Friday, 29 March 2013

Fly to Seoul (Day 3) - Namdaemun

Selamat hari Jumaat semua, hari yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat. Maklumlah, esoknya dah hari minggu, saper yang tak suka kan. Nak dating lah, tengok wayang lah, berkelah pun ada jugak, so semua happy-happy jer kan. Kalau ada jugak yang bersedih, jangan dok terperap dalam bilik pulak, keluarlah tengok dunia, hayati ciptaan Illahi, pasti kecerian tu datang kembali. Wokey~...jom sambung citer Fly to Seoul untuk Day 3 pulok.

Macam hari-hari sebelumnya, lepas bersiap, kitorang turun ke lobby untuk breakfast. Tetapi, untuk hari ketiga ni lain sikit citernya, sebab aku akan check-out pada hari ini. Itinerary untuk hari ketiga, paginya visit Namdaemun and sebelah petang pulak, aku akan naik bus untuk ke Sokcho and tidur di sana semalam. Jadi masa turun untuk breakfast, aku bawak semua bag and letak dekat bilik simpanan bag, pastu terus serahkan kunci menandakan yang aku dah check-out. Masa tengah breakfast, tetiba ada 2 orang gadis Cina menegur kitorang dalam bahasa Melayu, terkejut jugaklah sebab tak sangka boleh jumpa orang kampung dekat sini. Diorang tegur sebab nampak kitorang makan Gardenia Butterscotch, so diorang agak maybe kitorang dari M'sia jugak. Apa lagi, kecoh sikitlah keadaan kitchen pagi ni. Jodoh kitorang tak lama, sebabnya 2 orang gadis Cina yang berasal dari Melaka ni akan bertolak balik pada malam nya. Lepas wife aku salam cium pipi bagai dengan diorang, kitorang pun keluar dari guest house and berjalan menuju ke Namdeamun.

Inilah keistimewaan kalau stay dekat Namsan Guesthouse 3, sebabnya jarak untuk pergi Myeongdong and Namdaemun boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. Kalau malas nak breakfast dekat guest house, boleh jer keluar and breakfast dekat mana-mana Coffee Shop yang berdekatan. Seriously, Coffee Shop sangat banyak di sini, berjalan 3,4 langkah dah jumpa satu kedai. Selang 3,4 langkah lagi, Coffee Shop lain pulak. So, dari guest house, kitorang berjalan menuju ke Myeongdong St., dekat sini ada direction untuk pergi ke Namdeamun Market. Apa susah, follow sajo...

 signboard dekat Myoengdong St.

 suasana di waktu pagi

Untuk ke Namdaemun Market, kalau berjalan dari guest house, bila sampai dekat Myeongdong St., terus belok kiri. Lepas tu jalan terus saja sampai jumpa simpang empat macam dalam gambar dekat atas. Simpang empat ni just ada laluan untuk cross ke sebelah kanan jalan sahaja, kalau nak ke Namdaemun Market, kena cross ke bahagian depan, so kena masuk ke dalam Hoehyeon Underground Shopping Center, and kemudian ambik Exit 12.

even pagi lagi, banyak kedai dah buka dekat dalam Hoehyeon Underground Shopping Center
 
Exit 12 - Namdaemun Market

Keluar je dari Exit 12, kitorang tak terus ke Namdaemun Market, sebaliknya abiskan masa lepak-lepak dekat kawasan sekitar ni dulu. Sebabnya, rasa macam still awal lagi, dari guest house ke sini, ambik masa dalam 15 ke 20 minit gitu, and kitorang sampai sini around 10 pagi kot. Aim aku nak pergi Namdaemun Market, nak cari kasut sebenarnya, sebab malam sebelumnya, aku tak jumpa dekat kawasan Myeongdong. Wife aku pulak, cakap tak nak beli apa-apa, unless ada yang murah-murahlah. Kalau mahal, sekadar cuci mata jelah kot.


Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kitorang pun berjalan menuju ke Namdaemun Market. Kalau orang sini, maybe panggil pasar hari lah kot. Before sampai ke Namdaemun Market, tepi-tepi jalan dah banyak dah stall yang buka jual barang, tapi tak nampak lagi kedai yang boleh buat kitorang pergi beli. Kalau nak diikutkan, harini more kepada survey harga, sebab last day nanti baru nak betul-betul beli. So, boleh target kedai mana yang bagi harga paling murah.

Namdaemun Market


hm?? 1,000 Won sajo??

