Thursday, 24 May 2012

Japan - Kyoto (Part 1)

Alhamdulillah..dapat jugak kitorang menjejak kaki ke Land of the Rising Sun. Sonok and excited sesangat. Letih pun tak kurang jugak, haha...So, let's story-story lah kan...

KANSAI
Masa nak berlepas ke Kansai, tup-tup ada announcement infrom yang flight akan delay lebih kurang 45 minit camtu. Perhh...cuak jugak, ikut itinerary aku, kalau takde aral melintang, kitorang akan sampai dalam jam 9.30 pm waktu kat Japan. Bila flight delay camni, nampak gaya lagi lambat la sampai. Sepatutnya, flight kitorang bertolak dalam kul2 p.m waktu tempatan. Menurut abang pilot, flight amik masa 6 jam 15 minit. Campur dengan pemeriksaan immigration and kastam lagi, nak tunggu ambik beg lagi, so agak-agak dapat kuar dari airport pun ambik masa dalam 7 jam jugak lah. As info, waktu di Japan cepat sejam yer. Lebih kurang jam 2.45p.m camtu, kitorang pun berlepas, yeay!!

Lebih kurang jam 10 pm waktu Japan, kitorang tiba di Kansai. Hidung dah kembang kemut tali kecapi dah nih, tak sabar-sabar nak jejak kaki dekat Jepun. Nasib baik masa pilih seat AA dulu, pilih yang dekat dengan pintu, so cepatlah sikit kuar. Bila masuk airport, blurr sikit...sebab dah nak kena naik train nak ke terminal utama. Nak buat macam mana nih? Apa susah, ikut jer lah orang lain. Lega rasa, masa beratur kat immigration, kitorang antara orang terawal beratur. Panjang beb...dahla lewat dah, kitorang nak kejar shuttle bus ke hotel kitorang. 10.40 camtu siap, terus jer pegi ambik beg untuk pemeriksaan kastam pulak. Macam-macam kitorang bawak dalam bag, dengan maggi cup lah, sambal ikan bilis, sambal ayam lagi, bila sampai kastam, dia just tanya, "only two bags?", kitorang jawab "yes". Then, kami dilepaskan begitu sahaja. Eh...senang la pulak, tak cek bag pun...


Yeay...welcome to Kansai!! sempat snap pic ni jer sebab kitorang dah lambat, last free shuttle bas ke hotel kitorang kul11 p.m. Nasib tak baik, kitorang sampai lambat sikit jer, dalam 11.05 pm camtu, bas dah bertolak. So, plan A fail. Plan B pulak, ambik JR jer. Masuk dalam terminal balik, naik tingkat atas untuk ke JR station.


Kalau ikut plan B, aku kena ambik JR ke Hineno. Masa nak beli ticket, blurr lagi...aku rasa macam dah study dah pasal nih, tapi tetap tak reti jugak, adey~... Takpelah, apa kata tengok orang lain buat dulu, baru kitorang follow. Tak macam LRT kat M'sia, ticket machine akan tunjuk harga ticket dengan tempat sekali, macam JR, just harga ticket. Hm...lepas tengok orang lain buat, baru dapat dapat tangkap, hehe...So, belilah ticket ke Hineno cost 440 yen/sorang. Kitorang stay dekat Best Western Kansai Airport Hotel. Saja pilih hotel nih sebab pertama ada shuttle bus and dekat dengan airport. Yang kedua, sebab takut jadi cam ginilah, flight delay and sampai lambat. Aku booking pakai Agoda.com, dapat lah rege RM240 including tax, ambik double small room. Sebab yang ketiga pulak, hotel nih dekat dengan Hineno station, dari info, kena jalan dalam 1 minit jer. Ok lah kan...


Tengok...kuar jer dari Hineno station, terus nampak signboard hotel kitorang. Memang betul-betul dekat lah! Kitorang sampai depan kaunter hotel 5 minit lagi kul12 malam tau. Lepas check in terus masuk bilik. Bilik pun ok, ada free wifi and bilik air, kira lengkap semua lah. Lepas mandi and supper, rest kejap and plan untuk esok. Pagi esok lepas breakfast baru pegi Kyoto. Dekat Kyoto nanti, kitorang akan stay dekat rumah kawan kitorang, merangkap student di sini. ZZzzz dulu!!

