Tuesday, 4 December 2012

Trip ke Phuket - Day 3 (Part 1)

Walaupun penat dan lelah masih lagi terasa dek pindah rumah seminggu lepas, dengan hati yang suci sukar dicari, aku gigihkan juga untuk siapkan entry pasal Phuket nie. Petang ni pulak geng TM nak mai pasang unifi. Lepas ni, laju tahap gaban la internet umah aku, ahaha... Pastu pulak, tiap-tiap bulan, duit pun laju jugaklah dok bayar bil unifi ni, padan muka aku, muahaha... Tapi takper beb, cool and relax jer, aku kan ada nuffnang, baru je check tadi, dari start join blog sampai la ni, aku dah dapat RM 1.25!! Perrhh...saper nak bagi duit free, sekurang-kurangnyer, ringan sikit beban nak bayar bil unifi setiap bulan, yeay! (fingers crossed)

Baheklah...meh aku sambung citer pasal Phuket pulak. Hm~...lupa pulak, haritu aku citer sampai tang mana taktau, nak kena baca balik yang Day 2 punya, jap ehh...

Occay, dah ingat! Seperti hari kedua, hari ketiga pun aku masih lagi mengekalkan breakfast yang sama iaitu tuna mayonis and roti beserta milo panas. Lebih kurang pukul 8.00 camtu, minibus dah datang jemput kitorang ke jeti untuk Trip ke Phi Phi Island. Sampai je di jeti, aku tengok orang tak lah seramai macam trip ke James Bond Island semalam, maybe disebabkan untuk trip ke Phi Phi Island ni, naik speedboat kecik jer kot.

 Kena stay sini sementara menunggu yang lain-lain sampai.


Ditempat berkumpul ni, ada disediakan simple breakfast macam biskut, teh panas, kopi panas, coklat panas dan juga sky juice. Sementara menunggu, tali benang diedarkan mengikut team masing-masing, and kalini kitorang kena kale pink pulak. Lebih kurang pukul 9.15 camtu, ada briefing pasal trip harini dekat tempat kitorang berkumpul ni. Mengikut info yang dibagi, semua peralatan snorkeling adalah percuma di mana semua orang dapat sorang satu (bukan share-share), macam mask + snorkel and life jacket. Untuk kaki itik pulak, kena sewa iaitu 100 Baht sepasang. Aku ambik sepasang, bukan apa, just untuk bergambar je, bukannya reti pakai sangat pun, hehe...


Dalam pukul 9.30 camtu, kitorang di arahkan ke tempat untuk naik speedboat mengikut team masing-masing. Speedboat aku naik tu kecik jer, lebih kurang 20 orang and 4 orang anak kapal. Dalam speedboat ni, takda makanan sehebat ferry aku naik ke James Bond Island tu dengan buah bagai, yang disediakan just biskut, coke and sky juice. Itinerary kitorang untuk trip ke Phi Phi Island ni, bertolak dari Jeti ke Khai Island, pastu dari Khai Island ke Monkey Bay, pastu pulak, snorkeling dekat Phi Phi Island and lunch (buffet) dekat Phi Phi Island. Lepas tu, dari Phi Phi Island akan ke Maya Bay and last sekali, dari Maya Bay ke jeti balik. So far, untuk Trip Phi Phi Island ni banyak aktiviti snorkeling.

Disebabkan kedudukan aku dalam speedboat ni agak di tengah-tengah, so view aku terhad sikit. Lagipun, naik speedboat berbeza naik ferry, dengan laju dan deras nyer, pastu asyik bergegar and bergoyang jer sebab langgar ombak, nak berdiri pun tak stabil. Terpaksa duduk diam-diam dekat tempat duduk :( Sedar-sedar dah sampai Khai Island, yeay!

Khai Island


Ya ampun!! Cantik bangat Khai Island ni! Air laut dia nak kata kale biru ke hijau-hijauan gitu. And yang paling tak tahan, clear sangat sampai boleh nampak dasar. Apa lagi, aku dengan wife aku pun, "pasir putih tepi pantai...ombak saling berkejaran~"... Orang memang ramai, tapi kawasan Khai Island ni besar, so taklah rasa crowded. Bag and personal belonging aku letak dekat tempat duduk bawah payung ni, jangan risau, geng-geng anak kapal tu jaga.


