Tuesday, 5 June 2012

Japan - Tokyo (Part 4)

Seronok dapat balik kampung hujung minggu lepas sempena cuti sekolah. Disebabkan balik malam, so jalan pun smooth jer. Tapi, yang tak bestnyer, ari ahad ritu, on the way balik sini, bertolak dalam kul3 petang camtu, tekalah sampai KL kul baper? jeng...jeng...jeng...pukul2 pagi beb!!perhh...jam tahap gaban jalan. Bayangkan, dari Sg. Dua bawak dalam 20-30km/h jer. Moral:Next nak balik kampung, kena plan betul-betul nie...Oklah, aku nak sambung citer Tokyo hari kedua pulak, warming up dulu before main story, cewahh...Let's begin!!

Ringggg...ringgg...(bunyi alarm)...Kitorang bangun pagi dengan bersemangatnya. Segar rasa. Aku pun tanya wife aku dah pukul berapa? Dengan slamba, wife aku jawab, pukul7.50. Pastu, masing-masing, PUKUL7.50!!macam mana boleh terbangun lambat ni, sebabnya pukul8.50 kitorang akan naik Romancecar ke Hakone. Yup...memang ada sejam lagi, tapi dengan nak bermandi manda lagi, bersiap lagi, check out hotel, naik train lagi, campur pi campur mai, rasa macam sempat. So, semua aktiviti jadi express pagi ni, lepas bersiap semua, check out hotel dalam kul8.20. Berlari-lari anak ke Kondenmacho Station, shoot terus ke Shinjuku Station. 15 minit jer train, Kondenmacho --> Ginza --> Shinjuku Station. Kuar jer dari Shinjuku Station, blurr jap...eh, kita kat mana nie, wife aku tanya. hah...sudah, baru aku realize Shinjuku Station teramatlah besar. So, kitorang pun berjalan nak cari main entrance, dekat 5 minit jalan, tak jumpa-jumpa lagi. Pastu dari jauh aku terperasan bangunan yang aku jadikan trademark (rujuk Tokyo Part 3 - first pic). mak aii...jauh jugak dari pandangan aku. Sekali lagi, kitorang pun berlari-lari anak ke tempat tu. Akhirnya sampai di depan pintu masuk, tapi kitorang tak masuk sebabnya dah pukul9.00. Kitorang pun tanya officer tiket Romancecar nie, unfortunately kena beli tiket baru. So burn 1740 yen (870yen/sorang) yang kitorang dah beli semalam. Sebenarnya, if ada Hakone Free Pass, tiket free jer, just kena bayar untuk Reserved Seat cost 870 yen (one way). So, lepas bayar 870 yen sorang, kitorang amik next train pukul9.25 pagi. Takperlah, maybe bukan rezeki kitorang naik Romancecar Pukul 8.50 tu.

Dalam pic, 2 tiket atas tu Hakone Free Pass, dua tiket bawah sebelah kiri, depart (dah burn,huhu...), and 2 tiket sebelah kanan return.

Dalam pukul9.25 kitorang pun gerak ke Hakone naik Romancecar. Occay...ni schdule kitorang untuk trip ke Hakone ni:

From Shinjuku Station ---- (2 jam by Romancecar) ---> Hakone Yumoto ---- (30 minit by bus) ---> Motohakone-ko ---- (berjalan 15 minit melalui Cedar Avenue and Hakone Park) ---> Hakone-Machiko ---- (naik kapal laut 40 minit melalui Lake Ashi) ---> Togendai-ko ---- (20 minit Hakone Ropeway) ---> Owakudani ---- (10 minit Hakone Ropeway) ---> Souzan ---- (10 minit Hakone Cablecar) ---> Gora ---- (40 minit Hakone train) ---> Hakone Yumoto ---- (2 jam by Romancecar) ---> Shinjuku Station.

Bag aku letak dekat locker depan Romancecar Ticket Counter, kos 300 yen untuk sehari. Just bawak diri and kamera jelah. Dalam Romancecar train, kitorang gelak jer. Kelakar betul pagi tadi, disebabkan tak sempat breakfast, so kitorang pun breakfast dalam train jer. Lagipun 2 jam perjalanan, nak beli paper, sepatah haram pun tak faham nihongo ni.


 Dalam pukul11 lebih kitorang pun sampai Hakone Yumoto. Keluar dari station nie, terus ke bas stop depan station jer. Kebetulan kitorang keluar, bas sudah siap sedia menunggu. Ramai jugak yang tengah beratur and kitorang pun join sekali beratur. Disebabkan ada Hakone Free Pass, masa naik bas, tunjuk pass ni jer, tak perlu bayar tambang. Lebih kurang 30 minit camtu, aku dengan wife aku pun sampai ke Motohakone. Ada apa dekat Motohakone?