KYOTO

keluar dari kyoto station, menara ni lah yang aku nampak dulu



Dari Hineno terus shoot ke Kyoto station. Masa dalam train tu, nak jer aku bersalam untuk berkenalan. Disebabkan malu-malu kucing, just senyum-senyum kambing jelah dengan rakyat tempatan nih, huhu...Sampai jer Kyoto station, rasa kagum kejap, banyak betul gate, tertunggu jugak, manatau hari first dah boleh jumpa Nozomi, ala yang lari laju berdesup tuh! Keluar dari station terus terpandang Kyoto Tower. Jadi sahlah memang aku berada di Kyoto waktu nih. Untuk info, best transport untuk jalan-jalan Kyoto adalah BAS. First, before naik bas kena ada map untuk bas bagi 1 Kyoto. Berhadapan Kyoto station nih ada Bus Ticket Counter. Dekat sini, kitorang beli 1 day pass 500 yen and ambil sekali bus map Kyoto. Kawan kitorang stay di area Hyakumanben, lepas tengok map, kena naik bas No. 17 untuk ke tempat nie.


First impression memang tak mengecewakan. Bus sangatlah sharp waktu dia...lagi satu, seperti yang sedia maklum, orang Jepun sangat berdisiplin, So sila beratur untuk naik bas yer...Bila pakai Bus Pass, first use kena masuk ticket machine (terletak dekat dengan pintu kuar bas) supaya tarikh akan dicatit kat atas pass. Untuk kegunaan seterusnya, just tunjuk pass tersebut dekat driver jer.

 Sekitar area Hyakumanben

Lepas letak bag dekat rumah kawan kitorang, sembang-sembang jap, dia pulak nak pergi kelas lepas tu, tanya tips2 sikit, and next target pergi Ginkakuji temple dulu sebab dekat sangat dengan tempat kitorang stay.

KYOTO - GINKAKUJI

nampak tak diorang pakai apa tuh? hah...takkan pakai sari pulak, eh...cheongsam pun bukan... 

On the way ke Ginkakuji, excited giler. Tengok orang pakai kimono, jual souvenir sana sini, cuaca pun agak sejuk jugak. Turun jer dari bas, kitorang follow jer signboard ke Ginkakuji. .


Penat jugaklah mendaki dari station bas tadi, nasib baik view cantik. Kos untuk masuk 500 yen sorang.

Tunggu apa lagi, jom lah masuk !


Rasa tenang jer kan...dengar orang citer, baca orang lain nye blog, rasa macam tak percaya. Lepas datang tengok sendiri, baru percaya, betul-betul cantik.


Besar jugak kawasan Ginkakuji nih, yang betul-betul jadi tarikan aku, moss yang dijaga rapi. Rasa macam nak berguling-guling jer atas moss nih :)

View dari atas sebelum berangkat turun

On the way keluar dari temple nie, ada banyak gerai-gerai untuk beli souvenir, boleh lah nak menjamu mata kejap. Sambil menjamu mata, nak try jugak ABC orang Jepun buat, wife aku ambik perisa manggo. Simple sangat, just mesin ais tu, pastu tuang perisa manggo, dah boleh jual.

 sedap woo !! 

Tips yang kawan kitorang kasi, lepas pergi Ginkakuji, better terus pergi Kinkakuji dulu and then baru pergi Kiyomizudera. Ikut map, dekat lagi Kiyomizudera, tetapi disebabkan kawan kitorang nak bawak jejalan sambil dinner dekat sekitar kawasan Gion malam nanti, terpaksa lah ubah plan sikit, pergi Kinkakuji dulu.

KYOTO - KINKAKUJI
Lepas kuar dari Ginkakuji, ambik bas No. 102 untuk ke Kinkakuji. Turun jer dari bas terus nampak signboard. Pergi Kinkakuji, orang taklah seramai Ginkakuji. Maybe sebab sekitar kawasan Kinkakuji takde gerai-gerai jualan kot.


Lagi satu, dekat dalam temple nie, ada part yang "no photograph" sign. Leceh la pulak...orang datang jauh-jauh nak ambik gambar, depa tak moh bagi. Tapi view dekat dalam memang cantik bangat !

