Tuesday, 29 January 2013

Pihak Pengurusan SKAMPUNG Bergaduh Isu Dot My

Pada mulanya, aku tak perasan timbulnya isu ni, sebab secara tiba-tiba blog aku SKAMPUNG tak dapat nak bukak, aku tau pun sebab ada member aku yang kabo. Rasa-rasa aku, dari hari Sabtu ritu lagi masalah ni jadi. Aku pun terus terjah blog orang lain yang bertukar ke dot my jugak, rupa-rupanya server/DNS tengah upgrade, aku tak sure sangat apa mende nih. Tapi yang aku tau, blog aku ni tak boleh nak bukak. Perrhh...cuak giler, patut ker aku buat blog baru? Manatau kot-kot kena hack ker... Tapi lepas tu, aku berfikiran positif, mungkin kejap jer ni, maklumlah mende baru. Tup-tup, sampai harini, dah 4 hari kot, apa kes?? Sampai now pun tak boleh bukak lagi. Disebabkan perasaan tidak puas hati aku dah terlampau tinggi, bayangkan view rini baru 5 view, now dah dekat kul 8 malam kot, so aku pun panggil ahli lembaga pengarah yang merangkap pihak pengurusan untuk SKAMPUNG, bagi membincangkan isu ini.


Isu utama yang diperbincangkan.

Lebih kurang pukul 6 petang tadi meeting ni start, lokasi meeting adalah ruang tamu, dan semua ahli diwajibkan hadir. Penting tau, mana boleh tak hadir pulak. Nak tunggu isu ni selesai macam tu aje, macam taktau bila, sebab dah 4 hari pun tak settle-settle lagi. Tepat jam kul 6.15 gitu, diorang pun sampai dekat ruang tamu, payah betul, orang nak meeting, masa ni lah dia nak makan minum bagai, hm~...


Meh aku perkenalkan, yang sebelah kiri, putih comel molek ni Ms. Bulat and yang hitam manis tu Ms. Nyer, dua-dua masih bujang but not available hokey! Nampaknya meeting dah dimulakan sebab masing-masing sedang tekun mendengar penjelasan yang aku sampaikan. Aku pun explain dari mula apa yang berlaku and kenapa blog SKAMPUNG tak dapat buka, so solution yang ada adakah akan terus pakai SKAMPUNG.MY or tukar balik ke SKAMPUNG.BLOGSPOT.COM?


Ms. Bulat and Ms. Nyer masing-masing memberikan pendapat yang berlainan, susahlah macam ni, kalau sama senang sikit, bila tak sama, perlu libatkan aku pulak untuk tentukan, samada aku berpihak Ms. Bulat or Ms. Nyer.  Ms. Nyer cakap, alang-alang dah tukar ke dot my, better teruskan aje, sok lusa ok lah tu. Manakala Ms. Bulat pulak, baik tukar balik ke blogspot.com, sebab memang tak boleh bukak pun now ni, confirm ke sok lusa dah ok? Aku pun tanya and tanya lagi, pastu aku buat keputusan memihak kepada Ms. Nyer. 


Bila aku buat keputusan memihak kepada Ms. Nyer dengan memutuskan untuk terus pakai dot my, apa lagi, semacam jer Ms. Bulat memandang aku, macam nak makan pun ada. Ok...ok...i get it!! So, aku pun tukar keputusan dengan memihak kepada Ms. Bulat, setuju untuk menggunakan blogspot.com balik. 


Ms. Nyer pulak yang tak puas hati, cakap aku bersalah, tadi cakap lain now cakap lain pulak. So dia suggestkan untuk buat undian, dengan pejam mata, pastu masing-masing sentuh kertas aku tulis tu, samada pakai dot my or blogspot.com. So, kitorang pun bilang sama-sama, 1...2...3...pilih!!


Aku memang dah agak dah, keputusan akan macam gini, Ms. Bulat mesti pilih SKAMPUNG.BLOGSPOT.COM and Ms. Nyer pulak akan pilih SKAMPUNG.MY, hm...apa patut aku buat, confius dah aku. Ingatkan panggil diorang dapat settle masalah, lagi pening adalah. Aku pun ulang lagi sekali, kalau Ms. Bulat and Ms. Nyer pilih salah satu, pilihan tu yang akan aku pakai. Tetapi, tetap dapat keputusan yang sama macam dekat atas. Tetiba, Ms. Bulat yang diam tadi, bersuara lantang pastu terus berhujah dan memberikan fakta-fakta bagi menyokong keputusan dia.


