Tuesday 30 October 2012

Ladang Tebu Chuping - Perlis

Amacam? Mood beraya tak habis lagi? ahaha...samalah kiter!! Baheklah, kalini aku nak citer pasal negeri Perlis pulak. Kalau ikut Portal Kerajaan Negeri Perlis, depa panggil 7 Wonders of Perlis. Maksudnya, bagi saper-saper yang datang Perlis, 7 tempat nih memang wajib pi bak hang...tudia, keluaq dah loghat Perlis :) Berpandukan informasi yang diberikan oleh portal Negeri Perlis, 7 Wonders of Perlis adalah seperti yang tertulis kat bawah nie:

7 Wonders of Perlis
1. Ladang tebu Chuping
2. Empangan timah tasoh
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis
6. Makanan laut
7. Padang Besar

Memandangkan wife aku orang Perlis, tak perlulah susah-susah aku nak menyewa hotel bagai, aktiviti nie pun kitorang buat sebagai aktiviti jalan-jalan waktu petang. Dekat-dekat jer semua tempat tu, maklumlah Perlis bukannya besar mana pun, cewah!! Sempena cuti raya korban minggu lepas, daripada 7 Wonders of Perlis tu, kitorang cover 3 jer dulu. Kalau nak diikutkan, semua tempat ni aku dah pergi dah, tapi masa pergi dulu-dulu, tak terfikir pulak nak share pasal nie, gambar pun tarak. Macam Padang Besar tu, 2 ke 3 bulan sekali mesti mak and ayah aku pergi sana. Kadang-kadang aku nak marah pun ada, setakat nak beli sudu pun ajak pergi Padang Besar, hm~...

So, jom story-story 7 Wonders of Perlis yang pertama! yeay...

Ladang Tebu Chuping

 mai jangan tak mai no...


Nampak tak, sebab tu negeri Perlis tak pernah hadapi masalah kekurangan gula. Bukan setakat tu jer, kawasan ni jugak merupakan kawasan terpanas, paling hot! di M'sia, sebab tu lah jugak Fasha Sandha and Rita Rudaini glamor. Diorang tak perlu promosi lebih-lebih pun, sebabnyer diorang dah memang hot! and manis lagi. Bertuahnya artis yang berasal dari Perlis kan...


Alhamdulillah...bukan selalu aku dapat view macam nie, awan seketul-seketul jer dekat langit. Terpaksa berhenti tepi jalan semata-mata nak snap view nie.


Aiyaa...datang salah time pulak, masa ni semua tebu dah dituai. Seluas-luas pandangan nampak rumput hijau jer. Ada menara tinjau dekat tepi jalan sebelum ke Padang Besar, kitorang dah lalu first, tapi tak stop pun sebab ramai pulak geng motor lepak situ. Bila patah balik, geng motor tu dah takder, baru kitorang stop.

view dari menara tinjau...jauh mata memandang tetapi di mana tebunya? jeng...jeng...jeng...


Aku nak ambik gambar angin sebenarnya, bila tengok lalang-lalang ni dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, walaupun panas, nyaman jer rasa. Menurut suami kepada ibu wife aku iaitu merangkap ayah aku jugaklah, dia habaq mai, tak lama lagi, Ladang Tebu Chuping akan dijadikan Second Bandar Perlis selepas Kangar. Maksudnya dekat sini, nanti dah takder lagi ladang tebu, tetapi digantikan dengan perumahan, kedai-dekai, shopping complex, dan sebagainya. Info ni aku tak sure lah tepat ke tak, harap-harap taklah.

Entry pasal Ladang Tebu Chuping Perlis sampai sini sahaja, walaupun tak nampak tebu, nampak ladang pun cukuplah kan. Kalau aku balik kampung lagi, pokok tebu dah tinggi-tinggi, bolehlah aku update lagi entry nih. Next aku akan citer pasal 7 Wonders of Perlis yang kedua.

Roger & out.


Tuesday 23 October 2012

Kellie's Castle - Ipoh Trip Part Last

Subuh yang hening, air cond yang sejuk, mode bercuti pulak, dugaan betul untuk bangun awal-awal pagi. Lepas subuh ingatkan nak terus bangun mandi, tapi sayup-sayup jer aku dengar katil panggil 'mari...mari...", arhh...apa lagi, kitorang pun sambung tidor balik seround dua. Sedar-sedar jer wife aku kejut suruh bangun mandi, tengok jam dah dekat pukul 9 dah. Dengan rasa "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul", aku pun pergilah mandi.

