Friday, 29 March 2013

Fly to Seoul (Day 3) - Namdaemun

Selamat hari Jumaat semua, hari yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan masyarakat. Maklumlah, esoknya dah hari minggu, saper yang tak suka kan. Nak dating lah, tengok wayang lah, berkelah pun ada jugak, so semua happy-happy jer kan. Kalau ada jugak yang bersedih, jangan dok terperap dalam bilik pulak, keluarlah tengok dunia, hayati ciptaan Illahi, pasti kecerian tu datang kembali. Wokey~...jom sambung citer Fly to Seoul untuk Day 3 pulok.

Macam hari-hari sebelumnya, lepas bersiap, kitorang turun ke lobby untuk breakfast. Tetapi, untuk hari ketiga ni lain sikit citernya, sebab aku akan check-out pada hari ini. Itinerary untuk hari ketiga, paginya visit Namdaemun and sebelah petang pulak, aku akan naik bus untuk ke Sokcho and tidur di sana semalam. Jadi masa turun untuk breakfast, aku bawak semua bag and letak dekat bilik simpanan bag, pastu terus serahkan kunci menandakan yang aku dah check-out. Masa tengah breakfast, tetiba ada 2 orang gadis Cina menegur kitorang dalam bahasa Melayu, terkejut jugaklah sebab tak sangka boleh jumpa orang kampung dekat sini. Diorang tegur sebab nampak kitorang makan Gardenia Butterscotch, so diorang agak maybe kitorang dari M'sia jugak. Apa lagi, kecoh sikitlah keadaan kitchen pagi ni. Jodoh kitorang tak lama, sebabnya 2 orang gadis Cina yang berasal dari Melaka ni akan bertolak balik pada malam nya. Lepas wife aku salam cium pipi bagai dengan diorang, kitorang pun keluar dari guest house and berjalan menuju ke Namdeamun.

Inilah keistimewaan kalau stay dekat Namsan Guesthouse 3, sebabnya jarak untuk pergi Myeongdong and Namdaemun boleh sampai dengan berjalan kaki sahaja. Kalau malas nak breakfast dekat guest house, boleh jer keluar and breakfast dekat mana-mana Coffee Shop yang berdekatan. Seriously, Coffee Shop sangat banyak di sini, berjalan 3,4 langkah dah jumpa satu kedai. Selang 3,4 langkah lagi, Coffee Shop lain pulak. So, dari guest house, kitorang berjalan menuju ke Myeongdong St., dekat sini ada direction untuk pergi ke Namdeamun Market. Apa susah, follow sajo...

 signboard dekat Myoengdong St.

 suasana di waktu pagi

Untuk ke Namdaemun Market, kalau berjalan dari guest house, bila sampai dekat Myeongdong St., terus belok kiri. Lepas tu jalan terus saja sampai jumpa simpang empat macam dalam gambar dekat atas. Simpang empat ni just ada laluan untuk cross ke sebelah kanan jalan sahaja, kalau nak ke Namdaemun Market, kena cross ke bahagian depan, so kena masuk ke dalam Hoehyeon Underground Shopping Center, and kemudian ambik Exit 12.

even pagi lagi, banyak kedai dah buka dekat dalam Hoehyeon Underground Shopping Center
 
Exit 12 - Namdaemun Market

Keluar je dari Exit 12, kitorang tak terus ke Namdaemun Market, sebaliknya abiskan masa lepak-lepak dekat kawasan sekitar ni dulu. Sebabnya, rasa macam still awal lagi, dari guest house ke sini, ambik masa dalam 15 ke 20 minit gitu, and kitorang sampai sini around 10 pagi kot. Aim aku nak pergi Namdaemun Market, nak cari kasut sebenarnya, sebab malam sebelumnya, aku tak jumpa dekat kawasan Myeongdong. Wife aku pulak, cakap tak nak beli apa-apa, unless ada yang murah-murahlah. Kalau mahal, sekadar cuci mata jelah kot.


Lebih kurang pukul 10.30 pagi, kitorang pun berjalan menuju ke Namdaemun Market. Kalau orang sini, maybe panggil pasar hari lah kot. Before sampai ke Namdaemun Market, tepi-tepi jalan dah banyak dah stall yang buka jual barang, tapi tak nampak lagi kedai yang boleh buat kitorang pergi beli. Kalau nak diikutkan, harini more kepada survey harga, sebab last day nanti baru nak betul-betul beli. So, boleh target kedai mana yang bagi harga paling murah.

Namdaemun Market


hm?? 1,000 Won sajo??