Lepas mendengar hujah-hujah yang jitu lagi padat, so aku buat keputusan untuk kali terakhir dengan menyokong 100% pandangan beliau untuk menukar semula ke blogspot.com. Bila aku dah nekad buat keputusan gini, aku tau, Ms. Nyer mesti akan terasa hati punya.


Tengok, kan dah merajuk! Hm~...tapi takper, aku memang faham sangat perangai Ms. Nyer ni, dia merajuk pun tak lama mana, bagi Blackwood sikit, mesti berlari dengan riang gembira, heheh...

So, kepada rakan-rakan blogger, maafkan hamba sebab dua tiga hari ni blog hamba problem, tak dapat nak BW ke blog tuan-tuan hamba sekalian. For now, hamba akan guna balik blogspot.com. Bak kata pepatah,

"Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua."

Roger and out.

Friday, 25 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (Perkampungan Portugis & Masjid Selat)

Aku tau, semua orang seronok harini, yelah...gaji dah masuk, ada yang cuti sampai minggu depan, dapat balik kampung, pastu pulak ada yang ambik kesempatan melancong sana sini, tetapi aku...aku...macam mana dengan aku? Hm~...aku memang rasa takda mood, first sebab cermin depan kereta aku retak, tak puas hati betul, padahal kena batu kecik jer. Keduanya makan tengahari tadi mahal giler, ambik nasi putih, ikan temenung goreng sekor, telur masin sebelah, sayur yang ijau sikit, daun apatah pastu teh o ais, kena RM7. Kalau pinggan dengan cawan tu boleh bawak balik takpe lah jugak dengan reger tu. Ketiganya pendrive aku hilang, dahla macam-macam file ada dalam tu, adey~...so, aku campur semua sekali, jadilah moody sikit rini. Tapi takper, aku sambung jugak cerita pasal ke Melaka tempoh hari. Manatau, sambil bercerita, mood yang happy datang balik...

Perkampungan Portugis


Selepas melawat Kubu St. John, Mr. Sam meneruskan itinerary yang dah ditetapkan untuk Melaka Trip ni, destanasi seterusnya adalah Perkampungan Portugis. Menurut Mr. Sam, sampai sekarang pun, masih wujud lagi masyarakat Portugis dekat perkampungan ni. Aku ingatkan nama Perkampungan Portugis just untuk nak glamor jer, tak sangka betul-betul wujud masyarakat Portugis. Dan diorang memang mendapat kerakyatan untuk menetap di sini, dan tanah di sini jugak adalah kepunyaan diorang. Mr. Sam cakap, dalam banyak-banyak rumah, hanya sebuah rumah sahaja yang masih mengekalkan reka bentuk asal. Bila aku tengok, sama macam rumah orang kampung jer, apa yang bezanya? Reka bentuk rumah Portugis sama macam reka bentuk rumah orang kampung, yang bezanya, rumah yang ikut reka bentuk Portugis kecik tapi memanjang ke belakang. Sebab dibina macam ni, masa zaman Portugis dulu, untuk mengelak bayar cukai. Masa Mr. Sam cerita semua ni, aku angguk-angguk jelah, macam pandai kan, padahal buta sejarah, heheh...

Perkampungan Portugis
Perkampungan Portugis
rumah Portugis

Perkampungan Portugis

Ini pulak adalah Hotel Lisbon, hotel yang bina oleh kerajaan negeri Melaka untuk masyarakat Portugis, supaya diorang boleh memajukan hotel ni and menjurus kepada sektor pelancongan negeri Melaka. Betul ke tak ayat aku guna ni? hehe...tetapi sayang, ada masalah ekonomi dan hotel ni tidak dapat dimajukan, dan sekarang sudah menjadi kepunyaan Limkokwing University.

Perkampungan Portugis

Ini pulak sampan-sampan yang digunakan oleh masyarakat Portugis di sini. Sebabnya, pekerjaan utama diorang adalah nelayan. Mesti diorang pandai tangkap ikan kan... Aku tercari-cari jugak orang yang merangkap kaum Portugis ni, tak jumpa, yang jumpa masa dalam kereta jer. Menurut Mr. Sam, orang Portugis ni berkulit gelap, riak muka pula seakan-akan cina, hm...camne tuh? Untuk destinasi seterusnya, aku memang tak pernah sampai, first dengar pulak dari Mr. Sam. So, tempat yang dituju adalah Masjid Selat Melaka.