Lepas perbincangan semalam, itinerary yang aku prepare sebelum datang ke Ipoh, terpaksa dilupakan sebab nyer dari hasil perbincangan just nak pergi satu tempat jer rini and lepas tu terus berangkat pulang ke kota. Kitorang turun breakfast dulu sebab jam dah pukul 9 lebih, menurut info dari customer service hotel, pukul 10 camtu, breakfast dah abis. Lepas breakfast yang berat and sedap, balik bilik untuk packing semua barang and terus check out. Kalau ikut itinerary asal, arini plan nak pergi Lost World Tambun, pastu melawat Cave Temple and last sekali sebelum balik baru singgah Kellie's Castle. Tapi nampak macam rush pulak, so untuk trip rini, just nak enjoy-enjoy jer sambil layan suasana Ipoh. Lepas set Kellie's Castle dekat GPS, kitorang pun gerak.

Kellie's Castle

Ingatkan dekat, jauh jugak rupanya. Dalam GPS cakap 40 minit jer, balik-balik sejam lebih baru sampai sebab traffic and berhenti isi minyak sekali. Kalau ikut highway, dari Tol Ipoh - Simpang Pulai - Gopeng, baru sampai tempat nih.

tudiaa..

Dari info yang aku dapat, Kellie's Castile ni glamor bukan sebab struktur pembinaannyer, tapi disebabkan misteri yang ada dekat dalam istana ni. Macam-macamlah, ada yang cakap masih nampak lagi roh William Kellie Smith iaitu tuan punya tempat nih yang dah meninggal, pastu kalau saper-saper datang sini, nanti ada yang ikut balik, pastu lagi, kalau berjalan-jalan dekat dalam istana nih, terasa macam ada orang ikut belakang jer. 

chup!! (ai~...main chup-chup pulak yer)
kalau boleh, sila baca entry ini diwaktu malam, kalau tengah malam lagi baik. Di samping itu juga, pastikan sekeliling tiada sesiapa and semua lampu ditutup. Dengan buat macam ni, baru boleh memahami kemisterian Kellie's Castle nih. jeng...jeng...jeng...selangkah ke alam misteri!


Harga tiket RM4 untuk masuk ke dalam. Bagi yang nak datang, sebelum masuk ke dalam, make sure kenali betul-betul pasangan or kawan-kawan korang. Jangan salahkan orang lain, sekiranya dekat dalam nanti, tengah seronok ambik gambar sana sini, pastu tengok belakang ingatkan kawan korang, muka sama, baju sama, tapi bila tanya tak jawab, diam jer. Tengah nak zoom untuk shoot gambar dekat depan, nampak dari dalam camera, kawan korang tengah rancak sembang dengan orang lain, jadi...siapakah yang sedang ikut korang dibelakang nih?? haa...kan susah tu, so, sila hati-hati ditempat yang penuh misteri ni yer...

auwoo....auw auwooo....

Boleh masuk ikut sebelah kiri or kanan istana nih, tetapi kitorang pilih jalan masuk sebelah kanan iaitu dari arah sini sebab nampak sungguh misteri. Aku tak berapa nak pasti samada tangga and kubu ni tak siap dibina sepenuhnya or runtuh sebab sesuatu, misterinya!! Sebagai pengetahuan, takder sesiapa di dalam 2 gambar diatas. Sekiranya terperasan ada seseorang, sila jangan tengok lagi, terus scroll jer ke gambar seterusnya. Jika tidak, yakin dan pasti anda telah diselubungi misteri...

Misteri bukan sebab tak nampak orang lain pun melainkan aku and wife aku...


Nampak tak? Kan aku dah cakap dah, siap ada notis lagi pasal istana ni ada misteri. Mengikut notis tu, dekat kawasan lorong ni lah dikatakan roh William Kellies Smith masih lagi berlegar-legar. Kalau datang waktu malam lagi best, dah boleh buat Paranormal Activity versi Malaysia dah. Tetapi, waktu yang dibenarkan untuk lawatan adalah sehingga jam 6 petang sahaja. Hm~...misteri jugak, kenapa waktu lawatan sampai jam 6 petang jer, kenapa bukan 5.30 or 6.30 petang?


