Monday, 25 March 2013

Fly to Seoul (Day 2) - Ikan Bakar Dongdaemun

Bila aku tengok balik map subway, ikut route dari Gapyeong St. to Myeongdong St. ada 23 station nak kena lalu, dengan 3 kali transit baru dapat sampai. Salah satu station untuk transit adalah Dongdaemun St. Ikut plan asal, nak terus shoot ke Myeongdong St., sebab nanti dekat Myeongdong area, nak pusing-pusing lagi untuk cari kasut untuk aku pulak, sambil-sambil tu nak makan malam sekali. Lepas mengadakan mesyuarat dengan wife, ubah plan sikit. Alang-alang dah nak sampai Dongdaemun, apa kata pi pekena Ikan Bakar dulu. Kebanyakan info yang aku dapat dari blog or forum, semua depa kata, kalau datang Korea, tak sah kalau tak pekena Ikan Bakar dekat Dongdaemun. Jadi, aku pun nak cuba jugaklah, kenapa Ikan Bakar ni glamor sangat sampai di sebut berkali-kali, sedap sangat ker, or ada tarikan lain yang menyebabkan dia glamor. Hasil dari tips-tips yang blogger and forumer lain bagi, direction untuk ke Ikan Bakar ni adalah seperti berikut:

"sampai dekat Dongdaemun station, keluar ikut Exit 8, terus sampai jumpa Cheongycheon Stream First Bridge, pastu ambik kanan sampai jumpa 2nd Bridge, ambik kanan lagi and kemudian masuk ke lorong kecik-kecik sebelah kiri. And sampai dah ke Gerai Ikan Bakar".

Tips yang depa semua bagi ni dah betul dah, cuma ada sikit masalah yang terjadi dekat aku. Sebabnya, waktu aku sampai dekat Dongdaemun St., Exit 8 yang dimaksudkan tu TUTUP. Sengaja kan, time aku datang tutup, time orang lain datang tak tutup pulak, siap letak bunga manggar lagi. Jadi, dengan bijak bistarinya, aku pun ajak wife aku keluar Exit 7. Yela, kalau ikut signboard masa keluar dari station tadi, Exit 7 and Exit 8 kan sekali arah dia, so aku agak, maybe berdekatan jela kot. Tetapi, tekaan aku salah rupanya. Tah mana-mana keluar dekat Exit 7 tu, dahla sejuk giler, aku rasa suhu drop masa dekat sini, sebab dah nak malam. Wife aku dah cuak dah. Dengan perasaan penuh kasih sayang, aku pun cakap dekat wife aku yang kita masih lagi di Dongdaemun, tak perlu risau sangat. Baru nampak dia cool down sikit. 

So, berbekalkan bahasa isyarat, aku tanya orang dekat area situ, dekat mana Cheonggycheon Stream. Baik-baik sungguh orang Korea ni, bukan setakat tunjuk, instead minah ni bawak kitorang sampai dekat Cheongycheon Stream. Tak jauh sangat pun rasanya dari Exit 7 ke Cheongycheon Stream. Bila aku tanya pasal Gerai Ikan Bakar tu, minah ni taktaulah pulak. Nasib baik dalam itinerary yang aku buat, aku print sekali dengan gambar gerai Ikan Bakar tu. Kalau tak, payah jugak tu nak buat gaya "ikan bakar" nak bagi orang Korea paham. Lepas ucapkan kamsahanida, aku pun cari orang lain pulak untuk tanya arah. Kebetulan aku nampak seorang ahjuhsi ni, taktau lah dia polis or pak guard, pakaian lebih kurang jer, yang bestnyer, dia boleh berbahasa English. Aku pun tanya arah ke gerai Ikan Bakar tu sambil tunjuk gambar. Ahjussi ni pun cakap, tak jauh dah dari sini, just kitorang berada dekat tempat yang salah, sepatutnya seberang jalan sinun. Dia pun ambik pen, and lukis direction ke situ. And aku kena masuk balik ke dalam subway station untuk cross ke seberang jalan. Bila aku masuk balik dalam subway station, baru perasan, ni lah tempat kitorang mula-mula keluar tadi. Direction yang ahjussi ni bagi ada tukar sikit, and kitorang berjaya jugak sampai ke Gerai Ikan Bakar tu. Pastu makan tak hingat, ahaha...Disebabkan aku dah sesat bagai, meh aku bagi direction supaya perkara yang sama tak terjadi dekat korang. Tetapi, sesat-sesat pun best jugak, banyak mende boleh belajar :)

Direction to Ikan Bakar Dongdaemun



1. naik subway and turun dekat Dongdaemun Station.