Masjid Selat Melaka


Menurut Mr. Sam, masjid ini sekarang merupakan salah satu landmark yang patut dilawati sekiranya berada di Melaka. Melalui kaca mata aku, kawasan masjid ni agak besar, landskap pun cantik, siap ada map tersendiri, pastu ia dibina dekat tengah laut, memang menarik jugaklah.

Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka

Cuma ada satu kekurangan jer dengan masjid yang cantik ni, kurangnya makmum setiap kali waktu solat. Yang ramai cuma hari jumaat, tu pun sebab menteri datang solat jumaat di sini. Kalau nak diikutkan, bukan masjid ni jer yang ada masalah ni, hampir kebanyakan masjid pun camtu jugak. Kalau dekat pasar malam ker, jom heboh ker, nak berjalan bukan main payah lagi, sesak sana sini. Tang bab pi masjid, semua takda, taktau hilang mana. Alang-alang masih lagi di awal tahun baru, apakata 2013 ni kita sama-sama berazam untuk selalu ke masjid, amin...


Menurut Mr. Sam jugak, bersebelahan masjid ni sepatutnya ada Arabian City. Nampak tak bangunan yang masih lagi dalam pembinaan depan tu, sepatutnya Arabian City ni dah lama siap, tapi sebab bajet takder, terpaksa ditangguhkan, taktau tahun bila pulak nak siap. Sedih jugak, terbengkalai jer aku tengok. Kalau tak, pekena nasi arab pun layan jugak ni, hehe...

Sampai sini jer penceritaan kalini, rasa macam pendek la pulak. Maklumlah, orang tengah moody kan, gini jelah yang mampu, huhu~... Bagi mereka-mereka yang moody macam aku jugak, apakata kita amalkan tips ni, gerenti hilang ^_^

if you really want to SLAP someone, 
do it and yell MOSQUITO!!

roger and out.


Friday, 18 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 2 (A Famosa & St. John)

Cuba jawab soalan ni, "menurut Taburan Kebarangkalian, sekiranya ditakdirkan lembu menjadi kambing, gajah menjadi kambing dan burung juga menjadi kambing, maka kambing pulak menjadi apa? " haa...macam mana, boleh jawab tak? heheh...gurau senda malam minggu, camni lah jadinyer...

Ok, berbalik kepada kisah aku ke Melaka untuk hari kedua, memandangkan aku kena berkumpul dekat lobby hotel sekitar jam 8.30 pagi, maka kitorang turun untuk breakfast seawal 7.30 pagi gitu. Menurut travel agent yang menguruskan percutian aku ni, aktiviti Melaka Tour and River Cruise adalah pada hari kedua, so kitorang dinasihatkan menunggu di lobby hotel pada pukul 8.30 pagi. Macam dinner semalamnya jugak, breakfast adalah di tempat yang sama, cuma menu nyer yang lain. Sebelum duduk, tercari-cari jugak aku, satu-satu menu aku tengok, manatau kot-kot depa taruk lobster lagi. Lepas puas menelaah, memang takda, banyak-banyak menu yang ada, semua berkaitan ayam dan daging jer.

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka


Sebelum duduk, aku pun ambik secawan teh tarik and suruh wife aku dulu yang ambik breakfast. Nasib baik orang tak ramai, kalau ramai, memang awal-awal lagi lah aku terjah ambik breakfast. Tak sampai 5 minit camtu, wife aku bawak breakfast yang jadi idaman hati dia. Terkejut aku, ni jer yang dia makan, langsung tak nampak ciri-ciri wanita melayu terakhir. Bila aku tanya, apsal tak ambik yang boombastic sikit, wife aku jawab taktau nak makan apa, lagipun perut rasa tak selesa. Patut ler, kalau tak, makan mengalahkan aku.

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
menu wife aku, bubur nasi + pau sebiji + sosej daging

Breakfast at Mahkota Cafe, Mahkota Hotel Melaka
menu aku, breakfast kan, apa lagi, nasi lemak lah...

