Sunday, 27 May 2012

Japan - Kyoto (Part 2)

Segar rasa lepas bangun tido...waktu subuh pukul bape? Ikut member aku nie, waktu subuh masuk dalam kul3 lebih, perhh...awal gile, kul3 pagi dah masuk dah. Kalau kat umah aku, masih di buai mimpi lagi rasa waktu tue, haha...Plan pagi nie, nak pegi Fushimi Inari Shrine dulu. Lepas breakfast, kitorang pun gerak. Tapi, untuk pergi Fushimi Inari Shrine nie, takde bas yang sampai tempat tu, so kena naik JR. Ikut itinerary kitorang, plan harini banyak pakai bas and JR. So, untuk bas, macam semalam, kitorang ambik 1 day pass (500 yen). Dari Hyakumanben, kitorang gerak ke Kyoto station, naik bas No. 17. Masa nak turun, cakap dekat driver bas, nak 1 day pass. For info, 1 day pass boleh beli dengan driver bas jugak. Why kena beli 1 day pass nie? Sebabnya, sekali naik bas kos 220 yen. Patah balik kos 220 yen. Kan dah 440 yen dah tu. Nak pegi tempat lain lagi, camne? So better beli 1 day pass, kos 500 yen jer, suka-suka hati naik turun bas...Dari Kyoto station ke Inari by JR kos dalam 140 yen/sorang.


Kuar dari Inari Station, terus nampak torii gate color oren terang ni. Senyum jer kitorang, ingatkan nak kena cari, senang pulak rasa.

 Giant torii gate sebelum masuk kawasan shrine

Tempat ni terkenal disebabkan dulu pernah jadi tempat pergambaran filem 'Memoir of Geisha'. Nak masuk bape kena bayar ek? ermm...FOC occay!! Tapi penat sikit jalan sebab shrine nie terletak dekat kawasan berbukit.

Kat shrine nie ramai minah-minah Japan pakai kimono, feel ala-ala zaman dulu. Tourist pulak suka ambik pic diorang termasuklah aku. 

Fox statue yang dipercayai sebagai pengutus tuhan Shinto.


Wahh...ada kolah air!! Tempat ambik air sembahyang diorang kot??! Hmm...nampak ada yang basuh muka, ada jugak yang minum. Nak minum?? Haha...tak berani kot...so basuh tangan jela. Air pulak sejuk...rasa macam air telaga jer...

So Jalan depan lagi, kena naik tangga, akan jumpa torii gate yang banyak-banyak. Macam-macam saiz ada...

 Torii gate yang besar-besar.

Torii gate yang kecik-kecik...Sini boleh pakai tripod, yee...tak perlu nak buat muka tembok lagi mintak tolong orang ambik pic..

Nampak tak setiap tiang tu ada tulisan? Meh nak kabo sikit...sebenarnya, tiang-tiang torii gate ni didermakan oleh individu-individu or company-company yang besar-besar, and nama penderma akan dicatit dekat atas tiang torii nie. Mengikut bacaan aku, tiang yang kecik dah kos 400,000 yen. Bagi yang besar-besar pulak, harga boleh mencecah 1 juta yen. perrhh...mahal tu!! Untuk apa diorang buat semua nie? Bagi diorang untuk murah rezeki gitu...Lepas torii gate yang besar-besar tu, if jalan terus lagi, boleh sampai atas bukit and boleh tengok view Kyoto. Bagi yang tak larat nak mendaki macam aku ni, patah balik jela...silap pulak, bukan aku, tapi orang sebelah aku tu, haha...

Next plan kitorang nak naik romantic train ke Arashiyama. Masuk balik Inari station, beli tiket ke Umahori, kos 400 yen/sorang. Apa ada kat Arashiyama? ishh...sabo lah, baru nak story nie...

Umahori station. 


Kuar dari Umahori station, blurr sikit sebab takde signboard nak ke tempat romantic train tu. Tapi ada Family Mart, kitorang tunggu sape-sape yang kuar dari Family Mart, nak tanya jalan. Nasib naik orang ditanya tu terer english. Apa dia cakap kat kitorang, "lefto...straighto...5...erm...10 minutes...this place (point kat map)". Okayla tu kan...ada jugak orang sudi tolong. Berjalan sampai tempat aku duduk tu, aku ngn wife aku pun berhenti untuk makan tengahari. Apa menu kitorang? Nasi dengan tomyam ayam...Mana dapat ayam tu? Kebas kawan kitorang punya,haha...cian dia kan, ishh...ishh...


Di Kameoka station ni lah bermula perjalanan kitorang menaiki sagano-romantic train. Kat dalam station ni ada jugak jual souviner and cafe. 

