Saturday, 9 February 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (Pokok Melaka & Jonker Walk)

Kalini aku bersiaran secara langsung dari kampung halamanku, ahaha...kepada mereka-mereka yang masih lagi berada di kota, jangan jeles ek. Kenyang betul pagi ni, makan nasi lemak 3 bungkus, dah macam doraemon dah rasa. Sanggup bangun awal-awal pagi semata-mata untuk beli nasi lemak, sebabnya kalau lambat sikit, nasi lemak ni dah habis. Kalau pergi kul7.30 pagi tu dah dikira lewat tau, silap haribulan boleh teranggap kedai tak buka pulak. Harga sebungkus nasi lemak 70 sen, ada lauk ikan or udang or telur ikan bilis, murah kan... Tahun lepas 60 sen jer, tahun ni naik harga 10 sen. Tapi bagi aku masih lagi murah lah, yang penting, sedap!! Sepatutnya entry ni siap dalam kul10.30 pagi tadi, tengah aku menaip mak aku ajak pergi market or orang dekat utara panggil Pekan Nat untuk beli ikan. Bertambah terkejut aku, sekilo harga ikan kembung RM2 sahaja. Dekat Pasar Borong Selangor pun tak dapat harga ni. Aku cakap dengan mak aku, murahnya!!! (sambil lap air mata, terharu dengan harga barang-barang dekat sini). Lepas beli barang-barang, balik masak untuk makan tengahari, now semua dah setel. Tinggal aku sorang jer yang masih lagi berjaga, orang lain masing-masing melayan tidor petang. Siap jer entry ni aku pun nak join jugak lah :)

Bersambung citer Trip Ke Melaka aku ni, entry ni adalah part last untuk Day 2. Cukup-cukup lah tu, nak buat cerita lain pulak. Lepas kitorang menyiapkan diri sendiri, target aku petang ni nak pergi round-round dekat Jonker Walk. Berjalan kaki jer dari hotel, kalau naik kereta cepat pulak sampai sebab dekat. Sambil-sambil jalan kaki, boleh melayan suasana petang dekat Dataran Pahlawan ni.

Dataran Pahlawan

Banyak tempat menarik di sekitar Dataran Pahwalan ni, macam naik Menara Taming Sari, tengok Kapal Besar, pastu boleh jugak masuk dekat shopping mall untuk menghabiskan duit, and macam-macam lagi lah.

Pokok Melaka


Ada sesiapa pernah tengok Pokok Melaka? Kalau orang Melaka sendiri tak aci ler. Aku? Buah Melaka yang letak isi kelapa tu pernah makan ler, pokoknya memang sah-sah lah tak pernah tengok, wife aku pun sama. Aku tau pun Mr. Sam yang cakap. Masa on the way hantar kitorang balik hotel, Mr. Sam ada tanya samada kitorang kenal ke tak dengan Pokok Melaka. Niat di hati dia, nak tunjuk awal-awal lagi, tapi dia agak kitorang dah tau, tu pasal tak tunjuk. So, on the way tu, Mr. Sam just tunjuk dari dalam kereta sahaja. Sedih kan, Pokok Melaka pun tak kenal. Tapi, masa keluar jalan-jalan petang ni untuk ke Jonker Walk, sempat lah aku bersua muka terang tang-tang dengan Pokok Melaka ni. Tanpa Pokok Melaka ni, tak wujudlah negeri Melaka, tak gitu?