Ini baru menu lelaki melayu terakhir, nasi lemak + ayam 2 ketul + telur ayam sebiji. Aktiviti penuh satu hari, kena breakfast berat, baru semangat nanti. Kata orang tua-tua, "bersarapan ibarat raja, makan tengahari ibarat putera raja, dan makan malam ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang." Barulah badan nampak ketak-ketak macam Aaron Aziz, heheh... Selesai makan, kitorang lepak di lobby menunggu travel agent untuk aktiviti Melaka Tour. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tengok jam dah dekat 8.50 pagi dah, takda saper-saper pun yang datang jemput kitorang. Tertanya-tanya pulak aku, betul ke ada aktiviti Melaka Tour ni, timbul pulak perasaan was-was. Aku agak, kalau lebih dari pukul 9 and takda saper-saper datang jemput, memang aku buat aktiviti sendiri jer nanti.

Tetiba ada seorang lelaki melayu, tinggi, bagi salam and tanya adakah aku Mr. Orga? Aku pun jawab akulah orangnya and dia memperkenalkan diri dia adalah Mr. Sam, orang yang akan guide untuk Melaka Tour rini. Dia mengarahkan kitorang memfollow dia, bila keluar dari pintu hotel, aku tercari-cari jugak van or minibus, takdalah pulak. Selalu, kalau tour-tour cam gini orang naik van or minibus kan. Aku tengok Mr. Sam berdiri dekat sebuah kereta sambil buka pintu belakang sebelah kanan menjemput wife aku masuk, kemudian dia buka pintu sebelah kiri and, "Mr. Orga, jemput masuk". Sebelum masuk, sempat aku tanya dengan Mr. Sam, untuk Melaka Tour ni, kitorang berdua je ker? And jawapan yang Mr. Sam bagi, "ya...ini adalah Private Melaka Tour untuk Mr. Orga dan isteri". Aku pun apa lagi, hidung kembang kemut tali kecapi ler, fuyoo...tak sangka dapat Private Melaka Tour, naik HYUNDAI SONATA pulak tu, perhh...memang terbaik :)

Melaka Tour

Terus-terang aku cakap, mula-mula memang aku rasa tak selesa. Tak pernah lagi rasa cam gini, naik kereta besar, duduk belakang, ada driver pulak, aiseh~...rasa macam citer dalam tibi jer, ala-ala orang kaya gitu. Tapi perasaan tak selesa tu tak lama, sebab Mr. Sam seorang yang kecoh, asyik bercakap jer dalam kereta, citer pasal sejarah Melaka, itu and ini... Before tu, dia ada explain itinerary untuk harini. So, tempat pertama kitorang dibawa adalah...mana lagi, A Famosa!

A Famosa


Sebelum sampai ke A Famosa, Mr. Sam terlebih dulu explain pasal sejarah and salah silah tempat ni. Kalau nak diikutkan, tempat ni dah baper kali aku datang, rombongan sekolah, jalan dengan kengkawan...Tempat glamor kan, mestilah kena pergi. Sebagai permulaan tahun 2013, ok jugak singgah sini. Masa sampai, takda orang lain selain kitorang, mungkin masih awal pagi kot, lagipun hujung minggu kan. Mr. Sam cakap, takda masa yang diberikan, suka hati kitorang nak stay lama mana, tapi janganlah lama sangat, sebab nak ke tempat lain lagi. Kitorang pun pusing-pusing and ambik gambar.

A Famosa
kuat jugak kubu ni bertahan yer, dari tahun 1511 lagi...

A Famosa
A Famosa
Inilah nama pembuat kota A Famosa, iaitu Alfonso D'Alboquerque.

Kalau time sekolah dulu, nama ni glamor dengan kitorang Alfonso D'Albukakker, hehe... Payah betul nak sebut kan, tapi tu dulu, zaman jahiliah, kerja sekolah malas buat, main jer lebih, camne nak pandai.

A Famosa
A Famosa
berbakti kepada masyarakat :)


Lepakking dekat sini adalah kot dalam setengah jam. Pastu kitorang jalan balik menuju ke kereta, masa nak sampai, sekali lagi Mr. Sam ulang perangai lama dia, buka pintu untuk kitorang, hehe...sonok pulak rasa. Mula-mula tadi rasa segan, now rasa seronok, ni kalau kak Piah dengan abg Mat tau, mesti gelak besar punya lah. Aku simpan dulu cerita ni, malam nanti baru plan nak cerita dekat depa. Menurut Mr. Sam, next itinerary adalah melawat Kubu St. John.

