Monday, 11 June 2012

Japan - Osaka (Part 5)

Perjalanan selama hampir 7 jam dari Tokyo ke Kyoto, nampak jer menara yang color merah, akhirnya aku tahu yang kitorang dah selamat sampai di Kyoto station. Syukur...sebabnya sepanjang perjalanan tu, smooth jer, bas pun tak meragam. Masa pergi ke Tokyo dari Kyoto ritu, aku tak berapa boleh tido sangat. Tapi perjalanan kalini, aku betul-betul lena dengan aman dan damai, haha...

 
Keluar jer dari Kyoto station, kitorang naik bas sekali lagi, tapi ke Hyakumanben, ke rumah kawan kitorang untuk ambik bag yang tinggal 2 hari lepas. Sambil-sambil breakfast, selit sekali sesi bercerita pasal pegi Tokyo. Selesai mandi and packing, kitorang pun berangkat untuk pergi ke Osaka pulak. Nampak gaya, di sinilah perpisahan antara kitorang dengan kawan yang merangkap student di Kyoto ni, syoklah dia...kitorang dah nak blah dari Kyoto, dia setahun dua still stay lagi kat sini, ishh...tak aci betul!On the way, dalam bas dari Hyakumanben ke Kyoto station, mata asyik tengok kiri kanan jer, orang tua-tua cakap, melepaskan permandangan terakhir di Kyoto lah katakan. ciss...jiwang pulak ko yer!!

Dari Kyoto station, kitorang shoot ke Shin Osaka, dalam masa lebih kurang setengah jam, sampai...Dekat Shin Osaka station, kitorang beli 2 Day Osaka Unlimited Pass, kos 2700 yen/sorang. Dengan beli pass ni, naik subway, bas and train FREE di samping FREE/DISCOUNT ADMISSION untuk 40 TEMPAT yang menarik di sekitar OSAKA. 1 Day pass pun ada, tapi if 1 day, dah kos 2000 yen, 2 day baru 2700 yen, better pilih 2 day, sebabnya tak sempat nak cover semua tempat dalam 1 day. Pasal Osaka Unlimited Pass, boleh refer link ini: http://www.pia-kansai.ne.jp/osp/en/

Lepas tu, dari Shin Osaka, naik pulak subway ke Nishinakajima Minamigata, 1 station jer dari Shin Osaka. Apsal datang sini? Sebabnya, hotel kitorang, Shin Osaka Sunny Stone Hotel terletak dekat area sini, and hotel ni just 2 minit jer perjalanan dari subway station ni, dekat jer.

Disiplin kan...bolehkah kita...??

Lepas check in, dalam tengahari jugaklah keluar dari hotel. Plan ingatkan nak terus pegi jalan-jalan, tapi perut pulak dok menyanyi, haih~...Pusing-pusing sekitar kawasan hotel cari tempat makan, kebetulan dekat subway station tadi ada Subway, pekena sandwich tuna, kos 290 yen/set, murah gile...Lama jugak lepak sini, pening sebabnya banyak tempat nak pegi visit, tapi tatau nak pegi yang mana satu. Last-last, kitorang plan ke area bay dulu, sebabnya nak naik Eyes of Osaka kononnya...

 Ada 4 destinasi kat sini, pergi Giant Wheel dulu.

 Kelakar tengok promosi gerai kat sini, semua bahasa diorang taruk, haha...


If ikut map Osaka, ada 2 tempat untuk naik Ferrris Wheel, HEP Five Ferris Wheel and Tempozan Giant Ferris Wheel. Pic dekat atas adalah Tempozan Giant Ferris Wheel, ketinggian benda ni 112.5 meter, hmm...tinggi tak?


Pergi kaunter tiket, tunjuk Osaka Pass and Coupon, officer tiket pun bagi 2 keping tiket untuk naik. Orang pun tak ramai sangat, so tak perlu beratur panjang-panjang. Sekejap jer dah boleh naik.

Yang baju pink tu, mula-mula tunjuk berani. Bila dah naik tinggi, gayat pulak dia. Aku? macam biasalah, berlagak hero...

View Osaka Bay dari atas ferris wheel.

Lebih kurang 15-20 minit, siap satu pusingan. Oklah...naik lama-lama boring pulak nanti. Ingatkan nak masuk Marketplace cari souviner, sebabnya dekat dengan Ferris Wheel ni, tapi rasa macam awal lagi. So, pusing-pusing kawasan luar dulu.


