Thursday, 29 March 2012

Zaasss to Cameron Highland

Tanggal 11 Mac ritu, kitorang pegi pusing-pusing Cameron Highland. Pergi tak lama pun, dalam 2 hari 1 malam jer. Sebabnya, pada pendapat aku la, pergi 2 hari dah cukup untuk cover semua tempat-tempat yang best-best kat CH tu. Kitorang bertolak lebih kurang kul7.30 pagi and amik exit ke CH melalui Simpang Pulai. Dari survey yang aku buat, jalan dari Simpang Pulai ok dan lebih selamat sebab tak zig-zag sangat.

cameron highland

Before sampai ke CH, akan terjumpe Tringkap dulu. Sila tengok maps bawah.



source: http://www.cameronhighlandsinfo.com/map/

Mengikut schdule kitorang, kena singgah tempat ni dulu sebab nak pegi Rose Valley. Disebabkan tempat parking yang terhad, so kitorang park jela kat depan gerai-gerai kat situ. 

cameron highland
Kat sini takde pun bee nyer, lepas bertanya kat orang dalam gerai sini, kena jenguk dekat belakang tempat ni baru nampak banyak kotak-kotak kayu yang diorang buat untuk ternak lebah. Di sini just jual madu and produk hasilan dari madu lebah. Dari sini kitorang turun bawah (sebelah kiri) untuk ke Rose Valley.

cameron highland
Apsal ada kaktus kat Rose Valley pulak? Hahaha..Masuk jer tempat nie, jalan terus ada section untuk kaktus. Kat sini juga terletaknye toilet, air memang sejuk tahap gaban la.

cameron highland

So, apa ada kat sini, Of coz la penuh dengan pokok bunga ros jer, dah nama pun Rose Valley kan. Memang cantik tempat nie...

cameron highland
Ai..sempat lagi bergurau senda yer..

cameron highland
Aku pun sempat jugaklah bergambar dengan tukang kebun nie,hehe...

cameron highland

Bukan setakat bunga ros jer ada, bunga-bunga lain ada jugak. Rose Valley ni memang besar, siap kena panjat bukit lagi tapi ada laluan untuk pejalan kaki. Hujung yang pintu biru tu adalah toilet jugak.

cameron highland
cameron highland
Pokok sayuran macam cili, terung dan tomato pun ada jugak. Subur tanah kat sini, senang betul tengok diorang tanam menanam ni. Teringin pulak nak menanam kat rumah sendiri, tapi tula, ilmu di dada tak cukup pasal tanam menanam ni. Jalan-jalan kat sini abis masa lebih kurang sejam jer, pastu kitorang zass ke Butterfly Garden. Lupa pulak, tiket untuk masuk sini lebih kurang Rm4/sekepala.

cameron highland
Masa sampai sini, ada 2-3 signboard tulis pasal Butterfly Garden ni. So before beli tiket, aku pun tanya kat kaunter tu, apa beza Butterfly Garden sini and sebelah sana. Jawab oleh casher tu, sama sahaja just pintu masuk sahaja yang berbeza. Ohh...macam tu rupanya, lepas beli tiket dalam Rm5 sorang, kitorang pun masuk dalam.

cameron highland
Bila dah masuk, cantik jugak permandangan kat dalam. Banyak pokok-pokok bunga untuk butterfly kat sini hisap madu.

cameron highland
Besar kan rama-rama nih...nasib baik tak boleh buat lauk, huh!

cameron highland
Bukan setakat rama-rama jer ada, binatang lain pun ada jugak macam jenis-jenis ular, belalang, kura-kura, and macam-macam lagi. Tapi kebanyakan binatang lain diletakkan dalam sangkar.

Apa beza gambar nie?

cameron highland
 Hahaha...geng bas sekolah!

Dalam 40 minit kitorang abiskan masa kat tempat nie, pastu kitorang pun terus ke destinasi seterusnya iaitu Cactus Point. Nak masuk tempat ni free jer...

cameron highland
Tempat nie besar jugak and kawasan parking pun besar, so senang jela nak parking mana-mana pun. 

cameron highland
Bila tengok kawasan kat dalam tempat ni, hati aku berkobar-kobar untuk beli 2,3 pokok nak letak kat umah. Tengok la tu, subur jer tumbuh, kalau bawak balik, siram and letak baja jela kot. 

cameron highland
Pokok bonsai pun ada. Unik la pokok bonsai ni, tak mahal pun, dalam Rm49/sepokok. So, rini kitorang just survey dulu nak beli pokok apa, esok nak balik baru singgah beli. Kalau beli rini, takut mati pulak kang. Yela...malam ni tido hotel, kalau beli mesti kena letak dalam bonet keta. Sebab tu tangguh dulu, esok baru beli.

cameron highland
Tengokla tu, dah macam buah tembikai pun ada.

cameron highland
cameron highland

Dari jauh tengok bunga ni memang cantik. Tapi bila datang dekat, perrhh...banyak gile duri. Disebabkan cantik, masuk dalam list untuk beli bawak balik esok. Tengok jam dah kat kul2 dah, perut pun dah berkeroncong sampai macam-macam lagu keluar, so kitorang pun kuar dari tempat ni and terus ke Tanah Rata. Naper terus ke Tanah Rata? Sebabnya, situ kawasan muslim yang ramai, nak makan kat kedai yang halal pun banyak. Lagipun kitorang dah book Century Pines Resort and terletak kat area situ, lepas makan boleh terus caw ke hotel.