2. Keluar ikut Exit 2. Kalau ikut map dekat atas, apa beza Exit 1 & 2 dengan Exit 7 & 8? Bezanya, Exit 7 and Exit 8 adalah exit untuk subway, manakala Exit 1 and Exit 2 adalah exit untuk Dongdaemun Underground Shopping Center. Tengoklah, kitorang sesat sampai keluar dekat Exit 7, pastu kena jalan ke Exit 1 untuk masuk balik ke dalam station sebab nak cross jalan. Pastu barulah tembus dekat Exit 2.

2.1 Tatacara keluar ikut Exit 2

 Sampai di Dongdaemun St., ikut arah menuju Exit 7 & Exit 8 iaitu ke sebelah kiri.

Jalan terus and masuk ke dalam Dongdaemun Underground Shopping Center.

Nampak kan ada anak panah ke Kanan adalah Exit 8 and ke kiri macam naik atas sikit adalah Exit 7. Dekat sinilah aku blur bagai sebab Exit 8 tutup. Punyalah susah payah keluar ikut Exit 7, padahal lagi dekat kalau keluar Exit 2. Kalau sampai dekat sini, terus jer masuk dalam Dongdaemun Underground Shopping Center dekat depan, yang ada lampu kaler ijau tu.

Masuk jer dalam Dongdaemun Underground Shopping Center, jalan terus sajo sampai ke pintu depan tu.

Keluar dari pintu Dongdaemun Underground Shopping Center tadi and naik tangga, terus nampak Exit 2.

3. Pastikan di sebelah depan iaitu diseberang jalan sinun adalah Pyoung Hwa Clothing Market and di sebelah kanan adalah JW Marriott Seoul

Pyoung Hwa Clothing Market di seberang jalan, and dekat sini adalah merupakan First Bridge Cheongycheon Stream.

Dari depan JW Marriott ni, jalan terus saja.

4. Jalan terus dari depan JW Marriott sehingga berjumpa dengan 2nd Bridge Cheongycheon Stream.

2nd Bridge Cheongycheon Stream

5. Bila dah nampak 2nd Bridge, belok kanan. Boleh refer map dekat atas supaya mudah faham. Bila belok kanan, akan nampak view macam gambar di bawah.


6. Bila dah sampai sini, jalan ke arah lori kaler biru gelap tu. Jangan ikut pompuan baju merah tu, sesat nanti, hehe... Rasa-rasa, bila dah sampai sini, dah boleh bau dah bau ikan bakar.

7. Dah sampai, yee...


Kalau ahjuma ni pandai cakap melayu, nak jer aku citer dengan dia kisah kitorang sesat tadi. Nak diikutkan, dekat sini memang banyak gerai ikan bakar, tapi kitorang pilih gerai ahjuma ni. Lepas mengorder, kitorang pun masuk dalam. Seriously, ikan-ikan bakar aku tengok tu, semua besar-besar, penat berjalan punya pasal, macam nak makan semua jer. Tapi tak boleh, kena ikut bajet, huhu~... Masa aku duduk, ikan bakar tak sampai lagi, tapi menu lain di hantar dulu. Oh~...inilah nama dia kimci. Hm~...nampak macam sedap. Takpa, sabaq sat dulu, tunggu ikan sampai, baru melantak. Tak lama lepas tu, ikan bakar pun sampai.

Tadaaa...

Perhh...bau dia, memang masyuk beb. Tergoda aku, tu belum makan lagi...Tengah dok belek-belek, baru perasan, laa...mana tulang? Aku tengok meja orang lain pun sama, ikan bakar ni memang dihidang macam ni, isi jer tanpa tulang. Bagus jugak, tak perlu lah nak susah payah perisi tulang masa makan nanti. So, apa lagi, lepas baca doa makan, terus ngap ler, hehe...

kimci...sangat sedap hokey!


Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, total kena 12,000 Won. Lebih kurang 6,000 Won lah sorang, okalah...tak la mahal sangat. Bagi aku, ikan bakar and kimci jer yang tekak aku boleh terima, termasuk nasi lah. Menu lain tu, macam payah sikit nak telan. Seriously, memang sangat sedap ikan bakar ni, patutlah semua orang cakap patut try kalau datang sini. Now aku pun sama macam diorang jugak, sangat-sangat recommended! Kata orang-orang lama, "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"... 

