Sunday, 4 November 2012

Empangan Timah Tasoh & Laksa Kuala Perlis - Perlis

Orga: Apa? Last entry ada cakap nak citer pasal 7 Wonders of Perlis yang kedua?
Aku : Betul ker?
Orga : Memang betul pun, so, apa masalahnya?
Aku : Takder keje lain ke nak buat rini?
Orga: Erm...sampah dah buang, breakfast dah settle, ikan sayur pun semua dah beli tadi untuk masak tengahari, ada lagi ker yang tak settle?
Aku : Rasa-rasanya macam semua dah settle.
Orga : Kalau macam tu, bolehlah start menulis pasal entry nih?
Aku : Tapi si Dia nak memasak, tak nak pergi tolong paper ker?
Orga : Ooh...tak per, si Dia cakap kenyang lagi breakfast pagi tadi, so untuk tengahari nak masak lambat sikit, lagipun nak buat menu yang simple-simple jer.
Aku : Yeker? Kalau macam tu, bolehlah start menulis pasal entry nih.
Orga : Yelah...nak startlah nih!


Aku : Woi...jangan diam jer, explain lah sikit, nak tau jugak!
Orga : Laa...kan kita pergi sama-sama ritu, tak kan boleh lupa?
Aku : A'ah...lupa pulak, masa ni dah petang, on the way nak pergi tengok empangan apatah...
Orga : Empangan Timah Tasoh! Tu pun boleh lupa ker?
Aku : Bukan lupa, saja buat-buat lupa, ahaha...


Aku : Kat mana tempat nih eh?
Orga : Kat Perlis lah, mana lagi...cepuk jugak budak ni nanti!
Aku : Tau lah dekat Perlis, tajuk pun sebut Perlis kan, tetapi lokasi di mana?
Orga : Ooh...len kali, soalan biar terang. Empangan Timah Tasoh nih terletak di Beseri, lebih kurang 20 km jer dari bandar Kangar.
Aku : Teruskan...teruskan...


Orga : Occay...tempat ni macam kawasan rehat bagi barang siapa yang nak menikmati permandangan sebab ada disediakan surau and toilet, di samping itu, ada kedai runcit dan jugak restoran. Amboi...macam cikgu pulak rasa...
Aku : Pui!! Cikgu konon... Masa kita datang ritu, apsal semua kedai tutup?
Orga : Manalah nak tau, maybe semua orang cuti raya korban kot...


Aku : Ni pasai pa pulak?
Orga : Tempat tinjau ni aku rasa macam kurang selamat sebab banyak kayu macam dah reput and patah.
Aku : Itulah...harap sangat pihak berkaitan dapat ambil tindakan :(
Orga : Awak, jangan la sedih. Nanti kita pun sedih jugak :(


Aku : Lepas tengok gambar nih, semua kesedihan terus hilang, yeay!
Orga : Cantik kan view dekat empangan nih, kalau datang waktu senja tengok sunset lagi best kot.

Empangan Timah Tasoh

Aku : Eh...jap, apsal panggil Timah Tasoh eh?
Orga : Oh...nama empangan ni di ambil sempena pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah and Sungai Tasoh.
Aku : Yeke...baru tau! Lepas ni ada lagi ker nak tulis?
Orga : Ada lagi, tak baca tajuk dekat atas ker?
Aku : Laa...apsal terus ke 7 Wonders of Perlis yang kelima? Yang lain-lain mana?
Orga : Yang lain-lain tak dan nak pi, lain kali pulak. Sekarang nak sembang pasal 7 Wonders of Perlis kelima iaitu Laksa Kuala Perlis aka Laksa Beras Kuala Perlis.


Aku : citer la sikit pasal makanan kegemaran kita :)
Orga : hehe...kalau dekat Tanjung Malim ada Pau Yik Mun, dekat Kuala Perlis ada Kak Su Laksa. Terbaiklah laksa Kak Su nih!


Aku : Tudia...ramainya orang!
Orga : Memanglah ramai orang, laksa sedap kan, harga pun murah. Barang sesiapa datang ke Kuala Perlis, wajib singgah kedai Kak Su Laksa okey.
Aku : Nak sambung! Nak sambung!
Orga : Sila! Sila!
Aku : Lokasi Kak Su Laksa ni terletak dekat Pekan Kuala Perlis, area belakang Maybank. 