 Pokok Melaka
 Pokok Melaka

Kenapa aku cakap tanpa Pokok Melaka ni, negeri Melaka tak wujud? Sebabnya, sejarah sudah menceritakan segala-galanya. Kalau tak percaya, cuba google asal-usul Negeri Melaka. Menurut sejarah, semasa Parameswara serta member-member dia keluar memburu, ketika sedang berehat, Parameswara ni ternampak seekor sang kancil membuat flying kick dekat anjing buruan dia. Apa lagi, Parameswara pun terkejut lah. Lantas, dia pun bertanya dengan member-member dia, "hey uolls, korang tau tak pokok apa yang i olls dok berteduh ni?". Salah seorang member Parameswara adalah pakar botani, publications bersepah-sepah, jadi soalan yang ditanya oleh Parameswara pun dijawab olehnya, "ikut rupa bentuk batang, agak kasar...dahan bercabang-cabang...daun kaler hijau...erm, berkemungkinan DNA penjenayah tersebut masih lagi melekat dekat batang pokok ni"...tidak semena-mena, Parameswara menyampuk, "apa ko olls merepek ni, i olls just nak tau nama pokok ni jer"... member Parameswara tadi pun membalas, "oh~...maafkan i olls Parameswara, i olls terpengaruh dengan cerita CSI. Nama pokok ni? hm~...seingat i olls, pokok ni digelar Pokok Melaka". Sekali lagi Parameswara terkejut, "sungguh kebetulan sekali, tadi masa berehat, kita makan cendol Melaka, pastu masa makan laksa tadi, i olls tergigit cabai Melaka, tak sangka pokok yang kita berteduh ni pulak adalah Pokok Melaka. Jadi, dengan ini, i olls isytiharkan tempat ini adalah Negeri Melaka."...

 Pokok Melaka
Ini adalah daun Pokok Melaka

 Pokok Melaka
Buah Melaka - boleh dimakan hokey...

Kalau nak diikutkan, bersepah-sepah Pokok Melaka ni ditanam dekat tepi jalan, cuma aku jer yang tak kenal. Maklumlah, aku bukan orang tempatan. Kalau aku tanya orang Melaka pun, mesti diorang tak pernah tengok Pokok Kedah kan. Selepas bergambar bersama-sama dengan Pokok Melaka, kitorang pun meneruskan perjalan ke tempat yang memang dari awal lagi target kitorang, mana lagi kalau bukan Jonker Walk.

bandaraya melaka
bandaraya melaka
rate tambang beca - melaka
 Ini adalah rate untuk tambang beca di Melaka. Sebenarnya, boleh deal dengan tukang kayuh beca untuk dapatkan harga diskaun, maybe lebih murah.



Jonker Walk


Apa yang menarik dengan Jonker Walk ni? Untuk pengetahuan, Jonker Walk and Jonket Street adalah tempat yang sama. Jonker Walk hanya wujud pada hari cuti hujung minggu sahaja, hari biasa adalah Jonker Street. Apa beza kedua-dua perkataan ni? Untuk ini, kepada orang Melaka, kalau aku salah tolong tegur yer. Ok, menurut maklumat yang aku dapat, Jonker Street adalah pada hari biasa, di mana pada waktu ini, boleh tengok kenderaan masih lagi dibenarkan melalui jalan-jalan di Jonker Street ni. Kedai-kedai pulak akan menutup operasi sekitar jam 7 or 8 malam. Tetapi,  berbeza dengan Jonker Walk, iaitu cuti di hujung minggu. Di mana, kenderaan tidak dibenarkan masuk ke tempat ni, and semua kedai akan menamatkan operasi sekitar jam 10- 11 malam. Sebagai penambahan, terdapat jugak gerai-gerai dibuka dihadapan setiap gerai-gerai yang ada dekat Jonker Walk ni, alah...ala-ala Uptown gitu. So, untuk lebih jelas, ini adalah view aku dapat masa sampai ke Jonker Walk sekitar jam 7 lebih sikit.

Jonker Walk melaka
penuh dengan lautan manusia

Jonker Walk melaka

Tujuan aku datang dekat Jonker Walk ni adalah nak mencari cendol sedap sebenarnya. Aku pernah buat entry pasal tempat makan cendol ni dalam entry aku tahun lepas (boleh klik sini untuk baca), di sebabkan terhingin giler, sesak-sesak pun kitorang datang jugak. Lepas penat mencari akhirnya jumpa jugak. Nama kedai ni Jonker88, oarang ramai sangat, so aku suruh wife aku masuk dalam cari tempat duduk dulu and aku sorang jer yang buat order. Menu aku dengan wife aku sama jer, iaitu cendol durian and asam laksa.

cendol durian, jonker88 melaka
 cendol durian

asam laksa, jonker88 melaka
Asam laksa,  merah betul kuah dia, sedap and pedas...

