Tuesday, 30 October 2012

Ladang Tebu Chuping - Perlis

Amacam? Mood beraya tak habis lagi? ahaha...samalah kiter!! Baheklah, kalini aku nak citer pasal negeri Perlis pulak. Kalau ikut Portal Kerajaan Negeri Perlis, depa panggil 7 Wonders of Perlis. Maksudnya, bagi saper-saper yang datang Perlis, 7 tempat nih memang wajib pi bak hang...tudia, keluaq dah loghat Perlis :) Berpandukan informasi yang diberikan oleh portal Negeri Perlis, 7 Wonders of Perlis adalah seperti yang tertulis kat bawah nie:

7 Wonders of Perlis
1. Ladang tebu Chuping
2. Empangan timah tasoh
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis
6. Makanan laut
7. Padang Besar

Memandangkan wife aku orang Perlis, tak perlulah susah-susah aku nak menyewa hotel bagai, aktiviti nie pun kitorang buat sebagai aktiviti jalan-jalan waktu petang. Dekat-dekat jer semua tempat tu, maklumlah Perlis bukannya besar mana pun, cewah!! Sempena cuti raya korban minggu lepas, daripada 7 Wonders of Perlis tu, kitorang cover 3 jer dulu. Kalau nak diikutkan, semua tempat ni aku dah pergi dah, tapi masa pergi dulu-dulu, tak terfikir pulak nak share pasal nie, gambar pun tarak. Macam Padang Besar tu, 2 ke 3 bulan sekali mesti mak and ayah aku pergi sana. Kadang-kadang aku nak marah pun ada, setakat nak beli sudu pun ajak pergi Padang Besar, hm~...

So, jom story-story 7 Wonders of Perlis yang pertama! yeay...

Ladang Tebu Chuping

 mai jangan tak mai no...


Nampak tak, sebab tu negeri Perlis tak pernah hadapi masalah kekurangan gula. Bukan setakat tu jer, kawasan ni jugak merupakan kawasan terpanas, paling hot! di M'sia, sebab tu lah jugak Fasha Sandha and Rita Rudaini glamor. Diorang tak perlu promosi lebih-lebih pun, sebabnyer diorang dah memang hot! and manis lagi. Bertuahnya artis yang berasal dari Perlis kan...


Alhamdulillah...bukan selalu aku dapat view macam nie, awan seketul-seketul jer dekat langit. Terpaksa berhenti tepi jalan semata-mata nak snap view nie.


Aiyaa...datang salah time pulak, masa ni semua tebu dah dituai. Seluas-luas pandangan nampak rumput hijau jer. Ada menara tinjau dekat tepi jalan sebelum ke Padang Besar, kitorang dah lalu first, tapi tak stop pun sebab ramai pulak geng motor lepak situ. Bila patah balik, geng motor tu dah takder, baru kitorang stop.

view dari menara tinjau...jauh mata memandang tetapi di mana tebunya? jeng...jeng...jeng...


Aku nak ambik gambar angin sebenarnya, bila tengok lalang-lalang ni dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, walaupun panas, nyaman jer rasa. Menurut suami kepada ibu wife aku iaitu merangkap ayah aku jugaklah, dia habaq mai, tak lama lagi, Ladang Tebu Chuping akan dijadikan Second Bandar Perlis selepas Kangar. Maksudnya dekat sini, nanti dah takder lagi ladang tebu, tetapi digantikan dengan perumahan, kedai-dekai, shopping complex, dan sebagainya. Info ni aku tak sure lah tepat ke tak, harap-harap taklah.

Entry pasal Ladang Tebu Chuping Perlis sampai sini sahaja, walaupun tak nampak tebu, nampak ladang pun cukuplah kan. Kalau aku balik kampung lagi, pokok tebu dah tinggi-tinggi, bolehlah aku update lagi entry nih. Next aku akan citer pasal 7 Wonders of Perlis yang kedua.

Roger & out.


35 comments:

  1. Wahh..baru tau perlis pon ada 7 wonders... Cantik2 gambar.. Gambr lalang tu paling menarik hati, padahal hari2 pn tngk lalang tp bila digambrkan jadik menarik sgt.. P/s: he..he... Jngn bnyk consume gula, nanti kencing manis...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tau ker?aku pun sama jugak, kalau tak buka web Perlis memang taktau, padahal tempat tu biasa jer bagi kitorang. itu ler, pasal kencing manis ni risau jugak sebab orang utara suka minum kopi. kopi yang buat sendiri pulak, alang-alang dah pahit, sekali bubuh gula nak bagi manis, perhh...bersudu-sudu jugaklah..

      Delete
  2. Replies
    1. yup..perlis memang cantik, kalau ada pokok tebu lagi cantik..

      Delete
  3. Replies
    1. saper?saper? fasha sandha ke rita rudaini? hehe...

