Wednesday, 28 November 2012

Trip ke Phuket - Day 2 (Part 2)

Kalau nak diikutkan, aku rasa macam nak makan sikit jer masa lunch tengahari ni, risau takut loya, pening or mabuk laut ke, hal lain pulak jadi nanti. Tetapi, ikut prestasi terkini aku, start ferry bertolak dari jeti sampai lah now, ok jer rasa, wife aku pun sama, tu yang pulun makan habis-habisan, hehe... Bila tank dah berisi, baru semangat sikit nak beraksi bagai. Selepas settle aktiviti pagi canoeing dekat Panak Island and Hong Island, destinasi seterusnya adalah destinasi utama iaitu James Bond Island yang glamor tu, yeay!!

James Bond Island

Untuk pengetahuan, kapal-kapal besar tidak dibenarkan berlabuh dekat James Bond Island, hanya kapal-kapal kecik sahaja yang boleh. So, ferry kitorang kena stop agak jauh dari James Bond Island, kena tunggu boat kecik datang ambik untuk masuk ke pulau.


Aku taktau boat ni panggil apa, kecik jer tapi panjang giler. Walaupun panjang, tak muat jugak untuk semua ahli jemaah ferry aku naik, kena buat dua trip. James Bond Island ni ada nama tempatan dia, depa panggil Phangnga Island.


Masa ni, boat yang aku naik tengah nak ambik lap, nak pusing balik menghala ke pulau. Panas memang panas, time tengahari katakan, tapi aku tengok semua orang excited jer. Patutlah kapal besar tak boleh masuk, laluan untuk parking kecik sangat, tak muat untuk ferry yang besar gedabak ni. Masuk jer dekat kawasan pulau, masyaallah...ramainyer makhluk! Masing-masing dok berangan nak jadi double O seven...yennadey!

penuh dengan masyarakat majmuk yang berbilang kaum

 Behold human, this is what they called The James Bond Island


Aku tak pedulikan orang ramai dekat kawasan sini, yang penting aku dapat tengok view batu berdiri dekat tengah laut nih. Biasalah kan, tempat glamor, mestilah ramai orang. Untuk info, pulau ni glamor sebab terlibat dalam scene James Bond, movie bertajuk The Man With The Golden Gun, tahun 1974. Bagi yang belum tengok movie ni, bawah aku ada letak video dari utube, part tang James Bond dok beraksi dekat pulau nih.


Sikit sebanyak info pasal James Bond Island

Bila aku dok pusing-pusing sini, aku tengok ramai orang yang naik atas melalui laluan tepi batu besar ni. Aku agak maybe diorang nak dapatkan view dari sudut lain kot untuk snap gambar batu berdiri tu. Belum sempat aku nak ajak, wife aku buka mulut dulu ajak pergi tengok. Eh...macam tau-tau jer kan!

ramai orang dekat sini, yang bermandi manda pun tak kurang hebatnyer...


Lepas penat mendaki, sampai jugak. Aku salah pendapat rupanya, disebalik laluan ni, ada lagi part untuk tengok suasana pulau nih. Aku perasan, dekat sini banyak speedboat, maybe orang yang datang dengan speedboat parking area sini kot. Tapi kesianla pulak sebabnya, kalau nak tengok landmark James Bond Island, diorang kena panjat ke sebelah sana, padahal laluan agak susah jugaklah. Kecik jer James Bond Island ni yer, ada tempat untuk melepak dekat bawah batu ni, tapi kitorang tak duduk pun. Dah puas menatap view dekat sini, aku ajak wife aku patah balik. Sambil-sambil tu nak tengok gerai-gerai jual apa...

batu ni pun unik jugak, seolah-olah terbelah, straight jer dari atas sampai bawah...


Boleh jer nak masuk dekat dalam kawasan macam gua ni, ramai yang yang masuk ambik gambar. Aku tak masuk pun sebab ramai orang dekat dalam, so just pusing-pusing tengok souviner yang dijual dekat gerai sini. Reger agak mahal jugak, kalau murah boleh jugak merembat 2,3 barang. 


Tengah dok usha-usha barang-barang souviner, tetiba ada orang tegur aku, cakap dah tiba masa untuk balik ke ferry. Itulah pentingnya benang biru yang kitorang pakai tu, supaya senang anak kapal nak mencari. Baheklah, aksi aku menjadi double O seven sampai sini jer, sebelum blah, sempat jugak aku snap pic terakhir kawasan ni.


Nampak gaya, trip aku rini hampir tamat, tinggal satu aktiviti jer lagi, samada Lawa Island or Naka Bay. Aku pun confius yang mana satu, sebab tak dengar sangat masa kapten bagi information.

Lawa Island/Naka Bay

di sinun yang kitorang akan tuju.