Konon-kononnya nak singgah kat Kea Farm on the way tu. Tapi masa sampai kat Kea Farm, mak aii...ramai gile orang. Cari punya cari tempat nak parking pun takde. Nak parking tepi jalan, ada polis traffic lah pulak, so tak dibenarkan untuk parking di tepi jalan. Hm, terpaksa lah menerusakan perjalanan cari makan dulu...


Ni la hotel kitorang. Dari info aku dapat, better amik hotel dekat area Tanah Rata, coz dekat area Brinchang bila waktu petang ke malam memang jam teruk sangat. Lepas solat zohor, kitorang beradu jap sampai petang, sejuk beb sonok betul tido. Tambah-tambah tido petang,hehe.. Lepas solat asar, kitorang pun gerak pegi night market kat area Brinchang. Memang betul, jam tahap gaban. Nasib bek aku amik hotel kat Tanah Rata, tenang sikit rasa. So beli pape yang patut kat night market and terus round-round jer tengok suasana malam, cewah...

Plan untuk esok, pegi Mardi, pastu singgah strawberry farm and Bharat Tea Plantation. ZZzzzz...

Day 2

Breakfast kat hotel ni memang tiptop la...Biasala, aku ni pasal makan amik berat sikit. Lepas breakfast and checkout, kitorang terus ke Mardi yang terletak tak jauh dari hotel kitorang.

cameron highland
Masuk sini dalam Rm3 seorang. Ok la, tak mahal sangat kan. So ada banyak tempat yang menarik kat Mardi ni, ikut map kat atas tu, lebih kurang dalam ada 28 tempat yang patut pergi. Nampak macam banyak, tapi dekat dekat jer...

cameron highland
Hari pertama pun kitorang ada singgah strawberry farm, memang banyak gile kat area CH nie. Kat Mardi pun ada jugak, tengoklah buah tu...merah betul...

cameron highland
Besar kawasan strawberry farm nie. Kalau tak silap aku, strawberry ni pun ada gred yang tersendiri. Bagi yang gred A, satu pokok just ada 1 biji buah jer. Exclusive gitu...jadi, kalau 1 pokok ada banyak buah, gred rendahla...mungkinla kot, orang Mardi yang cakap yer...

cameron highland
Lepas puas aku mencari kat dalam, kecewa betul sebab tak jumpa sebijik pun buah epal. Bila tanya dengan orang Mardi, diorang cakap belum sampai musim lagi...

cameron highland
Camnela orang Mardi ni tanam, besar betul buah labu ni. Kalau wat gulai, sebulan pun tak habis ni.

cameron highland
cameron highland

Mardi jugak ada ternak arnab, burung and binatang lain. hmm...wat sate arnab pun sedap nie,hehe..Kat tengah-tengah Mardi ada tempat untuk beli souvenir and barang-barang keluaran Mardi. Aku teringin nak beli Sos Betik keluaran Mardi, cari kat sini takde pulak. Lepas abiskan masa dalam sejam setengah kat sini, kitorang pun terus nak ke Bharat Tea Plantation. Plan asal nak pegi Boh Tea Plantation, tapi selepas survey, jalan nak ke situ macam tak best, lagipun Bharat Tea terletak tepi jalan jer, so decide untuk pergi Bharat Tea jer. OTW tu, kitorang singgah sekali lagi kat Cactus Point, borong pape yang patut. Sekali lagi, teringin nak singgah kat Kea Farm, kecewa kali kedua, parking memang takde langsung.Tapi takpe, kitorang singgah sekali lagi kat Tringkap beli keychain, ubi kayu, jagung mentah yang boleh terus makan, tak perlu masak, macam-macam lagi la. Lepas tu baru sampai ke Bharat Tea Plantation.

cameron highland
Memang luas betul kawasan nie, nama pun plantation kan...yang penting, view memang cantik sangat...

Berposing bersama wife tercinta, cewahh...

"tengok...apa tu?"


Before berangkat pulang, pekena teh O panas kat Bharat Tea ni dulu. Bila minum...perhh, memang sedap. Pekat betul rasa teh ni, so apa lagi, angkat sekotak. Lepas settle makan and beli souvenir, kitorang pun berangkat pulang. Sonok jugakla datang CH nie, nak jalan-jalan tak panas. Sejuk jer...So, kalau saper-saper nak pergi CH next time, aku cadangkan better stop sini dulu as a first place. Bukan apa, permandangan waktu pagi-pagi lagi menarik + pekena teh panas + nasi lemak...Macam kitorang, dah agak tengahari jugak sampai sini. Papepun...layan...

Roger and out!

2 comments:

  1. syok jugak sampai ke taman mcm ni..

    eh, salam ziarah, nk sambung bace blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak...bacala pape yang patut,ahaha...

      Delete