Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Tuesday, 11 June 2013

Harumanis - Perlis

"kita kahwin..."!  =))

Haha..saspen tak? Ni bukan aku nak kawen lagi, jangan buat kontroversi, tak mo tak mo. Ni sebenarnya aku copy paste status terkini kat fesbuk jap tadi, ramai kawan aku yang hupdate. Punya la aku duk fikir pasai apa, rupanya wife aku cakap depa duk layan cita Teduhan Kasih, haha...patutla, sebab tu kul 9 jer wife aku bukak tonton, semata-mata nak tengok cerita ni, dia kata kat tibi iklan panjang sangat..hm, layankan je laaa dia duk citer panjang lebar kat aku.

Wokeylah, entry kalini aku nak bawak korang semua kembali ke utara tanahair kita. Sebenarnya, aku nak kontiniu dengan entry 7 Wonders of Perlis yang tak habis tahun lepas. Dalam 7 wonders tu, just sempat cover 3 sahaja. So tahun ni aku tambah lagi satu, untuk 7 Wonders of Perlis yang keempat iaitu Harumanis. Before tu, aku nak rewind balik apa itu 7 Wonder of Perlis. Untuk Ladang Tebu Chuping, Empangan Timah Tasoh and Laksa Kuala Perlis, aku dah buat entry before ni. Boleh klik untuk mengulangkaji :)

7 Wonder of Perlis
1. Ladang Tebu Chuping (Klik)
2. Empangan Timah Tasoh (Klik)
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis (Klik)
6. Makanan Laut
7. Padang Besar.

Harumanis

Kronologi aku beli buah Harumanis ni aku tak berapa nak ingat sangat, sebab banyak kejadian yang berlaku time ni, tapi lebih kurang macam ni la. Pada hari tersebut, iaitu bersamaan 2 hari selepas hari mengundi, aku and family menuju ke Pekan Nat (malay moden = pasar hari) untuk beli barang-barang basah sikit untuk buat makan tengahari. Pastu rata-rata aku tengok orang dok jual buah Harumanis. Nak ambik hati orang tua aku punya pasal, aku pun nak beli lah. Tapi ayah aku tak bagi beli pulak, dia cakap mahal and kurang kualiti kalau beli dekat Pekan Nat. Ayah aku tambah, kalau nak yang betul-betul kualiti, kena pergi beli dekat kebun Harumanis ni sendiri. So, siap beli barang-barang semua, terus gerak. 

Dalam kete, ayah aku roger kengkawan dia tanya dekat mana yang jual murah. Hasil penyiasatan yang jitu, kebanyakan dekat kawasan Batu Pahat. Aku pun hah?!! Batu Pahat, awat jauh sangat sampai ke Johor sinun... Rupa-rupanya dekat Perlis pun ada nama tempat Batu Pahat. Aku taktau sangat jalan mana, ayah aku suruh masuk aku masuk, last-last sampai. Kebun harumanis pertama yang kitorang pergi adalah Perusahan Abdullah Sekeluarga (PAS). Alamat seperti dibawah:

Perusahaan Abdullah Sekeluarga (PAS)
2787, KM 3.6, Jalan Santan
01000 Kangar Perlis
Tel: 012-581 6038 / 04-976 1889

Masa masuk tu, aku tengok banyak sangat buah harumanis. Sekali masa nak beli, diorang cakap dah abis. Yang banyak-banyak tengah bungkus tu, orang dah tempah awal-awal lagi. Serius aku tak sangka, buah yang mahal gini pun boleh abis. Dekat sini, harga termurah aku tengok, sekilo RM17. Then, ayah aku ajak pergi tempat lain pulak. Tapi tak jauh sangat dari kebun Perusahaan Abdullah Sekeluarga ni. Sama jugak, semua abis. Kebun yang ketiga kitorang pergi pun sama, habis. Kebun kedua and ketiga aku tak masuk pun, ayah aku sorang turun tanya samada ada lagi ke tidak harumanis. Rasa macam takda harapan lagi, kitorang pun gerak untuk balik ke rumah sambil buat muka sedih. Ayah mana yang sanggup tengok anak diorang sedih kan, so ayah aku pun roger kengkawan dia sekali lagi. And, lastly, dapat info dekat Paya Kelubi masih ada lagi orang jual harumanis. Apa lagi, terus terjah lah. So, inilah hasil rembatan kitorang. 