Bila dah masuk ke kawasan market, aku tengok wife aku dah hilang dah. Tengok kiri kanan baru terperasan dia dekat kedai ni. Biar betoi ni ahjumma, 1,000 Won (RM3) sajo?? Yang tak bestnyer, semua baju perempuan, aku taktau nak panggil baju apa, tapi macam baju sejuk gitu, jenis kait-kait. Hasil pemerhatian aku, baju ok jer, kualiti pun macam ok jugak, tapi dengan harga 1,000 Won aku macam tak boleh nak terima. 


Wife aku angkat 2 helai dekat kedai ni, 1 kaler putih ni, lagi satu kaler biru. Kalau keadaan sejuk sangat, mungkin boleh pakai baju ni dekat dalam, and jacket dekat luar. Rasa-rasa aku, kedai ni jer yang aku jumpa 1,000 Won, kebanyakan kedai lain 3,000 Won minimum, design pun lebih kurang.

mai masuk mai...pakcik, makcik, adik, abang...murah murah murah!!


Kalau nak diikutkan, aku masih belum betul-betul masuk dekat dalam kawaasan market, baru sipi-sipi je nih. Sebab view aku tengok dekat blogger lain, tak sama. So, dari sini, terus jalan ke depan, sambil-sambil tu cuci mata. And, dekat depan sinun, bila tengok dengan mata sendiri, baru betul-betul nampak suasana dekat Namdaemun Market. Penuh dengan manusia...

siapa yang kentut, sila angkat tangan! hehe...ada juga yang angkat...

Subhanallah, orang tersangatlah ramai. Tapi bukan menghimpit tau, bila berjalan tu still ada space lah. Taklah sampai kena iyah~...iyah~...selesa jer. Compare dengan Myeongdong, untuk sesetengah barang, macam lagi murah. Sebabnya, ada 2,3 kedai aku jumpa kasut untuk lelaki, harga boleh tahan, yang ok, sekitar 20,000 Won and ke atas. Winter jacket, boots and seangkatan, tak yah cakaplah, untuk pompuan, dalam 10,000 Won dah boleh dapat dah. Sambil-sambil tu aku survey jugak harga T-shirt I Love Korea and keychains semua, so far, harga boleh tahan jugak. Tengah dok berjalan-jalan, tetiba aku dengar ada orang ucap Selamat Datang. Eh~...


Banyak kedai aku jumpa dok buat makanan ni, and ada sesetengah chef nyer boleh ucap Selamat Datang. Nak layan punya pasal, aku pun join satu crowded ni. Uniklah menu ni, seketul mende yang keras macam batu asalnya, bila digaul-gaul dengan tepung, lastly boleh jadi lembut seakan-akan gula kapas gitu. Dekat tengah-tengah sebagai inti tu, rasanya kacang kot. Weird sikit rasa, maybe sebab aku tak biasa makan. Lepas wat demonstrasi buat makanan ni, chef tersebut ada mengoffer untuk jual, in pack. But, aku terpaksa menolak. Lepas tu kitorang cepat-cepat melarikan diri sebab risau kena beli jugak nanti. Pusing punya pusing, akhirnya satu kedai kasut ni terpaksa menerima offer aku, sebabnya aku first customer.


See...aku dah tukar kasut hitam, kasut putih aku tu terus simpan dalam bag plastic. Niat aku nak cari kasut yang tebal sikit tapaknya, kalau berjalan atas ais tu tak licin, and kalau kena air or salji ke tak basah. Pastu pulak, design biarlah aku boleh pakai even dekat M'sia nanti. Harga aku dapat 17,000 Won selepas diskaun. Harga asal around 20,000. Design kasut ni macam kasut polis, tinggi sikit dari buku lali. Pada mulanya, aku plan nak survey harga jer dulu untuk keychain and souvenir bagai, last day nanti baru nak beli, tapi tak tahan godaan punya pasal, terbeli lah pulak. Samalah dengan t-shirt I Love Korea, terbeli harini jugak.


On the way keluar dari kawasan Namdaemun Market, aku singgah lagi sekali dekat kedai ni, awal-awal tadi dah singgah dah sebenarnya, survey harga. Lagipun ahjussi yang jaga kedai ni boleh cakap melayu sikit-sikit, dia boleh sebut kaler hijau, biru, putih, kuning, hehe... Harga yang ahjussi ni tawarkan, 10,000 Won untuk 3 helai baju, any color. Macam-macam design ada, so aku angkatlah 6 helai, hijau kuning pink hitam putih semua ada. Bukan apa, beli lain-lain color sebab tak nak bagi sama bila pakai tu. Kalau sama, takut tertukar or bergaduh pulak nanti kan... Lepas settle beli belah, kitorang berjalan balik menuju ke Myeongdong.