Dah abis makan semangkuk cendol durian tu, aku topup lagi semangkuk, memang menarik lagi tertarik lah cendol durian ni. Nikmat betul! Lama jugak kitorang lepak dekat kedai ni, sambil makan sambil borak-borak. Dalam kul9 camtu baru kitorang keluar dari kedai, nak mencari satu mende lagi, yang sedap jugak. Sebelah dengan Jonker88 ni jer, iaitu Durian Puff, yeay...

durian puff melaka
durian puff melaka

Kitorang angkat 12 ketul jer, sambil berjalan-jalan dalam Jonker Walk ni, sambil mengunyah. Nanti dah balik, payah dah nak mencari makanan-makanan cam gini. Lain la kalau boleh buat sendiri, heheh...Dah sampai dekat hujung jalan, kitorang patah balik, kalini nak mencari souviner satu dua untuk family and rakan-rakan. Lepas siap menghabiskan duit untuk family and rakan-rakan, kitorang pun berjalan untuk balik ke hotel. 


Semasa dekat atas bridge keluar dari Jonker Walk, aku stop jap untuk ambik gambar waktu malam. Memang betul pun, tengok dengan mata sendiri, permandangan waktu malam lebih cantik dengan lampu-lampunya. Sebab tu river cruise disuggest untuk naik waktu malam. Kalau ada orang belanja munkin aku join, tapi kalau nak pergi sesaja untuk naik cruise waktu malam, tak lah kot sebab dah naik siangnya. Even dah lewat malam, aku tengok orang masih ramai lagi dekat tempat ni, siap ada yang baru datang pulak tu. 

beca melaka
beca melaka

Jangan kata permandangan dekat sungai jer penuh lampu-lampu, beca-beca pun tak nak kalah sebenarnya. Lagi meriah, macam-macam kaler ada lampu tu. Aku teringin nak naik jugak sebenarnya, tapi tahla...aku kesian dengan pakcik-pakcik yang bawak beca tu. Kalau geng muda-mudi lain citer, ni tak, semua sebaya bapa aku jer, tu pasal aku tak pernah naik. Yang tak tahan tu, siap ada music box dekat bawah beca untuk pasang lagu-lagu, memang kecohlah kalau naik. 

Lepas aku ambik-ambik gambar beca dekat sini, kitorang terus balik ke hotel jer, tak singgah mana-mana dah. Penat dengan aktiviti pagi tadi pun tak habis lagi, bersambung aktiviti petang bawa ke malam pulak. Berendam air panas dalam bath tub pun layan jugak ni sambil makan durian puff, heheh... So, tamatlah sudah aktiviti untuk Day 2 trip ke Melaka. Next aku akan citer pulak aktiviti untuk Day 3, satu entry jer aku buat untuk Day 3, pastu khatam terus trip ke Melaka ni.

roger and out.

(arrhh...dah dekat pukul5 dah, patut ker aku layan tidor petang jugak, huhu~...)


28 comments:

  1. Baca entri ni, meronta2 nak pegi melaka......
    Hehheeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...AJ kan orang melaka, sila pilih negeri lain!! hehe...

      Delete
  2. assalam.jom join segmen sy. .hadiah menarik menanti anda www.penbiru.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, nanti saya join. ada harapan nak menang tak ni, hehe...

      Delete
  3. lagu tu ka pohon melaka...wua nak jejak sini jgk :)

    ReplyDelete
  4. Orga... aku memang jalez pada org yg balik kg... sebab tak pernah sepanjang menjadi perantau ni, bila cuti panjang aku tak balik.... ni adalah kali pertama tauuuuu.