Kubu St. John


Macam biasa, sebelum sampai, Mr. Sam akan terlebih dulu cerita pasal sejarah Kubu St. John ni. Katanya, kubu ni dibina bagi mempertahankan serangan dari arah darat, and kenapa kedudukan kubu ni di atas bukit adalah disebabkan untuk melihat musuh yang datang dari arah laut. Disebabkan itu, semua meriam menghala ke arah daratan and kawasan pemerhati menghadap selat Melaka.

Kubu St. John
Kubu St. John
Kubu St. John

Nampak tak, meriam semua menghala ke arah kaki bukit. Timbul persoalan di sini, kenapa meriam-meriam ni berwarna hitam and roda tu warna merah? Setelah aku berfikir masak-masak, hypothesis yang aku boleh buat, semua itu gaya semata-mata. Bayangkan kalau meriam tu warna biru and roda tu warna hijau, hm...macam pelik pulak kan. Tak pun meriam tu warna merah jambu, roda warna kuning, lagilah tak kena langsung... Masa kitorang dekat sini, sama jugak, orang memang takda, so apa lagi, terus kitorang buat gaya tanduk. Even aku perasan ada camera yang diletakkan disitu, mungkin untuk mengawasi, kitorang buat tak kisah jer. Bak kata Nora Danish, yang penting kita happy (sambil angkat tangan).

Kubu St. John
Kubu St. John

Ini adalah pemandangan yang menghadap selat Melaka. Sekiranya tiada pembangunan disitu, mungkin boleh tengok laut. Info dari Mr. Sam jugak, sini selalu orang datang waktu petang untuk gambar sunset dan dia mengesyorkan untuk suruh aku datang petang nanti. Aku bukan tak nak datang petang nanti, tapi kitorang ada aktiviti lain sebenarnya.

Layanan yang kitorang terima dari Mr. Sam so far sangatlah baik and dia betul-betul berdisiplin dalam hal ni. Setiap kali nak masuk ke dalam kereta, mesti dia bukakan pintu. Pastu senyum jer memanjang setiap kali bercakap dengan kitorang. Hokey, sampai disini dulu cerita percutian kitorang bersama Mr. Sam, akan disambung dalam next entry.

Roger and out.

Tuesday, 15 January 2013

Jom Pi Melaka - Day 1

Amacam? Dapat grab tak promo AirAsia FREE SEATS tu? Tension giler aku, punyalah semangat menunggu semalam, tepat jam12 malam lepas abis citer Merlin terus terpacak depan PC. Dahla aku tengah sedih sebab last sekali Arthur mati, tup-tup nak book tiket pun tak dapat. Hebat sungguh rakyat M'sia yang dapat book semalam, salute lah dekat hangpa semua, pukul1 lebih sikit, aku surrender dah. Asyik masuk waiting room jer, mana tahan, lebih baik tidor. Jadi, bagi mengubati hati aku yang terluka sebab tak dapat book tiket, meh aku story-story percutian tajaan pi Melaka last week.

Lepas memastikan keadaan rumah dah ok and selamat, maka tepat jam 3.30 petang, aku pun gerak menuju ke Melaka. Sehari sebelum bertolak, aku dah make sure dengan travel agent yang uruskan percutian aku nih, diorang cakap penginapan dan aktiviti aku semua dekat Melaka nanti sudah diuruskan. Voucher pun aku dah siap print 2,3 copy lagi takut-takut ada yang terhilang ke nanti. Selama lebih kurang 2 jam perjalanan ke Melaka, aku hiasi aktiviti dalam keta dengan dengar lagu, gurau senda sikit-sikit, pastu selebihnya makan rempeyek yang tak berapa nak sedap, beli dekat Petronas. Dah lapa kan, bedal jer semua. Dekat-dekat kul6 camtu, aku pun sampai dekat Mahkota Hotel yang merupakan tempat penginapan untuk trip kitorang dekat Melaka selama 3 hari 2 malam ni.

