Memandangkan hal kecemasan yang aku terima malamnya amatlah mencemaskan, maka aktiviti mandi manda aku dekat kolam renang ni terpaksa diletakkan limit masa. Adalah kot dalam sejam gitu, heheh... Masa aku dok main air dekat kolam renang ni, aku tengok ramai pulak orang pagi-pagi camni. Semalam bukan main payah lagi nak jumpa orang, aku agak, kebanyakan orang yang datang ni mesti bercuti rasanya, maklumlah hujung minggu. Cukup masa aku pun naik ke bilik untuk bersiap and packing. Masa nak bergerak keluar, aku terperasan dekat atas meja ada 2,3 biji buah Melaka yang aku ambik gambar semalam. Pelik jugak, macam mana aku boleh bawak balik, rasa-rasa lepas ambik gambar semalam, aku terus buang. Aku tanya wife aku samada dia ke yang bawak balik, tak jugak.
Serius, aku memang langsung takda idea macam mana buah Melaka ni boleh ada atas meja, samada aku bawak balik and kemudian letak atas meja, or aku masukkan dalam poket seluar aku and masa sampai bilik aku letak atas meja. Tapi rasa macam tak logik pulak sebab buah ni bukannya keras, kalau letak dalam seluar aku mesti pecah and berair. Samada wife aku sengaja nak kenakan aku taktaulah, tapi berkali-kali jugak aku tanya, jawapan tetap tak. Aku malas nak fikir lagi, mesti ada cara tertentu macam mana buah Melaka ni boleh ada dekat atas meja.
Lepas siap berkemas, kitorang pun turun ke cafe untuk breakfast. Kan aku dah cakap, memang ramai orang punya pagi ni, sampai tempat nak duduk pun aku terpaksa cari. Nasib baik staff hotel ni prihatin, maybe dia perasan aku dok cari tempat kosong, so dia pun bawak aku meja yang available. Dah dapat tempat, aku suruh wife aku ambik makanan dulu. Sambil-sambil tu aku masih lagi dok fikir, macam mana buah Melaka tu boleh ada atas meja, hm~...tadi tak nak fikir, tapi bila dok sorang-sorang, terfikir pulak. Stress!!
see...takda tempat kosong tu..
Lama jugak wife aku pergi ambik makanan, taktaulah kot ada special menu ke rini. Disebabkan aku stress dengan hal kecemasan aku terima semalam, ditambah lagi dengan kes buah Melaka ada atas meja, so aku terpaksa makan banyak pagi ni untuk menghilangkan stress aku. Lepas aku pusing 5,6 kali area makanan ni, aku just ambik dua menu jer, entahlah...tak rasa nak makan mende lain. So, ni jelah, breakfast yang kitorang ambik pagi ni.
Pembuka hidangan untuk menghilangkan stress aku
wife aku ambik bubur nasi...konon-kononnya nak diet ler tu, ceh~..
nasi lemak lagi...
Menu utama breakfast kitorang, wife aku makan sepinggan jer, aku yang stress terpaksa tambah lagi sepinggan. Semalam pun nasi lemak jugak, pagi ni pun sama. Sambal dia memang terbaik lah, kalau tak, takkan ambik lagi kan pagi ni. Kalau aku jadi tukang masak yang buat nasi lemak ni, dah lama aku buka kedai sendiri. Aku just reti masak nasi jer, lemaknya tak pandai lagi. Lepas breakfast, aku terus check-out. Sedih pun ada, dalam hati teringin nak berjalan lagi sebenarnya. On the way jalan ke kereta, aku terserempak dengan binatang yang menjadi tulang belakang negeri Melaka ni. Mereka adalah...jeng jeng jeng!!
Sang Kancil dan kawan-kawan.
Aku: ah..encik, tumpang tanya sikit boleh?
Sang Kancil: boleh-boleh, ada apa tu?
Aku: Boleh encik ceritakan sikit peristiwa kenapa moyang encik menendang anjing buruan Parameswara?
Sang Kancil: Sebenarnya ini kisah lama, spesis kami pun dah berbaik semula dengan golongan anjing tu, jadi tak elok lah peristiwa yang lepas di kenang kembali.
Aku: encik..cerita la sikit, kami rakyat jelata nak mengetahui kisah sebenarnya.
Sang Kancil: maaf...no komen!
Aku: (pergi dengan perasaan hampa)
Kawan Sang Kancil: (berbisik) eh...ko tau ke kenapa moyang kita tendang anjing Parameswara tu?
Sang Kancil: manalah aku tau, sebab tu aku cakap no komen, janganlah ada orang tanya lagi lepas ni.
encik orga..encik orga, tak nak tahu ke kisah saya menang lumba lari dengan sang arnab?
