Tuesday, 27 March 2012

Jalan-Jalan Borneo - Miri

Ni last chapter pasal Jalan-Jalan Borneo, penat tangan den menaip nie. Chaiyo!! Terlupa nak menyebut, kat Miri and Bintulu, agak susah sikit nak mencari kedai makan muslim. Kebanyakan mix, tapi susah-susah cari pun, ada jugak. Jangan malu-malu, dah datang tempat orang, kenala banyak bertanya...

Otw to hotel kitorang, banyak jupe view-view yang best. Pendapat aku la kan. Miri ni macam lagi maju dari Sibu and Bintulu.

Action je lebih, maklumla tilam best, ahaha..


 View Miri dari hotel kitorang. Dah nak malam dah pun...

Orang-orang kat sini agak friendly jugakla...bila tanya pasal tempat best-best, diorang cakap jer. langsung tak sombong. Macam biasa, bila datang area macan ni, kena sewa keta jugak. Ada keta sendiri, kita bebas untuk pergi ke mana-mana jua. Apatah lagi bagi kitorang yang ada fix activities, malam pegi cari makan and pastu cari tempat nak karok....

Ingat kat Bangi je ker ada SOHO, Miri pun ada jugak.

Lepas bertanya kepada kakitangan hotel, dia syorkan untuk pegi makan kat restaurant nie. Dengar nama menu pun dah terliur dah. Banyak juga menu, menarik pulak tue. Nama restaurant nie Restaurant D'Muara. Okla...lagipun hotel kitorang dekat dengan restoran nie and sebelah restoran ni ada sungai. Kalau datang Miri, tak singgah kedai makan nie, mesti rasa macam kurang menyengat jer..

Nama menu ni Lelapan. Ada 8 jenis decoration dalam menu ni, so dat's why nama menu nie lelapan kot..

Sambal belacan kat tengah tu yang paling best dalam menu lelapan nie. Perrhh...tatau la diorang buat macam mana, tapi memang sedap beb. Ni restoran muslim yer, so tak perlu risau pasal makanan.

Cantik kan panorerama waktu-waktu senja macam nie...

Before berangkat pulang ke desa, kenala pegi pusing-pusing beli pape yang patut. Lepas survey-survey and baca blog semua, banyak orang cakap terubuk masin kat Miri antara yang The Best. So, kenala beli bawak balik...

Laa...senang je rupanya nak dapatkan terubuk masin kat area Miri nie, dekat market pun ada jual. Tengok brother tu tengah sibuk nak wat terubuk masin, nampak macam senang jer, nak masin lagi, letak garam jela kan...pastu, maybe kena peram la kot supaya kemasinan garam tu meresap sampai ke dalam isi terubuk nie.

Pilih jangan tak pilih, macam-macam ada...

Harga macam mana? Ok la, tak mahal sangat, Harga ikut size sebenarnya, ada 3 ekor RM10, macam kat atas, 2 ekor RM 10, nak yang besar lagi pun ada. Tapi jangan tamak, beli ikut kemampuan. Mana tau, beli banyak-banyak, bila makan tak abis, membazir pulak buang. Ingat, ni ikan masin, bila makan dengan nasi, makan sikit-sikit jer, mana ada orang makan macam ikan goreng biasa, mau kena darah tinggi nanti...

Selepas puas pusing-pusing dalam market ni, so terpaksa la mengundur diri. Lambat-lambat undur kang kena tinggal pulak dengan flight. Kalau boleh naek bas balik semenanjung ni, takpela jugak...

Roger and out!

2 comments:

  1. Miri memang bandar kedua terbesar di Sarawak lepas Kuching.
    Actually, kalau dah duduk Miri, mmg banyak kedai makan muslim.

    Ada kedai masakan Johor, Kelatan even Indonesia pun ada..
    Ramai org2 dari Malaya berkampung di Miri..

    Aku baru 3 tahun di sini.. :)

    NN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuching aku tak sampai lagi, insyallah next time kot, hehe...masa dekat sana tak pandai sangat cari makan, just tanya customer service dekat hotel jer.

      Baru 3 tahun kat situ, mesti geng O&G nih, perrhh...masyuk!

      Delete