Wednesday, 25 September 2013

#TS Breakaway - Tourism Selangor

Salam semua, apa khabar? Aku sihat-sihat jer, and aku harap korang semua pun begitu jua. Di kala aku menulis warkah ini, hujan baru start turun, panas yang aku rasa tadi, kian menghilang, bak kata pepatah, "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan". Jadi, berbekalkan idea yang tak berapa nak ada ni, aku padam, tulis...padam tulis...daripada satu perkataan, aku karangkan menjadi satu ayat. Daripada satu ayat, aku kembangkan lagi menjadi satu perenggan. Tidak lama kemudian, maka terhasillah #TS Breakaway - Tourism Selangor. Apa bende TS Breakaway ni? Sebenarnya, entry ini ditujukan khas kepada mereka-mereka di luar sana yang gemar dan sangat suka travel. Meh aku citer details sikit...

Pada suatu hari, Tourism Selangor, telah menganjurkan satu competition di mana, orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai blog/website sendiri, perlu menghantar video, karangan, gambar-gambar, puisi, atau pape jelah yang korang rasa idea gempak giler, mengenai "WHAT DOES TRAVELING MEANS TO YOU?" ke tsbreakaway.my sebelum 11 Oktober 2013.


Selepas di pilih, korang akan join dengan 11 travellers yang lain selama 5 hari 4 malam di sesuatu tempat di Malaysia (tempat rahsia), dan kemudian, apabila dah tamat expidisi ni, kena balik tulis dekat blog/website sendiri mengenai pengalaman join trip ini. Masa yang diberikan adalah 10 hari. Ok kan, dapat travel free and pastu share pengalaman dekat blog, macam dah selalu buat kan.


Apa yang menariknya pasal competition ni? Dapat join the trip tu dah satu hal, yang lagi bestnyer, hadiah yang ditawarkan untuk pemenang adalah RM10,000. Tarikh untuk travel pulak start 26 Oktober 2013 sampai 30 Oktober 2013. Tak lama pun, so saper-saper ada cuti bersalin yang lebih ker, boleh lah hantar penyertaan sebanyak mungkin. Yang takda tu, nampak sangat tak kahwin lagi kan, pandai-pandai la cari MC ke apa, hehe...


Cara-cara nak join:


So, apa tunggu lagi!! Start la mengarang sekarang, just tell them WHAT DOES TRAVELING MEANS TO YOU? Boleh buat dalam Bahasa Malaysia or English. Kalau rasa ada mende yang tak puas hati ke, tak payah la nak marah-marah pak guard, diorang pun nak cari makan jugak. Opss...sori-sori, termasuk citer lain pulak. Kalau ada persoalan or nak info lebih details, boleh pi tengok dekat tsbreakaway.my.


roger and out.



Thursday, 12 September 2013

Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Salam semua...sihat-sihat je yer, musim-musim hujan ni, berjaga-jaga la sikit. Lama sungguh aku tak menghupdate blog, dah bersawang dah sampai anak labah-labah tu pun dah besar pergi sekolah dah. Di kesempatan ni jugak aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Kalau makan lemang dengan ketupat tu, ingat-ingatlah aku sama. Eh...ada lagi ke orang makan lemang dengan ketupat sekarang, hehe... Wokey, dalam entry ni aku nak share yang UiTM ada buka offer untuk Biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda untuk peringkat Sarjana and PhD, bagi tahun 2014. So, apa kaitan dengan pepatah diatas yang berbunyi "Sambil Menyelam Sambil Minum Air??" Bagi yang faham apa yang aku maksudkan, mesti diorang tak sabar-sabar menunggu tarikh permohonan ni buka. Syarat-syarat untuk apply pun simple jer, cewah~...


Syarat-syarat untuk PhD:
1. Ada ijazah yang diiktiraf
2. Pointer CGPA masa peringkat ijazah at least 3.50
3. Pointer CGPA masa peringkat sarjana at least 3.00

Syarat-syarat untuk Sarjana:
1. Ada ijazah yang diiktiraf
2. Pointer CGPA peringkat ijazah at least 3.50

Permohonan untuk Skim Tenaga Pengajar Muda UiTM ni akan dibuka 17 September 2013 sehingga 1 Oktober 2013. Boleh refer link dekat bawah untuk lebih detail.


Amacam? Menarik lagi tertarik?? hehe...bagi sesiapa yang dapat tu, amatlah bertuah. Dapat pergi US, UK, Japan, Singapore, or mana-mana negara yang menjadi impian sejak dari bangku sekolah lagi. Pergi pulak bukan 5,6 hari tau, tapi sehinggalah tamat pengajian. Wokeylah, sampai sini jer. Pasni nak BW pulak, dah lama sangat tak melawat jiran tetangga, nak tau jugak diorang apa cer kan...

Roger and out.