      Delete
  4. jauhnyer sampai ke perlis sana tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana KA, balik kampung kan...sudi-sudi singgahlah Perlis :)

      Delete
  5. subhanaALLAH...lawa giler awan kepul2 tuh plus langit pun biru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah john, aku pun geram jer tengok. panas memang panas, tapi ok jer nak jalan-jalan...

      Delete
  6. Byk nye menarik di Perlisss.. Ctk plk gmbr ko.. Jeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak beb, tu belum termasuk yang non-wonders macam gua kelam, ladang anggur, dsb. mai la perlis!!

      Delete
  7. perlis tmpt ai study..hehe..dulu2 lecturer cakap ada 4 musim kat sini..autumn mmg ada..gugur2 daun sampai tinggai ranting. Summer buatkan ai ari2 demam..yg spring tu xsure cmner la..yg winter tu tak tahan..haha..rupa2nya salji hitam sebab pembakaran ladang tebu selepas tebu dipotong..haha..eh ckp byk plak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah zila...mana lagi tempat kat m'sia nih boleh ada salji itam, hanya di perlis jer. ahaha...takper, nak conteng banyak-banyak pun boleh :)

      Delete
  8. Orga... aku tak pernah sampai perlis sebab semata2 nak g Perlis tak tau mana nak tuju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang ni shidah, Perlis bukannya besar mana pun, banyak jer tempat menarik dekat Perlis tu. GPS pun tak payah pakai kot, balik-balik jalan yang sama jer jumpa, hehe :)

      Delete
  9. Padang Besar dah beberapa kali sampai. Lain kali nak menCuping pulak...
    Harumanis tu nape mahal sesangat, sampai RM20 sekilo... penghujung musim kot...
    Fotonya cantik banget...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana mie, dekat perlis jer ada, demand tinggi. lagipun, bukan sepanjang tahun ada...tapi, aku lebih suka pasar malam lagi yang 3 kilo RM10 tuh, manis sedap jugak..

      Delete
  10. sebagai orang perlih aku bangga. hang memang terer ambik gambaq. ada satu gambaq tu nampak macam wallpaper pc microsoft tu. harumanis tu selalu orang duk pi beli kat kebun dia teruih kat kampung paya kelubi. memang agak terkenal jugak la. ok selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saper orang perlis mesti hot & manis kan, ahaha...harumanis tu selalunya ayah aku yang beli, aku balik makan jer. lagipun, orang perlis suka makan Pulut dengan Pelam, pastu taruk gula. bagi aku orang kedah, pulut boleh pi dengan durian jer...

      Delete
  11. cantik nya . teringin nak pi perlis.tak pernah seumur hidup ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi lah nik ros, pekena rojak ketam dekat kuala perlis pun hokey :)

      Delete
  12. 2 kali je penah smpai... taman reptilia n taman anggur pernah la pergi.

    *seriuss gambar cantik gile.. ni edit pkai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. taman reptilia and taman anggur tu okay jugak nak pergi even bukan tergolong dalam 7 wonders of Perlis, banyak lagi sebenarnya tempat yang best best..

      edit sikit-sikit jer pakai photoshop pun boleh, just naikkan exposure and contrast sikit and turunkan sikit shadow. lepas tu letakla watermark. kalau gambar yang dah ok,tak yah lah edit, yang tak ok jer perlu touch-up sikit.

      Delete
  13. Replies
    1. laa...yeke?kalau tau awal, boleh singgah minum kopi ker, hehe...

      Delete
  14. nanti singgah la umah.. hahaha.. asal perlis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh aja, ahaha...saya asal kedah, wife yang asal perlis. cari yang dekat-dekat senang nak balik kampung, hehe...

      Delete
  15. sy orang pahang.. suami perlis... jodoh la kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaka?dah jodoh kan...mesti dah terer loghat utara nih kan :)

      Delete
  16. boley arr sikit2x.. lgpun baru 2 tahun duk sini...

    ReplyDelete
  17. Salam orga :)
    dapat nikmati pemandangan mcm ni odw ke padang besar last 3 months,tempat ni memang cantik jauh dari kesesakan bandar, jalan yang lurus dan masa tu,ada nampak orang buat aktiviti terjun guna payung terjun+kipas dekat belakang(tak tau apa namanya) nampak mcm best,tapi bila fikir balik, yang tak jadi bestnya kalau tiba-tiba mendarat dekat tengah-tengah ladang tebu -_- dah la luas kawasannya.haha *~peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan, kitorang pun rasa tenang jer setiap kali lalu kawasan sini, seluas mata memandang, hijau jer nampak, kalau ada pokok tebu, lagi cantik. tu lah, bila buat aktiviti payung terjun ni, sekali mendarat dekat tengah ladang, satu hal jugak nak berjalan balik. Mungkin dah ada orang tunggu kot untuk pick up, hehe...

      Delete
  18. skrg ladang tebu dah jadi sejarah dah.....felda dah ambik alih sepenuhnya dan ditanam getah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih lah...pasni jadi la ladang getah chuping pulak...

      Delete