Wednesday, 9 May 2012

Pusing-pusing Melaka (Day 2)

Ciss...meeting masa makan malam nak kuar breakfast, tup-tup pagi ni semua masih di buai mimpi lagi termasuklah aku...Dengan sejuknyer, tilam yang best, layan jela tido. Dalam kul9 lebih-lebih camtu, baru wife aku ketuk pintu ajak breakfast. Menu breakfast pagi nie, just roti bersalut kaya and air teh yang tawar tahap gaban. Lapa punya pasal, telan jer...dalam kul10 lebih kitorang pun check-out. Ikut plan, just nak pegi pusing-pusing Jonker Street tengok paper yang patut, pastu lunch and pastu pulak berangkat pulang.


Ramai jugak orang hari ini, tak keje ke ape diorang nih...Salah sorang member aku cakap, nak pegi pekena cendol yang lagi best dari kitorang makan semalam. So, apa lagi, semua excited jela pasal makan-makan nie..


Ni la kedai yang dikatakan glamor tu. Panjang betul orang beratur just nak merasa cendol jer.


Memang sedap cendol kedai nie...ada macam-macam jenis cendol and aku order cendol durian. Harga pun dalam Rm4, banyak pulak tu. Puas hati lah...


Tengok...besar and banyak pulak cendol kat kedai nie...tp, point yang paling penting, lebih sedap dari yang kitorang makan semalam.


Aku pun lupa apa nama menu nie, dekat Chicken Rice Shop ada rasanya. Just yang bezanya, yang kitorang makan ni ada isi ketam or udang, dekat Chicken rice Shop kosong jela...harga dalam RM6 satu set. Lepas makan kitorang pun kuar pusing-pusing...


Yup...bila datang Melaka, mesti akan dapat tengok banyak orang tengah bawak beca. Teringin jugak aku nak naek, tapi bila nak naek, kesian pun ada. Yela...yang tukang bawak beca ni pun, kebanyakan yang dah berumur. Sian tau....Wife aku dengan member dia, berlakon nak jadi model tourism pulak, hm...layan jer, hehe...


Ni salah satu kedai yang jadi tarikan kitorang. Durian puff dia memang membakar jiwa betul...sedap gile! Hmm...napelah kat Kedah tak kedai-kedai macam nie...Kalau datang sekali lagi kat Melaka, mesti aku akan singgah kedai ni lagi...


Cuci-cuci mata...Kat dalam Museum tu, barang-barang bukan setakat untuk pameran, tetapi ada yang untuk dijual.


Singgah jugak kat kedai buat trompah nie. Hand-made occay...kata tuan kedai tu, lagi tinggi trompah tu, lagi mahal. Cantik-cantik jugak, tetapi rasa-rasa sesuai ngn girlz je kot...


Singgah pulak kat kedai chopstik ni...macam-macam jenis ada, bukan setakat chopstik, tapi gift lain pun ada jugak. Macam member kitorang tu, tengah tawar menawar dengan tuan kedai nak beli sepit rambut...punyalah mintak kurang, last-last menang jugak, haha...


Dalam plan kitorang, Hard Rock Cafe memang tempat yang wajib disinggah sebab nak beli t-shirt. Apa lagi, borong lah...Pastu perut pun dah dok menyanyi macam-macam lagu dah, apa yang best untuk makan tengahari? Of coz la asam pedas Melaka. Restaurant yang kitorang nak pegi ni memang terkenal dengan asam pedas, tetapi...tetapi...


Tutup la pulak...adey, semua kecewa...kitorang pun heran kenapa restaurant yang dikatakan glamor ni boleh tutup. Aku pun roger member yang orang Melaka nie, patutlah tutup...waktu operasi dari kul5 petang sampai ke malam, tengahari memang tak buka. Cian kitorang, penat-penat travel nak merasa asam pedas ni, tutup pulak. Member aku yang orang Melaka tadi ada cakap, if nak rasa asam pedas yang boleh tahan sedap, pegi dekat jalan Pahlawan, ada restaurant Asam Pedas Selera Kampung. So, zasss...


Restaurant Asam Pedas Selera Kampung ni terletak dekat dengan dataran pahlawan. Sebelah kanan kepada Pahlawan Walk, senang jer nak cari. Bila masuk dalam restaurant, hmm...tak banyak pilihan, ada 3 jenis menu jer asam pedas. Tetapi rezeki, tak baik mengeluh...kitorang pun layan jugak asam pedas nie, boleh la tahan. Dalam hati masing-masing, teringin nak merasa Asam Pedas Claypot tu jugak...isshhh,degil la budak-budak nie, tutup kan...


Sebelum berangkat pulang, kitorang singgah kejap di perigi Hang Li Poh nie...masing-masing dok sibuk citer pasal sejarah la pulak. Aku memang fail la kalau pasal sejarah nie, pasal game aku terer lah...Sambil-sambil tengok tempat nie, kitorang pun borak-borak jer kat depan tu, ada tempat untuk duduk. Memang best bila dapat bercuti bersama kengkawan. Yang penting semua happy and enjoy! Dalam kul4 camtu, kitorang pun gerak balik...


Insyaallah...nanti datang lagi. Roger and out!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...