Untuk makan tengahari, kitorang singgah di Lotteria dekat Myeongdong. Lotteria ni lebih kurang macam McD lah, tapi versi Korea. Credit to Henry Fox, sebabnya daripada dialah aku tau dekat Lotteria ada menu yang boleh dimakan. Aku singgah pun sebab lokasi Lotteria ni sendiri yang terletak tak jauh dari Myeongdong St., maybe around 50 meter macam tu kot. Dari Myeongdong St. and Uniqlo, ambik sebelah kiri, pass by Nature Republic, terus jumpa. Dekat Lotteria, aku order 2 Set Shrimp Burger, harga dalam 5,000 Won/set. Agak murah jugaklah, and di samping dapat Shrimp Burger, ada sekali french fries dan jugak air.

1 set Shrimp Burger


Lepas kenyang memenuhkan perut dekat Lotteria ni, kitorang pun berjalan balik menuju ke guest house untuk ambik bag. Dekat guest house, settlekan urusan berbangkit and solat, simpan barang dalam bag, and adjust-adjust sikit, sebabnya, untuk ke Sokcho nanti, aku hanya bawak satu bag. Malas nak bawak bag banyak-banyak, sebabnya pergi sehari jer. Lebih kurang pukul 2 gitu, kitorang pun bergerak menuju ke station bus untuk ke Sokcho. Dari Seoul ke Sokcho, perjalanan dengan bus ambik masa dalam 3 jam. Apa yang aku buat dekat Sokcho akan diceritakan dalam next entry okay :)

Roger and out.


Monday, 25 March 2013

Fly to Seoul (Day 2) - Ikan Bakar Dongdaemun

Bila aku tengok balik map subway, ikut route dari Gapyeong St. to Myeongdong St. ada 23 station nak kena lalu, dengan 3 kali transit baru dapat sampai. Salah satu station untuk transit adalah Dongdaemun St. Ikut plan asal, nak terus shoot ke Myeongdong St., sebab nanti dekat Myeongdong area, nak pusing-pusing lagi untuk cari kasut untuk aku pulak, sambil-sambil tu nak makan malam sekali. Lepas mengadakan mesyuarat dengan wife, ubah plan sikit. Alang-alang dah nak sampai Dongdaemun, apa kata pi pekena Ikan Bakar dulu. Kebanyakan info yang aku dapat dari blog or forum, semua depa kata, kalau datang Korea, tak sah kalau tak pekena Ikan Bakar dekat Dongdaemun. Jadi, aku pun nak cuba jugaklah, kenapa Ikan Bakar ni glamor sangat sampai di sebut berkali-kali, sedap sangat ker, or ada tarikan lain yang menyebabkan dia glamor. Hasil dari tips-tips yang blogger and forumer lain bagi, direction untuk ke Ikan Bakar ni adalah seperti berikut:

"sampai dekat Dongdaemun station, keluar ikut Exit 8, terus sampai jumpa Cheongycheon Stream First Bridge, pastu ambik kanan sampai jumpa 2nd Bridge, ambik kanan lagi and kemudian masuk ke lorong kecik-kecik sebelah kiri. And sampai dah ke Gerai Ikan Bakar".

Tips yang depa semua bagi ni dah betul dah, cuma ada sikit masalah yang terjadi dekat aku. Sebabnya, waktu aku sampai dekat Dongdaemun St., Exit 8 yang dimaksudkan tu TUTUP. Sengaja kan, time aku datang tutup, time orang lain datang tak tutup pulak, siap letak bunga manggar lagi. Jadi, dengan bijak bistarinya, aku pun ajak wife aku keluar Exit 7. Yela, kalau ikut signboard masa keluar dari station tadi, Exit 7 and Exit 8 kan sekali arah dia, so aku agak, maybe berdekatan jela kot. Tetapi, tekaan aku salah rupanya. Tah mana-mana keluar dekat Exit 7 tu, dahla sejuk giler, aku rasa suhu drop masa dekat sini, sebab dah nak malam. Wife aku dah cuak dah. Dengan perasaan penuh kasih sayang, aku pun cakap dekat wife aku yang kita masih lagi di Dongdaemun, tak perlu risau sangat. Baru nampak dia cool down sikit. 