Nampak gaya, misteri gambar tak nampak orang lain selain aku and wife aku telah dibongkari. Semasa aku dekat sini, ada lagi 3,4 family or group lain, dekat depan istana ni pulak ada pasangan pengantin tengah buat wedding photoshot. Ingatkan ada restoran or kedai makan dekat kawasan nih, boleh jugak pekena teh tarik ke, sedih jugaklah sebab takder. 


Misteri tak macam mana boleh ada 2 orang perempuan dekat atas tu? Jadi, kalau nak lebih misteri lagi pasal Kellie's Castle nih, kena datang cuba sendiri, hehe... Selepas meninggalkan Kellie's Castle, maka tamatlah sudah trip aku ke Ipoh, simple jer trip kalini :)

Roger & out!

Sunday 21 October 2012

Ibu Negeri Perak - Ipoh Trip Part 2

lain yang fokus, lain pulak yang tangkap.

Walaupun tak jelas, aku nak letak jugak pic ni dalam post aku. Sebenarnya dari jauh lagi aku dah perasan trademark Ipoh ala-ala Hollywood nih, tapi otak tengah berfikir pasal mende lain, dekat-dekat nak sampai baru kalut nak keluarkan camera. Disebabkan kekenyangan melayan Pau Yik Mun dekat Tanjung Malim, on the way ke Ipoh lepas tu, asyik nak terpejam jer mata. Nak bawak laju, speed trap bersepah-sepah, kereta dekat lane sebelah asyik angkat lampu jer inform pasal speed trap nih. Selepas 2 jam drive, sampai jugak kitorang dekat ibu negeri Perak nih. Sebelum pergi mana-mana, kitorang check in hotel dulu, sebabnyer masing-masing ada hal peribadi yang perlu disettlekan secepat mungkin, ahaha...

bag tu jer aku bawak untuk jalan-jalan Ipoh (2hari 1 malam), kapasiti untuk 2 orang tu!

Selepas menelaah Agoda sejam dua before datang ke Ipoh, hotel yang menjadi pilihan aku kalini adalah Heritage Hotel. Rate yang aku dapat Rm130/night, oklah kan semalam jer pun. Kalau 3,4 malam aku kat sini, mungkin hotel lain yang aku cari, rate yang lagi rendah maybe. Selepas semua perkara berbangkit settle, kitorang pun meneruskan aktiviti seperti dalam itinerary aku buat nih. Tempat pertama yang akan aku melawat adalah Stesen Keretapi Ipoh, zasss...

Stesen Keretapi Ipoh

Mengikut hikayat negeri Perak, Stesen Keretapi Ipoh juga dikenali sebagai Taj Mahal disebabkan rekaannya yang hampir serupa. Bagi sesiapa yang pernah tengok Taj Mahal, mungkin mereka boleh menilai sendiri tang mana yang sama tu, tapi macam aku yang tak pernah tengok Taj Mahal, sekadar cuci mata jelah sambil mendalami maksud tersirat yang ada dekat tempat nih.

Stesen Keretapi Ipoh

kaunter tiket


Kebetulan masa aku sampai sini, ada construction betul-betul depan stesen keretapi nih. Sebenarnya nak shoot depan-depan, nak simpan buat kenangan, tapi apakan daya, ada halangan pulak. Untuk info sejarah, Stesen Keretapi Ipoh ni siap dibina pada tahun 1917, pergh...lagi lama dari Pau Yik Mun! Disamping itu jugak pernah beberapa kali dijadikan tempat untuk shooting filem macam Anna and The King dsb.

On the way keluar, aku terperasan ada beberapa lagi bangunan yang agak unik betul-betul berhadapan dengan stesen keretapi nih. Masa sampai tadi tak perasan maybe terlindung dengan construction yang tengah buat kot. 


