Thursday, 28 February 2013

Menembak di Tasik Cyberjaya

Best sungguh rasa bila dah kembali sihat, syukur kerana masih lagi bernafas dan kena pulak demam biasa-biasa jer. Kalau demam yang pelik-pelik tu risau jugak, huhu... So, amacam, semua sihat-sihat belaka yer? Sekarang ni asyik petang jer setiap hujan, eh...terbalik pulak ayat, asyik hujan jer setiap petang, tengoklah now ni pun, langit dah start gelap dah, tak lama la tu, jap lagi mesti hujan turun jugak. So, aku yang sihat dan kuat ni pun terkena lah sikit tempias kesan dari hujan hari-hari ni, start dengan selsema pastu bawak ke demam. Kalau zaman sekolah dulu, siap boleh main bola tengah-tengah hujan tu, ok jer, takla kena demam pulak. Nampak sangat taraf kualiti alam sekitar kita ni dah makin kurang kan. Kalau nak diikutkan, aku menembak dekat Tasik Cyberjaya ni dah lama dah, sekarang ni payah sikit lah nak menembak, cuaca tak menentu. Silap-silap haribulan, boleh kena demam balik.

Tasik Cyberjaya
Tasik Cyberjaya
Tengok pokok-pokok buluh ni, teringat kenangan masa pergi Bamboo Grove dekat Arashiyama dulu.

Tasik Cyberjaya

Time aku datang ni dah lewat petang, nak menembak sunset konon. Orang lain sibuk berjogging bersenam bagai, aku sibuk dok usung camera sana sini. Kenal tak dengan bunga ni? Nama manja dia Jejarum, kalau seluar koyak ker, langsir koyak ker, bawak benang jer, hehe... Suasana dekat Tasik Cyberjaya ni dah menarik dah, tapi takde kedai-kedai yang jual-jual minuman. Kalau tak, mesti lagi ramai rasanya orang berkunjung ke sini petang-petang. Bersebelahan dengan Tasik Cyberjaya ni ada tempat orang main golf and go-kart. Aku tak pergi pun, seronok lagi layan perasaan dekat tepi tasik ni.


Bila aku tengok kiri kanan, masa nak menembak sunset ni, ada lagi beberapa photographer lain dok tunggu jugak, eleh...tiru aku le tu, hehe... Takdelah, diorang sebenarnya lagi hebat, tengok lens jer dah sama tinggi dengan aku, siap dengan tripod bagai. So, inilah hasilnya, huhu... Aku teringin nak ambik gambar reflection tu sebenarnya, tapi tak berapa menjadi sangat.


Matahari pun dah makin menurun, tak berapa nampak sangat sebab awan tebal. Yang kelihatan, sinaran cahaya nya sajo. Aku pun termenung...termenung...and termenung lagi. Tetiba wife aku bangun sambil cekak pinggang, "apo kono eh jang, kau monong ajo... orang ke bulan, ekau di mano... muko berpoluh, apo tengosa... carian ubek, penawa duko..." Aku apa lagi, terus masuk part AC Mizal ler, ehehe...

Many people love the sun, and complain about the rain...
But, you can make a rainbow without the two together...
^_^


roger & out.

43 comments:

  1. Lepas tembak AJ pulak...
    Eh eh eh..
    Tak malu sungguh...
    hehhehehehe.....
    Aah kalau ada orang jual2 mesti lagi meriah.... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu aj, kalau ada orang jual-jual lagi meriah, kalau tak, nak kena bawak bekal lah jawabnya. almaklum ler, cyberjaya ni bukannya banyak sangat kedai-kedai cam gini, paling dekat pun dekat streetmall nun disana...

      Delete
  2. serius!! sgt cntik gmbr2 ni bro..klo area cyberjaya belum smpai lagi..ahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro...cyberjaya takda apa sangat hery, nasi arab jelah yang sedap, hehe...

      Delete
  3. salam, baca tajuk mati mati ingat encik orga nak pergi menembak dgn senapang
    rupanya menembak ngan kamera.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? ala...saje buat gimik sikit, hehe...

      Delete
  4. JM ingat menembak rusa ke kijang ke sbb ada pokok buluh.....ropenyer pegi tembak sunset..apa yg pasti speechless, cantik mmg menjadi lah tu..reflection tu..dah boleh buat poskad :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyo la tu jm, hehe...kalau dapat kijang or rusa, dah buat kenduri kendara dah jm...

      Delete
  5. Mana ada bunga jejarum, bunga siantan tu... Patut bunga tu tembak Orga balik, pepandai ubah nama dia... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh...sakitnya, jahat sungguh siantan ni, sanggup menembak hamba dengan jarum. hehe...mana ada mie, pokok jejarum la tu, tadi dah cek google, siantan and jejarum sama jer.