Ada jugak yang nak kena lempang ni! Nasib baik wife aku menarik aku ke kereta, dah lah aku tengah stress. Setakat cerita dia menang lumba lari dengan arnab, 1 dunia dah tau. Masuk jer highway, maka tamatlah sudah percutian tajaan aku ke Melaka dari Tourism Malaysia hasil hadiah saguhati Photo Contest yang aku menang tahun lepas. Syukur sesangat, walaupun cuma 3 hari 2 malam, pengalaman berada di Melaka sangatlah best. Harap sangat, tahun ni Tourism Malaysia akan anjurkan lebih banyak pertandingan sebegini and boleh kita pakat-pakat masuk. Menang kalah tu lain cerita, yang penting masuk dulu. Insyaallah, one day akan datang lagi Melaka, bukannya jauh mana pun. So, Jom Pi Melaka! :)
Roger & out.
sedap sunguh nmpk coco crunch tuh! rasa nak pegi check-in mana2 hotel kat KL weekend nih. wahh! kayap sungguh bunyinya! kekeke
ReplyDeleteawesome pics bro! sgt sharp!
thanks henry fox, ahaha...lama sungguh kamu menyepi yer...
Deleteaku pn nk p la check in memana hotel! sangap nk bercuti2 dh nih hehehehe..awesome pic jgk la..next year aku vote utk ko utk kategory photog!
ReplyDeletearrhh...tak boleh jadik ni, aku pun nak check in jugak lah hotel dekat mana-mana, mana aci korang je pegi, hehe...betul ke Na? wah~..kena take note ni, sekurang-kurang dah ada 1 vote dah, cewah~...tahniah in advance chawanna, memang takde orang lain dah boleh potong! :)
DeleteCamni kenalah selalu stress ya En Orga, boleh makan banyak...
ReplyDeleteMenatang tiga ekor tu bukan kancil rasanya... kijang kot. Pape pun fotonya sgt cantik...
hah?!! kijang ke mie, bukan kancil ker? patutlah depa taktau hikayat moyang depa tendang anjing buruan parameswara, yennadey~...
Deletemkn byk2 xpa hati senang sikit..hahaha..dialog sndri?okeh boleh tahan..ahha
ReplyDeleteidea dah ke laut hairy, macam ni lah jadinyer, ahaha...
DeleteAloh.. terliur pulok nengok nasi bubur tu (kelate sebut nasik air).
ReplyDeleteLapar nasik eh pulak :P
yeke dekda, masa study dulu seroomate dengan budak klate jugok, deme sebut jer bubur nasik. hm~...maybe bukan pure klate kot :)
DeleteKelate celup kot hihi.
Deleteyela tu kot dekda, hehe...
Deletesuke jugak idea : "sbb stress kene tambah sepinggan lagi" :P
ReplyDelete*waaaaaaa misteri sungguh buah melaka tu, ntah2 ade yang..... memerhatiiiiiii *nada kak rock.
aku memang pun, kalau stress mesti cari mende makan. tapi, kegiatan tu amat bahaya untuk mereka yang masih bujang, dah kahwin takper, boyot-boyot pun disayangi jugak, hehe..
Deletemelaka byk tempat menarik .setakat 3 hari 2 mlm tu mmg tak sempat nak pi semua
ReplyDeletetak pe.nnt ada alasan lagi nak dtg melaka coz byk lagi tempat menarik tak pi..hehe
memang pun nik, nak kena repeat jugak next time. asam pedas claypot tak dapat makan lagi, huhu~..
Deletenik pi byk kali pun ada yg tak sempat singgah lagi. river cruise tu orga kena naik waktu malam lak yea..hehe
Deletearitu dah cuba siang hari kan.
tu la pasal nik, kalau pi dengan kawan-kawan, bukan depa mau sangat pi tempat-tempat camni, mesti pergi main air dekat afamosa resort. pastu datang pekan melaka just nak pekena cendol and beli souviner,takkan nyer pegi musium bagai, hehe...xper, nanti kalu pergi pulak nak naik cruise waktu malam, dengar orang cakap cantik lagi time malam...
DeleteSalam,
ReplyDeleteLawaklah cerita animasi Sang Kancil tu.
Oh stress je makan. Stress je makan.:D
Pasal buah melaka tetiba atas meja pun stress? Pernah tak dengar cerita Nyi Roro Kidul dan Bilik Hotel 308?
saya dah takde idea nak menulis sebenarnya, gambar ada, point-point penting ada, tapi nak mengarang tak reti. jeles dengan mereka yang dapat spm bm A...
Deleteciter pe tu kak? semacam jer tajuk..bilik hotel 308 tu macam pernaah tengok, nyi roro kidul tu belum lagi...arhh, stress sebab taktau citer nyi roro kidul...
Nyi Roro Kidul ni hantu pontianak Indon yang suka duduk di Bilik Hotel 308...hah pi check bilik Orga nombor berapa? Jeng jeng jeng ...
Deleteyeke akak, arhh...ni yang merisaukan ni.saya ingatkan citer melayu bilik 308 tu, salah movie rupanya...