Kenyang sudah, sesat pun sudah, penat tak yah cakaplah. Dari pagi ke Petite France, pastu Nami Island, malam pulak ke Dongdaemun, now aku rasa patut bed time lah jawabnya. On the way balik dari Gerai Ikan Bakar ni, sebab dah terer jalan, cewah...teringin nak berjalan dekat bawah Cheongycheon Stream. Tapi tak tahan sejuk punya pasal, niat tu terpaksa ditangguhkan. Sebab waktu ni keadaan berangin dekat bawah, aku rasa muka macam nak beku jer, kalau kena lempang pun tak rasa pape ni. So, kitorang pun jalan balik cepat-cepat ke subway station. Dah masuk ke dalam Dongdaemun Underground Shopping Center tu baru rasa lega sikit, sebab ada heater. Tetiba aku rasa tak puas hati sebab tak dapat snap Cheongycheon Stream, terus aku ajak wife aku naik balik. 


Di depan sinun adalah 2nd Bridge Cheongycheon Stream, sepatutnya dari sanalah kitorang berjalan balik ke sini. Ada tangga untuk turun naik atas. Lepas dah puas hati menatap Cheongycheon Stream waktu malam, kitorang pun beransur masuk ke subway station, turun melalui Exit 2 tadi. Dari Dongdaemun St. terus menuju ke Myeongdong St. Sampainya tak pergi mana-mana dah, nak cari kasut pun tak jadi, terus menuju ke guest house jer. Lepas mandi, solat and study sikit untuk itinerary esoknya, terus tidor. So, tamat sudah aktiviti untuk Day 2...next aku akan citer Day 3 pulak......

Roger and out.


61 comments:

  1. klo mkn ikan bakar pns2 time sejuk ni mmg best..haha..ok teruskan yg day3 xsbr nk tgk pic2 kat sna..amik mood ja..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat setuju hery, panas-panas makan jugak, tak sempat tunggu sejuklah, ahaha...nampak sangat lapa kan...

      Delete
  2. phewwwwwww...terliur kita tau!
    nak2 pulak klau cicah air asam cili api, confirm terangkat!
    rasa kimchi tu ala2 masak asam pedas je kan (aritu kitorg try kt subang parade).
    tasaba nk tunggu next entry :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. air asam depa ada bagi jugak sue, tapi versi korea lah, tak boleh terima, ahaha...kena ada belacan jugak, ahaha...
      rasa kimci ala-ala asam pedas? hm~...lebih kurang kot, kitorang laki ni main makan jer, yang tau sedap :)

      Delete
    2. hahaha..org lelaki mmg gitu kot. main bedal belasah je.
      husb saya la yg gtau aritu. dia mmg suka try test.
      apa makanan yg lain dr yg lain, mesti dia akan try :D

      Delete
  3. bagusnyer la siap direction bergambar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alang-alang biqque, dah sesat ritu, so tepeklah gambar sekali supaya lebih mudah :)

      Delete
  4. Kehkehkeh....
    Tengah terbayang macam mana agaknya nak buat gaya ikan bakar tu....
    Kehkehkeh...
    Tapi kan, AJ rasa mesti ada yang ikut awek baju merah tu......
    Peliknya dia tak sejuk ke pakai skirt?? Orga cakap sejuk bukan main.... ADa ilmu kebal ni...
    Ikan bakar dia pulak nampak menyelerakan..... Nyum nyum....

    Pssst : AJ kalau nak pegi Korea, kene print out entri Orga ni.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal aj, susah jugak tu nak buat gaya ikan bakar. takkan nak buat tangan lentok,pastu nyala lighter dekat bawah, agak-agak diorang faham tak tu maksudnya ikan bakar, hehe...
      diorang dah biasa tu aj, macam pergi afrika lah, orang sana dah biasa panas, kita pergi mesti memanjang jer pakai payung kan :)

      Delete
  5. ko tak guna metro subway seoul apps ke? aku pakai hari tu.. orang korea ajar kami.. katanya senang sikit..

    by the way, ikan tu mmg sodap~!!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sotong dia pun sgt sedap.. tgok gambar ko.. aku kecur liur and masih terasa kesedapan sotong sambal and ikan bakar di dongdaemun!!! :) *lapa*

      Delete
    2. tak pun zeti, untunglah hang ada orang aja, kami takda orang nak aja, tu pasal tengok matahari jer. bila malam pening sikit, hehe...

      sotong aku tak try pun, tapi ada test yang myeongdong, huhu~...pengalaman seram rasanya...maybe orang lain buat kot...

