Wednesday, 30 May 2012

Japan - Tokyo (Part 3)

ZZzzz...bestnyer tengok orang lain tido nyenyak dalam bas ni. Diberitahu oleh driver bas, dari Kyoto ke Tokyo ambik masa lebih kurang 6 jam baru sampai. Ai...rasa macam balik kampung jer, yela...dari KL ke Kedah/Perlis pun lebih kurang 6 jam jugak. Bas yang selesa, patutlah orang sebelah aku ni pun tido nyenyak jugak. Ditambah lagi, sepanjang perjalanan dari Kyoto tadi, hujan jer. Lebih kurang 2 jam perjalanan, bas stop 15 minit di R&R apatah untuk toilet break. Aku dengan wife aku pun turun sekali, nak tengok R&R. Hmm...biasa je tetapi kebanyakan yang jual makanan and minuman adalah mesin-mesin. Lepas masuk toilet, kitorang masuk balik dalam bas. Untuk stop yang kedua and ketiga, kitorang tak turun pun dari bas, sejuk sesangat ditambah dengan hujan. Lebih kurang pukul 6 lebih, kitorang pun sampai di Tokyo. Bas stop dekat Shinjuku station. Baru pukul 6 pagi, tapi kat luar aku tengok macam dah pukul 10 pagi, awal betul matahari naik.

SHINJUKU

Aku pun keluarkan camera aku yang sejak semalam aku simpan. Satu sebab adalah hujan and yang kedua sebab nak jimat bateri. Last guna di Kyoto, pastu malam terus naik bas, mana sempat nak cas. Sampai Tokyo pulak nak terus guna untuk 1 day lagi. Dalam banyak-banyak gambar yang aku ambik masa sampai Tokyo, why aku pilih gambar bangunan ni? Sebabnya, yang pertama dekat Shinjuku station ni, bangunan ni paling tinggi and betul-betul berhadapan dengan Shinjuku station. Bila naik train and turun kat Shinjuku station, nanti exit entah kat mana keluar sebabnya Shinjuku station ni teramatlah besar. Tengah kitorang dok sibuk tengok map Tokyo, tetiba ada orang tegur, "hi guys!!". Rupa-rupanya Yumi, kawan kitorang dari Yokohama dah terpacak tunggu kitorang kat station ni. Borak-borak kejap, pastu Yumi pun ajak pergi breakfast dulu.

Kawan aku ni cakap, tak banyak restoran or kedai makan yang bukak pagi-pagi buta ni. Ni adalah salah satu restoran yang harga pun ok. Breakfast kitorang pagi nie telur hancur and roti yang keras gile, and minum cofee. Murah jer, 1 set dalam 300 yen and if nak pisang kena tambah 60 yen lagi. Lama jugak lepak dekat cafe ni, ikut itinerary, pagi ni nak beli Hakone pass dulu dekat Shinjuku station. Nak pegi Hakone esoknya, bukan apa, beli awal-awal, sok pagi-pagi datang, terus naik train jer. Dalam pukul 8 lebih, kitorang pun keluar and pegi balik dekat Shinjuku station.

Masa mula-mula buat itinerary dulu, Hakone tak termasuk dalam plan kitorang. Universal Studio Japan yang jadi pilihan. Lepas sesi berdebat sesama laki bini selesai, dapat kata putus. Disebabkan kos yang sama, kitorang pilih Hakone. Sebabnya, if masuk USJ, just boleh main-main dalam tempat tu jela. Kitorang datang sini bukan nak main-main, tetapi nak enjoy sambil tengok permandangan and budaya masyarakat Japanese people, cewahh..!! Harga tiket untuk Hakone free pass adalah 5000 yen/sorang and tambah 870 yen (one way) untuk reserved seat naik Romancecar nanti. Total kos untuk pergi ke Hakone 13480 yen untuk 2 orang, pergi balik naik Romancecar. Details: (Hakone pass = 5000 yen x 2 orang), (Romancecar reserved seat = 1740 x 2 orang for return ticket). Don't worry, cashier kat situ, lebih terer english dari kitorang, senang nak berurusan. Lepas settle urusan beli Hakone pass, kitorang pun jalan-jalan pusing area Shinjuku. Apa ada kat sini? Guess what??!

Tadaa...full with buildings! Yela kan...nama pun Tokyo, takkan padang pasir pulak kan. Bila datang Tokyo, mostly view adalah bangunan yang tinggi-tinggi and jalan-jalan yang penuh dengan manusia. No gunung ganang or bukit bukau occay...Tapi tula, if datang Japan tak pergi Tokyo rasa macam datang Malaysia tak pergi KL jer or pergi Kedah tapi tak singgah Alor Setar, boleh ker macam tu? haha...feel tu penting kan!

Tengok awan tu, tebal semacam jer kan. Masa ni pun hujan renyai-renyai lagi...tak kisah, hujan pun hujan. Kitorang jalan jugak pusing-pusing Tokyo...Next place, Shibuya!