Mahkota Hotel, Melaka


Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Masa check in, aku was-was jugak. Takut-takut nama aku takde ker, sia-sia jer aku travel jauh-jauh datang sini. Lepas aku serah voucher yang tertulis nama aku tu, minah ni macam blur pulak. Hah...sudah, ada ke tak booking untuk aku ni? Walaupun aku risau, tapi tetap tunjuk wajah yang cool. Pastu senior staff yang berbaju putih tu keluar, dia pun check voucher aku bagi tu dengan system perkomputeran hotel ni. Tetiba senior staff ni cakap, "so en. Orga, nama encik memang ada dalam sistem kita. Deluxe Room untuk 2 orang, 3 hari 2 malam termasuk dinner and breakfast. Boleh en. Orga bagi IC?" fuhh...lepas dengar ayat ni, lega rasa. Minah ni buat aku cuak jer... Lepas urusan check in settle, aku pun tanya dinner start kul baper. Lapar beb, kitorang bekpes jer pagi ni. Konon-kononnya nak save untuk Dinner dekat hotel ni ler. Tu pasal aku makan jugak rempeyek tak sedap dalam keta masa on the way tadi. Aku dibagitau dinner start kul7 malam sampai 10.30 malam. Tengok jam, ada lebih kurang sejam lagi dinner nak start. So, eloklah tuh. Boleh aku angkut bag and tengok-tengok keadaan dalam bilik dulu, heheh...

Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Untuk pengetahuan, ni memang kali pertama aku stay dekat Mahkota Hotel. Pendapat peribadi aku, dari sudut luaran agak cantik jugak lah. Kolam renang ada 2, pastu kedua-dua pun tak dalam sangat, lebih kurang 0.9 meter jer. Yang tak reti berenang pun rasa-rasa takda masalah untuk mandi kot. Untuk kemudahan yang lain-lain pun agak lengkap macam gym, gelanggang tenis, and etc. Penginapan free kan, nak tengok jugak keadaan bilik macam mana. Tapi sepanjang perjalanan ke bilik, aku tengok takda orang lain pun, kat kolam renang pun takda orang, so aku wat positif assumption, mesti semua orang keluar jalan-jalan.

Mahkota Hotel Melaka
Mahkota Hotel Melaka

Wow! Bilik besar jugak, cantik pun cantik, siap ada ruang tamu lagi termasuk dapur untuk memasak. Meja makan pun ada, hehe...dah macam kat rumah pulak rasa. Tetiba jer wife aku jerit nak tengok bilik air, aku dapat agak dah apa yang dia nak cari sebenarnya.

Mahkota Hotel Melaka

Kan dah cakap, mesti wife aku nak cari bathtub. Yeay...memang ada, so boleh dikatakan bilik yang dapat ni memang lengkap semualah. Aku ada check harga dengan minah dekat kaunter tadi, harga deluxe untuk semalam termasuk breakfast and dinner lebih kurang RM350. Kalau tak ambik dinner, harga dalam lingkungan RM250 gitu sebab dinner untuk 1 pax lebih kurang RM50++. Kalau nak book murah sikit, mungkin boleh guna promo website macam Booking or Agoda. So sementara menunggu dinner, kitorang settle kan hal-hal berbangkit dulu ler mandi dengan solat semua. Lebih kurang kul7.30, kitorang pun turun ke Cafe Mahkota untuk buffet dinner.

Buffet Dinner at Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka


Masa sampai dekat Cafe Mahkota yang terletak dekat lobby hotel, ingatkan kitorang yang terawal, ada lagi yang lagi awal rupanya. So nampaklah meriah sikit, taklah perasan sangat dengan muka aku nanti kalau asyik dok ulang alik ambik makanan jer, heheh... Lepas serahkun kupon dinner, kitorang dibawa ke meja, sebelum duduk, staff yang bawak tadi tarik kerusi dulu untuk aku and wife aku duduk. Amboi, lain pulak rasa bila orang layan baik-baik camni. Ingatkan kitorang dapat layanan istimewa, bila tengok orang lain pun dibuat camtu jugak, aiseh~...apa dah, baru nak berangan. So, sebelum ambik makanan, aku pusing-pusing dulu tengok menu apa yang disediakan. Memang banyak sangat menu, sampai aku nak makan pun taktau nak ambik yang mana.

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka

Lepas 4,5 kali dok pusing-pusing, akhirnya aku decide nak makan nasi. Hm...nasi jugak yang jadi pilihan hati, padahal banyak lagi menu lain. Biasalah orang melayu sejati, kenalah makan nasi. Tapi aku tak mau makan ayam or daging, nak cari lauk pauk yang lain daripada yang lain, kalau dekat luar tu, memang aku tak kan order lah lauk-lauk cam gini. So, untuk first round, inilah menu aku pilih.

