Roger and out.



36 comments:

  1. Weh...... mahal kebaboom nya. Aku pernah tengok kat tibi harumanis ni org makan ngan pulut.... awat hang tak makan ngan pulut Orga

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku orang kedah shidah, durian je makan dengan pulut, buah lain macam tak boleh masuk sikit, hehe...

      Delete
  2. JM pun belum pernah makan mangga harumanis nih..dorang ckp mkn ngan pulut pun sedap eh..mcm mkn pulut durian tu..perlu tggu thn depan lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikut adat orang perlis, memang dengan pulut pun diorang makan jm...tak pernah try lagi? rugi woo...tahun depan jm kena try okay :)

      Delete
  3. dalam 7 tu, aku cuma tak buat taman ular jer...cit!

    harumanis ko cantekkkkkkkkkkkkkkkk! terliur aku :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan aku pun biqque, cuma gambar nyer jer yang takda...nak kena repeat balik, hehe...

      Delete
  4. Kalau makan harumanis ni bersama pulut + santan + gula..fun sedap!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. awww...usah lah cakap begitu zila, sentap ati aku, huhu...

      Delete
  5. ohmaii mahalnya! rm17/kilo boleh dapat brape bijik tu bro? mmg syahdula kalo makan benda mahal2 kan. ade 1 lg mangga yg jenis sedap x silap emas hitam. haaha mangga epal pn aku suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lah kot dalam 2 biji untuk sekila henry, mahal weh...kena berjimat cermat kalau nak makan, hehe...mangga emas hitam? macam lagi best je ni, dengar nama pun dah lain.aku tak pernah try lagi rasa nya...

      Delete
  6. Memang adventurous juga kisah Orga cari Harumanis ni. Dapat bayangkan muka ayah Orga yg susah hati tengok anak kempunan.

    Laksa Kuala Perlis tu saya pernah makan setiap kali ke Langkawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...betul tu kak, kitorang memang kempunan pun, masa on the way balik tu sebab tak dapat, memang muka seposen je tunjuk, hehe...nasib baik dapat beli jugak...

      Delete
  7. Ada dengar pesal Harumanis nie. Sensation betul ek? Never thought that the price will be hike up to RM17 per kg? Kalau tak silap, Harumanis ni antara category mangga yg paling bagus species nya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun zara, yang lagi baik kualiti, harga boleh mencecah rm22 per kg. tak mampu nak rembat yang mahal, rm17 per kg tu pun dah kira mahal sebenarnya...

      Delete
  8. Harganya kira OK tu sebab barang eksklusif kan... Tapi masalahnya susah nak dapat mangga tu. Kenapa ada kat Perlis je, kalau tanam kat Lembah Klang tak boleh hidup ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh hidup mie dekat tempat lain. pernah beli anak pokok bawak balik tanam dekat kg di kedah, langsung tak hidup. tatau kenapa, nak diikutkan, suhu tanah sama jer rasa nyer...

      Delete
  9. tahun depan aku booking la kirim harumanis kat ko orga. boley??? hihi. terliur tengok mangga tu. haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jer pm...nanti nak dekat musim harumanis, aku roger semua orang, ahaha...

      Delete
  10. wah mmg terliur...sedapnya dpt makan ngn pulut n santan...nyuumm....eh mahal nye harga...ktorg ni selalunya dpt makan freee je sbb bos org perlis...skali dia bawak, berbakul...apa lagi, kenduri harumanis le ktorg....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutlah...bos orang perlis, untung lah akak...mahal tau kalau nak beli....

      Delete
  11. Assallammualaikum Orga, salam kenal!

    memang harum manis ni mangga yang paling best la saya pernah makan, manis sampai ke gigitan terakhir! hehe
    pak mertua saya ada kebun harum manis kat padang besar, so memang puas makan buah harum manis ni! superb!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal jugak ayu...

      hah, ada kebun? ini tidak adil...kitorang dah berkali-kali beli anak pokok, tapi tak pernah nak tumbuh. terpaksalah kuar duit poket sendiri untuk beli jugak, huhu~...

      Delete
    2. Orga, rasanya harum manis ni memang ada "sumpahan", boleh tumbuh kat Perlis aje.. hik2

      Delete
    3. tu lah agak nya ayu...tapi kat perlis, tak semua tempat tumbuh, lagi pelik kan, hehe..

      Delete
  12. alhamdulillah dengan KEIGIHAN yang ada akhirnya ada jugak erk ORGA
    bukan senang nak merapati si HM ni rupanya
    CINTA HM selaut mana di redah aKHIRNYA.....wah sedapnyaaaaa
    terasa rasa lak aku. arituh anak buah aku balik dari perLIH ada bawak sekotak
    sodap giller ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah tau dila, jauh kitorang merantau semata-mata nak cari harumanis jer...dah jodoh, bertemu juga walaupun kena redah kebun getah and sawah padi, cewah...hehe...

      Delete
  13. Saya suka dua2...
    Teduhan Kasih & mangga Harumanis...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh...layan jugak teduhan kasih cv, hehe...

      Delete
  14. sedapnya la.. harumanis dan teduhan kasih~!!!!

    ReplyDelete
  15. penah pi jeti kuala je hohohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat menarik dekat perlis xila, yang paling kebaboom, laksa kuala perlis la...harumanis kena tunggu musim, so susah sikit...

      Delete
  16. pergghhh..saya terliur dah ni wak!
    mmg penggemar buah mangga, x kira jenis apa pun.
    kalau beli kt pasar malam, mmg xdpt la yg semanis harumanis ni kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dekat pasar malam pun boleh tahan jugak sue, ritu lepas harumanis dah abis, tak puas hati punya pasal, beli pulak yang pasar malam, tak ingat dah jenis apa...ok jugak rasa dia...setuju tu, buah mangga jenis apa pun, sedap semua :)

      Delete
  17. ehhh.... orang perlis ke? Saya duk perlis, di beseri... kalau balik leh la jumpa2...

    ReplyDelete
  18. Buah mangga rupanya...;) ingatkan apa tadi... Lemak manis berkrim nampak rupanya bila dh dipotong

    ReplyDelete