Dekat sini, sesiapa yang nak bercanoe dipersilakan, tetapi ramai yang pilih untuk pergi ke tepi pantai untuk mandi. Aktiviti last ni free and easy, and aku pilih untuk main air. 


Nak mandi pun nak drama kan, hehe...30 minit jer masa yang kapten kapal bagi untuk aktiviti mandi manda ni, camera aku bagi tukang kayuh aku pegang. Cukup time, ferry bunyikan hon, aye aye captain! 

On the way balik ke Ao Por Pier, ramai yang tidor, penat barangkali... 

Dah nampak dah jeti, sudah nak sampai. 


Turun jer dari ferry, maka dengan rasminya, tamatlah sudah aktiviti hari kedua aku. Kalau pagi tadi datang dengan minibus macam tin sardin tu, petangnya kitorang decide untuk jalan kaki balik. Ada jer minibus tu untuk bawak balik. Lagipun, best lagi berjalan, cuaca pun tak panas. Sampai jer dekat tempat berkumpul, terus cari driver yang angkut aku pagi tadi. Bila semua dah cukup, minibus ni pun gerak untuk hantar pulang ke hotel masing-masing. Hm...pada pandangan aku, berbaloi sangat dengan nilai 1000 Baht yang kitorang bayar untuk trip nih. Dalam minibus tu, aku lena siap bermimpi-mimpi lagi tau, sedar-sedar jer dah dekat kawasan Patong.

Di Kala Bulan Mengambang

Selepas mandi and solat, aktiviti untuk malam ni nak pergi cari makan, pastu nak survey souviner yang murah-murah, sambil-sambil tu cuci mata dekat Bangla Road.
 Map yang aku prepare dengan paint untuk rujukan.

Untuk makan malam, kitorang decide nak pergi makan dekat foodcourt dalam Jungceylon Mall. Aku dapat info dari forum, dekat foodcourt tu ada restoran halal. Kalau tengok map aku buat tu, sebelah kiri ada Kusuma Seafood restoran, memang halal, tapi sajer kitorang pergi foodcourt tu, sebab nak survey reger, hehe... Kitorang jalan kaki dari hotel ke Jungceylon Mall, straight dari hotel, sampai simpang empat depan Kedai 100 Baht tu, belok kanan and straight jer, lebih kurang 10 minit sampai, tak jauh mana pun. Sebelum sampai ke Jungceylon akan jumpa dulu Bangla Road sebelah kanan.


Anak panah merah tu menunjukkan Jungceylon Mall, yang anak panah biru pulak, Bangla Road. Dekat jer kedua-dua tempat nih. Aku perasan jalan raya memang banyak sangat kenderaan, macam manalah aku nak melintas nanti, risau jugak.

Ada polis berkawal depan sini untuk pejalan kaki, so tak perlu risau kalau nak melintas.

Masuk jer mall ni, terus jumpa kaunter customer service. Lepas tanya foodcourt dekat mana, dia jawab turun escalator depan ni, ada signboard, ikut jer.

 Cahaya terang sangat, sepatutnya dapat tengok tanda halal sebelah nama kedai ni.

harga air dekat foodcourt sini


Menu makan malam, wife aku order Tomyam Khong and aku order Fried Rice Seafood. Harga untuk Tomyam Khong 150 Baht and Fried Rice Seafood 120 Baht, agak mahal lah bagi aku. Bila kitorang makan jer, patutlah, rasa padan dengan harga, sedap! Udang dengan sotong pun banyak, besar-besar pulak tu.

Tengok, bukan main besar lagi udang diorang taruk.

Tengah-tengah makan, aku sedar, semua kedai dah start bungkus. Tengok jam dah nak pukul9.00 pm, nasib baik sempat, kalau tak, terpaksa cari tempat lain untuk makan malam. Lepas makan kitorang lepak jer dekat foodcourt ni melayan perut, hehe... 


Ingatkan lepas makan nak jalan-jalan dalam mall, bukan setakat foodcourt, kedai-kedai lain pun dah start bungkus jugak. So, kitorang decide nak pergi cuci mata dekat Bangla Road.

Bangla Road


Waktu malam, jalan ni memang ditutup untuk kenderaan. Perrhh...memang happening giler la dekat sini, ramai sangat orang, tambah-tambah omputih. Info yang aku dapat, kenapa sini happening, sebabnya kebanyakan minuman keras yang dijual murah-murah, pastu kalau nak masuk club, takder bayaran, masuk gitu jer. Aku tak berani lah nak masuk, kang tak pasal-pasal kena panah petir, sekadar cuci mata tepi jalan dahla.

Tarian tiang seri, bumbung, dinding, semua ada...

"hai, boleh berkenalan?"... Ladiesman, auww...