    Aku pun tak kenal Pohon Melaka... Weh Orga kat Jongker Walk tu halal ke, masa aku gi hari tu takut nak makan sbb semuanya cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah...mesti ko jeles dengan aku kan shidah, tu la...kalau cuti panjang tu, sila cari tipu sunat untuk balik kampung :)

      masa mula-mula dulu aku was-was jugak. tapi ada member aku orang melaka, dia dah explain mana yang boleh makan, kedai ni memang pemes dengan rakyat tempatan, hehe...

      Delete
  5. banyak betul ko bjalan..dengki aku yang tak leh nak bjalan jauh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mana ada banyak kimi, melaka je pong :)

      Delete
  6. Cendol durian ? Tak pernah try lagi.. Tapi dari rupa dan cerita nih cam best gilos jer.. Arghhhh! Tetiba rasa cam nak gi merayap ke melaka skang jugak.. Acaner ni?? Gugugu~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendol durian ni memang antara yang tersedap pernah makan mieza, kalau pergi melaka tu jangan lupa singgah hokey. area jonker walk jer, lepas makan boleh shopping-shopping :)

      Delete
  7. Apekah rasa buah melaka tu?
    Memang kecik gitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang lah boleh makan, tapi tak try pun sebab kitorang kutip yang bawah-bawah pokok tu jer. kotor sikit...

      Delete
  8. Melaka oh melaka rupanya ginilah rupa buah melaka :-), tak ada cita naik taming sari tu, ada citer d sebaliknya tak, mana tahu srmpena nama keris taming sari :-) apapun enti melaka boleh membuatkan org rasa nk g melaka btul x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak naik pun menara taming sari tu jm, penat dah dengan aktiviti yang lain-lain...hehe, banyak kan sebenarnya aktiviti boleh buat dekat melaka, jadi jomlah ke melaka jm :)

      Delete
  9. aritu pi melaka. try gak cari mana pokok buah melaka tu. tapi tak jumpa lak..gini rupanya buah melaka yea. baru ku tahu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jer dekat tepi-tepi jalan nik, maybe tak kenal kot..sebelum ni memang tak kenal, tapi lepas tengok sendiri, hah...bersepah-sepah sebenarnya dekat melaka tu :)

      Delete
  10. oh..teruja cik anis tgk pic2 tu suma ^^ nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanks cik anis. jangan lupa terjah Melaka :)

      Delete
  11. Cuti-cuti Malaysia lah ni..Banyak lagi tempat2 menarik dekat Melaka ni. Last pergi melaka, waktu tingkatan 2. Dah lama dah, sekarang dah tua. Lagi2 Jongker Walk tu menarik. Asam laksa dia..aihh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun aini, boleh cakap cuti-cuti M'sia jugaklah.. Asam Laksa dekat Jonker Walk tu memang terbaik lah, pekena dekat kedai Jonker88...

      Delete
  12. pokok melaka tu byk sangat kat belakang opis ni. kadang2 nampak makcik2 cleaner kait buah melaka. mereka kata buah melaka ni kalau buat jeruk sedap. sejauh mana kesedapan tu wallahualam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Sam pun cakap mende yang sama dengan aku jugak PM, kebanyakan memang diorang buat jeruk jer. tengok rupa buah melaka tu macam masam jer kan, lain kali memang kena try sendirilah. silap ritu tak try, huhu...so taktau rasa macam mana...

      Delete
  13. mmg best tempat2 ni, antara tempat yg mesti pergi bila ke melaka kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan KA, wajib singgah sini kalau ke Melaka. Kalau tak singgah Jonker Walk, bukan ke Melaka namanya, hehe...

      Delete
  14. Beskan melaka nih...tempat tumpah darahku...hehehe..
    Sy ank jati sini...moga enjoy di melaka ni yer orga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang sangat enjoy ena...rasa tak puas pergi 3 hari 2 malam, tapi tu jelah cuti yang ada pun...

      Delete