      Delete
  6. dah bbrp kali sampai sini. ni la taman yg paling dekat ngan umah.
    baru jea ingat nak pi jogging kat sini nnt..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke nik? rajin jugak yer jogging dekat sini..besar kawasan dia, penat jugak tu nak habis 1 pusingan, hehe...

      Delete
  7. Cantik ah Orga gambar pokok yang reflection dalam air tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku terhingin nak buat golden reflection macam gambo ko tu shidah, lain kali kena tembak betul-betul ler...

      Delete
  8. Shuntek lah Beb!
    Tasek Cyber lau nak nembak Sunset mmg best ORGA
    aku rajin gak gi sini dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? tak nampak ang pun ritu dila, hehe...tah-tah lain-lain photographer tu ang kot, patutla lens panjang semacam jer, hehe..

      Delete
  9. byk gak ek blogger yg main dslr. Blogger dan dslr tiada berpisah, boleh gitu? haha..
    aku jgk yg takde dslr. tunggu ko bagi free :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..macam tu lah kimi, sekarang dah trend blogger + dslr. aku kalau takda gambar, tak reti nak buat cerita, yang mengarut-mengarut oklah kot. jangan mintak dengan aku kimi, aku pun student macam ko jugak, huhu...

      Delete
  10. ...so romantic...Ujang & Milah tu di waktu senja yg indah...

    Perenggan terakhir tu Milah cekak pinggang lepas tu Ujang aka AC Mizal masuk....kelakar la tapi kalau lari-lari belakang pokok, masuk celah-celah pokok bunga, menari-nari dekat perdu buluh, salin 5-6 pasang baju lagi romantik kot ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kan kak, gambar last tu kalau ada si ujang and milah berlari, dengan pakaian pengantin pun ok jugak tu, hehe...ala-ala citer hindustan pulak :)

      Delete
  11. paling menang gambar yg kedua terakhir dan terakhir.... nampak suasananya sgt romantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bro...patutlah ramai yang dok dating sini, sebab suasana pun dah romantik rupanya, hehe...

      Delete
    2. Owh...ye ker. Ini tempat jadi port berdating rupanya

      Delete
    3. gitu lah nampaknya, hehe...

      Delete
  12. wow! kena terjah ni. tasik cyberjaya yang dekat dengan MMU tu ke orga?

    sekali sekala bertukar angin g Cyberjaya pulak kan? asyik layan tasik Putrajaya je. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah jm, yang dekat mmu tu. tapi takda boleh naik bot macam tasik putrajaya kan, sini tempat orang berjogging, macam tasik cempaka bangi tu...

      Delete
  13. wak pown sukak amek sunset tepi tasik jugakkk.,ahHHKs

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah agak dah...mesti wak lah photographer yang lens panjang giler tu, hehe...

      Delete
  14. Ehhh cantik gile gmbau, yer sunset part tu mmg ohsem... amboi tajuk entry menembak, teruja gile nak baca.. ingat join outdoor game. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada je painball dekat area cyberjaya ni kalau nak menembak pun, tak cukup geng, terpaksa menembak mende lain la wan :)

      Delete
  15. Teringat waktu tunggu sunset....
    Memang kepussan bila dah dapat tembak..kikjkki

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu hanif...memang satu kepuasan dapat tembak sunset, tambah cuaca pun cantik, just awan je tebal sikit, hehe...

      Delete
  16. dah ke cyberjaya dah ha.. punya la aku ketinggalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah beb...lama betul ko menyepi, trip aku dah sampai cyberjaya dah ni, ahaha...

      Delete
  17. cantiknye..ni ble nk amek cik anis jd model ni bhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar orang tak pandai sangat ambik cik anis, kalau lanskap tu boleh gagah lagi, hehe...banyak lagi kena belajar :)

      Delete
  18. cantiknya gambar² nih...suka tengok...
    orga memang suka waktu senja ker..
    slalu tgok post gambar time senja jer...
    sebenarnya sy pun minat waktu senja..lagi² kalau lukisan waktu senja
    nampak cantik dan tenang jer...

    kat melaka ni bape ari ni asik panas je...terik sgt rasa....ni pun da mula kena sakit tekak...adoiiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mesti banyak time senja ena, nampak sangat malas bangun pagi untuk ambik gumbar sunrise kan, hehe...yeke sana asyik panas jer, dah musim kot. amalkan minum air banyak sikit, cewah...ada hati nak bagi nasihat, padahal diri sendiri baru je lega demam :)

      Delete
  19. Mustilah kenal bunga tu.. kat umah saya masih ada lagi.. dulu, kini & selamanya ahehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eleh...dekat umah kite pun ada jugak, hehe...

      Delete
  20. pic2 yg sgt cantik lah !

    ReplyDelete
  21. cantik sgt semua gambar2 tu!
    siyes!! nnt bolehlah kita buat outdoor photoshoot kalau saya ada makeup job utk pengantin. hahaha :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...