SHIBUYA

Dari Shinjuku station, ambik JR ke Shibuya. Apa ada kat sini? huhu...Di sinilah terdapatnyer sebuah cerita yang sedih. Walaupun muka aku nampak happy, tapi dalam hati siapa yang tahu.

Ni la cerita yang sedih yang aku cakap tadi. Cerita sedih tu mengisahakan seekor anjing yang setia...no, sangat-sangat setia dengan tuannya. "Anjing tersebut dipanggil Hachiko. Setiap hari Hachiko akan teman tuannya pergi kerja dekat Shibuya station ni, and bila sampai waktu petang, Hachiko akan datang semula ke Shibuya station untuk sambut tuannya yang balik kerja. Sehinggalah satu hari tu, tuan kepada Hachiko ni tak balik lagi ke Shibuya station sebabnya sudah meninggal dunia. Hachiko yang setia tetap setia tunggu tuannya, dengan routine yang sama setiap pagi dan petang. For how long? Hachiko telah tunggu tuannya di station ni selama 9 TAHUN dengan harapan untuk berjumpa dengan tuannya and lastly dia didapati mati di tepi jalan." Sedih kan cerita nie?If nak tau yang complete version, google ok...Apa? Tak sedih pun? ishh...korang ni memang hati keringlah...

Bersama-sama dengan Hachiko

Road dekat belakang tu adalah trade mark dekat sini yang dikenali sebagai Shibuya road crossing. Kenapa? Sebabnya, dekat tempat ni lah orang paling ramai melintas jalan. Disebabkan masa aku kat sini hujan, so orangnya tak lah ramai sangat, tapi boleh tahan jugak.


Lagi satu, Shibuya adalah syurga bagi mereka-mereka yang suka bershopping. Mostly fashion di sini up-to-date lah...Next place, nak pergi tengok orang pakai costume anime di Harajuku.


HARAJUKU

Dari JR Shibuya, kitorang terus ke Harajuku. Keluar jer dari Harajuku station, terkejut jugak sebab Harajuku station nampak klasik gitu. Pic atas tu adalah Harajuku station. Bertentangan dengan Harajuku station (sebelah kiri), adalah Takeshita Street. Dekat street ni penuh dengan kedai-kedai. Sepatutnya, akan nampak ramai yang pakai costume anime dekat jalan sini. Alangkah kecewanya, sebabnya, waktu aku dekat sini, tak ramai seperti yang digembar-gemburkan. Kawan aku cakap, mungkin sebab hujan, dat's why not many wearing costume. Yang dressing pulak, biasa-biasa jer.

Menurut Yumi, if datang Harajuku, wajib singgah kedai AKB48 nie. Menatang apa AKB48 ni? As info, AKB48 adalah band J-POP yang paling glamor di Japan, dengan ahli kumpulan yang paling ramai di DUNIA, siap masuk Guiness World Record lagi for 'Largest Pop Group'.  Dari pakcik google, AKB48 adalah salah satu band yang paling tinggi pendapatan, sekali lagi DI DUNIA, dengan $200 million in Japan alone. Perrhh...glamor gile, yang aku tau, Super Junior jela, tapi tu K-POP...Disebabkan glamor, aku letak 1 video clip newest album diorang. Tajuk lagu ni "Give Me Five". Layann...(KLIK untuk lyrics & english subtitle)


Lepas penat berjalan, pekena pulak Crepes yang sangat glamor dekat Harajuku nie. Memang sedap!


Lepas Harajuku, kitorang pun pergi check-in hotel di Horidome Villa Hotel yang terletak berhampiran dengan Akihabara area. Masa ni lah kitorang berpisah dengan Yumi, sahabat dari Yokohama. Masuk hotel, mandi, berehat, solat and buat apa-apa aktiviti yang patut. Disebabkan hujan dekat luar and appointment dengan kawan kitorang yang lain pulak, from Ginza, dalam pukul5 camtu, so next aktiviti, tidor lah kejap. Cover yang semalam sebab tak dapat tidor sangat.

AKIHABARA

Yee...dapat jugak berjumpa dengan sorang lagi sahabat Japan, Haruna from Ginza. Appointment jumpa dekat Akihabara. Ada apa dekat Akihabara? Suasana dekat sini macam Lowyat and Sungai Wang, tapi lebih gempak. Semua barang berkaitan dengan elektronik jer, ishh...kalau banyak duit, nak jugak rembat satu dua.


Dalam banyak-banyak floor, 6th floor saja yang menjadi tarikan aku. Sebabnya, nie la satu-satunya floor yang boleh kitorang shopping. Floor lain just cuci mata jela...

200 yen dah boleh dapat jam tangan. Boleh hadiahkan dekat anak-anak buah..:)

Siapa lagi hebat...ultraman or kamen rider?