Bila dah masuk ke kawasan market, aku tengok wife aku dah hilang dah. Tengok kiri kanan baru terperasan dia dekat kedai ni. Biar betoi ni ahjumma, 1,000 Won (RM3) sajo?? Yang tak bestnyer, semua baju perempuan, aku taktau nak panggil baju apa, tapi macam baju sejuk gitu, jenis kait-kait. Hasil pemerhatian aku, baju ok jer, kualiti pun macam ok jugak, tapi dengan harga 1,000 Won aku macam tak boleh nak terima. 


Wife aku angkat 2 helai dekat kedai ni, 1 kaler putih ni, lagi satu kaler biru. Kalau keadaan sejuk sangat, mungkin boleh pakai baju ni dekat dalam, and jacket dekat luar. Rasa-rasa aku, kedai ni jer yang aku jumpa 1,000 Won, kebanyakan kedai lain 3,000 Won minimum, design pun lebih kurang.

mai masuk mai...pakcik, makcik, adik, abang...murah murah murah!!


Kalau nak diikutkan, aku masih belum betul-betul masuk dekat dalam kawaasan market, baru sipi-sipi je nih. Sebab view aku tengok dekat blogger lain, tak sama. So, dari sini, terus jalan ke depan, sambil-sambil tu cuci mata. And, dekat depan sinun, bila tengok dengan mata sendiri, baru betul-betul nampak suasana dekat Namdaemun Market. Penuh dengan manusia...

siapa yang kentut, sila angkat tangan! hehe...ada juga yang angkat...

Subhanallah, orang tersangatlah ramai. Tapi bukan menghimpit tau, bila berjalan tu still ada space lah. Taklah sampai kena iyah~...iyah~...selesa jer. Compare dengan Myeongdong, untuk sesetengah barang, macam lagi murah. Sebabnya, ada 2,3 kedai aku jumpa kasut untuk lelaki, harga boleh tahan, yang ok, sekitar 20,000 Won and ke atas. Winter jacket, boots and seangkatan, tak yah cakaplah, untuk pompuan, dalam 10,000 Won dah boleh dapat dah. Sambil-sambil tu aku survey jugak harga T-shirt I Love Korea and keychains semua, so far, harga boleh tahan jugak. Tengah dok berjalan-jalan, tetiba aku dengar ada orang ucap Selamat Datang. Eh~...


Banyak kedai aku jumpa dok buat makanan ni, and ada sesetengah chef nyer boleh ucap Selamat Datang. Nak layan punya pasal, aku pun join satu crowded ni. Uniklah menu ni, seketul mende yang keras macam batu asalnya, bila digaul-gaul dengan tepung, lastly boleh jadi lembut seakan-akan gula kapas gitu. Dekat tengah-tengah sebagai inti tu, rasanya kacang kot. Weird sikit rasa, maybe sebab aku tak biasa makan. Lepas wat demonstrasi buat makanan ni, chef tersebut ada mengoffer untuk jual, in pack. But, aku terpaksa menolak. Lepas tu kitorang cepat-cepat melarikan diri sebab risau kena beli jugak nanti. Pusing punya pusing, akhirnya satu kedai kasut ni terpaksa menerima offer aku, sebabnya aku first customer.


See...aku dah tukar kasut hitam, kasut putih aku tu terus simpan dalam bag plastic. Niat aku nak cari kasut yang tebal sikit tapaknya, kalau berjalan atas ais tu tak licin, and kalau kena air or salji ke tak basah. Pastu pulak, design biarlah aku boleh pakai even dekat M'sia nanti. Harga aku dapat 17,000 Won selepas diskaun. Harga asal around 20,000. Design kasut ni macam kasut polis, tinggi sikit dari buku lali. Pada mulanya, aku plan nak survey harga jer dulu untuk keychain and souvenir bagai, last day nanti baru nak beli, tapi tak tahan godaan punya pasal, terbeli lah pulak. Samalah dengan t-shirt I Love Korea, terbeli harini jugak.


On the way keluar dari kawasan Namdaemun Market, aku singgah lagi sekali dekat kedai ni, awal-awal tadi dah singgah dah sebenarnya, survey harga. Lagipun ahjussi yang jaga kedai ni boleh cakap melayu sikit-sikit, dia boleh sebut kaler hijau, biru, putih, kuning, hehe... Harga yang ahjussi ni tawarkan, 10,000 Won untuk 3 helai baju, any color. Macam-macam design ada, so aku angkatlah 6 helai, hijau kuning pink hitam putih semua ada. Bukan apa, beli lain-lain color sebab tak nak bagi sama bila pakai tu. Kalau sama, takut tertukar or bergaduh pulak nanti kan... Lepas settle beli belah, kitorang berjalan balik menuju ke Myeongdong.