So, berbekalkan bahasa isyarat, aku tanya orang dekat area situ, dekat mana Cheonggycheon Stream. Baik-baik sungguh orang Korea ni, bukan setakat tunjuk, instead minah ni bawak kitorang sampai dekat Cheongycheon Stream. Tak jauh sangat pun rasanya dari Exit 7 ke Cheongycheon Stream. Bila aku tanya pasal Gerai Ikan Bakar tu, minah ni taktaulah pulak. Nasib baik dalam itinerary yang aku buat, aku print sekali dengan gambar gerai Ikan Bakar tu. Kalau tak, payah jugak tu nak buat gaya "ikan bakar" nak bagi orang Korea paham. Lepas ucapkan kamsahanida, aku pun cari orang lain pulak untuk tanya arah. Kebetulan aku nampak seorang ahjuhsi ni, taktau lah dia polis or pak guard, pakaian lebih kurang jer, yang bestnyer, dia boleh berbahasa English. Aku pun tanya arah ke gerai Ikan Bakar tu sambil tunjuk gambar. Ahjussi ni pun cakap, tak jauh dah dari sini, just kitorang berada dekat tempat yang salah, sepatutnya seberang jalan sinun. Dia pun ambik pen, and lukis direction ke situ. And aku kena masuk balik ke dalam subway station untuk cross ke seberang jalan. Bila aku masuk balik dalam subway station, baru perasan, ni lah tempat kitorang mula-mula keluar tadi. Direction yang ahjussi ni bagi ada tukar sikit, and kitorang berjaya jugak sampai ke Gerai Ikan Bakar tu. Pastu makan tak hingat, ahaha...Disebabkan aku dah sesat bagai, meh aku bagi direction supaya perkara yang sama tak terjadi dekat korang. Tetapi, sesat-sesat pun best jugak, banyak mende boleh belajar :)

Direction to Ikan Bakar Dongdaemun



1. naik subway and turun dekat Dongdaemun Station.

2. Keluar ikut Exit 2. Kalau ikut map dekat atas, apa beza Exit 1 & 2 dengan Exit 7 & 8? Bezanya, Exit 7 and Exit 8 adalah exit untuk subway, manakala Exit 1 and Exit 2 adalah exit untuk Dongdaemun Underground Shopping Center. Tengoklah, kitorang sesat sampai keluar dekat Exit 7, pastu kena jalan ke Exit 1 untuk masuk balik ke dalam station sebab nak cross jalan. Pastu barulah tembus dekat Exit 2.

2.1 Tatacara keluar ikut Exit 2

 Sampai di Dongdaemun St., ikut arah menuju Exit 7 & Exit 8 iaitu ke sebelah kiri.

Jalan terus and masuk ke dalam Dongdaemun Underground Shopping Center.

Nampak kan ada anak panah ke Kanan adalah Exit 8 and ke kiri macam naik atas sikit adalah Exit 7. Dekat sinilah aku blur bagai sebab Exit 8 tutup. Punyalah susah payah keluar ikut Exit 7, padahal lagi dekat kalau keluar Exit 2. Kalau sampai dekat sini, terus jer masuk dalam Dongdaemun Underground Shopping Center dekat depan, yang ada lampu kaler ijau tu.

Masuk jer dalam Dongdaemun Underground Shopping Center, jalan terus sajo sampai ke pintu depan tu.

Keluar dari pintu Dongdaemun Underground Shopping Center tadi and naik tangga, terus nampak Exit 2.

3. Pastikan di sebelah depan iaitu diseberang jalan sinun adalah Pyoung Hwa Clothing Market and di sebelah kanan adalah JW Marriott Seoul

Pyoung Hwa Clothing Market di seberang jalan, and dekat sini adalah merupakan First Bridge Cheongycheon Stream.

Dari depan JW Marriott ni, jalan terus saja.

4. Jalan terus dari depan JW Marriott sehingga berjumpa dengan 2nd Bridge Cheongycheon Stream.

2nd Bridge Cheongycheon Stream

5. Bila dah nampak 2nd Bridge, belok kanan. Boleh refer map dekat atas supaya mudah faham. Bila belok kanan, akan nampak view macam gambar di bawah.


6. Bila dah sampai sini, jalan ke arah lori kaler biru gelap tu. Jangan ikut pompuan baju merah tu, sesat nanti, hehe... Rasa-rasa, bila dah sampai sini, dah boleh bau dah bau ikan bakar.