      Delete
    3. kalo sotong bakar tu, aku mkn gak.. tapi yg ni sotong pedas... sedap...

      tak pe, yg penting, selamat pergi dan selamat kembali. :)

      Delete
    4. sotong pedas, ala zette...aku taktau pun pasal sotong pedas ni, rugi pulak rasa tak try ritu...

      Delete
  6. bestnye la hai dapat pi Korea....teringin je nak pi sana. Tapi bajet mesti gempaq nie...leh wat tips bajet gi KOrea tak? Manatahu kot rezeki sampai sana ke... he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far, kalau ikut betul-betul bajet, tak mahal sangat cik kamoo. last sekali nanti akan try finalize balik bajet korea ni okay :)

      Delete
  7. ikan bakar... sah2 mmg feveret KA sekelurga ni

    ReplyDelete
  8. Senanglah nanti bila giliran saya ke sana. Banyak pahala Orga sebab tidak menyesatkan orang nanti... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin...mudah-mudahan mie, harap-harap tak sesat lah, huhu~

      Delete
  9. peh...entry ni macam sengaja memerli aku...mentang-mentang aku tak dapat makan ikan bakar aritu..cissss takde rezeki aritu,ada ribut taufan,diorang tutup awal..sobbsss....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...sedih aku baca citer ko aza, tak pa, ada sebablah untuk ko merepeat lagi kan, hehe...

      Delete
  10. Salam Orga..

    Wow...terkesima Yong baca n3 ni...so detail you...macam nak ulang tuk kali ke-2..* tapi pikir balik, byk lagi peta dunia yang tak diterokai*...haha...


    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu kak yong, ni baru asia, sebelah-sebelah eropah arab sana tak sampai lagi, harap one day macam kak yong jugak, nak merasa dok hotel dalam gua, hehe...

      Delete
  11. Engkau boleh buat buku la orga... cerita perjalanan kau ni, nbanti senang kot2 la aku nak gi sana nanti boleh buat rujukan.... Weh ikan bakar tu HALALON TOYYIBA kew

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat buku? nak kena upah editor pulak nanti shidah, payah, macam ni lagi senang...ikan bakar tu insyaallah halal, sebab hasil dari pembacaan aku pun, ramai blogger lain cakap halal. lagipun, aku bukan orang pertama pi makan situ :)

      Delete
  12. menyesal baca entry ni pagi2 .kan dah terliur..huhu..sedapnya tgk ikan bakar tu.
    bagus jugak sesat kan.boleh bagi info kat org lain nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala..sori lah nik, terpaksa baca entry pasal makan pepagi kan, hehe...tu la pasal, kat sini tak perlu risau kalau sesat, ramai jer yang sudi tolong...

      Delete
  13. Kenapa lah JM terlepas post ni..dlm blog JM tak dpt entri baru ni..just klik2 tgk ada entri baru..pelik tul

    Ohh..kat sini rupanya ikan bakar yg femes emes di kalangan kaki travel kalau ke Seoul.. Arghh JM terlepas tak pergi tempat ni (tak tahu pun sebenarnya)... Argghh..tak kira..nak g mkn jugak ikan bakar ni..tgk je dah meleleh air liur pepagi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, yeke jm? patutlah lama tak dengar suara jm di sini, cewah~...femes ni jm, rugi woo jm pergi ritu tak try, hehe...kena terjah lagi lah jm :)

      Delete
  14. Ikan bakar nyum nyum ... ohh tapikan, aku rase ko kene betulkan sket direction ko tu .. sebab agak misleading ... sebenarnye exit no 2 yg ko letak gambar tu adelah exit no 2 Dongdaemun Underground Shopping Center .. bukan exit #2 Dongdaemun subway station .. kang ramai plak yg confuse....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah wat azra, dalam map siap wat lain kaler lagi, and dekat point 2 ada explain beza exit 7 and exit 8 compare dengan exit 1 and exit 2...harap-harap takda orang sesat lagi lah macam aku ritu, huhu~...

      Delete
  15. Good info nih.. Cantik gambar stream tu pada waktu malam ek !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kak, time saya pergi takda pertunjukan bawah tu, orang lain pergi ada macam-macam, persembahan lah, kuciwa sikit...

      Delete
  16. best jugak makan ikan bakar kat Seoul, tapi apsal takde air asam ea...hahah
    kalau nak pg konfem kne print entry ni sebab siap de map..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada air asam cik viva, yang kale coklat tu, korea style, hehe...tapi, makan macam tu saja pun dah sedap...