Untuk makan tengahari, kitorang singgah di Lotteria dekat Myeongdong. Lotteria ni lebih kurang macam McD lah, tapi versi Korea. Credit to Henry Fox, sebabnya daripada dialah aku tau dekat Lotteria ada menu yang boleh dimakan. Aku singgah pun sebab lokasi Lotteria ni sendiri yang terletak tak jauh dari Myeongdong St., maybe around 50 meter macam tu kot. Dari Myeongdong St. and Uniqlo, ambik sebelah kiri, pass by Nature Republic, terus jumpa. Dekat Lotteria, aku order 2 Set Shrimp Burger, harga dalam 5,000 Won/set. Agak murah jugaklah, and di samping dapat Shrimp Burger, ada sekali french fries dan jugak air.

1 set Shrimp Burger


Lepas kenyang memenuhkan perut dekat Lotteria ni, kitorang pun berjalan balik menuju ke guest house untuk ambik bag. Dekat guest house, settlekan urusan berbangkit and solat, simpan barang dalam bag, and adjust-adjust sikit, sebabnya, untuk ke Sokcho nanti, aku hanya bawak satu bag. Malas nak bawak bag banyak-banyak, sebabnya pergi sehari jer. Lebih kurang pukul 2 gitu, kitorang pun bergerak menuju ke station bus untuk ke Sokcho. Dari Seoul ke Sokcho, perjalanan dengan bus ambik masa dalam 3 jam. Apa yang aku buat dekat Sokcho akan diceritakan dalam next entry okay :)

Roger and out.


41 comments:

  1. hohoho..murah giler kot!!! jeles kita. kalau kita la yg pegi, confirm juling mata tatau nk pilih yg mane satu. hehehe.

    opssss..terliur tgk burger itu. gullppppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau betul-betul niat pergi untuk bershopping sue, better habiskan masa untuk shopping jer, jangan wat aktiviti lain dah. kalau tak nanti, rasa tak puas hati sebab kejar masa, huhu~...

      Delete
  2. wah! ke sokcho! macam kami jugak... sempat ber'autumn in my heart' tak kat sokcho?

    sambung la cepat orga... jarang baca org g sokcho ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempatlah jugak sikit-sikit pm, hehe...aku macam korang jugak, stay dekat the house hostel, owner dia tersangatlah baik. tapi tak puas hati sebab sampai dah petang, kalau aku tau banyak tempat menarik, nak jer pergi awal pagi...

      Delete
  3. Amboih murahnya... kalau baju knitted macam tu..
    memang berbaloilah beli.....
    Ada jugak orang kentut angkat tangan..
    Hahhahaha..
    Tergelak AJ tengok gambar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang korea memang macam tu aj, kalau kentut diorang akan mengaku, baik kan diorang, hehe...

      Delete
  4. murah giler..arghhhhhhhh stres akak baca blog Orga ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. relax akak...jangan lepaskan peluang kalau pergi sana nanti :)

      Delete
    2. adus...bestnya suasana shopping tu..dah la sejuk, nak beli pun semangat kan..kat sini dah la panas..sakit palo den..hehe

      Delete
    3. 100% setuju cik viva, sonok shopping kalau cuaca sejuk, aman damai, hehe...kalau dekat sini, fuh~...kalau panas tu, terasa betul bahang, pastu 3,4 gelas dok balun beli air, hehe...

      Delete
  5. Salam Yeop

    Untung la dapat sambor spike boot tu.....tak le jenuh nak bersilat atas ais...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak yong, menyesal tak beli kasut ni awal-awal, kalau tak, takla saya kena bersilat dekat nami island, huhu~...

      Delete
  6. Kasut baru......!!!!
    Kat Makaysia takkan jumpa baju RM3! !!

    ReplyDelete
  7. tak la mahal barangan dia.... ok la kan kalau pasang niat nak gi sana untuk shopping... murah giler baju yg wife kau beli tu.... mana ada harga 3 hinggit...aku beli kat beijing hari tu pun 25 hinggit tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. 25 hinggit? boleh beli sembilan helai kot shidah...takpa, pasang niat dulu, slow-slow lah baru pi. kalau hang pi time autumn, serius memang cantik giler view shidah...

      Delete
  8. WAH KASUT BARU TU smart AAA
    MMG MURAH GILLER AAA
    NI YANG BUAT AKU aNGAN ANGAN gILLER NAK GI SANA NI orga
    oh DUIT CEFAT LAH TURUN (HEHEHHEHEH)

    ReplyDelete
    Replies
    1. smart ke dila, ceh~...kembang kejap, hehe...nak panggil duit, ajak aku sekali dila, tak aci ler hang sorang jer dok panggil...