Selepas puas mencari, akhirnya aku jumpa port yang sesuai untuk snorkeling. Air dekat kawasan sini tak la dalam sangat, lagipun ada mende lain yang jadi perhatian aku, dats why aku pilih tempat ni. Aku bagi peluang orang lain snorkeling dulu, sementara aku ambik kesempatan snap gambar mende yang jadi perhatian aku nih.


Ni lah mende yang jadi perhatian aku. Banyak sangat and memang jinak habis lah. Ikan-ikan ni siap main sampai tepi pantai tu, ikut ombak. Air laut takat buku lali pun ikan-ikan ni ada lagi ni, geram aku tengok. Bila orang dah makin kurang, maka tibalah giliran kitorang pulak.


Kalau aku tau ikan sebanyak ni, nak jer aku snorkeling sambil bawak roti, mesti ikan-ikan ni follow nanti. Rasa penat, berehat, hilang penat aku sambung balik snorkeling, memang best. Lupa pulak, bagi menjamin kulit aku tak terjejas teruk dek sunburn, memang agak banyak aku taruk sunblock. Tapi taklah sampai habis sebotol. Lepas puas kawasan sini, kitorang tukar kawasan lain pulak sebab tetiba orang datang ramai.


Sambil berehat, sambil pekena buah nenas and tembikai yang disediakan oleh anak-anak kapal. Habis makan, sambung mandi laut balik, kalini tak snorkeling pun, just berenang-renang jer.


Agak lama jugak aku rasa masa berada dekat Khai Island nih, lebih kurang sejam setengah rasa. Cukup time, kitorang dikumpulkan and bergerak ke boat untuk next aktiviti pulak. Mengikut itinerary, next aktiviti adalah Monkey Bay.

Monkey Bay

Perjalanan ambik masa lebih kurang 15 - 20 minit dari Khai Island ke Monkey Bay. Sebelum sampai ke Monkey Bay, driver boat aku cakap, sesaper nak dapatkan better view, sila pergi ke bahagian hadapan boat.

tempat bot berkumpul ramai-ramai depan tu lah dipanggil Monkey Bay


Memang banyak sangat monyet dekat kawasan sini, patutlah digelar Monkey Bay. Aku tengok, kebanyakan monyet-monyet ni pandai berinteraksi dengan orang, maybe dah selalu jumpa kot.

"jangan tengok kiter camtu...malu kiter"

"nak makan kacang tak...sedap nih...mai cepat"

pandainyer!

Aktiviti dekat Monkey Bay ni sekejap jer, tak sampai setengah jam pun, mostly layan monyet-monyet dekat sini, macam main-main or kasi makan. Pastu kitorang bergerak untuk next aktiviti iaitu snorkeling dekat Phi Phi Island.

Phi Phi Island


Aku ingatkan akan snorkeling betul-betul tepi pantai dekat Phi Phi Island, rupa-rupanya, kena terjun dari atas boat, jauh sikit dari pantai Phi Phi. Air laut dekat Phi Phi ni sama quality dekat Khai Island, crystal clear sampai nampak dasar. Perasan tak batu-batu dekat bawah tu? Ikan ni tak payah cakap lah, di mana-mana saja ada sekitar area Phi Phi Island.


Ada dua tiga kerat yang tak turun, so, bila stay jer dekat atas boat, ombak lalu nak ke pantai, boat akan rasa sedikit tergoyang. Masa ni aku tengok ramai yang terasa loya nak muntah, siap baring lagi sebab pening bagai. Sebagai peringatan, bagi yang mudah terasa loya or mabuk laut, make sure makan ubat tahan muntah SEJAM awal at least supaya ubat tu boleh take effect. 

Bila driver boat tengok para jemaah yang mabuk laut makin bertambah ahli, cepat-cepat dia arahkan yang lain-lain naik ke boat untuk ke Phi Phi Island.


Sementara ahli jemaah yang mabuk laut dok menghilangkan derita diorang, kitorang yang sihat ni terus shoot buffet makan tengahari. Lapar and penat, macam biasa, menu mesti ada tomyam and semestinya halal, hehe...


Bukan tu jer, untuk trip kalini kitorang dapat kawan baru, dari Surabaya. Best buat geng, sekurang-kurang kecoh sikit dalam boat tu, kalau tak, sunyi sepi jer.