      Delete
  17. as usual la.. direction to the left , to the left.. mmg pening skit. Ikan bakar tanpa tulang..gile x sedap,ngap begitu saja.. makan plak panas2 dikala sejuk smpai ketulang. Kimci tu kubis bunga yang pnjang tu tapi dijerukkan ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha...memang penin pun wan, kalau tak, kitorang tak sesat lah ritu..

      kimci is kobes bunga? hm...betul lah tu kot, dijerukkan dan dipedaskan, hehe...

      Delete
  18. Orga thanks for the tip.. berguna sangat insyaAllah pergi Seoul next month :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah~ ain...pergi time cherry blossom, ini tidak adil! hehe...

      Delete
  19. im reading your blog now at 11pm. uwaaaa lapar tau x.. sumpah sedap ikan bakar tu. and now im craving ikan bakar pulak. bestnya pergi korea. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. lewat nyer baca, sempat abis ker before tido nih, hehe...memang sedap bangat, jom kita cari sama-sama esok dianna :)

      Delete
  20. Replies
    1. sory hery, baru sempat mengupdate, minggu ni agak bizi sikit, huhu~...

      Delete
  21. Sesat di tempat org, hmmm itu saya suka krn akan ada pengalaman disitu dan kembali belajar utk tidak sesat kembali.


    kimci tu rasa sedap eh.rasa mcm mana boleh menghuraikan tak.
    kimci korea kimuchi jepun adakah ianya menu yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu TP, sesat-sesat tu yang lebih adventure sebenarnya, at least dapat learn something kan...

      rasa kimci macam mana? hm...nak cakap macam mana yer, rasa dia pedas and masam-masam sikit. kimci jepun tak pernah try lagi TP...sebab pi jepun ritu jimat abislah, banyak makan dari bekal sendiri jer, hehe...

      Delete
  22. My travel partner nak ajak pi mkn ikan bakaq ni...nyum2. Depa bakaq mcm boh kicap ja..tui dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktau lah pulak zila depa bakaq macam mana, tapi sedap jer rasa, ahaha...

      Delete
  23. wah dh pegi ye..hehe rndunya mcm nak gi sana lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah roha, tempat yang cantik, sejuk mata memandang, mesti terasa nak pergi lagi, tak puas rasanya kalau sekali jer :)

      Delete
  24. telan air lior mcm sedap sgt
    hehe

    ReplyDelete
  25. Rasa sangat berkobar2 nak kumpul duit gi makan angin ke Korea baca entri2 orga ni.. Insha Allah, murah rezeki sampailah hendaknya.. Amin.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah mieza, nanti sampai lah tu, tak jauh mana pun, 6 jam perjalanan jer, hehee...

      Delete
  26. memang besh citer korea bro..kalau nak g mt seorak daytrip sempat kan?..next wex ktorang nak g berdua jugak and stay kt sunshine guesthouse area jong-na

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah...nextweek dah nak berangkat, sempatlah layan sakura yang tengah berkembang now ni...hm, sempat jer kalau nak buat day trip to mt. sorak...bertolak awal pagi dari seoul ke sokcho, then petang balik ke seoul, maybe sampai malam la...

      Delete
  27. huhu ... pernah sampai kat First Bridge Cheongycheon Stream tu , nak cari kedai ikan bakar tu la tp sesat barat .. rupanya tak jauh sgt dah ... next year repeat lagi
    order ikan bakar tu set dgn nasi siap2 ka?? pilih ikan je?? ada bnyk jenis ikan ka? soryy bnyk soal plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la safuaria, tak jauh sangat dah tu...order tu memang siap-siap depa bagi set dengan nasi and kimci semua tu. ikan pun ada banyak jenis, main tunjuk-tunjuk jer, hehe...

      Delete
  28. Assalamualaikum.

    Maaf saya macam blur sikit (maklumlah hari ni demam, Ahad ni dah kena fly ke Seoul huhu)

    Nak tanya, dari directiom yg encik ajar ni, maksudnya encik sarankan ktorg terus pegi keluar exit 2 ke or kena gak ke exit 8 tu?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala...kesianya shiela, harap-harap sembuh sebelum berangkat ke sana nanti...

      a'ah, saya sarankan keluar ikut Exit 2 - Dongdaemun Underground Shopping Center.

      Delete
  29. terima kasih. cara encik terangkan direction ini sangat jelas. :)

    ReplyDelete