2 kilo

Nampak tak gambar atas? 2 kilo baru 5 biji. Dekat sini, diorang offer sekilo RM15. Kebun ni takda nama, sebab usaha sendiri. Tuan rumah yang jual ni nama En. Ishak (hp: 012-4912191). Boleh contact kalau nak buat tempahan. Oklah kan, harga pun murah sikit dari kebun-kebun yang kitorang singgah tadi. Tapi jalan nak ke sini macam susah sikit, sampai kitorang sendiri pun sesat. Aku beli tak banyak mana pun, adalah kot dalam 17 kilo, ahaha... Lebih kurang RM255 total. 


Setahun sekali melabur untuk harumanis, oklah kan. Untuk pengetahuan, buah manga Harumanis berbuah sekali je setahun, dalam 2 minggu gitu, lebih kurang bulan April hingga Mei, and hanya ada di Perlis. Sebab tu, banyak kebun-kebun yang terletak tepi jalan-jalan utama cepat abis. Orang lain dah siap tempah 2,3 bulan awal. Semua buah yang kitorang beli ni dah hampir masak, peram pun tak lama, sehari dua dah boleh makan. 17 kilo yang aku beli tu bukan untuk aku sorang, ada kengkawan aku yang pesan, adik beradik aku lagi, sanak saudara, ramai tau. Selepas dua hari, bau pun dah naik, so ni dah tanda-tanda harumanis dah masak and boleh dimakan. 


Syahdu betul masa makan, buah mahal ni, nasib baik sedap and takda yang buruk. Rasa macam mana? Nama buah mangga ni sendiri dah membayangkan macam mana rasa buah ni. Control makan sikit-sikit takut cepat habis, last-last habis jugak. Nak kena tunggu tahun depan pulak untuk dapat peluang makan Harumanis lagi.

Okaylah, sampai sini jer dulu. Untuk entry pasal 7 Wonders of Perlis yang lain, kena tunggu balik kampung, baru dapat hupdate. So, apa lagi, Jom Pakat Pakat Pi Perlis :)


Roger and out.



Wednesday, 13 February 2013

Sepetang di Kuala Perlis

Sementara masih lagi segar di ingatan, bahek aku buat entry cepat-cepat. Kejadian ni berlaku masa aku hampir-hampir tidor petang, sempena cuti raya Cina ritu, aku pun taktau nak buat apa, dengan panasnyer, so buat taik mata jelah. Untuk pengetahuan, di kawasan utara masa ni tengah musim kemarau. Memang panaslah, kipas angin set dekat nombor 5 pun masih tak termampu untuk bagi sejuk. Kalau set ke nombor 10 kang terbang pulak umah mak aku nih, hehe... Tengah landing baik punyer, baru tepuk bantal tiga empat kali, konon-kononnya nak tidor lah, tetiba wife aku terjaga lalu menyuarakan isi hati dia, "jom pergi Kuala Perlis pekena laksa". Aku pun , "hah...sekarang ker?"...fikir jugak dalam hati (tadi aku tepuk bantal tu kuat sangat ker sampai boleh terjaga nih), lepas mengeliat 4,5 kali, aku pun menyetujui idea yang amat bernas dari wife aku tu.

Plan asalnya nak pergi pekena Laksa Kak Su (aku pernah buat entry pasal Laksa Kak Su, boleh KLIK sini untuk mengulangkaji), tapi last-last minit tukar plan. Tak nak pergi pekan Kuala Perlis, tapi nak pergi pekena laksa dekat gerai-gerai sekitar tepi pantai dekat Kuala Perlis. Alang-alang dah petang camni, boleh layan sunset sekali, cewah... Kalau ikut signboard, tempat aku pergi ni dipanggil, Dataran Persisir Pantai Kuala Perlis. Disebabkan masa aku sampai ni hujung minggu, ditambah pulak public holiday, memang agak sesak sikit kawasan sini. Kawasan sini tak besar sangat, so nampak jer ada space untuk parking keta, terus masuk. Ambik hang, depan-depan kedai aku parking, orang kat sini pun dah biasa, tu pasal diorang buat tak reti jer. Tengok matahari, masih lagi tinggi, so kitorang pun cari port untuk makan laksa and lepak-lepak.

Kuala Perlis
kedudukan matahari yang masih lagi tinggi.

Kuala Perlis
"di tepi pantai yang indah...aku duduk seorang diri...suasana~ sepi..."
malunya, mesti korang kutuk suara aku kan...

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Ini lah yang aku maksudkan tadi, nampak jer space untuk parking, terus masuk.