      Delete
  9. uishh..baju murah sgt kot.mana nak dapat sehelai rm 3..
    awal shopping sebab tergoda yea.selalu nik pun shopping last minutes sebab lagi penting berjalan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula memang camtu nik, wife pun siap berjanji bagai taknak beli apadah, huh~...belum masuk market dah keluar duit poket dah...tempat ni memang happening time pagi-pagi, macam nak tahan godaan kan...

      Delete
  10. OMG! lama gila tak masuk sini. nampaknya aku dah telepas 2 episod!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah...semua orang bizi sekarang ni, hehe...

      Delete
  11. namdaemun mmg murah dan best! kalo org pmpuan pegi mmg lagi heaven la sbb baju bajan dorang lagi murah! baju sejuk jenis mak datin bulu2 tu boleh dapat dalam RM30 je time longgok2. hahaha. tapi tshirt Korea yang murah tu, aku tak berkenan sgt sbb kualiti kain dia sgt nipis. beli dlm 3 helai je aritu.

    shrimp burger tu mmg sedap! siap ade udang lagi nmpk dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun henry, kain dia macam kurang bermutu sikit, bila basuh tu, dia jadi kedut-kedut. tapi murah punya pasal, aku angkat jugaklah...yang penting ada tulisan i love korea tu, hehe...

      Delete
    2. Dekat Lotteria tu ada burger lain2 tak..salmon ke..tuna ke..gluppp

      Delete
    3. rasa-rasanya shrimp jer kot, yang lain kebanyakan beef or chicken...

      Delete
  12. Hebat juga kau nyoping ye Orga, penuh kiri kanan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping murah-murah jer mie, hehe...

      Delete
  13. woahhhh stylitsa la jaket tu.. macam wolverine punya jaket. Boots yang bulu2 takde ke? haha.ttg lotteria tu kan orga ada cakap "menu yang boleh dimakan" maksudnye?. Btw shopping diharga 3hengget adalah heaven.. tapi sayang offer semua untuk perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang beli, kenalah yang berstyle wan, hehe...boot aku tu memang bulu-bulu pun, tapi sebelah dalam. kalau sebelah luar, bagi wife aku sorang pakai dah lah...menu yang boleh dimakan tu, maksudnya yang halal lah...tu lah wan, gigit jari jer dekat situ nengok orang pompuan shoping, huhu~...

      Delete
  14. Hamboiiih! Bkn main korang kan? Ni kate duk diam2 x p mana2 ni satg dah sampai Amsterdam plak nanti ;p sekali masin mulot aku weh.. amin. Hehehhehe..

    Bile plak aku nak ke korea ni? Pnat kan jalan2? Sronok tu sronok la, tapi bile tgk 1 ke 1 tmpt tuh perghhhh nak tercabut kaki aku nih membygkan. Dgn sesat barat sne sni sket, adeh! Tapi utk pgalaman laki bini mmg syiok la. Yedak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesat barat tu yang best beb, hehe...aku mana mampu sampai ke amsterdam lagi beb, setakat asia bolehlah. tunggu abis study dulu nak pergi jauh-jauh pong, hehe...

      Delete
  15. Namdaemun ni memang best,alamak saya x jumpa pulak yang 1000 won tu..masa gi dulu masa nak shopping ni tak lama dek terikat ngn aktiviti lain ikut tour agent..kalau jalan sendiri ni memang puas bole ambik masa selesa sendirikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kebetulan kot kak masa kitorang sampai baru ada, sebab last day pun ada datang lagi sini, tapi harga dah naik ke 2,000 won...takper, lain kali akak pergi sendiri-sendiri jer :)

      Delete
  16. murah gila barang2 kat sana klo pegi ni abis la pokai..haha..ramai gak org kat situ! xpe2 kumpul duit bebanyak g sini..hehe...mcm byk ja memborong tu bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau laki jer pergi ok kot hery, kalau teman pengganti sekali, memang kena siap sedia koceklah, hehe...borong tak banyak mana pun hery, 1 plastic dah kasut putih yang pakai awal-awal tu...

      Delete
  17. Pergh! Gila sorgalah kalau dapat pegi shopin kat sinun.. Arghh! Tekanan lagi..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau plan nak ke korea mieza, sila bawak duit banyak-banyak :)

      Delete
  18. Wowww santek kasut sklai pandang mcm pak polisi 2 kali pandang mcm bodyguard pun ado 3 kali pandang heeeee orga ruoanyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila tunjuk lesen memandu cik...apa?? lesen memandu hilang kucing makan...sila ikut saya ke balai sekarang! cewah...ada gaya polis nampak :)

      Delete
  19. salam...nak tnye berapa harga tempat simpan beg tu? sbb sy nk kire bajet.mekaseh

    ReplyDelete