Dekat sini terdapat Lake Ashi. Bagi yang malas berjalan, dekat Motohakone pun boleh naik kapal laut macam dekat belakang tu. Kitorang yang gigih berjalan, taknak naik dekat sini, tapi naik dekat Hakonemachiko. Tapi nanti akan singgah Motohakone jugak. 

dimanakah dikau wahai Gunung Fuji? huhu...

Dari view kitorang nie, sepatutnya dapat tengok Mount Fuji. Tapi, tengoklah awan tu, macam jeles jer, tak kasi kitorang tengok. Lake Ashi pun cantik jugak, air jernih jer. Ramai orang tempatan memancing dekat tasik nie. Aku dengan wife aku stay sini kejap, manatau kot-kot awan berarak pergi, dapat tengok Mount Fuji. Lepas 15 minit, tak nampak-nampak jugak, kitorang off to Cedar Avenue untuk ke Hakonemachiko. 

Tinggi-tinggi aku tengok pokok Cedar ni, besar pulak tu. Suasana yang penuh kehijauan, suhu pun sekitar 19 degrees, seronok jer berjalan. Tak perlu risau pasal sesat ker sebabnya jalan dekat Cedar Avenue ni straight jer sampai exit.

Keluar dari Cedar Avenue, masuk pulak Onshi Hakone Park. Bila aku nampak pintu hitam besar tu, mula-mula ingatkan temple, rupanya pintu masuk ke kawasan town. Ada kedai jual souviner and restoran if nak singgah makan. Disebabkan tak rasa lapar lagi, kitorang terus jer berjalan.

On the way to Hakonemachiko, terjumpa lah pulak dengan Ninja. Pelik pun ada, apsal ninja ni dressing color merah, bukan color hitam ker? Yela...if color merah, senanglah nampak dek musuh. Mungkin dia masih amatur lagi kot...Sampai jer depan Hakonemachiko, tetiba wife aku cakap nak makan jagung. Aku tau, sebab ramai orang kat situ dok makan jagung, dia pun nak jugak. Lepas beli jagung satu, masuk dalam Hakonemachiko untuk ambik pass nak naik kapal laut. Sama jugak, tak perlu bayar tiket, tunjuk pass jer dekat kaunter.

wahh...thousand sunny approaching!!

Ni la rupa kapal yang bakal kitorang naik, Victory. 

Pandangan Hakonemachiko station and town dari atas kapal. Dari Hakonemachiko, kapal ni akan berhenti sekejap di Motohakone and pastu akan terus ke Togendaiko.

Dari point kitorang tu, sepatutnya dekat belakang boleh nampak Mount Fuji. Tapi sama jugak, awan tetap tebal. Kitorang bersabar jer, sebabnya banyak lagi view point untuk tengok Mount Fuji.

nampak itik depan Torii-gate tu?Boleh sewa if nak naik and pusing-pusing dekat Lake Ashi. Rate tatau berapa, sebab nampak dari atas kapal ramai jugak yang dok mengayuh itik nie...

Kapten kapal ni pun satu, sombong sangat...nak ambik pic dengan dia kena bayar 500 yen, macamlah dia tu glamor sangat. ciss...

Dari atas kapal nie, ada 3 view point untuk tengok Mount Fuji. Bukan aku sorang jer, tapi hampir semua tourist yang ada dalam kapal ni mengeluh sebab tak dapat tengok Mount Fuji. Lebih kurang 40 minit perjalanan, kitorang pun sampai ke Togendaiko. 

Dekat Togendaiko, aku and wife aku akan naik Hakone Ropeway untuk ke Owakudani. Kos? Free sebab dah ada Hakone Free Pass. Dalam kete ni, boleh masuk sampai 6 orang. Tapi time kitorang, officer tu letak 4 orang jer.

Gayat jugaklah naik tinggi-tinggi ni, tapi aku maintain jer, hero katakan, haha...Masa dekat atas, still boleh nampak Lake Ashi, and sambil-sambil tu kitorang cari-cari jugak Mount Fuji based on view point yang ada dalam map kitorang ni.

Dari map kitorang, ada 3 view point yang boleh tengok Mount Fuji. Aku letak pic dari view point 1 and 3 sebab view point 2 aku tercari-cari tang mana Mount Fuji ni. Keputusan yang sama aku dapat, semua view point yang dinyatakan dalam map, tak boleh pakai. Even tak dapat tengok Mount Fuji, view yang kitorang dapat still cantik-cantik...