 Tak jemu mata memandang kan! Kitorang lambat sikit jer, kalau datang awal lagi, mesti ada bunga sakura. uhuks...


Lepas abis masa dok round-round sekitar kawasan temple nih, next aktiviti nak pegi Kiyomizudera pulak. Kuar dari temple nie, pergi balik dekat bus stop tadi, amik bas No. 206. Bila tengok bus map, bus no. 206 macam kurang berhenti dari bus lain, boleh dikatakan express ke Kiyomizudera.

KYOTO - KIYOMIZUDERA
Untuk pergi ke Kiyomizudera, kena stop dekat Kiyomizumichi. Tetapi disebabkan kitorang tak tekan loceng untuk berhenti, bas terus bergerak and berhenti next 2 station.



Perrhh...nak menapak balik pergi Kiyomizudera ni macam satu penyeksaan. Dahla jauh...pastu nak mendaki bukit yang tak kurang tinggi, macam nak tercabut lutut jer rasa. Tercungap-cungap sampai depan Kiyomizudera. Dan...nasib kitorang tak baik, diorang baru jer tutup untuk visiting.


Adey...penat-penat berjalan takkan lah nak balik macam itu jer kan...Alang-alang dah sampai, tak dapat masuk dalam, snap depan pun jadilah...Masa on the way datang, aku pun ada perasan jugak sebab gerai sekitar kawasan sini dah start tutup. Nak buat macam mana kan, takde rezeki...So, berehatlah kejap kitorang kat tangga tu sambil menikmati bekal sandwich buat sendiri and air coklat Van Houten, beli kat Family Mart. Nyamm nyam !!.


Masa turun dari Kiyomezudera, ikut jalan lain, saja lalu celah-celah rumah orang pastu ternampak temple nie. Tengok dalam map macam pening sikit, lepas tanya member kitorang, dia cakap ni Toji temple...ye lah kot...


Kawasan sekitar sini memang cantik, dengan hampir kebanyakan rumah memasang lantern...Rasa macam zaman samurai pulak...Sepatutnya, ikut plan nak terus pegi tengok Geisha, tapi kawan kitorang cakap kawasan Geisha area Gion tu bahaya sikit kalau malam sebab ramai orang mabuk. Terpaksa postpond esok je...So, terus la pergi cari makan and souviner...

KYOTO CITY 


Sementara menunggu kawan kitorang sampai dari Hyakumanben, kitorang lepak dekat dalam temple nie. Temple ni terletak dekat sangat dengan bus stop Gion, tapi aku no idea apa nama temple nih. Ramai jugak minah-minah yang pakai kimono masuk kuar dari tempat nie. Curious dengan apa ada kat dalam, apa lagi, terus masuk lah. Cantik, banyak lantern yang diorang pasang. Tengah dok syok snap sana sini, kawan kitorang pun mesej cakap dia dah sampai dekat bus stop Gion. Excited giler...nak pegi makan sedap katakan, hehe...


Member kitorang cakap, before pegi makan better pegi cari souvenir dulu sebab esok takut tak sempat. Saja nak pesan sikit, kalau nak beli souvenir, belilah dekat kawasan Kyoto. Baju yang sama (I love Japan), di Kyoto baru 900 yen. Dekat Osaka dalam 1800 yen, sekali ganda mahal. Termasuklah dengan keychain and berbagai lagi...Memang betul rasa macam awal sangat, takper...beli awal-awal, nanti tak payah fikir pasal souvenir lagi. Yela...untuk kawan-kawan, family, orang tersayang...


Datang kawasan sini better before 9.00 pm, sebab lepas kul 9.00 pm, kebanyakan kedai-kedai akan start bungkus dah...Kitorang pergi kedai makcik baik (menurut kawan kitorang), sebabnya souviner kat kedai makcik ni murah dari kedai lain and dia ada bagi diskaun pulak tu. perrhh...memang baik lah makcik ni...Lepas beli belah pape yang patut, kitorang pun pergi cari makan.


Tadaaa...ni ler kedainye...mentang-mentang lah student sini, patutlah tau banyak tempat makan. Yang paling penting, Sedap and Halal...