7. Dah sampai, yee...


Kalau ahjuma ni pandai cakap melayu, nak jer aku citer dengan dia kisah kitorang sesat tadi. Nak diikutkan, dekat sini memang banyak gerai ikan bakar, tapi kitorang pilih gerai ahjuma ni. Lepas mengorder, kitorang pun masuk dalam. Seriously, ikan-ikan bakar aku tengok tu, semua besar-besar, penat berjalan punya pasal, macam nak makan semua jer. Tapi tak boleh, kena ikut bajet, huhu~... Masa aku duduk, ikan bakar tak sampai lagi, tapi menu lain di hantar dulu. Oh~...inilah nama dia kimci. Hm~...nampak macam sedap. Takpa, sabaq sat dulu, tunggu ikan sampai, baru melantak. Tak lama lepas tu, ikan bakar pun sampai.

Tadaaa...

Perhh...bau dia, memang masyuk beb. Tergoda aku, tu belum makan lagi...Tengah dok belek-belek, baru perasan, laa...mana tulang? Aku tengok meja orang lain pun sama, ikan bakar ni memang dihidang macam ni, isi jer tanpa tulang. Bagus jugak, tak perlu lah nak susah payah perisi tulang masa makan nanti. So, apa lagi, lepas baca doa makan, terus ngap ler, hehe...

kimci...sangat sedap hokey!


Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, total kena 12,000 Won. Lebih kurang 6,000 Won lah sorang, okalah...tak la mahal sangat. Bagi aku, ikan bakar and kimci jer yang tekak aku boleh terima, termasuk nasi lah. Menu lain tu, macam payah sikit nak telan. Seriously, memang sangat sedap ikan bakar ni, patutlah semua orang cakap patut try kalau datang sini. Now aku pun sama macam diorang jugak, sangat-sangat recommended! Kata orang-orang lama, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"... 

Kenyang sudah, sesat pun sudah, penat tak yah cakaplah. Dari pagi ke Petite France, pastu Nami Island, malam pulak ke Dongdaemun, now aku rasa patut bed time lah jawabnya. On the way balik dari Gerai Ikan Bakar ni, sebab dah terer jalan, cewah...teringin nak berjalan dekat bawah Cheongycheon Stream. Tapi tak tahan sejuk punya pasal, niat tu terpaksa ditangguhkan. Sebab waktu ni keadaan berangin dekat bawah, aku rasa muka macam nak beku jer, kalau kena lempang pun tak rasa pape ni. So, kitorang pun jalan balik cepat-cepat ke subway station. Dah masuk ke dalam Dongdaemun Underground Shopping Center tu baru rasa lega sikit, sebab ada heater. Tetiba aku rasa tak puas hati sebab tak dapat snap Cheongycheon Stream, terus aku ajak wife aku naik balik. 


Di depan sinun adalah 2nd Bridge Cheongycheon Stream, sepatutnya dari sanalah kitorang berjalan balik ke sini. Ada tangga untuk turun naik atas. Lepas dah puas hati menatap Cheongycheon Stream waktu malam, kitorang pun beransur masuk ke subway station, turun melalui Exit 2 tadi. Dari Dongdaemun St. terus menuju ke Myeongdong St. Sampainya tak pergi mana-mana dah, nak cari kasut pun tak jadi, terus menuju ke guest house jer. Lepas mandi, solat and study sikit untuk itinerary esoknya, terus tidor. So, tamat sudah aktiviti untuk Day 2...next aku akan citer Day 3 pulak......

Roger and out.


Malaysia Next Top Lucky Blogger by Mak Dara

Salam hari Isnin...

Sihat semua-semua yer, biasalah, nama pun hari Isnin, mesti tak best kan, hari Jumaat jugak yang dinantikan, ahaha... Kebetulan pagi tadi, aku telah di tag oleh salah seorang Penaja untuk GA by Mak Dara iaitu Sue-Rya Qistina, so dengan rasa berbesaar hati serta pantas seperti kilat, terus aku buat entry khas untuk memeriahkan lagi GA ni. Senang sajo untuk join GA by Mak Dara ni, syarat-syarat macam dekat bawah hokey...

 
No. 1: Follow blog Bicara Mak Dara
No. 2: Buatkan entry dengan tajuk "Malaysia Next Top Lucky Blogger by Mak Dara".
No. 3: Masukkan banner dekat atas and linkkan ke entry Mak Dara.
No. 4: Copy paste senarai Penaja-Penaja di bawah:


No. 5: Tag 3 orang rakan and diorang mesti tau pasal GA by Mak Dara ni.
No. 6: Lepas dah settle, tinggalkan link dekat entry entry Mak Dara.
No. 7: GA by Mak Dara ni terbuka kepada semua and tarikh tutup adalah 31/3/2013.