Biasa

Special

Aku : Masa makan ritu, si Dia ambik set biasa kan?
Orga : A'ah, si Dia ambik set biasa jer. Tapi kita, apa barang ambik set biasa, special lah!
Aku : kan...set biasa dalam pinggan jer, untuk set special, mangkuk lagi, laksa lebih and telur sebiji. Padanlah dalam mangkuk...
Orga : Bila kita nak balik kampung lagi ek, tak sabar nak pekena Kak Su Laksa lagi sekali :)


Aku : Tak sangka, banyak jugak pencapaian yang Kak Su Laksa dapat?
Orga : Kalau ikhlas buat kerja, banyak lah...
Aku : So?
Orga : So apanya?
Aku : Ada lagi ker nak citer pasal Perlis lepas nih?
Orga : Hm...rasa-rasa macam sampai dekat sini jer, kalau nak bagi cukup 7 Wonders of Perlis tu, tahun depan baru boleh.
Aku : Apsal pulak?
Orga : yelah...Harumanis bulan March - Jun jer, bukan selalu ada.
Aku  : A'ah kan...
Orga : Dah la tu, jomlah tolong si Dia masak paper yang patut. 
Aku : Paling kurang pun buat air sirap pun okey tengahari panas-panas camni.
Aku aka Orga : Jom!

Roger & out!

p/s: Perbualan ni hanya melibatkan aku and diriku sendiri, tiada sebarang suara dikeluarkan. Harap maklum!


18 comments:

  1. cantik empangan tu. tempat kawen fasha sandha kan kalo x silap. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah john, diorang kahwin dekat resort timah tasoh. tapi tulah,kitorang tak dijemput pun :(

      Delete
  2. Lawa la scenery empangan nih.. terase mcm kat obersea lak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. view empangan nih memang cantik, tapi kawasan rehat tu macam perlukan pembaikan, bahaya untuk budak-budak.

      Delete
  3. Cantiknya view kat empangan tu .... pandai kau snap panorama...
    gambar yg first tu aku suka sangat sawah dengan pancaran matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau camtu, hang memang kena terjah Perlis la Shidah, ahaha...

      Delete
  4. Dah sampai sini. Ye la knape cuma satu dua kedai je yang buka... tak berdaya maju atau kurang publisiti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke mie, masa kitorang pegi satu kedai pun tak buka. maybe kurang publisiti la kot...

      Delete
  5. gile cantik plak hai gmbr ko..!!!! juleng2 aku nengok nye.. termasuk la tgk laksa tuh kn? peberet!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya ni beb kalau dah juleng-jeleng, hehe...

      Delete
  6. pic2 kat sini semua cantik2 ler

    ReplyDelete
  7. ai tot laksa perlis kecik2..nampak mabelos..

    ReplyDelete
  8. Saya menetap di perlis... tp gambar awak amik ni sangatlah cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. scenery situ memang dah cantikla mummy alisha, saya tukang snap jer, hehe...wife saya pun orang perlis jugak, kalau terjumpa dekat kampung tu, sama-samalah kita tegur no :)

      Delete
  9. Salam orga, authority sedang dlm proses utk menyediakan rancangan kawasan khas kuala perlis dan mereka sedang cuba utk menjadikan kuala perlis sebagai pusat perlancongan utama di bahagian utara sem malaysia. Tapi site only kawasan kuala perlis,kalau masa majlis publisiti tiba-tiba orga balik perlis, jangan lupa join majlis ni boleh kasi cadangan+comment+bantahan mengenai cadangan mereka ^^ oh bdw, laksa perlis ni depend on citarasa individu kot,sy suka laksa yg isi tak hancur sangat dan kak su ni punya terlampau cair la.*~peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Thenadi, kalau ada jodoh, mungkin saya akan pergi kot. Plan nak balik kampung dalam hujung tahun ni, tapi date taktau lagi.

      Ala...tak sedap ker laksa Kak Su tu, bagi saya dah memang sedap dah. Kalau ada tempat lain yang lagi sedap, bolehlah share nama tempat tu dekat sini. Balik nanti mesti kitorang terjah :)

      Delete