Kuala Perlis
Ini lah kedai yang kitorang lepak-lepak, disyorkan sangat kedai ni :)

Kuala Perlis
cucur udang

Kuala Perlis
laksa

Kuala Perlis
Pasembor

Inilah menu yang kitorang makan dekat sini, wife aku ambik laksa, aku ambik pasembor and tambahan cucur udang. Cucur udang tu kurang sikit rasa kuah dia, masa nak order, aku ada tanya samada kuah sos or kacang. Mamat yang ambik order tu cakap kuah kacang, so dengan yakinnya aku pun order. Bila sampai, dari mata kasar aku, nampak macam kuah kacang + sos jer. Aku agak maybe sebab dah petang, mende nak habis kan, tu pasal diorang wat cam gini. So bila makan tu feel tak sampai, heheh... Laksa pulak bagi aku sedap lah, recommended untuk peminat laksa yang datang ke Kuala Perlis. Tapi, rasa-rasa aku, menu yang paling istimewa, ni haa...PASEMBOR! Memang terbaiklah, sedap sampai menjilat kaki tuh. Aku ingatkan kuah kacang, tapi bukan, tak sure kuah apatah diorang letak. Yang aku tau sedap. 

Apa yang ada dekat Pasembor ni? Ada mee, daging yang dihiris nipis-nipis, telur sebelah, udang 4,5 ketul, sengkuang, timun, pastu mende macam keropok yang selalu diguna pakai dalam Pasembor (orang selatan panggil rojak). Banyak pun banyak! Memang recommended sangat-sangat kalau sesaper singgah makan sini. Masa bayar, aku tak tanya harga lain, tanya harga pasembor ni jer. Bagi aku murah jugaklah, harga Pasembor ni just RM4 sahaja. Selesai makan, tengok matahari dah makin menurun, aku pun berjalan menuju ke tepi pantai.

Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Kuala Perlis
Aku tak sure sangat apa nama binatang ni, jadi perhatian aku bila nampak dia berjalan. Dengan kaki dia color biru, pastu slow motion jer.

Kuala Perlis
kulit kerang

Lupa pulak, harini adalah Rabu, ramai aku tengok blogger post pasal Wordless Wednesday. Maksudnya tepek gambar jer, tapi aku...aku...dah tak ikut rules ni. Bukan apa, alang-alang dah tulis, takkan nak padam pulak kan, so aku pun post jugaklah. Takper, lain kali aku akan cuba ikut rules ni, huhu... Cepat-cepat, matahari dah nak terbenam, so layan jelah gambar-gambar sunset aku ni yer :)

Kuala Perlis
Kuala Perlis
ni lah gambar sunset terbaik aku dapat, huhu~...terharu!

Kuala Perlis
Awan agak tebal, patutnya nak tengok matahari terbenam dekat celah-celah bukit.

Kuala Perlis
Gambar last sebelum matahari menyembunyikan diri di sebalik awan

Kuala Perlis
matahari dah takda, tapi puas hati even kena menunggu lama sampai matahari terbenam. view memang sangat-sangat cantik. 

Kuala Perlis
burung bersama-sama dengan member-membernya

Dah lewat dah pun, tengok jam dah 7.30 malam dah, burung pun tau balik ke rumah diorang, apatah lagi aku insan yang biasa ni, kenalah balik jugak. Dekat jalan pun kereta dah makin kurang, kedai-kedai pun dah start tutup, patutlah...rasa-rasa kitorang pelanggan yang last kot tadi. So, kitorang pun berjalan menuju ke kereta and membawa diri balik ke rumah jugak. Ada hikmah kenapa aku tak dapat tidor petang, kalau tak, mesti aku terlepas untuk melihat keindahan matahari menurunkan dirinya di ufuk barat. 

"hidup tidak selalunya indah...
langit tak selalu cerah...
suram malam tak berbintang...
itulah lukisan alam..."

Roger & out.


Sunday, 4 November 2012

Empangan Timah Tasoh & Laksa Kuala Perlis - Perlis

Orga: Apa? Last entry ada cakap nak citer pasal 7 Wonders of Perlis yang kedua?
Aku : Betul ker?
Orga : Memang betul pun, so, apa masalahnya?
Aku : Takder keje lain ke nak buat rini?
Orga: Erm...sampah dah buang, breakfast dah settle, ikan sayur pun semua dah beli tadi untuk masak tengahari, ada lagi ker yang tak settle?
Aku : Rasa-rasanya macam semua dah settle.
Orga : Kalau macam tu, bolehlah start menulis pasal entry nih?
Aku : Tapi si Dia nak memasak, tak nak pergi tolong paper ker?
Orga : Ooh...tak per, si Dia cakap kenyang lagi breakfast pagi tadi, so untuk tengahari nak masak lambat sikit, lagipun nak buat menu yang simple-simple jer.
Aku : Yeker? Kalau macam tu, bolehlah start menulis pasal entry nih.
Orga : Yelah...nak startlah nih!