Kawasan sekitar Ferris Wheel ni pun boleh dikatakan meriah jugak. Aku tengok muka tiap-tiap orang, nak kata tourist pun bukan, ramai orang tempatan jer, tapi tak keje ker diorang ni...

Berhadapan dengan Ferris Wheel ni, ada Osaka Aquarium, tapi nak masuk tempat ni kena bayar pulak, bukan free. If guna Osaka Pass, dapatlah sikit diskaun dalam 100 yen, ciputt jer...kos nak  masuk tempat ni, 2000 yen.

Datang tempat ni just nak ambik angin laut jer, sambil-sambil tu tengok kapal kapal laut.

 

Dekat hujung jalan tu boleh naik cruise untuk round-round pusing Osaka Bay, free if guna Osaka Pass. Masa kitorang nak naik, sampai depan gate, tutup pulak sebab maintance. ciss...geram pun ada!Masa ni pulak nak service, aku bukannya hari-hari ada sini. Kecewa jugaklah...tapi takper, banyak lagi tempat boleh pergi (pujuk diri sendiri, huhu...)


Next plan ingatkan nak pergi Floating Garden Observatory, tetapi...tetapi...tetapi...

Bila sampai dekat train station, ada hamba Allah tu hilangkan Osaka Pass pulak. Aiyaa...abis semua bag, poket, celah baju cari, tak jumpa-jumpa. Ingatkan nak beli baru, tapi rasa rugi pulak sebabnya kos 2700 yen, baru pegi 2,3 tempat. Lepas fikir masak-masak, aku pun jadi Detektif Conan. Try trace balik Osaka Pass ni. Fikir POSITIF, mesti ada terjatuh dekat mana-mana, so kitorang pun back track. Dari station, kitorang ke Cruise area, pastu Santa Maria Berth, siap suruh staff Ferris Wheel tu cari dalam cabin lagi, tak jumpa jugak. Hmm...rasa macam memang takde harapan, pastu teringat, depan Osaka Aquarium tak cari lagi. Alhamdulillah...lepas cari, jumpa dekat area depan Osaka Aquarium ni, takde sorang pun perasan, padahal atas jalan jer. Syukur sangat-sangat...disebabkan dah malam, tak jadi pergi Floating Garden Observatory, tapi nak pergi tengok souviner dekat Hard Rock Cafe Osaka di Universal City. Esok malam nak flight balik KL, rasa macam tak sempat, so pergi awal-awal.

Jumpa Super Sentai pulak...

Hark Rock Cafe terletak di Universal City Walk. Dekat sini banyak kedai jual souviner, tambah-tambah anime. 


Kenal watak teddy bear tu? haa...nama dia Tony Tony Chopper, salah satu watak dalam citer One Piece. Bagi aku, anime and mangga paling best adalah One Piece, bukan Naruto or yang lain-lain. Untuk kedai-kedai souviner dekat sini, kitorang just cuci mata je lah, nak beli, mak aii...boleh tahan harga.

Ni la kedai yang nak di tuju sebenarnya.


Alang-alang dah sampai sini, ambik jugaklah gambar USJ nie. Nak masuk, dah tutup sebab dah malam, haha...alasan!!


Lepas Jalan-Jalan Cari Makan, kitorang pun beransur balik ke hotel. Aktiviti kitorang arini tak banyak sangat sebab kes Osaka Pass hilang and gerak agak lambat dari hotel, tapi takper...maybe ada hikmah di sebalik semua kejadian ni, kan...kan...


Insyallah...if datang Japan lagi sekali, maybe pergi tempat-tempat untuk main jer, macam Universal Studio, Tokyo Disneyland and Disneysea. tapi, entahlah bila akan sampai pulak, ahaha...

So, ini saja untuk aktiviti hari ke 5 di Japan. Roger and out!

4 comments:

  1. Brape rega patung Chopper tu..?? Rambang mate nye tengok merchandise One Piece tu.... (@_@)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hingatlah pulak Azra. mahal jugak tu rasa, kalau murah dah angkat dah..

      Delete
  2. nampak cam sesuai je bawa kids kat tempat ni kann?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah memang sesuai, tapi kalau masuk USJ lagilah sesuai, hehe

      Delete