Introducing sagano romantic train or sagano-torokko!!


Dengan tingkap yang terbuka, rasa fresh betul udara dari luar. Harga tiket dalam 600 yen/sorang. Masa yang paling cantik and paling ramai pelancong katanya pada musim luruh, hmm...bertuahlah saper-saper yang dapat pergi time nie.


Perjalanan dalam 25 minit, dengan kelajuan train dalam 25km/h. Slow jer train sebabnya untuk enjoy permandangan katakan. Romantic train ni akan lalu sungai Hozugawa yang mengalir dari Arashiyama ke Kameoka. Ikut sejarah, pada masa dulu-dulu, sungai ni merupakan alat pengangkutan yang penting untuk bawak kayu-kayu untuk membina kebanyakan temple and castle di Kyoto and Osaka. 


Aksi ala-ala hindustan ni untuk 18 tahun ke atas jer ok. Kena hati-hati sebabnya akan lalu terowong...


Kitorang turun kat station terakhir iaitu saga-torokko. Kat station ni jugak ada jual souvenir and ada miniature bandar kyoto, menarik!! Kat sebelah station ni ada ada muzium kecik yang terdapat artifak dari abad ke-19. Nampak tak train kat atas tu? Haa...train tu dari abad yang sama tau...

Ni la miniature yang aku cakap tadi.

Sampai di Arashiyama, tempat yang memang dirancang awal-awal lagi nak pergi adalah bamboo groves. Awal-awal agak sesat jugak. Rupa-rupanya, kuar dari station nie, ambik kiri and straight jer. Jangan risau, depan station nie ada map besar. Kalau malas nak jalan, boleh jer nak sewa beskal, harga dalam 800 yen kot. Kitorang tak sewa pun, berjalan kaki lagi seronok. Lagipun nanti jadi hal pulak nak pulangkan balik beskal tu...

Tadaa...bamboo groves!Yee...penat aku cari koo, nasib baik ko cantik!!


Kyoto and bamboo ibarat isi dengan kuku...hmm,ada kena mengena ker? Sebenarnya, bamboo banyak ditanam di sekitar Kyoto untuk macam-macam kegunaan antaranya adalah chopstik. Paling terkenal dikalangan tourist adalah path bamboo groves ni la, cantik kan...Kawasan bamboo groves ni besar, kena bawak air, dahaga beb jalan banyak-banyak nie. Ada jugak orang jual souvenir sekitar kawasan sini, seniman tanahair pun tak kurang ramai nyer...

Keluar dari kawasan bamboo groves ni, kitorang cari pulak Togetsukyo Bridge.


Togetsukyo ni bermaksud "moon crossing". Bridge nie dinamakan oleh Maharaja Kameyama. Maharaja ni kabo, bridge ni nampak macam togetsukyo. Glamor tempat nie terutamaya masa cherry blossom and autumn. 

Dari Arashiyama kitorang naik JR ke Kyoto station and dari Kyoto station kitorang naik bas No. 206 ke Gion. Semalam tak sempat cover sebab dah malam...


Kyoto memang terkenal dengan Gion district ni. Dekat sinilah kitorang boleh cari Maiko and Geisha or Geiko. 


Salah satu tempat Maiko or Geisha datang buat show. 


Sebenarnya, gelaran Geisha ni untuk yang dah senior and berpengalaman, Maiko pulak untuk yang masih muda (masih apprentice la orang kata). Lagi tua lagi mahal...Diorangnye pakaian pun beza samada Maiko or Geisha. Tengok pic kat atas tu, yang depan pakai kasut tinggi kemain, pakaian dia juga lain, macam stylish sikit. Yang jalan kat belakang and wat show kat tempat aku ambik gambar tu macam biasa-biasa jer. Pendapat aku la kan, yang kat depan tu maybe Geisha and kat belakang tu maybe Maiko.


Ingat, diorang nie BUKAN prostitute occay!! Diorang ni memang dah dilatih bertubi-tubi untuk menghiburkan customer dengan tarian traditional, adat-adat makan minum, main muzik and lain-lain. Servis diorang tip top, mahal and exclusive. So, jangan haraplah nak ambik pic sama-sama dengan diorang. Penat-penat diorang training bertahun-tahun, bukan berjam-jam beb...suka-suka hati jer nak mintak ambik gambar (eh...dengan saper pulak aku marah nie?)