Aku : Woi...jangan diam jer, explain lah sikit, nak tau jugak!
Orga : Laa...kan kita pergi sama-sama ritu, tak kan boleh lupa?
Aku : A'ah...lupa pulak, masa ni dah petang, on the way nak pergi tengok empangan apatah...
Orga : Empangan Timah Tasoh! Tu pun boleh lupa ker?
Aku : Bukan lupa, saja buat-buat lupa, ahaha...


Aku : Kat mana tempat nih eh?
Orga : Kat Perlis lah, mana lagi...cepuk jugak budak ni nanti!
Aku : Tau lah dekat Perlis, tajuk pun sebut Perlis kan, tetapi lokasi di mana?
Orga : Ooh...len kali, soalan biar terang. Empangan Timah Tasoh nih terletak di Beseri, lebih kurang 20 km jer dari bandar Kangar.
Aku : Teruskan...teruskan...


Orga : Occay...tempat ni macam kawasan rehat bagi barang siapa yang nak menikmati permandangan sebab ada disediakan surau and toilet, di samping itu, ada kedai runcit dan jugak restoran. Amboi...macam cikgu pulak rasa...
Aku : Pui!! Cikgu konon... Masa kita datang ritu, apsal semua kedai tutup?
Orga : Manalah nak tau, maybe semua orang cuti raya korban kot...


Aku : Ni pasai pa pulak?
Orga : Tempat tinjau ni aku rasa macam kurang selamat sebab banyak kayu macam dah reput and patah.
Aku : Itulah...harap sangat pihak berkaitan dapat ambil tindakan :(
Orga : Awak, jangan la sedih. Nanti kita pun sedih jugak :(


Aku : Lepas tengok gambar nih, semua kesedihan terus hilang, yeay!
Orga : Cantik kan view dekat empangan nih, kalau datang waktu senja tengok sunset lagi best kot.

Empangan Timah Tasoh

Aku : Eh...jap, apsal panggil Timah Tasoh eh?
Orga : Oh...nama empangan ni di ambil sempena pertemuan dua batang sungai iaitu Sungai Timah and Sungai Tasoh.
Aku : Yeke...baru tau! Lepas ni ada lagi ker nak tulis?
Orga : Ada lagi, tak baca tajuk dekat atas ker?
Aku : Laa...apsal terus ke 7 Wonders of Perlis yang kelima? Yang lain-lain mana?
Orga : Yang lain-lain tak dan nak pi, lain kali pulak. Sekarang nak sembang pasal 7 Wonders of Perlis kelima iaitu Laksa Kuala Perlis aka Laksa Beras Kuala Perlis.


Aku : citer la sikit pasal makanan kegemaran kita :)
Orga : hehe...kalau dekat Tanjung Malim ada Pau Yik Mun, dekat Kuala Perlis ada Kak Su Laksa. Terbaiklah laksa Kak Su nih!


Aku : Tudia...ramainya orang!
Orga : Memanglah ramai orang, laksa sedap kan, harga pun murah. Barang sesiapa datang ke Kuala Perlis, wajib singgah kedai Kak Su Laksa okey.
Aku : Nak sambung! Nak sambung!
Orga : Sila! Sila!
Aku : Lokasi Kak Su Laksa ni terletak dekat Pekan Kuala Perlis, area belakang Maybank. 

Biasa

Special

Aku : Masa makan ritu, si Dia ambik set biasa kan?
Orga : A'ah, si Dia ambik set biasa jer. Tapi kita, apa barang ambik set biasa, special lah!
Aku : kan...set biasa dalam pinggan jer, untuk set special, mangkuk lagi, laksa lebih and telur sebiji. Padanlah dalam mangkuk...
Orga : Bila kita nak balik kampung lagi ek, tak sabar nak pekena Kak Su Laksa lagi sekali :)


Aku : Tak sangka, banyak jugak pencapaian yang Kak Su Laksa dapat?
Orga : Kalau ikhlas buat kerja, banyak lah...
Aku : So?
Orga : So apanya?
Aku : Ada lagi ker nak citer pasal Perlis lepas nih?
Orga : Hm...rasa-rasa macam sampai dekat sini jer, kalau nak bagi cukup 7 Wonders of Perlis tu, tahun depan baru boleh.
Aku : Apsal pulak?
Orga : yelah...Harumanis bulan March - Jun jer, bukan selalu ada.
Aku  : A'ah kan...
Orga : Dah la tu, jomlah tolong si Dia masak paper yang patut. 
Aku : Paling kurang pun buat air sirap pun okey tengahari panas-panas camni.
Aku aka Orga : Jom!