 So, 3 sahabat handai yang aku tag adalah Ikhwan Suhaimi, Nik Ros and Ena's Palace.

Kalau ada masa join lah, di samping dapat mengeratkan silaturrahim, dapat jugak menang hadiah. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuan manusia siapa yang tahu kan :)

Roger and out.



Saturday, 23 March 2013

Happy Birthday Skampung


Salam semua...

Pertamanya, syukur ke hadrat Illahi, Skampung kini dah berumur setahun. Keduanya, aku mewakili Skampung mengucapkan ribuan terima kasih sesangat kepada korang semua yang sudi menyinggahkan diri, berkenalan, membaca, mengomen, memberi nasihat, teguran serta pendapat, macam-macam lagilah...rasa terharu sangat, seronok dapat berkenalan dengan korang semua, bak kata pepatah, berbini biar satu, berkawan biar seribu, hehe...korang memang awesome!! Mudah-mudahan, Skampung akan dapat bertahan untuk tahun-tahun berikutnya. Kalau ada penulisan Skampung yang menyebabkan sesetengah orang terasa hati, aku mintak maaf sesangat. Yela, aku ni insan biasa sajo...sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut. Sorry ok! Anyway, akhir kata, thanks for everything :)

Roger and out.



Thursday, 21 March 2013

Fly to Seoul (Day 2) - Nami Island

Dasyat sungguh perjalanan dari Petite France nak ke Nami Island, sebab lalu kawasan berbukit, jalan pulak macam aku cakap ritu, kecik muat-muat untuk bus jer, sekali nak ambik lap, telan air liur jugaklah. Tapi aku tengok orang lain dalam bas rilex jer, siap dok gelak-gelak lagi. Ishh..depa ni... Lebih kurang 20 minit gitu, kitorang pun sampai lah dekat Bus Stop Nami Island. So, that's it, inilah tempat yang nak dituju sangat-sangat, boleh dikatakan masa mula-mula buat itinerary dulu, Nami Island yang pertama sekali masuk dalam list. Wife aku seronok bukan main lagi masa turun dari bus, siap nak terus pergi tu. Dengan nada yang lemah gemalai, aku pun mengingatkan wife aku, "tunggu sat Yoo-jin oiii...", sebabnya plan kitorang sebelum masuk ke Nami Island, nak singgah 7-E or mana-mana mart untuk beli nasi dulu, dekat dalam nanti nak berkelah, hehe... Kebetulan depan bus stop ni ada 7-E, so aku pun belilah 2 bungkus nasi, panaskan dekat microwave, and pastu terus masukkan dalam tupperware. Lepas settle semua, kitorang pun berjalan menuju ke entrance Nami Island.


On the way tu, dari jauh aku tengok ramai betoi masyarakat yang nak masuk ke Nami Island, sebab aku perasan ada banyak bus dekat bahagian parking. Pastu aku perasan jugak ada 3,4 orang dok pegang macam bendera kecik tu, so maybe untuk membezakan diorang berbanding group yang lain. Sampai dekat entrance, terus aku pergi beli tiket. Harga tiket untuk masuk ke Nami Island adalah 8,000 Won seorang.


Lepas dah beli tiket, tanpa membuang masa, kitorang pun berjalan masuk untuk naik ferry. Wah~...masa tunggu ferry tu, rasa bangga kejap sebab nampak bendera M'sia berkibar dengan penuh gaya di samping bendera Korea. Tunggu pun tak lama, selepas penumpang yang dalam ferry tu semua turun, kitorang pun dibenarkan untuk terus masuk ke dalam ferry. Dekat dalam tak banyak tempat untuk duduk, sebabnya perjalanan ke Nami Island kejap sangat, dalam 5-10 minit gitu, so kebanyakan orang berdiri sajo. Kalau nak layan view dekat luar, boleh pergi ke bahagian luar ferry. Masuk jer dalam ferry rasa lega sikit, sebabnya dekat luar sejuk sangat, so masing-masing menepek dekat heater untuk panaskan badan.

 Malaysia boleh!!


Agak-agak dekat nak sampai, aku pun pergilah ke bahagian depan ferry semata-mata nak ambik gambar penyambut tetamu Naminara, si tanggang versi Korea. Ingatkan aku sorang jer yang nak ambik, orang lain pun sama jugak. Apa lagi, terus menggunakan kelebihan tubuh badan aku yang sasa ni, iyah~...iyah~...dapat jugak aku ke bahagian depan and ambik gambar. Ini Hang Tuah hokey, sekali makan nasi 4 pinggan, ada hati nak berebut-rebut dengan aku...