Sepatutnya next aktiviti aku pergi melawat Gunung Lang. Tetapi wife aku ajak pekena Nasi Ayam Fuziah area Greentown dulu untuk makan tengahari. Disebabkan aku tak biasa dengan Ipoh, terpaksalah menggunakan khidmat GPS. Bila tengok map, ala dekat jer. Lepas set and go, aku pun follow dengan senang hati minah GPS tu, dia suruh left...aku pun left...right, aku pun right...lepas 4,5 kali left right, minah tu pun cakap, "arrive at destination". Aku and wife aku tercengang kejap, hah...kita kat mana nih? Pening aku, tengah beratur dekat traffic light, boleh cakap dah sampai. Pelik pulak tetiba GPS aku jadi bengong. Disebabkan gigih nak pergi makan jugak dekat Nasi Ayam Fuziah tu, aku ikut signboad Greentown jer. Tapi, balik-balik jumpa The Store...pusing lagi sekali pun, The Store jugak aku jumpa.

Memang sah aku dah sesat nih, adey~...motif aku sekarang just nak keluar dari area town jer dulu, sesak sangat, kalau tak, mana-mana pun tak boleh pergi nanti. Lepas segala keringat dicurahkan, akhirnya dapat jugak aku keluar dari area town, tapi sekali sampai Menglembu la pulak. Lapar punya pasal, kedai mamak jelah yang diterjah. Sambil makan, sambil tengok map cari jalan. Rasa-rasa dekat 2 jam jugaklah aku tawaf area town Ipoh tadi. Lepas fikir masak-masak, kitorang plan balik hotel dulu berehat sebab dari pagi lagi berjalan non-stop. Untuk ke hotel aku pun satu hal jugak tu, terpaksa follow signboard Kuala Lumpur dulu, sampai depan bulatan lepas Hospital Ipoh, baru ambik pukul 3 untuk ke hotel aku. Pergh...betul-betul tak sangka, cabaran betul area Ipoh ni, huhu...Ingatkan nak keluar balik pukul 5 camtu, bak kata pepatah, "ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan diwatu petang", apa lagi...Zzzzz ler...

Taman Kanak-Kanak & Gerbang Malam

Lepas maghrib camtu, kitorang pun turun untuk aktiviti malam pulak. Disebabkan tak mau kejadian siang hari berulang, aku pun bawak pen and kertas, jumpa dengan customer service hotel tanya arah. Untuk makan malam, kitorang plan untuk pekena Sate Endut. Aku pernah makan dulu, memang terbaiklah. Ada member aku pulak siap cakap Sate Endut adalah yang The Best!


Tempat yang aku datang ni dipanggil Taman Kanak-Kanak or Taman Permainan Kanak-Kanak, aku pun lupa pulak yang mana satu tapi Sate Endut ada dekat salah satu gerai dekat sini. Direction yang customer service hotel aku bagi, keluar dari hotel, belok kiri, terus sampai jumpa bulatan, lepas tu traffic light ketiga belok kanan, first traffic light belok kanan, and pastu simpang pertama belok kanan. Jumpa beb! Terer sungguh orang hotel ni, ingatkan nak tapau Sate Endut sebatang dua dekat diorang nanti. Tetapi...tetapi...


Apasal tutup pulak, argh!! kecewa betul aku, lepas tanya dengan kedai sebelah, kenapa malam minggu boleh tutup, diorang jawab, kedai Sate Endut memang suka-suka hati tutup, kadang-kadang Selasa, kadang-kadang Rabu, ikut harilah. Maybe takder rezeki kot untuk trip aku ke Ipoh kalini. Bagi menebus kekecewaan, kitorang just pekena Popiah yang agak sedap jugak dekat Gerai no 18.


Lepas kekenyangan, aktiviti kitorang diteruskan lagi, tapi sekadar berjalan-jalan dekat kawasan Gerbang Malam, bersebelahan dengan Taman Kanak-Kanak nih jer. Suasana Gerbang Malam ni macam Uptown, bolehlah sekadar nak mencuci mata.

"kita berkenalan dalam laman muka buku~..." :)

Tamat sudah aktiviti hari pertama aku dekat Ipoh, walaupun siangnya penuh pancaroba dan onak duri dok pusing-pusing dekat Pekan Ipoh, malamnyer pulak kecewa sebab tak dapat makan Sate Endut, kitorang tetap enjoy jugak (mata ke atas, tangan ke bahu). Balik hotel berehat untuk aktiviti esoknya pulak.

Roger & out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...