Selepas puas semua orang menjamu selera dekat sini, even ada yang tak makan sebab takut muntah, aktiviti seterusnya tetap akan diteruskan iaitu Maya Bay. Antara semua tempat aku pergi untuk trip James Bond Island and Phi Phi Island ni, pendapat peribadi aku, Maya Bay yang the best. Untuk itu, aku akan sambung citer Maya Bay dekat Day 3 (Part 2) nanti.

Roger & out!


22 comments:

  1. bestnyer snorkling ikan dia banyak.. tak mcm kat sini byk da pupus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak sangat ikan mummy, seronok sebab ikan-ikan tu jinak, hehe...

      Delete
  2. Maya Bay lagi best kan? Tak pernah lagi ke Khai Island. Banyak gile ikan dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai zara...maya view lagi cantik, tapi kalau aktiviti snorkeling, khai island la..

      Delete
  3. Wah Orga, puaslah bercanda...
    Snorkling kat Phi Phi Island tu macam dalam je, jejak tak kaki...
    Memang sangat2 lah cantiknya pulau2 kat Phuket ni...bila boleh sampai agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...snorkling dekat Phi Phi tu agak dalam jugaklah mie, tapi pakai life jacket, selamat jer. masa kitorang snorkling dekat situ, anak-anak kapal ada yang dah standby berenang sekali, kot-kot ada kes emergency. tunggu promo AA lah mie, memang best!

      Delete
  4. Pestol ape yang ko pakai ni? Gambar tak tahan. Rase nak tujah2 lense ko **dengki!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah camtu beb, cian aku...ni lah satu-satunya senjata aku ada, huhu~...

      Delete
    2. Ha ah ko apply je thru net hard rock card tuh since free x la rugi apa2. klu nak beli tshirt dpt 10%. sll nye nk beli tshirt x plan kn. mse tu la rse rugi x apply awal2.. huhuhuhu. hotel plak ko plan le nnti. mcm hrd rock pattaya aku balun promo die 200 semalam. bapak murah. aku pon x kuase la mhl2 sgt nih. huhuhuhu. tapi make sure ko plan jgn kua bilik. biar sampai korang lebam dlm blk. ahaks. baru berbaloi! ahaks

      Delete
    3. ahaha...unifi baru lepas pasang nih, malam nanti aku try apply. rugi woo beli barang tak dapat diskaun. aku punya bajet untuk hotel mesti rm150 ke bawah beb including tax, atas pada tu aku consider mahal, hehe...

      Delete
  5. cantik gambar derr...gua jealous nehhhh...best kan island hopping!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best giler rayyan!! sonok sampai sekarang tak habis-habis lagi ,hehe...

      Delete
  6. Weh Orga... kira banyak la tu kau punya duit tabung sehinggit lima posen... aku baru check akaun nufnang aku ada lima posen... bila ntah aku nak kaya ni.

    Seronok la Orga aku tengok gambar-gambar kau kat phuket ni... cantik giler bro. Kalau gaya mcm ni la boleh tengok ikan see true tak payah sebok2 nak menyelam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...senasiblah kita shidah, takper...sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

      eh tak boleh shidah, snorkeling lagi best. bukan setakat ikan jer boleh tengok dalam laut tu, banyak mende lagi...rugi tau kalau datang sini tak pergi snorkeling..

      Delete
  7. cantiknya gambar. especially gambar air laut tu.ni saja bikin jeles ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...jeles ke nik?kalau camtu,kena pergi sini la...

      Delete
  8. ok la dpt nuffnang singgit lebih..kite dpt lima ploh sen jer..hahaha. Cantik smua view pantai..fruits tu siap share2 lg ngn kera2 tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper zila, sama-sama kita kumpul sikit-sikit. ada lebihan nanti, boleh buat beli tic pergi mana-mana...fruits yang anak kapal sediakan banyak, tak habis kitorang semua makan.jadi balance tu share jer lah dengan adik beradik Sun Wukong nih, hehe...

      Delete
  9. perghhhh... laut die cantik gile. Tapi monyet tu anggun gile.... as usual gambar nak cantik je kann . hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. anggun?jantan tu wan..macho lah,bukan anggun, ahaha...

      Delete
  10. cantik gila pulau dia kan...bila lah dpt pegi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu promo AA la, tapi kalau pergi jalan darat, lagi adventure :)

      Delete