Monday, 10 March 2014

Pau Yik Mun...HALAL??

halal ker??

Salam semua...untuk pengetahuan, aku ada terima satu komen yang menyatakan status Halal Pau Yik Mun kena tarik balik. Tak syok lah macam ni, sebabnya...pada zaman dahulu kala, aku pernah buat entry yang mensabitkan aku telah memakan pau dekat sini, and bukan takat tu jer, aku jugak telah mengesyorkan orang lain untuk mencuba sama. So kalau status tak halal, bertimpa-timpa dosa yang aku dapat nanti, nauzubillahiminzalik...boleh refer link bawah untuk entry sebelum ni:


Bila dapat je info yang cakap status Halal Pau Yik Mun diragui, aku pun terus membuka website JAKIM. Yelah...semua status makanan halal dekat Malaysia ni, JAKIM yang uruskan. Kalau JAKIM cakap haram, so haram jadinya. Sebabnya, pihak JAKIM mesti sudah buat pemeriksaan and siasatan tersendiri sebelum memberikan status Halal. Setelah aku buka website Jakim, lega rasa sebab Pau Yik Mun ni berstatus HALAL dari Jakim sehingga 29 April 2014. Bukan apa, risau takut dapat dosa free, huhu...




Lengkap maklumat yang JAKIM tunjuk, bukan setakat nama kedai je, tapi termasuk menu sekali yang berstatus halal. Kalau korang ragu-ragu, boleh check sendiri dekat website JAKIM. Bila dah tau halal, tengok pau ni rasa berselera pulak tetiba. Macam tengok bini lah bagi yang dah berkahwin, halal kan...mengancam gitu. Takkan tengok awek pulak, haram, buat hidung berdarah jer, baik kahwin cepat-cepat, muahaha...gurau je beb :)


Wokey, ni jelah yang mampu aku kongsikan sedikit maklumat pasal status Halal Pau Yik Mun. Kalau korang still rasa was-was, aku nasihatkan tok sah lah makan, banyak lagi makanan yang boleh dimakan, setakat pau je kan... Tapi aku, ok je, selagi JAKIM kuarkan status halal untuk diorang, layan je lah macam biasa kalau singgah Tanjung Malim. 


Wassalam.

(note: still wish and pray for MH370)




28 comments:

  1. Siapa lah yg bagi komen tanpa usul periksa tu kan, jm pun suka mkn pau. Hai seronok kwin eh ishh bila turn jm plak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada perkara yang kita tidak tau jm, bagus jugak dapat kongsi info macam ni...kahwin la cepat-cepat jm, teringin nak makan nasi minyak ni :)

      Delete
  2. ORGA
    aku teringin nak makan kak mun ni
    entah bila nak singgah sini
    namun satu hari pastinya aku sampai jugek erk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang tuju ke utara dila, singgah jela...lagipun dekat, pi hujung-hujung pun boleh, tapi ajak lah aku sekali, hehe..

      Delete
  3. nampak sedap ni..hehehe
    kalau dah dpt sijil halal dari JAKIM, rasanya x ok kot.
    kalau was was jugak, x perlu makan. :)
    #PrayForMH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu sue, kalau rasa was-was jangan makan...

      Delete
  4. Ha macam ni baru bukan jenis copy-paste kan Orga. Orang sekarang ramai yang suka suki share benda yang x sahih. Mujurlah kau rajin buat research sendiri. Alhamdulillah. Tetiba lak perut pun bergurindam nengok pau. Lagi asyik kalau dapat inti kacang tanah; fav aku. Ish!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oit bibie, ko pon jadi kes macam jm jugak ke entry kena copy paste...sabo jelah...oh, aku punya peberat mesti kaya, oh pau kaya~...

      Delete
    2. Eh x. Maksud aku sekarang ni trend asal nampak je komen benda sekian2 xhalal, trus menonong share without sendiri buat research kesahihan cerita. Pau ouh pau.

      Delete
    3. oh...ingatkan ada entry ko yang kena copy paste, wat suspen pulak kan. takpelah bibie, mungkin orang lain dapat info yang berbeza...

      Delete
  5. Tu la Orga... aku ingat lagi N3 pasal pau ni yg ko promotkan. Pastu aku kak dila n the geng gi tanjung malim... kak dila ajak singgah kat pau yik mun sebab nak makan, pastu aku meragui status kehalalan nya... terus kak dila tak jadi beli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok mekda...pi bukannya nak ajak aku, dila pun sama...tu la, risau pulak sebab takut terpromote makanan yang haram, nasib baik ada orang isu pasal mende ni, bolehlah cari info lebih sikit...