Welcome to Naminara!


Tanggal 7 March 2013, lebih kurang jam 2.30 petang, berjaya jugak kitorang memijakkan kaki ke Nami Island. Wee... berbunga-bunga perasaan waktu ni, hati berdebar-debar, Yoo-jin pulak kelihatan sedikit malu bila aku tarik dia turun dari ferry, cewah haha ~... Dekat depan gate untuk masuk Nami Island, ada 2 snowman yang menyambut aku dan Yoo-jin. Aku tak pegang pun, wife aku yang pegang, dia cakap macam bukan dari snow jer, keras-keras sikit. Aku pun rasa logiknya jugak, sebab sekarang dah penghujung winter, mau cair habis kot kalau betul-betul dari snow.

comel jer kan...


Banyak ukiran-ukiran yang unik-unik di sini, so far first impression aku oklah, cantik jugak Nami Island ni, betul kata blogger Azra, even semua pokok dah togel takda daun and tinggal ranting jer, Nami Island tetap ada tarikan tersendiri. Walaupun dekat tangan aku ada map Naminara ni, aku tak tengok pun, just melangkah jer ikut orang lain. On the way berjalan-jalan ni, baru nampak sikit, ramai betul masyarakat M'sia di sini, family, couple, rombongan Cik Kiah, semua ada. 

Yoo-jin cakap cantik, ada belon-belon...

Cantik tak bag baru aku, made in Korea hokey :)


Dekat sini aku terpegun kejap, aku rasa, ais ni membentuk sesuatu sebelum cair macam ni. Tapi, bila tengok betul-betul, unik pulak even dah cair. Dengan air tasik yang masih lagi membeku, rasa macam nak berjalan jer atas tasik ni sambil menikmati sculptor ais ni.  Tengah dok syok menikmati sculptor ais ni, tetiba aku perasan dekat belakang, ramai sungguh orang kita dok ambik gambar. Lepas satu group, tukar group lain pulak. Curious apa yang ada di situ, aku pun pi lah tengok. Rupa-rupanya...


Patutlah...ada bendera M'sia and ada ucapan Selamat Datang Di Pulau Nami, hm~...macam tak berapa nak betul jer grammar. Bukan Selamat Datang Ke Pulau Nami ker yang sepatutnya... Tak kisahlah labu, yang penting bahasa Melayu kan :)

rumah burung di tengah tasik...

Banyak unggun api dekat sini, time winter jer ada, season lain rasanya takda...

Sekitar kawasan sini memang ramai orang, silap haribulan boleh sampai kena beratur kot kalau nak ambik gambar dekat satu-satu Naminara punya attractions.


Lagi satu tarikan dekat Nami Island adalah aktiviti menunggang basikal. Sebab, dalam citer Winter Sonata, ada part depa dok naik basikal dekat sini, sebab tu boleh wujud aktiviti ni. Rate untuk sewa basikal macam dekat dalam gambar di bawah. Aku tak sewa pun, lagi seronok berjalan and ambik gambar, ceh~...alasan...

rate untuk sewa basikal


Kebanyakan blog yang aku baca, mesti ada ambik gambar dekat sini, gambar emak bersama 2 orang anaknya. Aku tak sure kot ada kisah disebalik arca ni, or setakat tarikan di Naminara semata-mata. Actually, ada drama sikit before aku boleh ambik gambar disini, perasan tak dekat bahagian bawah tu macam ada air bertakung. Lapisan bawah tu adalah ais, so agak licin sikit. Punyalah jimat dan cermat aku melangkah, tiba-tiba kebaboom...jatuh macam buah nangka beb, waduh~... Bila aku angkat kepala tengok orang lain, nasib baik semua orang tengok tempat lain, aku yakin, mesti diorang tak perasan kan... So, ada sebablah untuk aku angkat kasut baru balik nanti, muahaha...

see...semua orang ambik gambar dari jauh sajo...


Bertentangan dengan arca emak bersama-sama anaknya tu, ada pulak arca pelakon utama citer Winter Sonata, aku iyah~...iyah~... jugaklah semata-mata nak ambik gambar, tapi tak mampu, orangnya ramai ya amat. So, aku pun ajak wife aku cari port untuk makan dulu. Dah pukul berapa ni, baru teringat, aku just breakfast dengan roti jer pagi tadi. Tengah dok survey-survey, aku terperasan ada satu tempat ni cantik sangat, dengan pokok-pokoknya, daun-daunnya, tapi agak jauh sikit dari jalan utama. Terus aku tarik Yoo-jin ke situ...

 terserempak dengan squirrel, comel and jinak...
 .