Setahu aku la kan, Geisha or Maiko ni tak boleh kahwin. If diorang gedik nak kahwin jugak, diorang kena bersara. Ketat betul peraturan diorang nie...Just nak dijadikan citer, masa aku kat sini, jadi macam paparazi kejap. Sebabnya, ada banyak tempat untuk diorang buat show, tapi taktau tempat mana yang diorang akan keluar. Kalau datang sini, korang boleh tengok, tourist semua akan tunggu kat luar, and if nampak jer Geisha or Maiko kuar, ada orang jerit, "there...there..!!". Pastu semua lari kejar diorang...Macam pic yang last tu, dapat aku ambik face to face beb...Sebagai orang Melayu, kita ada adat. So, if nak ambik pic depan-depan, tunjuklah hormat sikit, macam tunduk sikit ker...takyah lah sampai nak berjabat tangan kot...pastu baru snap. 

Dah abis aktiviti untuk hari kedua di Kyoto. Untuk hari ketiga or next aktivity, kitorang akan naik BAS ke TOKYO. Yee...Naik shinkansen macam mahal, so pilihan kitorang naik bas. Lagipun boleh tido dalam bas, hehe...syuhhh, antara aku dengan ko jer nie, bas diorang memang selesa sangat. Before berangkat, kitorang pekena takoyaki dulu. Tempat yang kitorang pegi makan nie, memang famous dikalangan student yang dok Kyoto.

Ha...ni la tempat yang aku cakap tadi, harga 600 yen/set. Air kosong tu percuma je...Kitorang tinggal bag besar kat rumah kawan kitorang, just bawak bag kecik (yang kaler kuning kat belakang tu) untuk ke Tokyo. Ala...tido semalam jer kat sana. Kitorang naik bas GOGO LINER, harga 13000 yen untuk 2 orang pergi balik Tokyo. Tiket bas pun sama macam tiket flight, lagi awal beli, lagi murah. Kitorang dah beli lambat, dapatlah harga macam kat atas tu.

Lagi satu, tiket dalam nihon yer, so rajin-rajinlah bertanya. Naik tang mana? ha...naik bas of coz lah dekat Kyoto station. Bas dia selesa bangat...siap bagi blanket lagi. Pastu stop dekat R&R 3 kali. Apsal aku tak letak gambar? Sorry beb...waktu ni hujan, so sayang punya pasal, aku simpan jer camera aku tu.

So, untuk Part 3 and 4, aku akan citer pasal Tokyo pulak. For now, roger and out!

11 comments:

  1. tiket GOGOLINER ni ko beli kat ne? kat airport jugak ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket GOGOLINER tu member aku yang belikan kat sana,online. masalahnya,website dia dalam nihongo.tiket aku pun sama...yang aku boleh baca gogoliner tu je.

      mula-mula aku nak beli dekat willerexpress.com,tapi member aku cakap ada banyak lagi syarikat bas yang harga tiket lagi murah dari willerexpress tu,tapi kena beli dekat sana.macam willerexpress boleh beli online jugak and website pun dalam english.

      Delete
    2. ala so kalau tak de member dekat sana,terpaksa la juga guna willerexpress.com ehe >.< suka itinerary orga ni,kalau boleh nak guna

      Delete
    3. ituler...sebab bas-bas yang kurang glamor ni dalam nihon, takder dalam english...

      hehe...sila-sila!

      Delete
  2. lawanyaaaaaa.....:), memang pengalaman manis kan gi Jepun , lagi2 kalu pegi dengan orang tersayang....tapi bila dah ada pengalaman...kalau pegi sorang pun dah tak risau kat Jepun ni ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah ada pengalaman, pergi sorang-sorang pun dah ok. tapi wa, pergi ramai-ramai lagi best kan, lagi meriah...tapi kena yang sekepala lah, hehe..

      Delete
  3. bro...ape nama kedai takoyaki ni ehh? btol2 dlm town kyoto ke? tq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm...nama kedai tu tak reti nak sebut lah, hehe...tapi dekat area Hyakumamben. kalau nak pergi, dari kyoto station, ambik bas no. 206, pastu turun dekat "Takano". Bus stop tu dekat junction traffic light yg ade "Mister Donut"..dari situ cross traffic light ke arah bank and terus je ke depan sampai jumpe kedai tu, papan tanda dia gambar harimau.

      Kalau tengok route bas no. 206, on the way dari Kinkakuji nak ke Kiyomizudera or Gion or Kyoto station, boleh jer berhenti pekena takoyaki ni dulu, pastu boleh naik bas balik.

      Delete
  4. cantiknyerrrrr bamboooo tuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik sangat, tak sia-sia penat mencari, hehe...

      Delete
  5. kitorang teruja masa dekat sini, macam nak pergi lagi jer :)

    ReplyDelete