      Delete
  6. Saya bertahun2 duduk tanjong malim xpernah sekali pun singgah mkn kat sini..sbb banyak cerita ceriti org tempatan tntg kedai pau yik mun..kesahihannya wallahhua'lam..tapi bak kata ostaz2, selagi kita yakin halal, boleh dimakan, tapi bila dah timbul was2 dlm jiwa, elok la dielakkan..thanks orga atas pencarian status halal di website jakim

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu bang khairuddin lim, kalau yakin, makan je. lagipun dah ada halal dari Jakim. tapi kalau rasa ragu-ragu, banyak lagi menu yang best-best dekat perak ni dengan mee udang bagai, boleh beralih arah...

      Delete
  7. Kalau datang ke Tg malim, jangan lupa singgah ke rumah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah..kalau pi lagi saya roger :)

      Delete
  8. betul tu
    rasa yakin makan je
    was2 kalu jgn makan ;0

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah kalau halal.. Saya pun suka makan pau ni gak.. sedaap

    ReplyDelete
  10. Terjah sini :)

    awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  11. halal la tu kalo dah ada sijil jakim...so toksah nak ragu2 dah...hehehe tp pnah makan dulu, tak menarik sgt di tekak...hehehe tp makan roti bakar n minum kopi kat situ pun masyukkk...sodap!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu kak, kopi dia pun boleh tahan. tapi roti bakar kat situ tak try lagi...maybe next, hehe...

      Delete
  12. saya juga pernah tinggal di tg malim bertahun2..tp x pernah terdetik utk singgah di kedai kak mun ni. sebab :
    -byk sgt kedai islam yang jual pau, lg sedap insyaAllah, kenapa pau non muslim jugak yang diidam2kan, as we are not in China i thought ;)
    -kat belakang dapur kedai kak mun selalu ada anjing, and dont u think that was their pet? bila pet, takkan tak sentuh, bila sentuh bukan ke najis tu, and i think that was not considered as the aspect to get 'halal' from jakim.

    bukan niat nak membahaskan apa yg org lain inginkan, but i didnt see that we are too desperate to look for a pau just in pau yik mun. we are what we eat.
    tak salah makan apa yg dimasak oleh non muslim asalkan bersih dan bahan semua halal, but to what extend we can ensure the halal prosedure will be followed by them.
    bila kita tak boleh nak make sure tentant perkara ini, maka kita masih ada banyak pilihan untuk makan pau di kedai2 muslim yang sah2 halal, walaupun tiada cop halal jakim seperti pau mcik peah di tepi jalan =)
    peace ^_^ V

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas ulasan yuhaisya...setuju tu, saya pun tak niat untuk membahas pasal ni, my conclusion is based on JAKIM. Kalau kita yang Muslim pun tak yakin dengan JAKIM, then how about others? Pasal banyak kekeliruan dalam soal haram halal, masing-masing ada pendapat sendiri, then kekadang sampai bergaduh sesama Muslim, then dari situ lah JAKIM comes in. As they said Halal, then Halal lah untuk kita, kalau Haram, then Haram lah untuk kita.

      Based on ur statement "to what extend we can ensure the halal prosedure will be followed by them", saya rasa ini lah kerja yang dilakukan oleh pihak JAKIM, to ensure that every Muslim eat Halal food.

      Apa yang saya takutkan, kerana ego tersendiri, rumors, maklumat yang tak tepat, masing-masing nak jadi judge. Kita nak Islam bukan setakat indah di mata seorang Muslim, tetapi indah juga di mata Non-Muslim.

      Pada saya cukup sekadar yakin dengan JAKIM. Tapi kalau rasa was-was, toksah makan, banyak lagi makanan yang boleh dimakan, macam Yuhaisya cakap lah, pau mak cik peah dekat tepi jalan pun lagi sedap.

      Syok pulak bila ada discussion macam ni, tetiba jadi budak baik, cewah...peace jugak :)

      Delete
  13. Tanjung Malim??? waahhh ada pau famous halal lagi tu.. insyallah kalau ke sana mesti akan mencuba :D
    Thanks for the info.. By the way salam kenal juga :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pi roger-roger lah kawan-kawan TT...salam kenal jugak :)

      Delete