Cantik kan tempat ni, aku tengok pun macam tak percaya, cantik betul landskap dia, memang sangat sesuai lah untuk aku and Yoo-jin berkelah, hehe... Kalau ikut plan asal, nak merasa Nasi Goncang (Dosirak) dekat sini, menunya nasi putih, telur and kimci (harga 5,000 Won/ plate), tapi last-last minit tukar. Aku decide untuk berkelah dekat sini, santai sikit...


Menu aku dengan Yoo-jin untuk tengahari ni nasi putih, kari ayam and sambal ikan bilis. Air macam biasalah, apa lagi kalau bukan susu pisang tu. Serius beb, tempat  ni memang best and cantik untuk berkelah, damai jer rasa. Lama jugak kitorang lepak sini, lepas makan nasi, sembang-sembang, usik mengusik, berbalas pantun dua tiga round, pastu teruskan aktiviti yang seterusnya...ahaha~

bila aku tengok balik gambar ni tak puas hati, kenapa gaya aku buruk sangat, sepesen jer...arhh, stress!


Sini pun cantik jugak, kagum tengok structure pokok yang besar-besar ni membengkok ke arah tasik tepi tu. Indah sungguh ciptaan Illahi kan... Then, kitorang pun beransur untuk ambik gambar yang menjadi trademark Naminara ni. Awal-awal tadi dah lalu dah, tapi dari bahagian depan, orang ramai sangat, so bagi chance dekat depa menikmati dulu, mungkin depa kejar masa. Macam kitorang datang sendiri-sendiri, tak kisah nak balik pukul berapa pun. Sampai-sampai jer, yess...takda orang, bolehlah aku buat aksi lompat bagai, hehe...

time kitorang datang sama macam dalam gambar tau...

Tak sia-sia aku dok usung tripod sana sini, berguna jugak akhirnya. Aku ni pemalu sikit, nak mintak tolong orang ambik gambar segan, so terpaksalah guna khidmat tripod. Lepas penat bersuka ria dekat kawasan pokok-pokok ni, next aku nak pergi tengok arca watak utama citer Winter Sonata ni. "Ayuh kita pergi Yoo-jin..."

 Simbolik percintaan Jun-sang and Yoo-jin

Masa ni lebih kurang pukul 4 lebih, nak diikutkan, tempat-tempat utama rasa-rasanya macam dah visit. Aku plan nak naik ferry dalam pukul 4.45 gitu, sebab nak ambik bus dari Nami Island ke Gapyeong St. yang pukul 5.15 petang. So, sementara nak habiskan masa, kitorang berjalan ke arah padang, sebab dari jauh aku nampak banyak rumah-rumah yang diperbuat dari jerami.


Sebelum berangkat pulang, kitorang singgah solat dulu dekat surau dekat sini. Senang jer nak cari surau, dari jauh dapat tengok tulisan besar-besar tulis "Musolla" in arabic, artinya, surau ler... Kalau nak diikutkan, surau ni mix, campur,  tapi kebetulan masa aku and wife aku pergi solat, takda orang.

Musolla aka Surau

On the way balik ke ferry, orang dah tak ramai...

time table ferry, last ferry jam 9.45 malam

bye-bye Naminara...

Sedih pulak rasa bila nak meninggalkan kampung halaman, takpa...kalau ada rezeki, one day akan datang lagi. Yoo-jin pun dah bagi green light, anytime ajo... So, sampai jer dekat Bus Stop Nami Island tempat mula-mula turun tadi, masa naik bus untuk ke Gapyeong St., tunjuk jer tiket yang dah dibeli, terus cari tempat duduk. Aku ada terbaca dekat manatah, ada diorang cakap, dari Nami Island nyer bus stop ni, boleh jalan kaki ke ke Gapyeong St., tak jauh mana pun. Aku ada tengok jugak jalan, pendapat aku, agak jauhlah jugak kalau nak menapak, sebab kawasan agak mendaki di situ.. Tapi, ikutlah...lain orang, lain perancangannya... Sampai di Gapyeong St., terus masuk naik subway untuk balik ke Myeongdong. So, terpaksa tempuh lagi 23 station, dengan 3 kali transit, baru dapat sampai ke Myeongdong St. Best and penat! Sehari suntuk berjalan, puas hati sangat sebab tamatkan 2 aktiviti hari hari pertama dengan jayanya. Next, aku akan citer aktiviti malam pulak. 

Roger and out.