Hakone Ropeway ni akan stop dekat Owakudani. Dekat Owakudani terdapatnya Natural Onsen (hot springs) and boleh makan black egg, yummy...Dari sejarah, Owakudani terbentuk hasil volcanic explosion beribu tahun dahulu, lamaa tu...bukannya tahun lepas tau. 

Nampak tak asap dekat belakang tu? bukan rumah terbakar panggil bomba or orang bakar sampah ker...tapi asap dari Natural Onsen

dog or wolf?? #&%@..

Lagi satu, bukan semua orang boleh masuk Onsen ni yer, terutamanya mereka-mereka yang ada asma, sakit jantung, or macam-macam lagi sebabnya ada bau sulfur yang kuat. 

Info yang aku dapat, kepanasan air hot spring ni lebih kurang 80 degree celsius, hmm...tinggi jugak, almost to water boiling point. Perjalanan dari Owakudani station ke Natural Hot Springs ambik masa lebih kurang 15 minit camtu, jauh jugaklah nak menapak. Owang Japan panggil Owakudani sebagai Hell Valley,  mungkin la kot. Tengoklah asap tu, buat citer seram pun boleh jadi ni.

Ni la black egg yang aku cakap tadi. Kos 500 yen, ada 5 biji telur. Aku makan 3, wife aku ambik 2. Bila aku makan, rasa macam telur rebus, just bau sulfur agak kuat. Disebabkan telur ni direbus dengan hot spring dengan high sulfur contains, tu yang menyebabkan jadi color itam. Serbuk putih tu adalah garam, tapi kalu pekena black egg ni dengan kicap kipas udang, mesti lagi mengancam... Dikatakan, makan sebiji black egg, usia ditambah 7 tahun. Aku makan 3 biji, so adakah umur aku ditambah 21 tahun lagi?

Kuch kuch hota hai jap before bergerak ke Owakudani station

Dari Owakudani station, naik balik Hakone Ropeway sampailah ke Sounzan and dari Sounzan naik Hakone Tozan Cablecar ke Gora, ambik masa lebih kurang 10 minit. 

Bila sampai Gora, naik pulak Hakone Tozan Train untuk kembali ke Hakone Yumoto and perjalanan ambik masa lebih kurang 50 minit. Kalau nak diikutkan, tiket Romancecar kitorang pukul7.45 malam, tapi waktu sampai Hakone Yumoto baru pukul5 lebih. Lepas tanya officer tiket, diorang boleh tukar waktu untuk awalkan and kitorang tukar waktu yang depart pukul5 lebih. Oklah balik awal sikit, perjalanan balik ke Shinjuku pun ambik masa lebih kurang 2 jam. 

Kitorang sampai ke Shinjuku station lebih kurang pukul7 lebih. Disebabkan baru pukul7, plan seterusnya nak pegi cari Hard Rock Cafe Tokyo di Roppongi. 

Roppongi Town. Dari Roppongi jugak boleh view Tokyo Tower yang seakan-akan Effel Tower. Tetiba pulak boleh buat plan nak pegi melawat Tokyo Tower lepas pergi Hard Rock Cafe.

Lepas shopping sikit-sikit dekat sini, pastu keluar cari makan pulak. Tengok banyaklah pulak bar kat sini, so pilihan kitorang, masuk 7E, cari pape yang boleh makan. Sambil makan, tengok orang lalu lalang, tak sangka, ni malam last kitorang berada di Tokyo. Nanti pukul11.30 malam, kitorang akan berangkat pulang ke Kyoto dengan bas. Lepas kenyang mengisi perut, kitorang pun meneruskan perjalanan kononnya nak pergi melawat Tokyo Tower. Lepas 10 minit berjalan, rasa macam jauh lagi Tokyo Tower tu, last-last patah balik ke Roppongi station and balik ke Shinjuku station. cehh...

Lepas ambik bag dekat locker, kitorang keluar lepak sekitar kawasan Shinjuku Station ni. Sambil  tunggu bas, dapat tengok free show oleh warga tempatan. Bolehlah tahan sedapnya, haha...Kalau suara aku sedap, nak jugak aku tunjuk kehebatan aku kat situ. Lebih kurang pukul11.10 malam, bas GOGO LINER pun sampai. Sharp gile...dalam tiket tulis waktu berkumpul pukul11.10 malam. 

Tanggal jam11.30 malam, kitorang pun berangkat meninggalkan bandar Tokyo.

Jadi, sampai sini saja citer aku pasal pergi Tokyo. Walaupun 2 hari jer berada dekat bandar ni, tapi tetap puas hati and yang penting enjoy...

Untuk Part 5 and 6, aku akan citer pulak pasal Osaka. Roger and out!!

No comments:

Post a Comment