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka
nasi beserta kari kepala ikan, lobster, kepah berempah and fillet ikan apatah

aku taktau apa nama seafood ni, tapi kerang bersos merah dibelakang memang sangat sedap

ikan pari bakar and otak-otak

Inilah menu kitorang and semuanya sedap-sedap. Kalau sesaper nak berdinner di sini memang disyorkan sesangat. Lepas merasa menu first round ni, untuk second round aku dah tau apa lauk pauk yang patut aku ambik. Jeng...jeng...jeng...

Cafe Mahkota, Mahkota Hotel Melaka
Wife aku ambik kuey teow tomyam

Aku ambik bihun goreng seafood, lobster lagi and kerang bersos merah yang sedap ni lagi..

Kalau nak diikutkan, lobster yang paling banyak aku ambik, heheh...lauk sedap kan, kenalah ambik berulang kali. Lobster ni nampak jer besar, tapi isi ciput jer. Dah habis makan menu-menu utama, time untuk desert pulak. 

buah-buahan tempatan beserta kek coklat

ABC Special - sendiri bikin nih, hehe....

Ada lebih kurang 10 jenis bahan sampingan untuk letak dalam ABC ni, tapi pilihan aku 2 jenis jer, jagung and kacang kaler itam tu. Masa bawak ke meja, tetiba wife aku cakap dekat area buah-buahan ada ais krim, kalau taruk ais krim lagi mengamcam rasa ABC ni. Apa lagi, terus aku bangun pergi taruk ais krim, perhh...nikmat betul, memang sedap! Even awal jugak kitorang datang untuk dinner, kul10.30 camtu baru kitorang keluar dari cafe. Kalau makan jer memang kejap, tapi bila tambah part menyembang, gosip sikit-sikit, lamalah jadinyer. Macam aku cakap before ni, aku datang untuk trip Melaka ni memang tak ada itinerary. Lepas makan, kitorang lepak jer dekat area lobby hotel.


Dok melepak layan perut yang kenyang ni pun boring jugak. So aku pun tanya dengan receptionist hotel, apa yang best dekat bandar Melaka lewat-lewat malam cam gini. Minah tu pun bagi cadangan, dekat area Jalan Pahlawan ada night market, pukul2 pagi baru tutup. Ok jugak cadangan tu, so kitorang pun keluar menuju ke tempat ni. Dekat jer, nak jalan kaki pun boleh, tapi risau pasal keselamatan sebab nak kena cross jalan bagai, lagipun dah lewat malam, so aku decide better drive jer ke situ.

Night Market at Jalan Pahlawan


Night Market at Jalan Pahlawan
Night Market at Jalan Pahlawan

Tak sampai 5 minit drive, dah sampai night market dekat Jalan Pahlawan ni. Sebenarnya aku tak suka ambik gambar waktu malam, payah sebab nak kena setting lain dekat camera. Flash pulak takda and aku memang tak suka guna built-in flash. So pilihan yang aku ada terpaksa guna shutter speed yang slow giler and iso tinggi. Bila pakai slow shutter speed, aku terpaksa berdiri macam patung, tangan keras pegang camera, baru boleh snap. Dats why gambar waktu malam aku banyak yang tak sharp and blur. Senang citer buruk lah...

Night Market at Jalan Pahlawan

Ni la suasana night market dekat Jalan Pahlawan, ada jual t-shirt, souviner, makanan, macam-macam lagi lah. Besar jugak kawasan night market ni, even dah kenyang dinner tadi, tengok orang jual makanan dekat sini, boleh beli pulak. Aku beli apam balik yang kecik rangup tu, saja sambil-sambil jalan sambil mengunyah. Sebelum balik, adalah angkut 2 helai t-shirt and 1 suar pendek. Sebab aku datang sini terlupa bawak suar pendek untuk mandi kolam, so terpaksalah beli dekat sini.

So far, untuk hari pertama memang best sangat rasa. Perasaan tu lain sebab first time dapat pengalaman sponsor trip cam gini. Seronok pun ada, risau pun ada masa awal-awal sampai petang tadi, macam-macam. Now yang risau tu dah hilang, tinggal seronok jer. Yelah, bilik pun ok, makan pun ok, apa lagi kan, bersyukur jelah. Kak Piah dari kampung 3,4 kali jugak tepon tanya keadaan macam mana, puas jugaklah aku nak explain cakap semua ok. So, lepas sampai bilik, tidor and prepare untuk aktiviti hari kedua. Seriously, aktiviti hari kedua paling best, nanti aku story-story dalam next entry hokey :)

Roger and out.