Menu: Mee seafood, tauhu yang kitorang bakar sendiri, and lagi satu bentuk macam murtabak, tapi isinyer ikan...sedap, ala tenpayaki gitu...kos? dalam 1400 yen...air macam mana? air kosong dah la...ble refill sesuka ati...

Hm...dat's for part 1. Pic pun terpaksa filter, banyak sangat. Ok lah...roger and out!

18 comments:

  1. hello!!! salam ziarah! nice entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha danny..sila-sila,jangan malu-malu...

      Delete
  2. terimakasih kerana sharing INFO yg sangat berguna
    aku baru nak gi 2 JUN nanti. Tapi bila tengok BUKIT tu cam tinggi je. Mesti aku pun patah LUTUT gak lau nak mendaki ni...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama dilabangiWORLD...ala, tak per...nanti sonok punya pasal, mesti lupa semua tu. Dah balik M'sia, baru nak rasa sakit sana sini, hehe...Baper ari ko pegi sana?

      Delete
  3. orga aku dah balik malaysia pun jumaat lepas. Wah memang betul ang kata. balik aku terus demam sampai lar nibatuknya tak hilang lagi. semput lagi hahaha macam2 penyakit. aku x dapat naik train pusing sungai macam ang naik tu. Tour guide bwk tempat2 menarik jugak tapi nak cover semua mmg x dapek lah kut. Tu skip mana yang harus pergi. Tapi aku rasa seronok sbb leh shoot gambor tanpa halangan. maksudnya dia urang x kisah tak marah. naik syok dibuatnya kan ORGA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula...kita nak snap gambar,diorang occay jer.siap ada yang bergaya lagi. ada pergi bamboo groove and area arashiyama tak?tak nampak lagi dalam blog hang..mesti banyak gambar kat sana kan,aku tertunggu hang update,ahaha...

      Delete
  4. Ha dah sampai ke jepun! tahniah..byk dah dedaun kt pokok2 tu berbanding time aku pegi dulu hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. even aku dah sampai jepun,aku tetap jeles dengan korang sebab aku tak dapat tengok sakura, uhuks~...

      Delete
  5. salam orga,ingat lagi x apa nama restaurant halal tu :D and bandar kyoto ni dekat area mana?dekat gion eyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jugak...hm,kawasan yang kitorang pergi makan and shopping ni,bersebelahan dengan gion, kalau dari bus stop gion, sebelah kiri gion area, sebelah kanan tempat shopping and makan-makan ni.tapi kan, untuk ke restoran ni complicated sikit...dah tanya member yang study sana tu,nanti saya akan update details pasal jalan ke restoran ni kay :)

      Delete
    2. ok thank you.was-was juga bab makanan ni,lebih-lebih tak ada yg guide untuk tempat makan.elok juga kalau orga boleh kasi details restaurant yg orga pergi.yakin sikit nak makan hehe

      Delete
  6. BESTNYA!!!! jeles nih dah sampai ke japan. mesti best giler kan kt sane. saya ni ntah bila la dpt peluang melancong ke tempat org. dpt pergi pun sbb ade show. cantik semua gambar2. geram je tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best sangat sue, rasa macam nak repeat jer, tapi tula..fulus pulak nan ado, huhu...memang nak kena menabung lagi lah kalau nak repeat :)

      Delete
  7. bro, nk tanya sket...pasal kedai mkn kt shinkyogoku tu...ingt x name kedai ? 28hb nnt ade kt sane so tgh survey rstoren mknn halal nie...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam syahmi, nama kedai tu SHOGETSU (http://www.kyoto-shogetsu.com/coupon/kawaramachi/kawaramachi.html)...boleh refer link ni, tapi dalam nihon la...

      Delete
  8. banyak yang akak nak kena mentelaah ni.. gara2 nak jalan ke negara "haittt"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syok nya kak yan, saya tunggu baby besar sikit baru nak jalan-jalan balik. sekarang ni dok umah jela...

      Delete
    2. Orga, apa nama restaurant tu? ingat nak ngap kat sini lah nanti.. kira makan macam ok ok je.. sama je rege kalau makan kat Mesia.

      Delete