Wednesday, 25 September 2013

#TS Breakaway - Tourism Selangor

Salam semua, apa khabar? Aku sihat-sihat jer, and aku harap korang semua pun begitu jua. Di kala aku menulis warkah ini, hujan baru start turun, panas yang aku rasa tadi, kian menghilang, bak kata pepatah, "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan". Jadi, berbekalkan idea yang tak berapa nak ada ni, aku padam, tulis...padam tulis...daripada satu perkataan, aku karangkan menjadi satu ayat. Daripada satu ayat, aku kembangkan lagi menjadi satu perenggan. Tidak lama kemudian, maka terhasillah #TS Breakaway - Tourism Selangor. Apa bende TS Breakaway ni? Sebenarnya, entry ini ditujukan khas kepada mereka-mereka di luar sana yang gemar dan sangat suka travel. Meh aku citer details sikit...

Pada suatu hari, Tourism Selangor, telah menganjurkan satu competition di mana, orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai blog/website sendiri, perlu menghantar video, karangan, gambar-gambar, puisi, atau pape jelah yang korang rasa idea gempak giler, mengenai "WHAT DOES TRAVELING MEANS TO YOU?" ke tsbreakaway.my sebelum 11 Oktober 2013.


Selepas di pilih, korang akan join dengan 11 travellers yang lain selama 5 hari 4 malam di sesuatu tempat di Malaysia (tempat rahsia), dan kemudian, apabila dah tamat expidisi ni, kena balik tulis dekat blog/website sendiri mengenai pengalaman join trip ini. Masa yang diberikan adalah 10 hari. Ok kan, dapat travel free and pastu share pengalaman dekat blog, macam dah selalu buat kan.


Apa yang menariknya pasal competition ni? Dapat join the trip tu dah satu hal, yang lagi bestnyer, hadiah yang ditawarkan untuk pemenang adalah RM10,000. Tarikh untuk travel pulak start 26 Oktober 2013 sampai 30 Oktober 2013. Tak lama pun, so saper-saper ada cuti bersalin yang lebih ker, boleh lah hantar penyertaan sebanyak mungkin. Yang takda tu, nampak sangat tak kahwin lagi kan, pandai-pandai la cari MC ke apa, hehe...


Cara-cara nak join:


So, apa tunggu lagi!! Start la mengarang sekarang, just tell them WHAT DOES TRAVELING MEANS TO YOU? Boleh buat dalam Bahasa Malaysia or English. Kalau rasa ada mende yang tak puas hati ke, tak payah la nak marah-marah pak guard, diorang pun nak cari makan jugak. Opss...sori-sori, termasuk citer lain pulak. Kalau ada persoalan or nak info lebih details, boleh pi tengok dekat tsbreakaway.my.


roger and out.



13 comments:

  1. hadiah boleh tahan lumayan. tapi karya byk plak ketegorinya eh. hmmmmm bagus juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. join la TP, hehe...tapi macam jm cakap la, tulis pun untuk suka-suka jer dekat blog ni.kalau bab nak mengarang tu, memang failed giler...

      Delete
  2. Yer..JM pun sihat jugak..alhamdulillah..heee

    Kalau contest yang perlu buat karangan..nak buat citer ni JM mmg failed..kalau sekadar tulis dalam blog..tulis suka2 ..susunan ayat berterabur tu boleh lah..anyway..terima kasih dear kongsi info ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada, tulisan jm penuh informasi, sekali jm anta penyertaan, confirm terpilih punya, confirm! cewah~...gurau je jm :)

      Delete
  3. Good info tapi tak mampoo nak buat. Yang last tu terus kona baring... nape tak tendang masuk gol sekali... hangin betul aku dengar... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tu la pasal pak lang mie, tau la player, boleh pulak dribble orang tua, geram jugak nih :)

      Delete
  4. Join ke orga..? Good luck! So far, i haven't got any luck with all these competition thingy... hu...hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau lagi farikica, dengan keje bersepah-sepah, kalau ada kelapangan sikit baru try join kot, hehe...

      Delete
  5. Replies
    1. tipu!! ko mesti dah ada 3,4 paper yang dah publish kan zette, takkan la tak pandai mengarang :)

      Delete
  6. Salam Orga

    Tak mampu Yong nak mengarang....mengira boleh la....$$$$$$10,000.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni saya pun terer kak yong, hehe...

      Delete
  7. Wow! Interesting nih.. Sempat lagi nak join nih.. Mana tau ada rezeki dapat makan angin free.. Hehe.. Btw, thanks Orga for the info.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete