Friday, 20 December 2013

Cuti-Cuti Ni, Hangpa Pi Mana?

Salam jumaat semua...

Rasanya ramai yang akan cuti panjang next week sempena cuti X'mas, tambah-tambah pulak nak abiskan cuti tahunan katanya. Aku pun tergolong dalam golongan yang bercuti jugak, kalau boleh nak cuti hari-hari. Tapi apakan daya, kerja yang bersepah-sepah, dengan nak exam lagi awal bulan satu nanti, cuti pun terpaksa disingkatkan. Disebabkan cuti yang tak berapa banyak ni, plan aku satu jer, cuma nak utara tanahair kita, sebabnya tak lain tak bukan, nak balik kampung lah. Rasa serabut sangat dok KL ni, sana jem, sini jem, nak pergi kerja jem, balik kerja jem, kerja pulak semua nak mintak masa hujung tahun cam gini, report tu lah, report ni lah, stress!! Dengan bercuti jer baru pemikiran ni tenang sikit.


Walaupun perjalanan tu ambik masa hampir 5 ke 6 jam, bila nampak tol Alor Setar, langsung tak rasa penat, lagi excited adalah. Aku suka drive kawasan ni, jalan pun tenang, kiri kanan menghijau jer penuh dengan pokok-pokok, kadang-kadang terserempak dengan orang jual air tebu, air kelapa, nira nipah (hmm...aku kurang berkenan sikit, tapi favorite bapak aku), mesti aku berhenti beli. Rasa macam nothing special kan, tapi feel orang yang dok jauh sekali sekala balik ni lain.


Sesapa yang belum pernah ke Kedah, jemput lah mai sini. Banyak tempat-tempat menarik di Kedah yang boleh diteroka, yang dah banyak kali mai sini, mai lah lagi, bukan setakat banyak tempat menarik, makanan pun murah. Bila sebut pasal makanan ni, aku dah awal-awal lagi roger mak aku, mengidam laksa utara hasil tangan mak sendiri, mana nak dapat dekat tempat lain beb. Bila Kak Piah bagi jawapan "ya" jer, ayaq liuq terus menitik sampai kaki. Tangan dah terketaq-ketaq nak pegang camca dengan garpu untuk makan laksa nanti.

waduh-waduh~...

Member kamcing aku pulak, bila tau aku nak balik, apa lagi, hari-hari tepon tanya. Mak aku cakap credit asyik dia jer yang abiskan, suruh guna wassap dia tak berapa pandai sangat. Kekadang tu mak aku cakap, member aku ni selalu bising dekat depan rumah tanya pasal aku, nampak tak...betapa prihatin nya member kamcing aku ni. Sebab tu orang tua-tua cakap, "kawan biar seribu, musuh biar satu".


Meh aku perkenalkan member aku ni, panggil jer dia Ben10. Lama dah tak jumpa dia, taktau macam mana keadaan dia sekarang. "tunggu yer...nanti kita balik jumpa awak"... Tak sabar-sabar dah rasa nak tunggu hujung minggu ni, banyak sangat perkara menarik menanti di kampung.

lokasi kejadian: Bendang

Memanglah niat dihati nak pulang ke kampung, tapi kalau tuan bendahari tak bagi green light, susah jugak. Nasib baik dia pun ok, now tunggu hari dan waktu jelah untuk berangkat. Kalau orang Negeri Sembilan ada lagu "apo kono eh jang", kitorang orang Kedah pun ada lagu jugak lah. Sebelum aku tamatkan entry ni, layan dulu lagu "Seloka Negeri Kedah (Mai Cek Oi Mai Cek Mai)"...



Roger & out.




25 comments:

  1. Foto pertama tu macam kat obersi pulak...cantek...

    Kirim salam kat member kamcing hang tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebun getah je pak lang depan tu, ahaha...

      Delete
  2. aku teringin nak naik menara ni ORGA tapi aku tak pernah sampai lagi. wah cuti panjang tu. aku pun bakal cuti panjang gak sempena company shutdown dari 30 sampai lah tiga haribulan. tak tau nak pi mana nih ORGA (hehehhe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yang orang kedah pun tak pernah naik menara ni dila, haha...teruk tak aku...tapi dekat area bawah sekitar menara ni selalu jugak lepak, kalau pagi-pagi ada dekat belakang sikit, ada tempat brekfast best.

      Delete
  3. Selamat bercuti balik kg nanti..kalau tanya JM ke mana...JM masih di sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jm selalu macam tu, sedar-sedar je dah naik flight pergi tah mana-mana...

      Delete
  4. Baca status kawan2 kat fb yang duk Kolumpor, semua mengeluh pasal jammed. Nasib baik lah kat KK ni jammed2 pun still bergerak. Tu pun musim ada perayaan jelah jammed nye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun bibie, toksah la niat nak bermastautin dekat sini, stress jer ari-ari, ahaha...dok kk lagi best, ari-ari boleh makan seafood sedap-sedap :)

      Delete
  5. untungla byk syarikat suruh abeskan cuti. nampaknya aku jugak yg kene bekerja tatkala sume org blk kg. huhuhu... takpe2. aku pn kt kampung ni sbb ade keje kt sini. alang2la kan~ hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko lagi best henry, kerja dari umah la ni. tak yah susah-susah pergi ofis...

      Delete
  6. sedapnya laksa tu wehhhhhhhh!

    ReplyDelete
  7. makan nasik lemak royalee....sedappp....hehehe laksa teluk kecai...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang meletup la kalau makan nasi lemat royale akak, ahaha...

      Delete
  8. Selamat balik kampong ye Orga...baik baik jalan nuu
    Take care dear..salam sayang kat Ben10

    ReplyDelete
  9. Ermm... tengok laksa tu. kecoq ayaq lioq eh! hehehe... gambo kat menara tu superb sgt! cantik dan ade style.. hehehe
    selamat bercuti Orga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah abis cuti dah farel, so dah start hari yang sibuk. tapi buat-buat sibuk jer, minggu depan baru cover balik, ahaha...

      Delete
  10. cheq pun balik kampung melepasi alor setaq..balik perlis woohaa best tak sangga
    dapat jugak makan laksa perlis tapi kali nie bukan mak yang buat tapi kak su yang buat :)
    pandai kawan baik tu dok habiskan kredit mak...pasni balik kg cer ajaq dia pakai whatsapp :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...laksa terbaik makan dekat kampung jugak, dah masuk 2014 ni taktau bila pulak nak balik MS...

      Delete
  11. Takdak pi mana-mana... gi shopping brg baby jah + tak larat nak gi bercoti dah huhu.

    Penah gi kedah.. tapi langkawi jah huhuh.
    Next time nak explore kedah plak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi dekda...seronok bershopping yer, untunglah, hehe...

      Delete
  12. Laksa tu betol2 menggugat iman...adooiii...memang sedap ker? pekat likat betol kuahnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena caranya, memang sedap mana-mana laksa pun farikica. yang penting kuah kena pekat, cewah~...

      Delete
  13. foto 1st tu mcm kt oversea sgt sekali pandang..2x pandang br perasan ni jalan nk blk konerang..selekoh kt bukit tampoi..nice shoot..

    ReplyDelete