UENO

Dekat Ueno, tak der apa sangat. Kebanyakan adalah bangunan jer. Kitorang datang sini sebab nak beli T-shirt and fridge magnet Hard Rock Cafe Tokyo. Salah tempat rupanya, sebabnya dekat t-shirt and fridge magnet ada tulis sekali dengan Uyeno-eki Tokyo.  Apa yang kitorang cari just Tokyo. So minah Hard Rock Cafe ni pun tunjuk jalan untuk Hard Rock Cafe yang kitorang cari tu, terletak dekat Roppongi. Bila tengok map, mak aii...jauh sangat dari tempat ni. Takperlah...postpond untuk esok. So, next plan, pergi Asakusa and cari makan untuk dinner.

ASAKUSA

Nama tempat ni Sensoji Temple. Kawasan area Asakusa ni macam Kg. Baru di KL, even di Tokyo ada bangunan tinggi and canggih manggih, tetapi area sini macam kuno sikit. Sampai sini dalam pukul8 camtu, sayang betul, gerai-gerai semua dah tutup. Tambah lagi hujan, orang pun takder sangat. Trade mark temple ni lantern dia yang besar gedabak. Kalau siang, tempat ni memang pack giler...

Lepas round-round area Asakusa, kitorang pun singgah di Japanese Restaurant. Restoran ni disuggest oleh ibu kepada Haruna. Lagipun restoran ni nampak klasik, sebabnya tempat makan di atas tatami.

Pahit gile Japanese tea ni, tapi baik untuk kesihatan.

Nampak macam sedap tak? hehe...sebenarnya menu ni just nasi putih, terung goreng, ikan salmon goreng and sotong goreng, pastu kicap. That's all! Oklah...sedaplah jugak.

So, ini saja untuk Tokyo hari pertama. Aktiviti just jumpa kawan and jalan-jalan dengan diorang. Maklumlah, selalu orang datang Tokyo untuk shopping jer. 

Then, balik hotel, prepare untuk aktiviti esok pulak. Roger and out!

13 comments:

  1. terbaeklah bro...
    creeps tu harga berapa yen?
    macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap bangat...panas sejuk!luar tu macam kopok (tatau nak panggil apa) baru lepas goreng and isi dekat dalam tu ais krim. Macam-macam perisa ada, kos 300-500 yen. Yang kitorang beli tu, harga 450 yen.

      Delete
  2. orga mesti banyak bawak duit yen ni (hehehe)
    barang kat sana mesti mahal kan? dilla ni nak cari keychain jer lah utk servernior,
    kat mana paling best nak shopping barang2 murah tu orga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah banyak sangat, dekat Tokyo duit banyak abis dekat naik train. Dekat Kyoto and Osaka, ada 1 day pass, so jimat banyak. If dilla nak shopping keychain or lain-lain, better beli dekat Kyoto, area Shinkyogoku street. Memang murah berbanding dengan Tokyo and Osaka. Bayangkan, dekat Osaka, keychain cikai-cikai pun paling murah 350 yen. Dekat Kyoto boleh dapat 180-250 yen.

      Delete
  3. hari ni cek yen 40 hinggit dapat lah 1000 yen
    wah jenuh jugak nak calculate cam ni orga (ahak)
    bdk2 ni dok kirim keychain lah bagai, nanti dilla try tengok kat Kyoto tu
    lagi dua ari nak fly ni. Mudah2an di permudahkan segala urusan
    Tq ORGA. nanti kita sharing info lagi erk....

    ** Touching aa baca kisah DOG ni
    sedeh lah Fulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?nilai yen dah naek kot. aritu masa tukar yen (5 & 6 May), paling murah dapat depan metro kajang, dalam rm 38.30..dekat time square tinggi jgk, dlm rm 38.50. lepas tukar,just tnya money chnger lain (area situ jugak),ada yg bagi rm 38.00 jer. nyesal tak survey dulu. kalau dilla dah tukar xperlah. if blum tukar,try survey area depan metro kajang tu.

      wah,lg 2ari nk fly..jelesnyer!!rasa mcm nak pegi lagi,ahaha...

      Delete
  4. orang jepon tu memang kawan ke?untong nya..bleh2 bawak2 jalan..

    ReplyDelete
  5. a'ah..kawan, masa dekat tokyo hujan, tak banyak tempat yang cover...

    ReplyDelete
  6. mcam mana leh dpt kawan jepon ni..nak jugak?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenalan kepada wife and kawan kepada kawan jugak, haha...paling senang nak dapat kawan jepon, Facebook lah kot...

      Delete
  7. salam,

    sy dh habis baca japan tour bro...mmg terbaek!!!!best sgt2..

    nak tanye, kt tokyo xde unlimited pass ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. argh..macam mana boleh tak perasan ni, sorry sangat-sangat sebab baru reply...actually, dekat tokyo pun ada unlimited pass jugak, sama macam tempat lain, boleh tengok link bawah, bawah tajuk "Special Tickets".

      http://www.japan-guide.com/e/e2017.html

      Delete
  8. Hai, nak tanya kat mana makan kat Asakusa tuh. Sebab nanti duduk Asakusa so boleh la nak merasa makan ala Jepun. Terima kasih

    ReplyDelete