Bila dah sampai hujung, keluar dari Bangla Road nih, kitorang plan nak cari tshirt and souviner. Kalau rujuk map aku buat dekat atas, hujung Bangla Road dah tepi pantai Patong, kitorang ambik kiri untuk patah balik ke hotel sambil singgah kedai-kedai survey reger. Rata-rata kedai yang tepi pantai ni jual, untuk tshirt 150 Baht. Pastu, masa on the way ke Jungceylon Mall, aku perasan ada kedai Tshirt 100 Baht dekat simpang empat, kitorang tak jadi balik hotel, tapi teruskan ke kedai tu.


Tshirt 80 Baht pun ada, tapi kualiti kain kurang sikit. Malam ni tak beli apa pun, sajer nak survey reger dulu, plan malam esok baru nak borong sakan.

Occay, habis sudah untuk Day 2, next akan sambung untuk Day 3 pulak. Roger & out!


18 comments:

  1. amboi...seronok tol berjalan tuh.... tom yam nampak sedap sngt... kat phuket tp ada bangla road plak..ha..ha...

    kat pulau2 kecik tu, ramai betol org kan.? x rasa pack sangat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik kan, bangla sentiasa ada di mana-mana sahaja, hehe...

      a'ah, rasa pack jugaklah dekat james bond island ni, tapi occay jer...

      Delete
  2. Tp mmg kwn2 aku ckp klu p island2 segala tuh dr phuket leceh sket.siap tukar2 boat ek? aku x pnh p dr phuket lagik. yang aku pg due2 kali dr krabi. dekat je. boat pon speedboat yg naik belas2 org tuh. seat pon cushion empok gak la. mudah sket la kot. bab2 mkn ni aku laki bini x le bfast. hahahaha. kne perut kosong klu nak ber boat2 ni. naik roller coaster pon! lol. mcm2 pesen kn?

    baru aku tau jungceylon tu ade food halal. berbalik2 aku pg kedai buruk dpan masjid tuh. nasik and lauk msk lomak die sodap. ahaks.

    dpan jungceylon tu plak motor kami penah kne saman n di mangga. ciss! nak x nk g amik tuk2 p balai kat blakang2 jungceylon tuh. byr brape tah lupe aku. bru depa release kan lock. mau x kne saman, ade ke patut parking boleh n tak boleh parking ikot hari. selase lain, isnin lain, rabu lain. mati aku nak hafal! xkuase! next n3 pls..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak beli trip ke james bond dulu, aku ada tanya jugak apsal takder yang speedboat? travel agent tu cakap, james bond island dekat, better pergi dengan ferry, boleh layan view. untuk phi phi island, kena pergi dengan speedboat, sebab jauh. so far, untuk kedua-dua trip ni, sekali jer tukar boat masa pergi james bond island jer, yang lain tak kena tukar pong.

      kedai dekat masjid tu pun aku pergi jugak, makan tengahari hari last, memang sedap :)

      yeker ada parking ikut hari? aku memang takder info langsung pasal mende, nasib baik tak kena saman, dahla duit bawak ciput jer, huhu...

      Delete
  3. best2!! tu kira murah lg tu mkn tomyam kt area tu. mase kitorg mkn kt bangkok giler mahal.semangkuk 180-250 baht. huhuhuhu. tapi terpaksa makan gak la sbb tu je kedai muslim yg ade. teringin sungguh nak g phuket ni tau. :)

    semua gambar cantik2 belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa makan tu tak rasa mahal, tapi malam ketiga kitorang makan dekat Kusuma Seafood, compare reger tu yang boleh rasa mahal.

      hehe...thanks!

      Delete
  4. Rujukan yg bagus bila nak ke Phuket nanti...

    Pulau-pulau yang menegak tu sebijik macam kat Halong Bay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halong Bay? tak pernah sampai lagi mie, baru search dekat google tadi, cantik giler...

      Delete
  5. makanan sedap.. view gojes... memang berbaloi la kan... hehe,..

    ReplyDelete
  6. cantiknya gambar dan view kat pulau james bond tu, macam fantasi dah.... tapi penuh sangat ngan umat. Bestnya phuket... kena pergi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. shidah, sila bayangkan aku double O seven, hehe...a'ah, agak ramai jugak, lagipun time aku pergi ni, kita semua cuti panjang.

      Delete
  7. Air laut u all berenang tu xnampak ijo kan?? mcm teh tarik tak cukup teh gitu..tul ke?? phuket, krabi dan senagkatannya mmg best..pihak yg arrange utk island hopping sgt2 efficient

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah zila, air laut sekitar james bond island tak cantik sangat, tapi ok jer nak berenang-renang, hehe...

      Delete
  8. series bez! >_< nk try gi gak satu hari nanti ;)

    ReplyDelete
  9. Bestnya...bila nk smpai sini nth..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat yang best kena pergi cepat-cepat...tapi kena make sure travel trip yang pilih tu halal and murah ler...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...