Roger & out!

p/s: Perbualan ni hanya melibatkan aku and diriku sendiri, tiada sebarang suara dikeluarkan. Harap maklum!


Tuesday, 30 October 2012

Ladang Tebu Chuping - Perlis

Amacam? Mood beraya tak habis lagi? ahaha...samalah kiter!! Baheklah, kalini aku nak citer pasal negeri Perlis pulak. Kalau ikut Portal Kerajaan Negeri Perlis, depa panggil 7 Wonders of Perlis. Maksudnya, bagi saper-saper yang datang Perlis, 7 tempat nih memang wajib pi bak hang...tudia, keluaq dah loghat Perlis :) Berpandukan informasi yang diberikan oleh portal Negeri Perlis, 7 Wonders of Perlis adalah seperti yang tertulis kat bawah nie:

7 Wonders of Perlis
1. Ladang tebu Chuping
2. Empangan timah tasoh
3. Taman Ular dan Reptilia
4. Harumanis
5. Laksa Kuala Perlis
6. Makanan laut
7. Padang Besar

Memandangkan wife aku orang Perlis, tak perlulah susah-susah aku nak menyewa hotel bagai, aktiviti nie pun kitorang buat sebagai aktiviti jalan-jalan waktu petang. Dekat-dekat jer semua tempat tu, maklumlah Perlis bukannya besar mana pun, cewah!! Sempena cuti raya korban minggu lepas, daripada 7 Wonders of Perlis tu, kitorang cover 3 jer dulu. Kalau nak diikutkan, semua tempat ni aku dah pergi dah, tapi masa pergi dulu-dulu, tak terfikir pulak nak share pasal nie, gambar pun tarak. Macam Padang Besar tu, 2 ke 3 bulan sekali mesti mak and ayah aku pergi sana. Kadang-kadang aku nak marah pun ada, setakat nak beli sudu pun ajak pergi Padang Besar, hm~...

So, jom story-story 7 Wonders of Perlis yang pertama! yeay...

Ladang Tebu Chuping

 mai jangan tak mai no...


Nampak tak, sebab tu negeri Perlis tak pernah hadapi masalah kekurangan gula. Bukan setakat tu jer, kawasan ni jugak merupakan kawasan terpanas, paling hot! di M'sia, sebab tu lah jugak Fasha Sandha and Rita Rudaini glamor. Diorang tak perlu promosi lebih-lebih pun, sebabnyer diorang dah memang hot! and manis lagi. Bertuahnya artis yang berasal dari Perlis kan...


Alhamdulillah...bukan selalu aku dapat view macam nie, awan seketul-seketul jer dekat langit. Terpaksa berhenti tepi jalan semata-mata nak snap view nie.


Aiyaa...datang salah time pulak, masa ni semua tebu dah dituai. Seluas-luas pandangan nampak rumput hijau jer. Ada menara tinjau dekat tepi jalan sebelum ke Padang Besar, kitorang dah lalu first, tapi tak stop pun sebab ramai pulak geng motor lepak situ. Bila patah balik, geng motor tu dah takder, baru kitorang stop.

view dari menara tinjau...jauh mata memandang tetapi di mana tebunya? jeng...jeng...jeng...


Aku nak ambik gambar angin sebenarnya, bila tengok lalang-lalang ni dibuai angin sepoi-sepoi bahasa, walaupun panas, nyaman jer rasa. Menurut suami kepada ibu wife aku iaitu merangkap ayah aku jugaklah, dia habaq mai, tak lama lagi, Ladang Tebu Chuping akan dijadikan Second Bandar Perlis selepas Kangar. Maksudnya dekat sini, nanti dah takder lagi ladang tebu, tetapi digantikan dengan perumahan, kedai-dekai, shopping complex, dan sebagainya. Info ni aku tak sure lah tepat ke tak, harap-harap taklah.

Entry pasal Ladang Tebu Chuping Perlis sampai sini sahaja, walaupun tak nampak tebu, nampak ladang pun cukuplah kan. Kalau aku balik kampung lagi, pokok tebu dah tinggi-tinggi, bolehlah aku update lagi entry nih. Next aku akan citer pasal 7 Wonders of Perlis yang kedua.

Roger & out.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...