DeleteLohh tak tahu ker..buah MELAKA tu..Parameswara yang letak time tido smlm :-)
ReplyDeletewlpun percutian hanya 3H2M..tetapi pengisian yg penuh bermakna dan kalau nk pegi lagi ke melaka tak perlu tggu menang contest lagi lah eh..kalau menang pun pegi tempat lain..Count me for 1 VOTE ahaksss..
oh~...jm pun bersubahat dengan wife saya ek, semua orang tak nak mengaku, huh!
Deleteharap-harap rezeki tahun adalah untuk kita semua, tak kisah sape menang, happy untuk kawan-kawan :)
suka blog mr orga sebab fotonya
ReplyDeleteno wonderla boleh menang trip free ni :)
thanks muis...serius masih lagi amatur, banyak mende lagi kena belajar sebenarnya...
DeleteRASA terhibur aku baca entry ang ni ORGA
ReplyDeleteAng memang raja mengarang lah. sedap ayat ayat hang no. Ku Ulangi sekali lagi MMG best aaa ayat ayat ang ni. Ku terhibur membacanya...keepirup ORGA.
ORGA, aku ada Pojek nanti NGan SR. Arap2 ang dapat Join nanti erk. pe pun Tunggu aaaa
mana ada pandai dila, separuh jalan macam dah ok aku tulis, lagi separuh tu dah takde idea nak tulis apa, tu pasal keluar citer sang kancil dengan kawan-kawan pulak, ahaha...
Deleteaku on jer dila...papehal roger jer nanti :)
Salam Yeop
ReplyDeleteBanyak betul alasan nak makan nasik lemak tu berulang2 kan......hehe...
eh~...akak terperasan jugak niat sebenar di hati saya, nak bagitau orang ramai malu, heheh...
DeleteBuah melaka tu nk ikut balik skali kot...
ReplyDeleteLama juga berada di melaka ye...nnti sudi2 la dtg lg k...
Cite kancil tu da lama sgt...nasib baik kancil tu pndai jwb no komen...kalau tak mau pnjang dia punye soklan nnti...hehehehe
mungkin lah tu kot ena, ahaha..insyaallah, nanti kami akan pi lagi melaka, makan cencol durian tak puas, hehe..
Deletegi hotel makan kokokrunch pe ceghita??? hahah dah free rembat jelah kan...;p
ReplyDeleteni semua ditaja la ni???? wahh untung badann
dekat kampung mana ada jual kokokrunch xila, kalau tak, memang awal-awal lagi tolak tepi...
Deleteyup...semua, kuar duit minyak dengan tol jer, heheh...
Ok la tu....... kura-kura tu peramah nak je tegur kau kan Orga, sebagai pelancong yang ditaja kena la dilayan
ReplyDeleteahaha...mana ada shidah, sajer gurau-gurau jer, hehe...
Deletecantik2 gambar. pasni leh la ambil gmbr sy lak :)
ReplyDeletejom baca saya pergi jemputan PRATONTON FILEM PADA SUATU CINTA DAHULU... :D
boleh aja nizam, hehe...
Deletebaru nak baca ni :)
Makanan dia nampak best2 je..
ReplyDeleteterliur AJ pagi ni...
nasi lemak ja pong aj...tapi serius, memang sedap makan, tambah-tambah tengah stress, siap tambah lagi, hehe...
Deletetahniah la bang dapat dokhotel free gitu..uHHUuu
ReplyDeleteahaha...biasa-biasa aja wak :)
Deletekalau ditaja, mmg berbaloi la orga. siyes! walaupun dekat, tapi moment kat sana mesti kita tak dpt lupakan kan. kt melaka mmg best, bnyk tempat2 menarik. kalau pegi, kena stay 3D2N kot baru puas ati. saya ni mmg asal melaka, kalau dah balik rumah parents, mmg jarang keluar rumah. hehehehe
ReplyDeletedah jadi adat lah sue, kalau kampung sendiri bukannya nak jalan sangat, banyak dok umah jer, lebih seronok jalan dekat tempat orang, hehe...
DeleteGambar buah melaka tu nampak cantiksss sekali. Patut menang hadiah !!!
ReplyDeletepstttt...Orga, saya baru balik dari osaka-kyoto. Entry awak banyak membantu kami. Thanksss....
hehe...thanks prof...
Deletearhh...ini tidak adil! hehe...jeles tengok akak pergi japan, saya pun tengah gigih menabung untuk repeat balik ni, chaiyo! :)
pic2 semuanyer cantik2 ni
ReplyDeletethanks KA :)
DeleteMemang pelik buah Melaka tu...sampai stresss
ReplyDelete..kikikiki
Gambar awak cun!!!!
thanks..tu la pasal, stress sangat sampai kena tambah nasi lemak, hehe...
Deleteemmmm misteri...
ReplyDeletemisteri kan kak yan :)
Delete